rrrraa ddddaaaaeeeerrrraaaahhhh …onemapserver.com/rtdmaran/taskpane/pengenalan/konsep dan...

10
R R R R R R A A A A A A N N N N N N C C C C C C A A A A A A N N N N N N G G G G G G A A A A A A N N N N N N T T T T T T E E E E E E M M M M M M P P P P P P A A A A A A T T T T T T A A A A A A N N N N N N D D D D D D A A A A A A E E E E E E R R R R R R A A A A A A H H H H H H M M M M M M A A A A A A R R R R R R A A A A A A N N N N N N 2 2 2 2 2 2 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0 8 8 8 8 8 8 - - - - - - 2 2 2 2 2 2 0 0 0 0 0 0 2 2 2 2 2 2 0 0 0 0 0 0 3 3 3.0 .0 .0 .0 - - - 1 1 1 3.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN 3.1 PENGENALAN Bab ini akan menerangkan secara khusus pembentukan strategi dan konsep pembangunan yang bakal di jadikan panduan untuk perancangan di peringkat Rancangan Tempatan Daerah Maran 2008- 2020. 3.2 ASAS PEMBENTUKAN KONSEP PEMBANGUNAN DAERAH MARAN Pembentukan konsep pembangunan bagi Daerah Maran ini berpandukan kepada Visi, Wawasan dan Teras Pembangunan yang menjadi panduan utama dalam merangka strategi pembangunan agar dapat mewujudkan satu perancangan yang membawa Daerah Maran ke peringkat yang lebih berdaya saing diperingkat tempatan mahupun global. 3.2.1 Visi, Wawasan dan Teras Pembangunan RT Daerah Maran Matlamat utama RT Daerah Maran ini adalah seperti berikut;- i. Melaksanakan dasar-dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Maran (1995-2020) dan Rancangan Tempatan Maran (1999-2010) yang bersesuaian ke dalam bentuk fizikal dengan menggabungkan aspek-aspek sosial, ekonomi dan penggunaan sumber- sumber secara terperinci. ii. Menyediakan peta cadangan terperinci yang komprehensif merangkumi aspek-aspek perumahan, perdagangan, institusi, industri, pertanian, kemudahan masyarakat dan infrastruktur bagi menetapkan hala tuju pembangunan daerah sehingga tahun 2020. iii. Menyediakan garis panduan kawalan pembangunan bagi memudahkan penyelarasan pelaksanaan oleh badan-badan awam dan swasta. 3.2.2 Pembentukan Konsep Pembangunan Semasa Pembentukan konsep adalah merupakan panduan berbentuk spatial bagi pelan pengezonan kawasan yang telah ditentukan berdasarkan strategi-strategi sebelum ini. Secara am, pembentukan pelan konsep adalah dibentuk daripada Konsep Asas Pembentukan Strategi ini. Carta Aliran di bawah menunjukan carta alir pembentukan konsep dan strategi terpilih. WAWASAN i. Memperkenalkan Daerah Maran sebagai daerah yang menawarkan perkhidmatan institusi pendidikan serta pusat penyelidikan dan pembangunan di peringkat nasional dan negeri. ii. Menekankan fungsi Bandar Maran sebagai Pusat Pentadbiran Daerah dan Bandar Tun Abdul Razak sebagai Pusat Perkhidmatan Utama serta institusi peringkat nasional, wilayah dan negeri. iii. Menjadikan Daerah Maran sebagai zon limpahan industri berorientasikan eksport dan zon berasaskan sumber asli dan industri hiliran. TERAS PEMBANGUNAN i. Mewujudkan struktur gunatanah yang teratur dan penggunaan tanah yang optimum. ii. Mewujudkan imej perbandaran yang menarik dan sejahtera untuk didiami. iii. Meningkatkan dan memperkukuhkan asas ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing melalui kepelbagaian ekonomi. iv. Mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu, efisien dan mesra pengguna. v. Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan kemudahan awam, perumahan, sukan dan rekreasi, tanah lapang yang mencukupi dan berkualiti. VISI “Memajukan Daerah Maran dengan Pembangunan Gunatanah dan Perbandaran yang Teratur dan Seimbang serta Mempertingkatkan Ekonomi Tempatan ke Arah Pembangunan Daerah yang Maju, Progresif dan Dinamik Menjelang Tahun 2020”

Upload: phungcong

Post on 29-Aug-2019

224 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 1111

3.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan menerangkan secara khusus pembentukan strategi dan konsep pembangunan yang

bakal di jadikan panduan untuk perancangan di peringkat Rancangan Tempatan Daerah Maran 2008-

2020.

3.2 ASAS PEMBENTUKAN KONSEP PEMBANGUNAN DAERAH MARAN

Pembentukan konsep pembangunan bagi Daerah Maran ini berpandukan kepada Visi, Wawasan dan

Teras Pembangunan yang menjadi panduan utama dalam merangka strategi pembangunan agar

dapat mewujudkan satu perancangan yang membawa Daerah Maran ke peringkat yang lebih

berdaya saing diperingkat tempatan mahupun global.

3.2.1 Visi, Wawasan dan Teras Pembangunan RT Daerah Maran

Matlamat utama RT Daerah Maran ini adalah seperti berikut;-

i. Melaksanakan dasar-dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Maran (1995-2020)

dan Rancangan Tempatan Maran (1999-2010) yang bersesuaian ke dalam bentuk fizikal

dengan menggabungkan aspek-aspek sosial, ekonomi dan penggunaan sumber-

sumber secara terperinci.

ii. Menyediakan peta cadangan terperinci yang komprehensif merangkumi aspek-aspek

perumahan, perdagangan, institusi, industri, pertanian, kemudahan masyarakat dan

infrastruktur bagi menetapkan hala tuju pembangunan daerah sehingga tahun 2020.

iii. Menyediakan garis panduan kawalan pembangunan bagi memudahkan penyelarasan

pelaksanaan oleh badan-badan awam dan swasta.

3.2.2 Pembentukan Konsep Pembangunan Semasa

Pembentukan konsep adalah merupakan panduan berbentuk spatial bagi pelan pengezonan

kawasan yang telah ditentukan berdasarkan strategi-strategi sebelum ini. Secara am,

pembentukan pelan konsep adalah dibentuk daripada Konsep Asas Pembentukan Strategi ini.

Carta Aliran di bawah menunjukan carta alir pembentukan konsep dan strategi terpilih.

WAWASAN

i. Memperkenalkan Daerah Maran sebagai daerah yang menawarkan perkhidmatan institusi

pendidikan serta pusat penyelidikan dan pembangunan di peringkat nasional dan negeri.

ii. Menekankan fungsi Bandar Maran sebagai Pusat Pentadbiran Daerah dan Bandar Tun Abdul

Razak sebagai Pusat Perkhidmatan Utama serta institusi peringkat nasional, wilayah dan

negeri.

iii. Menjadikan Daerah Maran sebagai zon limpahan industri berorientasikan eksport dan zon

berasaskan sumber asli dan industri hiliran.

TERAS PEMBANGUNAN

i. Mewujudkan struktur gunatanah yang teratur dan penggunaan tanah yang optimum.

ii. Mewujudkan imej perbandaran yang menarik dan sejahtera untuk didiami.

iii. Meningkatkan dan memperkukuhkan asas ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing

melalui kepelbagaian ekonomi.

iv. Mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu, efisien dan mesra

pengguna.

v. Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan kemudahan awam, perumahan, sukan

dan rekreasi, tanah lapang yang mencukupi dan berkualiti.

VISI

“Memajukan Daerah Maran dengan Pembangunan Gunatanah dan Perbandaran yang Teratur dan

Seimbang serta Mempertingkatkan Ekonomi Tempatan ke Arah Pembangunan Daerah yang Maju,

Progresif dan Dinamik Menjelang Tahun 2020”

Page 2: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 2222

Rajah 3.1 : Pembentukan Konsep RT Daerah Maran, 2008-2020

3.2.3 Kekuatan dan Potensi Daerah Maran

Strategi dan konsep pembangunan ini RT Daerah Maran juga berdasarkan kepada kekuatan

dan potensi Daerah Maran seperti berikut :

i. Kedudukan Daerah Maran di antara konurbasi Daerah Kuantan dan Daerah Termerloh

Pembangunan sesuatu kawasan juga bergantung kepada pembangunan sekitar kawasannya.

Kedudukan Daerah Maran yang berada di antara kedua-dua Daerah yang membangun iaitu

Daerah Kuantan dan Daerah Temerloh menjadikan Daerah Maran berpotensi menerima

limpahan pembangunan daripada kedua-dua daerah tersebut.

ii. Terletak Dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)

Lokasi Daerah Maran adalah amat strategik memandangkan ia terletak di dalam lingkungan

sempadan ECER yang memberikan ia satu kelebihan dalam aspek perancangan ekonomi. Di

dalam senarai projek ECER yang telah di gariskan, terdapat peruntukkan tanah seluas 1000 ekar

untuk tujuan pembangunan pertanian di mana ia dibahagikan dua kawasan iaitu Daerah

Maran akan mengusahakan tanah seluas 500 ekar dan selebihnya diusahakan oleh Daerah

Kuantan. Hal ini menunjukkan bahawa jaringan pembangunan dalam ECER ini telah

memberikan manfaat dari segi pertumbuhan ekonomi kepada Daerah Maran.

iii. Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan

Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat kira-kira

80,701.28 hektar (40.8% daripada keluasan daerah) lagi yang sesuai untuk dibangunkan di masa

hadapan. Ini merupakan potensi yang tinggi bagi Daerah Maran untuk dibangunkan dalam

mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi daerah memandangkan ia masih mempunyai

banyak tanah yang sesuai untuk dibangunkan bagi menampung keperluan pembangunan

masa depan.

iv. Lebuh raya Pantai Timur (LPT)

Laluan Lebuh raya Pantai Timur yang merentasi Daerah Maran ini menjadi laluan utama

pengguna jalan raya Lembah Klang – Maran – Kuantan. Keadaan ini telah memberikan

kelebihan kepada Daerah Maran apabila pengguna jalan raya menjadikan Bandar Maran

sebagai persinggahan sementara untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan tertentu

sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi Daerah Maran.

v. Gugusan FELDA Yang Menjadi Pemangkin Kepada Pertumbuhan Ekonomi

Gugusan FELDA Jengka yang terdapat di dalam Daerah Maran ini merupakan aset penting

bagi aspek sumber manusia dan ekonomi berasaskan pertanian. Berdasarkan kepada Laporan

Penemuan RT Daerah Maran 2008-2020, jumlah penduduk FELDA pada tahun 2009 menjangkau

seramai 70,159 orang atau bersamaan dengan 58 peratus daripada jumlah keseluruhan

penduduk di Daerah Maran. Ini menunjukkan bahawa sumber guna tenaga lebih tertumpu di

gugusan FELDA yang menjadikan sektor pertanian sebagai sumber utama kepada penjanaan

ekonomi Daerah Maran.

vi. Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Menarik

Daerah Maran merupakan antara destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam

semulajadi serta kawasan rekreasi yang menarik. Kewujudan beberapa lokasi eko-pelancongan

seperti Hutan Lipur Teladas, Lubuk Yu, Lubuk Ujed dan sebagainya merupakan antara aset yang

Sumber : Kajian RTD Maran 2008-2020

Konsep dan Strategi

Pembangunan Semasa RSN & RT

Wawasan Pembangunan RTD

Maran 2008-2020

Strategi Pembangunan Sektoral

RTD Maran 2008-2020

Alternatif-alternatif

Strategi Pembangunan

Rumusan Penemuan Kajian

Konsep Asas Pembentukan

Strategi

STRATEGI PEMBANGUNAN TERPILIH

DAN KONSEP TERPERINCI RTD MARAN

Page 3: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 3333

mampu dijadikan sebagai tarikan utama Daerah Maran. Selain daripada itu juga, Daerah

Maran turut menyediakan kemudahan Litar Motorcross bagi tujuan rekreasi sukan lasak dan

padang Golf yang merupakan antara padang Golf tercantik di Negeri Pahang.

vii. Pembangunan Institusi Pendidikan

Pembinaan Institusi Pendidikan Tinggi Awam iaitu Universiti Teknologi Mara (Jengka) yang

terdapat di dalam Daerah Maran ini telah memberikan impak positif kepada Daerah Maran

apabila ia telah meningkatkan permintaan ke atas sektor perumahan, perniagaan dan

perkhidmatan. Keadaan ini telah menjana pertumbuhan ekonomi Daerah Maran ke tahap

yang lebih tinggi.

viii. Cadangan Landasan Keretapi Laju

Cadangan landasan keretapi laju Pantai Timur akan meningkatkan lagi tahap perhubungan

dan kemudahsampaian Daerah Maran di peringkat wilayah. Potensi ini boleh dimanfaatkan

sepenuhnya bagi meransang pertumbuhan aktiviti ekonomi di antara Pantai Barat dengan

Pantai Timur Semenanjung dan di antara Daerah Maran dengan Daerah Kuantan dan Daerah

Temerloh.

3.3 KONSEP PEMBANGUNAN RT DAERAH MARAN

‘Konsep Serakan Koridor Pembangunan’ yang diguna pakai bagi pembangunan Daerah Maran ini

mencadangkan pembangunan yang mengikut jajaran koridor pembangunan yang menjadi laluan

utama dari Kuantan - Maran - Temerloh selain dari laluan Lebuharaya Pantai Timur (LPT). Pembangunan

ini memfokuskan kepada kawasan berpotensi berasaskan sektoral iaitu mempunyai daya tarikan

ekonomi dan pembangunan yang tersendiri. Berikut adalah kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti :

i. Kawasan tumpuan pembangunan perbandaran

ii. Kawasan tumpuan pembangunan pelancongan

iii. Kawasan pelancongan desa dan pertanian

iv. Kawasan pengekalan dan pemuliharaan hutan

v. Pembangunan Institusi

i. Kawasan Tumpuan Pembangunan Perbandaran

Kawasan tumpuan pembangunan merupakan cadangan pembangunan secara fizikal sama

ada untuk pembangunan perumahan, kemudahan, perdagangan, perindustrian dan

sebagainya. Kawasan perbandaran sekitar Bandar Maran, Bandar Tun Abdul Razak Jengka,

Pekan Tajau, Pekan Sg. Jerik, Pekan Sri Jaya, Pekan Awah dan Pekan Chenor berpotensi

dimajukan. Bandar Maran juga akan cuba ditonjolkan dengan imej islam seperti yang

disarankan dalam Rancangan Tempatan Maran 1999-2010.

ii. Kawasan Tumpuan Pembangunan Pelancongan

Kawasan ini adalah kawasan-kawasan hutan, badan-badan air dan kampung tradisi yang

terdapat di Daerah Maran. Penekanan pembangunan di kawasan ini hanya dapat dicapai jika

keberkesanan pengeksploitasian sumber semula jadi dapat dilakukan dengan jayanya.

Kawasan berpotensi dibangunkan adalah sekitar Koridor Maran - Kuala Sentul - Hulu Jempol,

dan Koridor Chenor - Lubuk Paku - Kg. Embus.

iii. Kawasan Pelancongan Desa Dan Pertanian

Pembangunan kawasan ini adalah berkonsepkan pembangunan untuk kawasan desa

terutamanya dari segi pelancongan serta pengekalan kawasan pertanian. Kawasan desa kaya

dengan ciri-ciri tradisional akan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang berasaskan

desa. Selain itu, pembangunan seperti Industri Asas Tani, Program Daerah Satu Industri turut

diberi perhatian. Tumpuan pelancongan boleh dijuruskan di sekitar pusat-pusat pertumbuhan

desa yang terancang.

Tumpuan juga diberikan dengan meningkatkan aktiviti berasaskan sumberjaya desa bagi

memangkinkan pertumbuhan pelancongan desa seperti penanaman buah nangka madu di

Kg. Serengkam, Kg Senggora, Kg. Luit, Kuala Sentul dan Kg Bak-Bak. Selain itu, projek

penternakan ayam kampung perlu dikomersialkan dengan lebih meluaskan seperti di RPSB Bukit

Kening.

iv. Kawasan Pengekalan Dan Pemuliharaan Hutan

Pembangunan kawasan ini adalah berkonsepkan pelancongan alam semula jadi. Kawasan

hutan ini boleh dijadikan kawasan pengekalan dan pemuliharaan untuk tujuan pelancongan.

Page 4: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 4444

Tumpuan kawasan pengekalan dan pemuliharaan hutan ini adalah disekitar Hutan Simpan

Jengka, Hutan Simpan Temiang, Hutan Simpan Chini, Hutan Simpan Papai, Hutan Simpan Lepar ,

Hutan Simpan Ulu Luit dan Hutan Simpan Berkelah.

v. Pembangunan Institusi

Pembangunan institusi ini dicadangkan di dalam koridor pembangunan sebagai indikator

kepada pertumbuhan ekonomi Daerah Maran. Berdasarkan keadaan semasa di Kawasan

Kajian ini, institusi sedia ada yang berpusat di Bandar Tun Abdul Razak telah berjaya menarik

pembangunan dan menjana ekonomi sekitar bandar tersebut. Bagi memastikan limpahan

ekonomi hasil daripada elemen institusi ini lebih menyeluruh, cadangan untuk mewujudkan satu

lagi institusi di Chenor Seberang merupakan satu pendekatan terbaik ke arah itu.

Berikut adalah langkah-langkah pembangunan yang dicadangkan bagi menjayakan konsep ini

adalah seperti berikut :

i. Mempertingkatkan fungsi kemudahan di pusat-pusat tumpuan pembangunan

terutamanya di sekitar Bandar Maran, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pekan Tajau,

Pekan Sg. Jerik, Pekan Sri Jaya, Pekan Awah dan Pekan Chenor.

ii. Meningkatkan kemudahan pengangkutan agar wujud jalinan antara kawasan-kawasan

tumpuan pembangunan.

iii. Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan dan kemudahannya bagi

memangkinkan sektor pelancongan ini seperti kemudahan chalet dan ‘homestay’.

iv. Mewujudkan integrasi sokongan antara pusat-pusat pertumbuhan dan kawasan-

kawasan tumpuan dari segi pekhidmatan dan petempatan.

Kekuatan konsep ini adalah pembangunan yang dirancang adalah lebih menyeluruh di kawasan

Kajian di mana setiap pembangunan adalah berasaskan kepada tarikan potensi yang terdapat di

kawasan kajian. Formula ini secara tidak langsung dapat memberi impak pembangunan baru di

kawasan-kawasan yang kurang pembangunan.

Rajah 3.2 : Konsep Serakan Koridor Pembangunan

Page 5: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 5555

3.4 STRATEGI PEMBANGUNAN RT DAERAH MARAN

Terdapat empat cadangan penggunaan tanah di kawasan RT Daerah Maran iaitu zon pengekalan

dan pemuliharaan, zon pembangunan dan pengekalan, zon pembangunan industri dan zon

pembangunan bercampur.

Kawasan-kawasan yang berpotensi untuk pembangunan dan pengekalan kawasan sensitif secara

tidak langsung mencorakkan arah pembangunan kawasan kajian. Kawasan berpotensi dijana

daripada pengenal pastian potensi dan halangan kawasan kajian serta kawasan sekitarnya. Kawasan

yang berpotensi ini perlu dimanfaatkan melalui penggunaan tanah yang optima. Pembangunan dan

penerokaan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar perlu dilakukan pada tahap paling minimum dan

pembangunannya perlulah berlandaskan konsep pengekalan ekologi sedia ada dan perlu

menerapkan ciri-ciri penjagaan alam sekitar.

3.4.1 Strategi Pembangunan Spatial dan Fizikal

i. Kawalan Pembangunan Kawasan yang Tumpuan

Zon ini lebih tertumpu di kawasan petempatan utama seperti di Bandar Maran, Bandar Tun

Abdul Razak Jengka, Sri Jaya, Bukit Tajau, Lubuk Paku, Kuala Sentul, Sungai Jerik, Chenor dan Kg.

Awah. Zon ini akan dibangunkan dengan pembangunan campuran, kemudahan dan

perkhidmatan yang mampu menampung keperluan berasaskan penduduk semasa dan akan

datang. Aspek penggunaan tanah akan diberikan penekanan bagi memastikan perancangan

yang dilaksanakan mengoptimumkan pengunaan tanah di samping mengawal kawasan

pertindihan syarat nyata tanah.

Kawasan petempatan FELDA juga diberikan perhatian dalam aspek perancangan bagi

memastikan pembangunan yang dilaksanakan merangkumi keseluruhan Daerah Maran.

Namun pembangunan di petempatan FELDA ini akan dilaksanakan berdasarkan Akta GSA.

Kawasan pertanian juga perlu dikekalkan memandangkan ia merupakan sumber bekalan

makanan dan mampu untuk diwujudkan sebagai pertanian komersial. Pembangunan kawasan

pertanian lebih menumpukankan kepada kaedah dan teknik penanaman yang lebih berkesan

dan efektif dalam meningkatkan produktiviti pertanian.

ii. Memacu Pembangunan Fizikal Bandar

Mempergiatkan pembangunan fizikal di dalam kawasan pusat bandar untuk meningkatkan

fungsi bandar sebagai pusat perkhidmatan dalam Daerah Maran di samping menonjolkan imej

dan identiti bagi bandar tersebut.

a. Cadangan menaik taraf kompleks sukan sedia ada menjadi ‘Integrated Sports

and Leisure Complex’ yang merangkumi padang permainan awam, stadium mini,

dewan, balapan, kolam renang, gelanggang khas untuk sukan ekstrim, pusat

‘indoor games’, gimnasium dan kemudahan untuk merehatkan badan seperti

spa, kafeteria dan sebagainya.

b. Menaik taraf gerai dan warung-warung tepi jalan menjadi ‘street cafe’ yang

lebih menarik dan kemas sekali gus berperanan untuk menonjolkan imej bandar

Maran yang lebih hidup dari segi aktiviti informal terutamanya pada waktu

malam.

Menyediakan kawasan pusat bandar yang teratur dari segi susunan bangunan dan seragam

dari segi rupa bentuk dan fasad bangunan untuk mewujudkan kualiti visual bandar yang

menarik dan kemas di samping memastikan aktiviti pembangunan yang dijalankan tidak

menjejaskan imej serta identiti bandar. Antara strateginya adalah :

a. Memberikan perhatian terhadap gaya seni bina dan fasad bangunan supaya

tidak terlalu berbeza dengan ciri reka bentuk bangunan-bangunan di sekitarnya.

b. Menetapkan ketinggian maksimum dan anjakan bangunan minimum bagi

bangunan perniagaan dalam pusat bandar untuk mengelakkan percanggahan

yang ketara ke atas visual bandar.

c. Menetapkan keseragaman ke atas penggunaan papan tanda dan papan iklan

bagi bangunan perniagaan dalam kawasan pusat bandar. Reka bentuk papan

iklan juga dipastikan supaya tidak menghalang pandangan dengan cara

memperuntukkan ruang khas untuk perletakkan papan iklan tersebut pada

setiap tingkat premis perniagaan.

d. Rupa bentuk bandar (townscape) dipertingkat dengan pembangunan semula

ke atas bangunan premis perniagaan sedia ada yang usang.

Page 6: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 6666

Memperbanyakkan penyediaan elemen-elemen pengenalan bandar seperti replika,

papan tanda, pintu gerbang dan arca untuk mewujudkan ‘first impression’ kepada orang

ramai terhadap identiti bandar tersebut. Antara strateginya adalah :

a. Menyediakan pintu gerbang dengan reka bentuk yang menggambarkan identiti

Daerah Maran dengan mengambil kira faktor-fakktor tempatan dan diletakkan

di laluan masuk utama ke Daerah Maran.

b. Menyediakan pintu gerbang atau arca dengan reka bentuk yang

menggambarkan identiti sesuatu bandar itu dengan mengambil kira faktor-

fakktor tempatan dan diletakkan di laluan hala masuk utama dan simpang-

simpang ke pusat bandar tersebut.

Memperbanyakkan penyediaan ruang-ruang awam untuk menggalakkan interaksi sesama

masyarakat serta menyokong aktiviti informal dalam bandar. Antara strateginya adalah :

a. Menggunakan kawasan-kawasan kosong seperti di ruang antara bangunan

serta di kawasan lapang yang kecil dan tidak digunakan dengan menyediakan

‘pocket park’ atau ‘public square’.

b. Membangunkan kawasan-kawasan lapang serta kawasan pinggir sungai dalam

bandar sebagai taman bandar atau ‘linear park’ untuk menyokong aktiviti

rekreasi orang ramai.

c. Membangunkan persisiran Sungai Pahang di Pekan Chenor sebagai ‘Chenor

Riverfront’ untuk tujuan rekreasi dan pelancongan di samping menonjolkan imej

tempatan.

d. Menebus guna kawasan paya sedia ada sebagai ‘Taman Wetland’ atau ‘Taman

Botani’ untuk tujuan rekreasi.

Membentuk kawasan perumahan yang harmoni serta menonjolkan gaya seni bina menarik

yang menimbulkan ‘sense of place’ kepada penduduknya di segenap bahagian

pembangunan. Antara strateginya adalah :

a. Memastikan susun atur perumahan yang menarik, bersistematik, dan tidak

‘monotenous’. Cadangan susun atur perumahan secara ‘cluster’ dengan

memperbanyakkan penggunaan ‘cul de sec’ boleh diaplikasikan untuk

membentuk ‘sense of belonging’ dan ‘defensible space’ dalam kawasan

kejiranan bandar.

b. Menyediakan elemen-elemen landskap lembut, landskap kejur, papan tanda

nama taman, papan tanda nama jalan dan sebagainya.

c. Menyediakan sistem laluan basikal dan pejalan kaki yang berkesinambungan

dengan elemen-elemen guna tanah lain di sekitar kawasan kejiranan bandar.

Menyerlahkan imej bandar dengan menggunakan elemen-elemen reka bentuk bandar

sebagai elemen pengenalan bagi pusat-pusat bandar dalam Daerah Maran.

a. Mengenal pasti elemen-elemen titik tumpuan, nodes dan mercu tanda sedia

ada dalam pusat bandar seterusnya menaik taraf elemen-elemen tersebut

sebagai tunjang yang menyokong imej bandar.

b. Memastikan sistem perhubungan pejalan kaki disediakan secara lebih

bersepadu antara titik tumpuan, nodes dan mercu tanda bandar.

c. Meningkatkan kualiti persekitaran yang bersesuaian dengan imej pusat bandar.

d. Menyediakan perabot jalan untuk menceriakan persekitaran bandar di samping

sebagai kemudahan pengguna seperti bangku, tong sampah, papan tanda,

kiosk, pusat informasi dan sebagainya.

Ke arah menjadikan pusat-pusat bandar dalam Daerah Maran sebagai sebuah bandar

selamat dengan menekankan ciri-ciri bandar yang dapat menjamin keselesaan dan

keselamatan penduduk dan orang awam serta golongan orang kurang upaya (OKU)

dalam kawasan pusat bandar tersebut.

a. Menyediakan kemudahan-kemudahan sokongan orang kurang upaya seperti

‘ramp’, tempat letak kereta OKU, tandas mesra OKU, dan sebagainya.

b. Menyediakan elemen-elemen tenang trafik (traffic calming) seperti ‘speed

bumps’, ‘speed humps’, ‘speed tables’, ‘speed cushion’ dan sebagainya dalam

kawasan pusat bandar untuk mengawal kelajuan kenderaan serta

meningkatkan keselamatan pejalan kaki.

c. Menyediakan rangkaian sistem laluan basikal terkawal yang diintegrasikan

dengan laluan pejalan kaki untuk memberikan keselesaan kepada penunggang

basikal yang biasanya menggunakan laluan yang sama dengan kenderaan

bermotor.

d. Melengkapkan kawasan selekoh tajam atau persimpangan terlindung dengan

cermin cembung untuk memudahkan pengguna melihat kenderaan yang

datang dari arah bertentangan untuk mengelakkan kemalangan.

Page 7: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 7777

iii. Pengangkutan

Beberapa strategi telah dicadangkan bagi memperbaiki rangkaian perhubungan di Kawasan

Kajian. Strategi dibuat berdasarkan kepada isu dan masalah yang dikenalpasti di Kawasan

Kajian bertujuan mempertingkatkan sistem pengangkutan dan pengurusan lalu lintas di

Kawasan Kajian. Antara strategi yang dicadangkan adalah :-

a. Cadangan jambatan baru dari Kampung Lubuk Paku (Jalan Negeri C21) ke

Kuala Wau (Jalan Negeri C108). Disamping menghubungkan penduduk dari

kawasan Lubuk Paku ke Kuala Wau dan Chenor, jambatan ini dapat

memendekkan jarak perjalanan ke kawasan selatan Kawasan Kajian.

b. Cadangan jalan baru dari Jalan Persekutuan 83 (Felda Jengka 17) ke Jalan

Persekutuan 62 (Felda Jengka 3). Jalan baru ini dicadangkan supaya dapat

mempertingkatkan kemudahsampaian antara Bandar Maran ke Bandar Tun

Abdul Razak Jengka.

c. Cadangan jalan baru dari Jalan Negeri C108 (dari Kuala Wau) ke jambatan di

Chenor. Jalan baru dicadangkan bagi menghubungkan jambatan baru

daripada Kampung Lubuk Paku ke Jalan Negeri C108.

iv. Pengekalan dan Pemeliharaan bagi Kawasan Sensitif Alam Sekitar

Zon ini adalah kawasan-kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan hutan simpan, tanah

tinggi dan kawasan badan-badan air. Pembangunan fizikal secara berskala besar tidak

dibolehkan di zon ini memandangkan ia mempunyai kepentingan ekologi. Kawasan ini hanya

boleh dimajukan dengan cara mengolah dan mengadakan aktiviti yang tidak memberi impak

yang besar kepada ekologi dan salah satu sektor yang boleh dimajukan ialah sektor

pelancongan. Sektor pelancongan yang berskala besar yang berasaskan alam semula jadi

boleh di perkenalkan di kawasan ini terutama di Hutan Lipur Teladas dan Lubuk Yu.

Mempromosi kawasan semula jadi ini sebagai kawasan pelancongan, secara tidak langsung ia

akan menarik minat pengkaji untuk mewujudkan kawasan ini zon penyelidikan dan

pemuliharaan untuk kepelbagaian spesis flora dan fauna. Pusat-pusat penyelidikan akan dapat

diwujudkan di kawasan ini bagi membantu mengimbangi aktiviti pelancongan yang dilakukan.

3.4.2 Strategi Pembangunan Ekonomi

i. Meningkatkan Produktiviti Pertanian Daerah

Produktiviti pertanian di kawasan kajian perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan

pendapatan pekebun kecil serta menjana dana bagi Daerah Maran. Produktiviti dapat

dipertingkatkan melalui beberapa cara, khususnya penggunaan kaedah “Amalan

Pertanian Baik”. Di antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut :

• Memilih tanaman yang mempunyai pasaran tetap.

• Mengamalkan “Amalan Pertanian Baik” bagi setiap tanaman yang diusahakan,

ini termasuk jenis (varieti), baja, kawalan penyakit, serangga dan rumpai,

penuaian dan pasca tuai.

• Menjalankan aktiviti pertanian secara komersial, iaitu keluasan tanaman yang

diusahakan perlulah ekonomik dan dapat memberikan kerja sepenuh masa dan

pulangan yang baik.

• Menjalankan perusahaan pertanian, terutama tanaman makanan melalui sistem

payung atau “perladangan kontrak”. Sistem ini dapat menentukan bahawa

hasil yang dikeluarkan akan mendapat pasaran kerana dibeli oleh syarikat yang

menandatangani kontrak berkaitan.

Pada masa ini, TKPM hanya dijalankan di atas tanah kerajaan. Projek ini seharusnya

dijalankan juga di atas kawasan pertanian bergeran. Ini dengan sendirinya akan

menggalakkan penduduk kampung untuk terlibat sama dalam program pengeluaran

makanan, dan dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka. Program TKPA juga

boleh dilaksanakan menerusi pendekatan IADA (“Integrated Agricultural Development

Area”) dalam kebun getah, kelapa sawit, atau dusun buah-buahan pekebun kecil

dengan syarat lebih satu kilometer dari kawasan petempatan terdekat. Di samping itu,

tapak cadangan TKPM / TKPA juga tidak harus jauh ke dalam kawasan perhutanan

kerana keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan pemasaran hasil.

Tambahan lagi, keluasan kawasan TKPM / TKPA yang sedia ada harus diperluaskan bagi

meningkatkan produktivitinya.

Page 8: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 8888

Sebagai sokongan kepada pasar tani yang sedia ada di Bandar Jengka dan pelengkap

kepada rantaian sektor pertanian di kawasan kajian, satu Pusat Pengumpulan dan

Pemasaran (CPCC) Hasil Pertanian yang utama dicadangkan pembangunannya di

Bandar Maran bagi menentukan hasil pengeluaran pertanian mendapat pasaran

sewajarnya.

Dengan adanya CPCC Hasil Pertanian ini, maka petani, penternak haiwan dan

penternak ikan akan dapat membawa hasil pengeluaran mereka untuk dipasarkan

secara terus kepada penggunanya. Pengusaha sumberjaya desa yang mengeluarkan

produk kuih-muih, roti dan kek, dan sebagainya juga boleh memasarkan produk

pengeluaran mereka di sini. CPCC Hasil Pertanian ini seterusnya akan juga memainkan

fungsi sebagai ‘One Stop Centre (OSC)’ Ayam Kampung untuk mengumpul dan

memasarkan ternakan ayam kampung, sama ada ayam hidup ataupun ayam proses.

Ini adalah selaras dengan konsep pembangunan Bandar Maran, iaitu sebagai “Bandar

Ayam Kampung”.

ii. Menggalakkan Pertumbuhan Industri Sebagi Pemangkin Ekonomi Daerah

Memajukan Daerah Maran sebagai Pusat Mini Kluster Industri Kelapa Sawit (PMKIKS)

khusus berasaskan produk nutraseutikal dan farmaseutikal. Walaupun telah ada

cadangan memajukan Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC) di kawasan ’Kuantan Port

City’, namun PMKIKS Maran boleh dikhususkan untuk produk-produk hiliran tertentu dari

kelapa sawit seperti : produk vitamin E, gelatin halal; produk hijau oleokimia dan

sebagainya.

Lokasi PMKIKS dicadangkan terletak di kawasan berdekatan dengan persimpangan

bertingkat LPT iaitu di kawasan Pekan Tajau. Kawasan ini akan dapat memudahkan

pergerakan lalulintas kenderaan industri terutama ke Pelabuhan Kuantan. Kawasan

seluas 30 hektar dicadangkan dikenalpasti sebagai pembangunan fasa pertama PMKIKS.

iii. Mengeksploitasi Potensi Eko-Pelancongan

Tumpuan pembangunan pelancongan secara koridor dapat menonjolkan produk

pelancongan secara lebih berkesan melalui perlaksanaan program / aktiviti

pelancongan secara berintergrasi / bergabung. Perincian ke atas produk pelancongan

yang terdapat di dalam dua koridor tersebut adalah seperti berikut :

a. Koridor Maran – Kuala Sentul - Ulu Jempol

Meliputi kawasan sejauh lebihkurang 30 kilometer. Ianya akan dibangunkan

sebagai koridor pelancongan utama Daerah Maran. Produk pelancongan

sediada dan produk berpotensi yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :

• Air Terjun Teladas

• Maran Hill Golf Resort

• Waterfront chalet

• Restoran Ayam Kampung

• Kolam Memancing Paya Teras

• Kawasan Petempatan Orang Asli Batu 55

• Kawasan perkelahan Lubuk Ujed

• Homestay di Kg Kuala Sentul

• Kawasan perkhemahan Jeram Pelangi yang terdiri dari dataran Batu

Hampar, Air Terjun Lubuk Kawah dan Air Terjun Pelangi

• Kawasan perkelahan Lubuk Yu

• Kawasan Petempatan Orang Asli Ulu Jempol.

b. Koridor Chenor – Lubuk Paku – Kg Embus

Melibatkan kawasan disepanjang Sungai Pahang yang melalui Kawasan Kajian.

Ianya meliputi kawasan sejauh lebihkurang 25 kilometer. Destinasi dan aktiviti

pelancongan yang dicadangkan di dalam koridor ini adalah seperti berikut:

• Pekan Chenor Lama yang akan dikenali dengan nama pelancongan

sebagai Hentian Chenor.

• Hutan Simpan Paya Pasir

• Homestay di Kg Pesagi

• Homestay di Kg Tradisional Lubuk Paku.

• Petempatan Orang Asli Kg Embus

Page 9: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 9999

3.4.3 Strategi Pembangunan Sosial

i. Penyediaan Perumahan Yang Berkualiti dan Mampu Milik Berdasarkan Keperluan.

a. Menumpukan Pembangunan Kediaman Terancang

Langkah ini akan mengukuhkan koridor pembangunan terpilih. Penumpuan

pembangunan perumahan baru berhampiran dengan Pusat Perkhidmatan dan

Pusat Tempatan sediada memudahkan pembekalan kemudahan infrastuktur

dan kemudahan masyarakat yang diperlukan.

b. Membangunkan Kawasan Kediaman Kos Rendah Dan Sederhana

Rendah

Perkembangan semasa menunjukkan beberapa unit kediaman bagi generasi

kedua FELDA telah dibangunkan di dalam lot kediaman peneroka asal. Melalui

cadangan pembangunan kediaman baru di atas satu kawasan yang dikhaskan

akan mengurangkan tekanan ke atas pembangunan unit kediaman baru di

dalam lot kediaman sedia ada.

c. Pembangunan Skim Kediaman Yang Berkonsepkan Kediaman Percutian

Kawasan Kajian yang mempunyai pelbagai kawasan Hutan Simpan, keindahan

air terjun dan keistimewaan Sungai Pahang disokong oleh daya

kemudahsampaian yang tinggi melalui tiga buah persimpangan bertingkat LPT

serta kewujudan kemudahan lapangan golf yang menarik. Kewujudan ciri-ciri

tersebut telah meningkatkan potensi Kawasan Kajian bagi pembangunan

kediaman percutian / persaraan.

d. Pembangunan Kediaman Berskala Kecil

Menyediakan kemudahan masyarakat dalam bentuk lot fizikal secara berkadar

(ratio) dengan merujuk kepada piawaian perancangan melalui nisbah

kemudahan berbanding jumlah penduduk atau jumlah unit kediaman. Tren

semasa dan pembangunan komited menunjukkan kebanyakan pembangunan

skim perumahan adalah berskala kecil yang tidak tertakluk kepada keperluan

penyediaan kemudahan masyarakat. Langkah ini bagi memastikan kemudahan

masyarakat yang minimum dapat disediakan di dalam setiap kawasan

petempatan apabila keseluruhan kawasan tersebut dibangunkan kelak.

ii. Kemudahan Masyarakat.

a. Menggalakkan Pembangunan Kemudahan Masyarakat Taraf Tinggi

Cadangan pembangunan kemudahan hospital kedua Daerah Maran seperti yang telah

dikemukakan oleh pihak berkaitan perlu dilaksanakan di dalam tempoh masa

perancangan dan ditempatkan di bahagian Selatan daerah. Cadangan tersebut

bukan sahaja akan meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di bahagian Selatan

daerah, tetapi ianya juga secara langsung akan meningkatkan tumpuan penduduk di

sekitar kawasan cadangan pembangunan tersebut pada masa hadapan.

b. Meningkatkan Penyediaan Kemudahan Berteraskan Teknologi Maklumat

Kemudahan seperti ‘kafe siber’ ini boleh ditempatkan di dalam bangunan kemudahan

masyarakat sediada iaitu seperti kemudahan perpustakaan, balairaya, pejabat

penghulu mahupun di dalam kawasan kemudahan masjid. Langkah menyediakan

kemudahan teknologi maklumat ini di dalam bangunan kemudahan sediada adalah

bagi memastikan perlaksanaannya dapat dilakukan dalam masa singkat dan secara

langsung ianya dapat mengurangkan kos pembangunan kemudahan.

c. Memastikan Kesemua Bangunan Struktur Kekal Atau Sekurang-kurangnya Separa

Kekal.

Ini bagi meningkatkan jangka hayat bangunan tersebut untuk keselesaan serta

keselamatan pengguna. Ianya juga dalam jangkamasa panjang dapat mengurangkan

kos penyelenggaraan bangunan.

Page 10: RRRRAA DDDDAAAAEEEERRRRAAAAHHHH …onemapserver.com/RTDMaran/taskpane/Pengenalan/Konsep dan Strategi... · Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat

RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN

22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000

3333.0 .0 .0 .0 ---- 10101010

3.5 TERAS PEMBANGUNAN RT DAERAH MARAN

Pembangunan keseluruhan Daerah Maran ini dibangunkan berasaskan kepada Lima (5) Teras

Pembangunan yang menjadi panduan kepada cadangan pembangunan. Teras Pembangunan ini

dirangka bagi memastikan perancangan yang dilaksanakan mencapai matlamat dan visi

pembangunan. Lima (5) Teras Pembangunan tersebut adalah seperti berikut :

3.6 RUMUSAN

Secara amnya, konsep pembangunan yang dirangka ini memfokuskan kepada pembangunan

ekonomi kawasan dengan mempertingkatkan kadar perbandaran dan program-program

pembangunan yang meliputi pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial.

RT DAERAH

MARAN

TERAS 1

MEWUJUDKAN STRUKTUR GUNATANAH YANG TERATUR DAN

PENGGUNAAN TANAH YANG OPTIMUM.

TERAS 2

MEWUJUDKAN IMEJ PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA

UNTUK DI DIAMI.

TERAS 3

MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN

SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI.

TERAS 4

MEWUJUDKAN SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN YANG

BERSEPADU, EFISIEN DAN MESRA PENGGUNA.

TERAS 5

MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN MELAUI PENYEDIAAN

KEMUDAHAN AWAM, PERUMAHAN, SUKAN DAN REKREASI, TANAH

LAPANG YANG MENCUKUPI DAN BERKUALITI.