rusa yang bongkak

2
RUSA YANG BONGKAK Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat tanduknya yang cantik. ”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian, rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. “Hai, lihatlah betapa kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya. Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam, rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari sekuat hati. Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta untuk melepaskan tanduknya daripada dahan- dahan itu. Rusa itu bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat. Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit. Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya. Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak

Upload: cikgu-an

Post on 15-Dec-2015

73 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

cerita pendek

TRANSCRIPT

Page 1: Rusa Yang Bongkak

RUSA YANG BONGKAK

Di sebuah hutan, ada seekor rusa yang bongkak. Rusa itu selalu pergi ke

tepi kolam untuk melihat bayangnya. Rusa itu berasa bangga melihat

tanduknya yang cantik.

”Oh, cantiknya tandukku!” kata rusa itu kepada dirinya. Namun demikian,

rusa itu tidak suka pada kakinya yang kurus. “Hai, lihatlah betapa

kurusnya kakiku. Aku mahu kakiku cantik juga. Aku mahu kelihatan

cantik dari kepala hingga hujung kaki,” rungutnya.

Pada suatu hari, ketika sedang melihat-lihat bayangnya di tepi kolam,

rusa terdengar seekor anjing menyalak. Rusa itu sedar yang anjing

pemburu sedang menuju ke tempat itu. Rusa itu berasa takut lalu berlari

sekuat hati.

Sedang rusa itu berlari ke dalam hutan, tiba-tiba tanduknya tersangkut

pada dahan-dahan sebatang pokok yang rendah. Rusa itu meronta-ronta

untuk melepaskan tanduknya daripada dahan-dahan itu. Rusa itu

bertambah cemas apabila kedengaran salakan anjing semakin dekat.

Akhirnya, kakinya yang kurus tetapi kuat itu dapat menolongnya

melepaskan diri. Namun, tanduknya patahnya sedikit.

Anjing pemburu semakin hampir. Rusa itu dapat melarikan diri kerana ia

boleh berlari laju. Rusa itu kini menyedari kegunaan kakinya yang telah

membantu menyelamatkan dirinya daripada bahaya.

Sejak hari itu, rusa itu tidak lagi memandang kakinya sebagai sesuatu

yang buruk atau tidak berguna. Rusa itu juga tidak bongkak seperti

dahulu kerana tanduknya tidak lagi kelihatan begitu cantik. Sedarlah rusa

itu bahawa kecantikan tidak semestinya membawa kebaikan.