rukun_negara

25

Upload: mervin-milo

Post on 13-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

A slideshow of our country's 5 rukun negara to help you guys with your school work. 5 Prinsip Rukun Negara with explanations and huraian.

TRANSCRIPT

Page 1: Rukun_Negara
Page 2: Rukun_Negara

RUKUN NEGARA

LATARBELAKANG

1960an:

• 1/3 populasi ialah Cina

• 1/10 populasi ialah India

• selebihnya Melayu

Page 3: Rukun_Negara

1. Cina

• Tinggal di bandar atau di lombong-lombong timah

• Berniaga

Inggeris menggunakan:

Dasar pecah dan perintah

RUKUN NEGARA

Page 4: Rukun_Negara

2. India

• Tinggal dan bekerja di estet atau

• Tinggal di bandar dan berniaga

RUKUN NEGARA

3. Melayu

• Tinggal di desa

• Bekerja di sektor pertanian

Page 5: Rukun_Negara

Rusuhan yang pernah terjadi

• 1957 Pulau Pinang

• 1960 Pangkor

• 1966 Bukit Mertajam

• 1967 Pulau Pinang

RUKUN NEGARA

Page 6: Rukun_Negara

Rusuhan Kaum Etnik 13 Mei, 1969

RUKUN NEGARA

Page 7: Rukun_Negara

1. Pengisytiharan darurat pada 16 Mei oleh Yang diPertuan Agong

2. Tindakan yang diambil:

1. Penggantungan Sistem Kerajaan Berparlimen

RUKUN NEGARA

• Penubuhan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN)

• Penubuhan Majlis Perundingan Negara

Page 8: Rukun_Negara

Tugas-tugas MAGERAN

• mengembalikan keamanan

• menegakkan semula kepatuhan kepada undang-undang negara

• memupuk suasana harmoni

• memupuk sikap saling mempercayai di kalangan kaum

RUKUN NEGARA

Page 9: Rukun_Negara

Rukun Negara dicipta dan diisytiharkan pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan Malaysia

RUKUN NEGARA

Page 10: Rukun_Negara

OBJEKTIF

1. Mencapai perpaduan yang lebih erat

2. Memelihara cara hidup demokratik

3. Mencipta masyarakat adil

4. Membentuk sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan

5. Membina masyarakat progresif

RUKUN NEGARA

Page 11: Rukun_Negara

5 PRINSIP

• Kepercayaan kepada Tuhan

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara

• Keluhuran Perlembagaan

• Kedaulatan Undang-undang

• Kesopanan dan Kesusilaan

RUKUN NEGARA

Page 12: Rukun_Negara

Kepercayaan kepada Tuhan

Page 13: Rukun_Negara

• Bangsa dan Negara ini telah diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. Melalui kepercayaan beragama inilah akan menjadikan bangsa dan negara ini sebagai satu

bangsa dan negara yang berdaulat. 

• Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama rasmi Persekutuan, tetapi agama dan

kepercayaan-kepercayaan lain boleh diamalkan dengan aman dan tenteram di mana-mana bahagian di dalam Persekutuan

• Ketiadaan agama boleh meruntuhkan keperibadian seseorang dan juga sesuatu bangsa dan negara. Menyedari betapa

pentingnya keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini telah dipilih sebagai

prinsip pertama dalam Rukun Negara.

Page 14: Rukun_Negara

Kesetiaan kepada Raja dan Negara

Page 15: Rukun_Negara

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-

Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

• Selaras dengan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai Raja mengikut Perlembagaan, sistem beraja juga diamalkan di setiap

negeri, dan Yang Di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

•  Seri Paduka Baginda, Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri adalah merupakan lambang perpaduan rakyat.

• Kesetiaan kepada Raja dan Negara bermaksud, bahawa setiap warganegara hendaklah menumpukan sepenuh taat setia, jujur

dan ikhlas kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Page 16: Rukun_Negara

Keluhuran Perlembagaan

Page 17: Rukun_Negara

• Prinsip ini menekan perlunya rakyat menerima, mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan Perlembagaan Negara. Perlembagaan Negara adalah sumber perundangan yang tertinggi.

• Fungsinya untuk memberi perlindungan kepada setiap rakyat negara ini akan hak dan keistimewaan mereka sebagai warganegara. Setiap warga negara Malaysia dikehendaki menghormati, menghargai, serta

memahami maksud dan kandungan serta latar belakang sejarah pembentukan Perlembagaan Negara.

• Perlembagaan Malaysia menentukan pola politik dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat di negara ini. Ia adalah sumber rujukan bagi

segala hal yang berkaitan denga sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio-ekonomi rakyat.

Page 18: Rukun_Negara

Kedaulatan Undang-undang

Page 19: Rukun_Negara

• Keadilan diasaskan atas kedaulatan undang-undang di mana setiap rakyat sama tarafnya di sisi undang-undang negara. Kebebasan

asasi terjamin bagi semua warganegara Malaysia. Undang-undang negara berasaskan kepada Perlembagaan.

• Oleh itu kedaulatannya perlu diterima dan dipertahankan. Tanpa undang-undang, hidup bermasyarakat dan bernegara tidak aman

dan stabil.

• Kewujudan undang-undang akan menjamin kehidupan anggota masyarakat dapat bergerak dengan licin dan teratur tanpa sebarang

kekacauan, di mana semua anggota masyarakat akan merasas selamat

Page 20: Rukun_Negara

Kesopanan dan Kesusilaan

Page 21: Rukun_Negara

• Prinsip ke lima ini menekankan perkembangan personaliti dan tingkah laku seseorang rakyat. Tujuannya ialah untuk

membentuk warga negara yang bersopan santun dan bersusila selaras dengan kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni yang

dijalankan sekarang.

• Sifat individu yang bersopan santun dan bersusila adalah paling bermakna dan amat penting dalam konteks perhubungan

antara satu sama lain dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

• Tingkah laku sopan juga mengandungi suatu darjah kesusilaan yang tinggi dalam kedua-dua kehidupan persendirian dan kehidupan bernegara. Prinsip ini menjadi panduan supaya perilaku masyarakat sentiasa terpelihara dan berkembang sesuai dengan keperibadian bangsa dan nilai-nilai murni.

Page 22: Rukun_Negara

• Tubuhkan Majlis Perpaduan Negara/ Majlis Penasihat Perpaduan Negara pada 1971

• Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara ke dalam program agensi kerajaan dan NGO

• Memasukkan unsur-unsur Rukun Negara ke dalam kurikulum sekolah dan institusi pengajian tinggi

STRATEGI

RUKUN NEGARA

Page 23: Rukun_Negara

• Menyebatikan prinsip-prinsip Rukun Negara ke dalam peraturan pertubuhan dan ikrar rasmi

• Melantik Panel Penasihat Lembaga Perpaduan Negara pada 1974

RUKUN NEGARA

STRATEGI

Page 24: Rukun_Negara
Page 25: Rukun_Negara

RUKUN NEGARA

• Tanpa perpaduan: negara menjadi lemah, sukar dibangunkan, mudah diancam oleh kuasa luar perbalahan dalam negeri sendiri

• Rukun Negara dicipta ekoran daripada rusuhan kaum etnik pada 13 Mei 1969

• Rukun Negara bertujuan mewujudkan perpaduan antara kaum