sabar

8
Sabar Kuliah Maghrib Surau Saribu Rahmah 12.04.2015 Perintah Sabar : Maksudnya : Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).[Surah al-Ahqaf : 35] Definisi Sabar : Sabar bermaksud tabah di dalam menempuh sesuatu musibah atau kesukaran. Pandangan Ulama Sufi Mengenai Maksud Sabar : Al-Jurjani : “Sabar ialah meninggalkan segala keluh kesah tentang pedihnya cubaan dan musibah yang menimpa kepada selain Allah” Al-Junaid : “Sabar ialah menelan kepahitan tanpa bermasam muka (redha).” Ibrahim al-Khawwas : “Yang dimaksudkan dengan sabar ialah tetap istiqamah terhadap hukum-hukum yang digariskan oleh al-Quran dan al- Sunnah.” Amr bin Uthman : “Sabar ialah tetap bersama Allah.” Syeikh Abu Ali al-Daqqaq : “Yang dimaksudkan dengan sabar itu ialah tidak menentang (redha) taqdir yang ditentukanNya.”

Upload: mohd-amzari

Post on 21-Dec-2015

244 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Nota Kuliah

TRANSCRIPT

Page 1: Sabar

SabarKuliah Maghrib Surau Saribu Rahmah

12.04.2015

Perintah Sabar :

Maksudnya : Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" dari kalangan Rasul-rasul (yang terdahulu daripadamu); dan janganlah engkau meminta disegerakan azab untuk mereka (yang menentangmu itu).[Surah al-Ahqaf : 35]

Definisi Sabar :

Sabar bermaksud tabah di dalam menempuh sesuatu musibah atau kesukaran.

Pandangan Ulama Sufi Mengenai Maksud Sabar :

Al-Jurjani : “Sabar ialah meninggalkan segala keluh kesah tentang pedihnya cubaan dan musibah yang menimpa kepada selain Allah”

Al-Junaid : “Sabar ialah menelan kepahitan tanpa bermasam muka (redha).”

Ibrahim al-Khawwas : “Yang dimaksudkan dengan sabar ialah tetap istiqamah terhadap hukum-hukum yang digariskan oleh al-Quran dan al-Sunnah.”

Amr bin Uthman : “Sabar ialah tetap bersama Allah.”

Syeikh Abu Ali al-Daqqaq : “Yang dimaksudkan dengan sabar itu ialah tidak menentang (redha) taqdir yang ditentukanNya.”

Ibnu ‘Athaillah : “Yang dimaksudkan dengan sabar ialah apabila ditimpa musibah, penerimanya tetap di dalam keadaan baik (lantaran redhanya).”

Imam Ghazali : “Sesiapa yang ditimpa sesuatu musibah, walaupun ia tidak mengeluh tetapi sifatnya berubah dari kebiasaan maka itu adalah tanda ia tidak redha dengan apa yang menimpanya.”

Page 2: Sabar

Pembahagian Sabar :

1. Sabar di dalam melaksanakan ketaatan kepadaNya.2. Sabar di dalam menahan diri dari maksiat3. Sabar di dalam menerima musibah dariNya.

[1] Sabar di dalam melaksanakan ketaatan padaNya bermaksud seseorang hamba itu sentiasa beristiqamah dalam mentaaatiNya, serta sentiasa bersabar ketika menghadapi rintangan sepanjang ketaatan itu dilaksanakan.

Bukankah setiap manusia yang melaksanakan ketaatan pasti akan diuji dengan pelbagai musibah dan dugaan?

Perhatikan Firman Allah SWT ini :

Maksudnya : "Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. [Surah Luqman : 17]

[2] Sabar menahan diri dari melakukan maksiat bermaksud seseorang hamba itu berjihad melawan hawa nafsu yang sentiasa cenderung kepada memperhambakan diri kepada selainNya.

Maksudnya, ketika kita ada peluang dan mampu untuk berbuat maksiat kita memilih untuk tidak melakukan maksiat kerana takutkan Allah SWT.

Page 3: Sabar

Kisah Teladan Orang Yang Bersabar Menahan Diri Dari Melakukan Maksiat :

Contohnya, kisah yang dialami oleh Nabi Yusuf a.s dengan Imra’atul Aziz

Yusuf adalah seorang pemuda, Sihat walafiat, sangat tampan, bahkan dikurniakan separuh dari keindahan dunia.

Seorang hamba sahaya Orang asing dan tak seorangpun yang mengenalinya.

Isteri al-Aziz (Zulaikha) wanita yang menggodanya

Cantik rupawan dan seorang yang terpandang. Dia adalah tuan kepada Nabi Yusuf a.s Dia sendiri yang minta Nabi Yusuf melakukan perzinaan dengan dirinya Dia menerkam Nabi Yusuf a.s dari belakang dan menutup semua pintu sehingga tidak

ada seorangpun yang melihat mereka. Dia ajak Nabi Yusuf buat benda keji dan mengancam untuk memenjarakan Nabi Yusuf

sekiranya kehendaknya tidak diikuti.

Cuba Perhatikan bagaimana jawapan dan tindakan Nabi Yusuf a.s :

Maksudnya : Yusuf menjawab: "Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya".

Ancaman Zulaikha Kepada Nabi Yusuf Jika Tidak Mengikut Kehendaknya :

Maksudnya : “Dan sesungguhnya aku telah menggoda dia untuk menundukkan dirinya (kepadaku) akan tetapi dia menolak. Dan sesungguhnya jika dia tidak mentaati apa yang aku perintahkan kepadanya, nescaya dia akan dipenjarakan dan dia akan termasuk golongan orang-orang yang hina.” [Surah Yusuf : 32]

Page 4: Sabar

Kesimpulan :

Demi Allah, siapa yang berniat untuk bersabar dari kemaksiatan dan meminta pertolongan kepada Allah, nescaya Allah akan memberikan taufik (pertolongan) kepadanya. Dan selamat, kerana dia kelak akan meraih syurga pada hari kiamat.

Firman Allah SWT :

Maksudnya : Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu [40] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.[41] [Surah An-Nazi’at : 40-41]

[3] Sabar di dalam menghadapi musibah dariNya pula, ialah seseorang hamba itu menyedari dengan sesungguhnya bahawa dunia ini hanyalah tempat ujian dan cubaan dari Allah SWT serta ia adalah bersifat sementara bagi menguji keimanan dan ketaqwaan makhluk terhadap TuhanNya.

Bentuk Musibah itu pelbagai, antaranya ialah :

1. Kematian2. Sakit berpanjangan3. Kemiskinan 4. Masalah rumah tangga dan sebagainya.

Kesabaran Ayub a.s Menghadapi Musibah

Selama 80 tahun Nabi Ayub a.s hidup dengan limpahan kurnia dan anugerah dari Allah SWT.

Dia dikurniakan 12 anak (lelaki dan perempuan) Memiliki kesihatan yang baik dan semua orang menyukaianya

Ujian atau Musibah Yang Menimpa Nabi Ayub a.s?

Kesemua anaknya meinggal dunia Menderita sakit yang parah sehingga tidak mampu bergerak dan hanya mampu duduk. Satu demi satu anggotanya lumpuh tidak berdaya Manusia merasa takut dan menjauhkan diri daripadanya. Sakit yang menimpa Nabi Ayub a.s. berlangsung selama 18 tahun.

Page 5: Sabar

Usaha Isteri Nabi Ayub a.s

Belanja semua harta yang dia miliki sehingga habis hartanya untuk mengubati penyakit suaminya.

Sampai akhirnya ia keluar bekerja dengan orang demi mencari rezeki untuk menaggung suaminya yang parah.

Disebabkan lamanya sakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub ini sehingga isterinya meminta supaya Nabi Ayub a.s berdoa kepada Allah agar penyakitnya disembuhkan.

Respon Ayub a.s “80 tahun nikmat Vs 80 tahun kesabaran atas musibah” Nabi Ayub terus bersabar sehinggalah ia mengetahui isterinya telah menjual sanggul

rambutnya, maka ia pun berdoa kepada Allah SWT.

Doa Seorang Nabi :

Adakah Nabi Ayub berkata, “Ya Allah, aku telah bersabar selama 18 tahun”? [tidak]

Maksudnya : Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Ayub, ketika ia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani" [al-Anbiya : 83]

Allah menjawab doa Nabi Ayub a.s :

Maksudnya : Maka Kami perkenankan doa permohonannya, lalu Kami hapuskan penyakit yang menimpanya, serta Kami kurniakan kepadanya: keluarganya, dengan seganda lagi ramainya, sebagai satu rahmat dari Kami dan sebagai satu peringatan bagi orang-orang yang taat kepada Kami (supaya bersabar dan mendapat balasan baik). [al-Anbiya : 84]

Beberapa riwayat menyebut bahawa Nabi Ayyub sembuh dan dikurniakan 28 anak Allah mengembalikan hartanya dan mengembalikan kesihatan kepadanya.

Page 6: Sabar

Dimanakah Letak Kesabaran Yang Terbaik?

Manakah yang lebih baik, sabar terhadap musibah, sabar dalam ketaatan, atau sabar menahan kemaksiatan?

Jawapan :

Sabar dalam ketaatan dan sabar menahan kemaksiatan adalah lebih baik.Kenapa? Sabar terhadap musibah dan ujian adalah sesuatu yang bersifat idhthirary (terpaksa) Sementara sabar terhadap ketaatan dan sabar dari kemaksiatan adalah bersifat ikhtiary

(pilihan)

Keistimewaan Puasa :

Puasa adalah suatu ibadah yang sangat besar ganjaran pahalanya. Kenapa? Apa Sebabnya?

Nabi bersabda mengenai puasa :

ة� ع�ن� �ر� ي !ي ه�ر� ب� &م� :، أ ل ه! و�س))� �ي))� ه� ع�ل ل&ى الل))& ه! ص))� س�ول� الل))& ل6  ق�ال� : ق�ال� ر� � " ك))

اء� �ة! ض!ع�ف= م�ا ش))� �ع! م!ائ ب !ل�ى س� !ه�ا إ �ال م�ث� ر! أ !ع�ش� �ة� ب ن �ح�س� �ض�اع�ف� ال �ن! آد�م� ي ع�م�ل! اب

�&ه !ه! ،الل �ج�ز!ي ب �ا أ �ن &ه� ل!ي و�أ !ن !ال& الص&و�م� ف�إ &ه� : إ �ق�ول� الل ، ي

األلباني المحدث : أبو هريرة الراوي :صحيح خالصة حكم المحدث : 3096 الصفحة أو الرقم: صحيح ابن ماجه المصدر :

Menurut Ibn Rajab al-Hambali dalam lathaif al-Maarif, puasa dikecualikan dari amalan yang dilipatgandakan.

Setiap amal perbuatan diliptagandakan10x hingga 700x lipat kecuali puasa, maka pahalanya tidak terbatas dengan jumlah tersebut.

Tetapi Allah akan melipatgandakan berlipat kali ganda tanpa ada batasan sebab puasa itu termasuk bentuk kesbaran.

Firman Allah SWT :

Page 7: Sabar

Maksudnya : “Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang disempurnakan pahalanya tanpa batas”. [Az-Zumar : 10]

Ketiga-tiga jenis kesabaran yang kita sebut tadi ada dalam ibadah puasa Puasa itu dalamnya ada kesabaran dalam mentaati perintah Allah, adanya

kesabaran menahan kemaksiatan, adanya kesabaran terhadap musibah yang menimpa kesan daripada berpuasa iaitu , rasa lapar, haus dan lemahnya tubuh.