rukhsah

Upload: matadam

Post on 07-Apr-2018

250 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Rukhsah

    1/4

  • 8/6/2019 Rukhsah

    2/4

    ii. Rukhsah Majaziah ataupun Rukhsah Al-Isqad dan dibahagikan kepadadua ceraian.

    i. Rukhsah Haqiqah

    Perkara yang berlawanan dengan perkara azimah yang kekal untuk beramal

    dengannya, kerana terdapat dalil-dalil yang mewajibkan berpegang dengannya, tetapidiberikan rukhsah untuk meninggalkannya sebagai keringanan kepada Mukallaf.Terdapat dua ceraian dalam rukhsah di atas, iaitu :

    i. Apa yang berubah dari segi hukum dan kekal sifatnya sepertimana asal. Iaituharam melakukannya dengan perbuatan tetapi digugurkan dari segi hukumnya danmerupakan setinggi-tinggi martabat rukhsah.

    Contohnya, harus menuturkan kalimah kufur dalam keadaan hati yang masih utuhberiman dengan sebab paksaan, berpandukan firman Allah s.w.t :

    Begitu juga di dalam hadis Nabi s.a.w yang menyebut dua orang sahabat yang dipaksauntuk menuturkan kalimah kufur oleh Musailamatul Kazzab, salah seorang darinyatelah menuturkan kalimah tersebut dan seorang lagi tetap untuk tidak menuturkannyalalu dibunuh. Nabi s.a.w bersabda :

    :

    Bagaimanapun Mazhab Hanafi mengutamakan pengambilan azimah daripadarukhsah dan sekiranya ia dibunuh kerana mengingkari paksaan tersebut, maka iadianggap shahid kerana menunaikan hak Allah yang asal kerana asal dalammenuturkan kalimah kufur adalah haram.

    ii. Apa yang menggugurkan sesuatu keharaman dan keharusan untukmengambilnya secara keseluruhan (dari segi hukum dan sifat). Syariat mengharuskanuntuk meninggalkan sesuatu perkara wajib sekiranya terdapat masyaqqah (keberatan)dalam menunaikannya.

    Contohnya, harus untuk berbuka dalam bulan Ramadhan walaupun terdapat dalil

    wajib untuk melaksanakannya berpandukan firman Allah s.w.t :

    Namun kewajipan tersebut boleh dilewatkan kepad hari yang lain (qadha), sebagaisatu keringanan dan kemudahan kepada mukallaf dengan sebab-sebab tertentu, sepertisakit dan pemusafiran berpandukan firman Allah s.w.t dalam ayat yang lain :

    Begitu juga harus untuk melakukan qasar dalam sembahyang fardu berpandukan

    firman Allah s.w.t:

  • 8/6/2019 Rukhsah

    3/4

    Mazhab Hanafi bagaimanapun berpendapat, qasar solat dalam pemusafiran adalahazimah bukannya rukhsah, berdalilkan hadis yang diriwayatkan dari SaidatinaAishah r.a :

    ii. Rukhsah Majaziah

    Ulama Hanafiah membahagikannya kepada dua ceraiaan :

    i. Apa yang diberikan kepada ummah Nabi s.a.w sebagai satu rahmat dankemuliaan dari hukum-hukum yang memberatkan yang telah diwajibkan ke atas umatyang terdahulu.

    Contohnya, dengan membunuh diri sebagai satu tebusan dosa, sebagaimana yang

    telah ditentukan kepada golongan Yahudi yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.tdalam firmannya :

    .........

    ii. Akad-akad yang dikecualikan daripada qawaid Ammah ( ).Contohnya akad Salam dan Istisna, yang diharuskan kerana hajat walaupunmenyalahi kaedah qias yang asal. Ini kerana syariat mengharamkan jual beli barangyang tidak wujud tetapi dilonggarkan untuk menunaikan hajat manusia. Sabda Nabis.a.w :

    3. Khususiat Rukhsah

    Daripada pelbagai tarif yang telah dijelaskan oleh para ulama, maka khususiatrukhsah boleh dipecahkan kepada tiga bahagian iaitu :

    i. Merupakan hukum juzii yang bersifat khusus yang disyariatkan ke atassesuatu hukum, seperti harus berbuka dengan sebab sakit dan musafir, harusmemakan bangkai dalam keadaan darurat, menuturkan kalimah kufur dalam keadaanterpaksa dan lain-lain lagi. Ini kerana, ia hanya ditentukan kepada individu yang

    tertentu sahaja dan dalam sesuatu hukum yang tertentu sahaja sebagai pengecualiandaripa hukum yang asal.

    ii. Merupakan hukum juzii yang khusus yang ditentukan dengan sebabkeuzuran yang berat. Iaitu hukum yang tidak mampu dilakukan oleh mukallaf bukandengan semata-mata hajat dan masyaqqah yang ringan. Berbuka pada bulanRamadhan contohnya, disyariatkan dengan sebab masyaqqah yang berat iaitu sakitdan pemusafiran, memakan bangkai kerana sebab darurat, menuturkan kalimah kufurdengan sebab paksaan. Ini kerana tiada taklif dalam sesuatu paksaan disebabkankeberatan dan masyaqqah.

    iii. Merupakan hukum yang hanya ditentukan dalam sesuatu tempat yangdihajati sahaja. Ini bermaksud, sekiranya terdapat sebab-sebab untuk mengambil

  • 8/6/2019 Rukhsah

    4/4

    rukhsah maka harus untuk menyalahi hukum asal yang bersifat kulli, dan sekiranyaternafi sebab tersebut, maka mestilah kembali berpegang kepada hukum yang asal.Contohnya, harus melakukan qasar pada sembahyang fardu dengan sebab musafir danhukum tersebut akan kembali kepada hukum asal (sembahyang 4 rakaat) apabilaternafi sebab-sebab yang diharuskan.

    4. Lafaz-lafaz lain yang mempunyai kaitan dengan rukhsah.

    Terdapat beberapa lafaz yang lain yang mempunyai pertalian dengan rukhsah,antaranya :

    i. At-Taisir : Sesuatu perkara yang mudah dan tidak memberatkan diriindividu dan orang lain.

    Firman Allah s.w.t :

    : :

    Hadis Nabi s.a.w :

    ii. At-Takhfip : Mengangkat keberatan sesuatu hukum syara dengancara Nasakh atau Tashil (permudahkan) ataupun dengan menghilangkansebahagiannya. Takhfip adalah perkara yang lebih khusus daripada At-Taisir.

    iii. Raful Haraj : Setiap yang membawa kepada masyaqqah(kesukaran) tambahan kepada tubuh badan, nyawa ataupun harta benda pada ketikaitu ataupun pada masa akan datang.