sadasd
DESCRIPTION
asdasdaTRANSCRIPT
Peranan Pendebat
Pendebat Pertama:
Kerajaan
Dimulakan dengan kata-kata aluan(Ucapan pendahuluan utk siapa yg ada dalam
dewan? kalau ala parlimen, Tuan YgDipertua, Pihak Kerajaan, Pembangkang,
dan Ahli Dewan yg bersidang)
Pendefinisian secara literal (boleh jadi kamus dewan sebagai sumber
pendifinisian, x perlu panjang dan teliti sangat)
Pendifinisian secara konseptual (Pendifinisian secara tersirat tentang apa yang
kita ingin bawa/terjemah tentang usul perdebatan, setiap pendefinisian
memerlukan penelitian dan penterjemahan yg baik dan jelas, sesetengah frasa
dalam usul memerlukan sumber autoritatif, kuat seperti dari mana2
Jabatan,Persatuan, Kementerian, buku2,orang2 ternama seperti Tun Dr.
Mahathir, dan sebagainya)
Pendirian/premis kerajaan
Beban bukti utk pembangkang (Apa yg perlu pembangkang buktikan untuk lawan
kes kerajaan secara berdepan dan bersemuka)
Menyebut tugas ahli2 meja kerajaan. (Pendebat pertama, kedua dan ketiga)
Membawa hujah pertama. (Hujah perlulah disampaikan dengan jelas dan teliti.
Perlu diingatkan, bukan berapa banyak fakta yang penting dalam hujah kita,
tetapi, macamana kita analisi hujah dgn baik utk menepati kehendak usul adalah
yg sepatutnya!)
Penutup (Menyimpulkan apa kes kerajaan dan hujah yg dibawakan sebentar
tadi)
Pendebat kedua
Kerajaan/Pembangkang
Dimulakan dengan kata aluan
Menyatakan peranan sendiri
Menjawab persoalan dan pertikaian pihak lawan serta membidas pihak lawan
( Untuk bahagian bidasan,pembahas kedua yang baik, fokuskan kepada bidasan
pendekatan yang dibawa oleh pihak lawan, dan kalau boleh cuba elakkan
membidas hujah kerana tugas membidas hujah adalah tugas pendebat ketiga)
Membawa hujah kedua yang dianalisis dengan baik.( Ingat, jgn pentingkan
berapa banyak fakta yang ada, tetapi pentingkan macamana kita analisis fakta
dengan baik,dan disampaiakn dengan berstruktur dari fasa pertama hujah
hinggalah fasa akhir hujah bagi setiap fakta )
Membawa hujah ketiga
.
Untuk dimuhasabah: Kebanyakan pendebat kedua terlalu suka untuk mebuat bidasan
yang panjang sehingga masa untuk menyampaikan dua lagi hujah tidak sempat
sedangkan peranan pendebat kedua adalah untuk menyampaikan hujah pihak sendiri
dengan baik dan berkesan. Justeru, urus dan kawal masa ucapan anda agar anda
boleh membuat pertikaian kepada lawan dan membawa hujah pihak sendiri dengan
berkesan dan baik.
Pendebat ketiga
Kerajaan/Pembangkang
Dimulakan dengan kata aluan
Menyatakan tugas/struktur ucapan sendiri
Membidas konsep dan pendekatan pihak lawan
Membidas setiap hujah lawan
Ada banyak teknik membidas sebenarnya. Lain pendebat, lain cara membidasnya.
Tetapi, untuk bidasan yang baik kebiasaannya ada fasa restate, rebut and
replace dalam bidasan.
1. Mulakan dengan menyebut balik kes @ hujah lawan,restate,
2. Kemudian rebut,membidas dengan meragukan kes @ fakta/hujah,
3. Dan penting untuk gantikan dengan alternatif ,replace facts
Bidasan yang baik juga adalah bidasan yang menganalisis satu demi satu kes dan
hujah pihak lawan kemudian dikaitkan kembali dengan kes pihak sendiri
Pengulungan
Apa yang perlu ada dalam sebuah ucapan penggulungan?
Saya pasti ramai pendebat sudah arif dan tahu jawapannya. Dalam sesi latihan pun,
pasti jurulatih ada menerangkan soal penggulungan
.
Secara peribadi, saya menganggap ucapan penggulungan tidak mempunyai sebarang
format khusus yang ketat.
Yang ada cuma peraturan-peraturan tertentu, misalnya, waktu ucapan penggulungan
diperuntukkan selama empat minit bagi setiap pasukan.
Pun begitu, terdapat beberapa komponen asas yang perlu ada dalam setiap ucapan
penggulungan. Nama atau jenama mungkin berbeza, tapi saya simpulkan komponen-
komponen tersebut kepada tiga, iaitu:
1. Rumusan kes pasukan
2. Rumusan kes pihak lawan
3. Rumusan perdebatan
Kandungan setiap komponen juga tidak ada peraturan ketat. Berkesan atau tidak
sesebuah ucapan penggulungan, bergantung sepenuhnya pada kreativiti pendebat.
Yang saya nukilkan di sini, hanya cadangan. Kalau sudi, boleh cuba.
Dalam entri kali ini, saya memilih struktur paling konvensional dalam penggulungan iaitu
menyampaikan ketiga-ketiga komponen di atas mengikut susunan.
Struktur ini mudah dan menjadi pilihan majoriti pendebat. Saya galakkan agar pendebat
muda yang baru terjun ke arena penggulungan agar menggunakan struktur asas ini
sebelum menguji teknik lain.
Apakah kandungan bagi setiap komponen berkenaan?
1. Rumusan kes pasukan
Ingat, rumusan bukan ulangan semula. Dalam sebuah karangan, misalnya, perenggan
terakhir tidak memuntahkan semula semua isi.
Biasanya, komponen ini mengandungi kronologi pembinaan dan pembuktian kes dan
hujah. Jalan cerita berdasarkan masa.
Imbas kembali bahagian-bahagian yang menjadi kekuatan pasukan. Ringkaskan.
Terangkan dalam bentuk “ini kekuatan kami” berbanding “ini yang telah kami
sampaikan”.
Rumusan yang baik juga biasanya membantu hakim untuk menyingkirkan segala ragu
tentang kes dan hujah pasukan.
Kenal pasti titik kelemahan dalam kes dan hujah pasukan yang menjadi tumpuan
serangan pihak lawan sepanjang perdebatan.
Elakkan membalas serangan ini dengan cara sama yang dilakukan dalam sesi
hujah/bidasan. Teknik “kami sudah jawab tadi” bersifat defensif dan menggambarkan
ketandusan idea.
Fikir cara lain. Sudut lain. Inilah sukar dan nikmatnya debat, untuk tidak berhenti berfikir
selagi masih dalam gelanggang.
2. Rumusan kes pihak lawan
Ucapan penggulungan ialah proses pembandingan. Dalam rumusan kes pasukan,
pendebat menyenaraikan kekuatan.
Maka jelaslah dalam rumusan kes pihak lawan, pendebat perlu mendedahkan
kelemahan pihak lawan.
Soalan klise: kelemahan yang bagaimana?
Biasanya, titik kelemahan pihak lawan lebih mudah dianalisis sekiranya pendebat
mengimbas semula serangan yang telah dilakukan ke atas mereka.
Apakah respon pihak lawan terhadap serangan tersebut? Adakah penerangan mereka
telah mengubah struktur kes dan hujah? Wujudkah percanggahan antara mereka?
Ringkaskan dalam bentuk kronologi. Lebih molek dan ampuh untuk merumuskan kes
pihak lawan dalam bentuk “ketika inilah mereka telah silap” berbanding “ini yang
mereka telah sampaikan”.
Perah otak untuk mencari apakah niat di sebalik kes pihak lawan. Kaji semula usul.
Cadangkan kepada audiens pendekatan sebenar yang perlu digunakan oleh pihak
lawan dan kesilapan mereka dalam mematuhi pendekatan tersebut.
4. Rumusan perdebatan
Timbang tara. Analisis kemandirian kes. Pemeriksaan semula. Macam-macam nama
diberikan untuk komponen terakhir ini.
Secara asas, rumusan perdebatan merupakan proses menyampaikan titik temu kedua-
dua komponen sebelumnya: rumusan kes pasukan dan rumusan kes pihak lawan.
Sungguh molek andai para pendebat mampu membantu audiens memahami tumpuan
kedua-dua pasukan dalam gelanggang.
Definisi/persoalan/kenyataan/hujah/fakta/analogi/bidasan manakah yang belum selesai
hingga ke akhir debat?
Apakah penilaian sebenar yang ingin dilakukan oleh usul ini? Misalnya, pada akhir
perdebatan, “audiens akan memahami sama ada…” atau “langkah terbaik untuk
menangani masalah ini ialah…”. Bergantung pada usul.
Adakah penilaian tersebut berlaku dalam perdebatan? Jika tidak, di manakah silapnya?
Kesemua persoalan di atas perlu diringkaskan dengan bijak oleh pendebat.
Ingat, pilih hanya yang PALING PENTING untuk dimuatkan dalam ucapan
penggulungan.
Bincang dengan ahli pasukan. Saring dan sunting. Saring dan sunting lagi. Jangan
berhenti berfikir.
Bukankah ucapan penggulungan itu — empat minit terakhir?