RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 1111
3.0 KONSEP DAN STRATEGI PEMBANGUNAN
3.1 PENGENALAN
Bab ini akan menerangkan secara khusus pembentukan strategi dan konsep pembangunan yang
bakal di jadikan panduan untuk perancangan di peringkat Rancangan Tempatan Daerah Maran 2008-
2020.
3.2 ASAS PEMBENTUKAN KONSEP PEMBANGUNAN DAERAH MARAN
Pembentukan konsep pembangunan bagi Daerah Maran ini berpandukan kepada Visi, Wawasan dan
Teras Pembangunan yang menjadi panduan utama dalam merangka strategi pembangunan agar
dapat mewujudkan satu perancangan yang membawa Daerah Maran ke peringkat yang lebih
berdaya saing diperingkat tempatan mahupun global.
3.2.1 Visi, Wawasan dan Teras Pembangunan RT Daerah Maran
Matlamat utama RT Daerah Maran ini adalah seperti berikut;-
i. Melaksanakan dasar-dasar dan cadangan umum Rancangan Struktur Maran (1995-2020)
dan Rancangan Tempatan Maran (1999-2010) yang bersesuaian ke dalam bentuk fizikal
dengan menggabungkan aspek-aspek sosial, ekonomi dan penggunaan sumber-
sumber secara terperinci.
ii. Menyediakan peta cadangan terperinci yang komprehensif merangkumi aspek-aspek
perumahan, perdagangan, institusi, industri, pertanian, kemudahan masyarakat dan
infrastruktur bagi menetapkan hala tuju pembangunan daerah sehingga tahun 2020.
iii. Menyediakan garis panduan kawalan pembangunan bagi memudahkan penyelarasan
pelaksanaan oleh badan-badan awam dan swasta.
3.2.2 Pembentukan Konsep Pembangunan Semasa
Pembentukan konsep adalah merupakan panduan berbentuk spatial bagi pelan pengezonan
kawasan yang telah ditentukan berdasarkan strategi-strategi sebelum ini. Secara am,
pembentukan pelan konsep adalah dibentuk daripada Konsep Asas Pembentukan Strategi ini.
Carta Aliran di bawah menunjukan carta alir pembentukan konsep dan strategi terpilih.
WAWASAN
i. Memperkenalkan Daerah Maran sebagai daerah yang menawarkan perkhidmatan institusi
pendidikan serta pusat penyelidikan dan pembangunan di peringkat nasional dan negeri.
ii. Menekankan fungsi Bandar Maran sebagai Pusat Pentadbiran Daerah dan Bandar Tun Abdul
Razak sebagai Pusat Perkhidmatan Utama serta institusi peringkat nasional, wilayah dan
negeri.
iii. Menjadikan Daerah Maran sebagai zon limpahan industri berorientasikan eksport dan zon
berasaskan sumber asli dan industri hiliran.
TERAS PEMBANGUNAN
i. Mewujudkan struktur gunatanah yang teratur dan penggunaan tanah yang optimum.
ii. Mewujudkan imej perbandaran yang menarik dan sejahtera untuk didiami.
iii. Meningkatkan dan memperkukuhkan asas ekonomi tempatan supaya lebih berdaya saing
melalui kepelbagaian ekonomi.
iv. Mewujudkan sistem perhubungan dan pengangkutan yang bersepadu, efisien dan mesra
pengguna.
v. Meningkatkan kualiti kehidupan melalui penyediaan kemudahan awam, perumahan, sukan
dan rekreasi, tanah lapang yang mencukupi dan berkualiti.
VISI
“Memajukan Daerah Maran dengan Pembangunan Gunatanah dan Perbandaran yang Teratur dan
Seimbang serta Mempertingkatkan Ekonomi Tempatan ke Arah Pembangunan Daerah yang Maju,
Progresif dan Dinamik Menjelang Tahun 2020”
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 2222
Rajah 3.1 : Pembentukan Konsep RT Daerah Maran, 2008-2020
3.2.3 Kekuatan dan Potensi Daerah Maran
Strategi dan konsep pembangunan ini RT Daerah Maran juga berdasarkan kepada kekuatan
dan potensi Daerah Maran seperti berikut :
i. Kedudukan Daerah Maran di antara konurbasi Daerah Kuantan dan Daerah Termerloh
Pembangunan sesuatu kawasan juga bergantung kepada pembangunan sekitar kawasannya.
Kedudukan Daerah Maran yang berada di antara kedua-dua Daerah yang membangun iaitu
Daerah Kuantan dan Daerah Temerloh menjadikan Daerah Maran berpotensi menerima
limpahan pembangunan daripada kedua-dua daerah tersebut.
ii. Terletak Dalam Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER)
Lokasi Daerah Maran adalah amat strategik memandangkan ia terletak di dalam lingkungan
sempadan ECER yang memberikan ia satu kelebihan dalam aspek perancangan ekonomi. Di
dalam senarai projek ECER yang telah di gariskan, terdapat peruntukkan tanah seluas 1000 ekar
untuk tujuan pembangunan pertanian di mana ia dibahagikan dua kawasan iaitu Daerah
Maran akan mengusahakan tanah seluas 500 ekar dan selebihnya diusahakan oleh Daerah
Kuantan. Hal ini menunjukkan bahawa jaringan pembangunan dalam ECER ini telah
memberikan manfaat dari segi pertumbuhan ekonomi kepada Daerah Maran.
iii. Kedapatan Tanah Untuk Pembangunan
Berdasarkan kepada laporan penemuan RT Daerah Maran 2008-2020 masih terdapat kira-kira
80,701.28 hektar (40.8% daripada keluasan daerah) lagi yang sesuai untuk dibangunkan di masa
hadapan. Ini merupakan potensi yang tinggi bagi Daerah Maran untuk dibangunkan dalam
mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi daerah memandangkan ia masih mempunyai
banyak tanah yang sesuai untuk dibangunkan bagi menampung keperluan pembangunan
masa depan.
iv. Lebuh raya Pantai Timur (LPT)
Laluan Lebuh raya Pantai Timur yang merentasi Daerah Maran ini menjadi laluan utama
pengguna jalan raya Lembah Klang – Maran – Kuantan. Keadaan ini telah memberikan
kelebihan kepada Daerah Maran apabila pengguna jalan raya menjadikan Bandar Maran
sebagai persinggahan sementara untuk mendapatkan perkhidmatan dan barangan tertentu
sekaligus merancakkan pertumbuhan ekonomi Daerah Maran.
v. Gugusan FELDA Yang Menjadi Pemangkin Kepada Pertumbuhan Ekonomi
Gugusan FELDA Jengka yang terdapat di dalam Daerah Maran ini merupakan aset penting
bagi aspek sumber manusia dan ekonomi berasaskan pertanian. Berdasarkan kepada Laporan
Penemuan RT Daerah Maran 2008-2020, jumlah penduduk FELDA pada tahun 2009 menjangkau
seramai 70,159 orang atau bersamaan dengan 58 peratus daripada jumlah keseluruhan
penduduk di Daerah Maran. Ini menunjukkan bahawa sumber guna tenaga lebih tertumpu di
gugusan FELDA yang menjadikan sektor pertanian sebagai sumber utama kepada penjanaan
ekonomi Daerah Maran.
vi. Kawasan Pelancongan dan Rekreasi Menarik
Daerah Maran merupakan antara destinasi pelancongan yang menawarkan keindahan alam
semulajadi serta kawasan rekreasi yang menarik. Kewujudan beberapa lokasi eko-pelancongan
seperti Hutan Lipur Teladas, Lubuk Yu, Lubuk Ujed dan sebagainya merupakan antara aset yang
Sumber : Kajian RTD Maran 2008-2020
Konsep dan Strategi
Pembangunan Semasa RSN & RT
Wawasan Pembangunan RTD
Maran 2008-2020
Strategi Pembangunan Sektoral
RTD Maran 2008-2020
Alternatif-alternatif
Strategi Pembangunan
Rumusan Penemuan Kajian
Konsep Asas Pembentukan
Strategi
STRATEGI PEMBANGUNAN TERPILIH
DAN KONSEP TERPERINCI RTD MARAN
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 3333
mampu dijadikan sebagai tarikan utama Daerah Maran. Selain daripada itu juga, Daerah
Maran turut menyediakan kemudahan Litar Motorcross bagi tujuan rekreasi sukan lasak dan
padang Golf yang merupakan antara padang Golf tercantik di Negeri Pahang.
vii. Pembangunan Institusi Pendidikan
Pembinaan Institusi Pendidikan Tinggi Awam iaitu Universiti Teknologi Mara (Jengka) yang
terdapat di dalam Daerah Maran ini telah memberikan impak positif kepada Daerah Maran
apabila ia telah meningkatkan permintaan ke atas sektor perumahan, perniagaan dan
perkhidmatan. Keadaan ini telah menjana pertumbuhan ekonomi Daerah Maran ke tahap
yang lebih tinggi.
viii. Cadangan Landasan Keretapi Laju
Cadangan landasan keretapi laju Pantai Timur akan meningkatkan lagi tahap perhubungan
dan kemudahsampaian Daerah Maran di peringkat wilayah. Potensi ini boleh dimanfaatkan
sepenuhnya bagi meransang pertumbuhan aktiviti ekonomi di antara Pantai Barat dengan
Pantai Timur Semenanjung dan di antara Daerah Maran dengan Daerah Kuantan dan Daerah
Temerloh.
3.3 KONSEP PEMBANGUNAN RT DAERAH MARAN
‘Konsep Serakan Koridor Pembangunan’ yang diguna pakai bagi pembangunan Daerah Maran ini
mencadangkan pembangunan yang mengikut jajaran koridor pembangunan yang menjadi laluan
utama dari Kuantan - Maran - Temerloh selain dari laluan Lebuharaya Pantai Timur (LPT). Pembangunan
ini memfokuskan kepada kawasan berpotensi berasaskan sektoral iaitu mempunyai daya tarikan
ekonomi dan pembangunan yang tersendiri. Berikut adalah kawasan-kawasan yang telah dikenalpasti :
i. Kawasan tumpuan pembangunan perbandaran
ii. Kawasan tumpuan pembangunan pelancongan
iii. Kawasan pelancongan desa dan pertanian
iv. Kawasan pengekalan dan pemuliharaan hutan
v. Pembangunan Institusi
i. Kawasan Tumpuan Pembangunan Perbandaran
Kawasan tumpuan pembangunan merupakan cadangan pembangunan secara fizikal sama
ada untuk pembangunan perumahan, kemudahan, perdagangan, perindustrian dan
sebagainya. Kawasan perbandaran sekitar Bandar Maran, Bandar Tun Abdul Razak Jengka,
Pekan Tajau, Pekan Sg. Jerik, Pekan Sri Jaya, Pekan Awah dan Pekan Chenor berpotensi
dimajukan. Bandar Maran juga akan cuba ditonjolkan dengan imej islam seperti yang
disarankan dalam Rancangan Tempatan Maran 1999-2010.
ii. Kawasan Tumpuan Pembangunan Pelancongan
Kawasan ini adalah kawasan-kawasan hutan, badan-badan air dan kampung tradisi yang
terdapat di Daerah Maran. Penekanan pembangunan di kawasan ini hanya dapat dicapai jika
keberkesanan pengeksploitasian sumber semula jadi dapat dilakukan dengan jayanya.
Kawasan berpotensi dibangunkan adalah sekitar Koridor Maran - Kuala Sentul - Hulu Jempol,
dan Koridor Chenor - Lubuk Paku - Kg. Embus.
iii. Kawasan Pelancongan Desa Dan Pertanian
Pembangunan kawasan ini adalah berkonsepkan pembangunan untuk kawasan desa
terutamanya dari segi pelancongan serta pengekalan kawasan pertanian. Kawasan desa kaya
dengan ciri-ciri tradisional akan dibangunkan sebagai kawasan pelancongan yang berasaskan
desa. Selain itu, pembangunan seperti Industri Asas Tani, Program Daerah Satu Industri turut
diberi perhatian. Tumpuan pelancongan boleh dijuruskan di sekitar pusat-pusat pertumbuhan
desa yang terancang.
Tumpuan juga diberikan dengan meningkatkan aktiviti berasaskan sumberjaya desa bagi
memangkinkan pertumbuhan pelancongan desa seperti penanaman buah nangka madu di
Kg. Serengkam, Kg Senggora, Kg. Luit, Kuala Sentul dan Kg Bak-Bak. Selain itu, projek
penternakan ayam kampung perlu dikomersialkan dengan lebih meluaskan seperti di RPSB Bukit
Kening.
iv. Kawasan Pengekalan Dan Pemuliharaan Hutan
Pembangunan kawasan ini adalah berkonsepkan pelancongan alam semula jadi. Kawasan
hutan ini boleh dijadikan kawasan pengekalan dan pemuliharaan untuk tujuan pelancongan.
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 4444
Tumpuan kawasan pengekalan dan pemuliharaan hutan ini adalah disekitar Hutan Simpan
Jengka, Hutan Simpan Temiang, Hutan Simpan Chini, Hutan Simpan Papai, Hutan Simpan Lepar ,
Hutan Simpan Ulu Luit dan Hutan Simpan Berkelah.
v. Pembangunan Institusi
Pembangunan institusi ini dicadangkan di dalam koridor pembangunan sebagai indikator
kepada pertumbuhan ekonomi Daerah Maran. Berdasarkan keadaan semasa di Kawasan
Kajian ini, institusi sedia ada yang berpusat di Bandar Tun Abdul Razak telah berjaya menarik
pembangunan dan menjana ekonomi sekitar bandar tersebut. Bagi memastikan limpahan
ekonomi hasil daripada elemen institusi ini lebih menyeluruh, cadangan untuk mewujudkan satu
lagi institusi di Chenor Seberang merupakan satu pendekatan terbaik ke arah itu.
Berikut adalah langkah-langkah pembangunan yang dicadangkan bagi menjayakan konsep ini
adalah seperti berikut :
i. Mempertingkatkan fungsi kemudahan di pusat-pusat tumpuan pembangunan
terutamanya di sekitar Bandar Maran, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Pekan Tajau,
Pekan Sg. Jerik, Pekan Sri Jaya, Pekan Awah dan Pekan Chenor.
ii. Meningkatkan kemudahan pengangkutan agar wujud jalinan antara kawasan-kawasan
tumpuan pembangunan.
iii. Meningkatkan kualiti perkhidmatan pelancongan dan kemudahannya bagi
memangkinkan sektor pelancongan ini seperti kemudahan chalet dan ‘homestay’.
iv. Mewujudkan integrasi sokongan antara pusat-pusat pertumbuhan dan kawasan-
kawasan tumpuan dari segi pekhidmatan dan petempatan.
Kekuatan konsep ini adalah pembangunan yang dirancang adalah lebih menyeluruh di kawasan
Kajian di mana setiap pembangunan adalah berasaskan kepada tarikan potensi yang terdapat di
kawasan kajian. Formula ini secara tidak langsung dapat memberi impak pembangunan baru di
kawasan-kawasan yang kurang pembangunan.
Rajah 3.2 : Konsep Serakan Koridor Pembangunan
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 5555
3.4 STRATEGI PEMBANGUNAN RT DAERAH MARAN
Terdapat empat cadangan penggunaan tanah di kawasan RT Daerah Maran iaitu zon pengekalan
dan pemuliharaan, zon pembangunan dan pengekalan, zon pembangunan industri dan zon
pembangunan bercampur.
Kawasan-kawasan yang berpotensi untuk pembangunan dan pengekalan kawasan sensitif secara
tidak langsung mencorakkan arah pembangunan kawasan kajian. Kawasan berpotensi dijana
daripada pengenal pastian potensi dan halangan kawasan kajian serta kawasan sekitarnya. Kawasan
yang berpotensi ini perlu dimanfaatkan melalui penggunaan tanah yang optima. Pembangunan dan
penerokaan kawasan-kawasan sensitif alam sekitar perlu dilakukan pada tahap paling minimum dan
pembangunannya perlulah berlandaskan konsep pengekalan ekologi sedia ada dan perlu
menerapkan ciri-ciri penjagaan alam sekitar.
3.4.1 Strategi Pembangunan Spatial dan Fizikal
i. Kawalan Pembangunan Kawasan yang Tumpuan
Zon ini lebih tertumpu di kawasan petempatan utama seperti di Bandar Maran, Bandar Tun
Abdul Razak Jengka, Sri Jaya, Bukit Tajau, Lubuk Paku, Kuala Sentul, Sungai Jerik, Chenor dan Kg.
Awah. Zon ini akan dibangunkan dengan pembangunan campuran, kemudahan dan
perkhidmatan yang mampu menampung keperluan berasaskan penduduk semasa dan akan
datang. Aspek penggunaan tanah akan diberikan penekanan bagi memastikan perancangan
yang dilaksanakan mengoptimumkan pengunaan tanah di samping mengawal kawasan
pertindihan syarat nyata tanah.
Kawasan petempatan FELDA juga diberikan perhatian dalam aspek perancangan bagi
memastikan pembangunan yang dilaksanakan merangkumi keseluruhan Daerah Maran.
Namun pembangunan di petempatan FELDA ini akan dilaksanakan berdasarkan Akta GSA.
Kawasan pertanian juga perlu dikekalkan memandangkan ia merupakan sumber bekalan
makanan dan mampu untuk diwujudkan sebagai pertanian komersial. Pembangunan kawasan
pertanian lebih menumpukankan kepada kaedah dan teknik penanaman yang lebih berkesan
dan efektif dalam meningkatkan produktiviti pertanian.
ii. Memacu Pembangunan Fizikal Bandar
Mempergiatkan pembangunan fizikal di dalam kawasan pusat bandar untuk meningkatkan
fungsi bandar sebagai pusat perkhidmatan dalam Daerah Maran di samping menonjolkan imej
dan identiti bagi bandar tersebut.
a. Cadangan menaik taraf kompleks sukan sedia ada menjadi ‘Integrated Sports
and Leisure Complex’ yang merangkumi padang permainan awam, stadium mini,
dewan, balapan, kolam renang, gelanggang khas untuk sukan ekstrim, pusat
‘indoor games’, gimnasium dan kemudahan untuk merehatkan badan seperti
spa, kafeteria dan sebagainya.
b. Menaik taraf gerai dan warung-warung tepi jalan menjadi ‘street cafe’ yang
lebih menarik dan kemas sekali gus berperanan untuk menonjolkan imej bandar
Maran yang lebih hidup dari segi aktiviti informal terutamanya pada waktu
malam.
Menyediakan kawasan pusat bandar yang teratur dari segi susunan bangunan dan seragam
dari segi rupa bentuk dan fasad bangunan untuk mewujudkan kualiti visual bandar yang
menarik dan kemas di samping memastikan aktiviti pembangunan yang dijalankan tidak
menjejaskan imej serta identiti bandar. Antara strateginya adalah :
a. Memberikan perhatian terhadap gaya seni bina dan fasad bangunan supaya
tidak terlalu berbeza dengan ciri reka bentuk bangunan-bangunan di sekitarnya.
b. Menetapkan ketinggian maksimum dan anjakan bangunan minimum bagi
bangunan perniagaan dalam pusat bandar untuk mengelakkan percanggahan
yang ketara ke atas visual bandar.
c. Menetapkan keseragaman ke atas penggunaan papan tanda dan papan iklan
bagi bangunan perniagaan dalam kawasan pusat bandar. Reka bentuk papan
iklan juga dipastikan supaya tidak menghalang pandangan dengan cara
memperuntukkan ruang khas untuk perletakkan papan iklan tersebut pada
setiap tingkat premis perniagaan.
d. Rupa bentuk bandar (townscape) dipertingkat dengan pembangunan semula
ke atas bangunan premis perniagaan sedia ada yang usang.
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 6666
Memperbanyakkan penyediaan elemen-elemen pengenalan bandar seperti replika,
papan tanda, pintu gerbang dan arca untuk mewujudkan ‘first impression’ kepada orang
ramai terhadap identiti bandar tersebut. Antara strateginya adalah :
a. Menyediakan pintu gerbang dengan reka bentuk yang menggambarkan identiti
Daerah Maran dengan mengambil kira faktor-fakktor tempatan dan diletakkan
di laluan masuk utama ke Daerah Maran.
b. Menyediakan pintu gerbang atau arca dengan reka bentuk yang
menggambarkan identiti sesuatu bandar itu dengan mengambil kira faktor-
fakktor tempatan dan diletakkan di laluan hala masuk utama dan simpang-
simpang ke pusat bandar tersebut.
Memperbanyakkan penyediaan ruang-ruang awam untuk menggalakkan interaksi sesama
masyarakat serta menyokong aktiviti informal dalam bandar. Antara strateginya adalah :
a. Menggunakan kawasan-kawasan kosong seperti di ruang antara bangunan
serta di kawasan lapang yang kecil dan tidak digunakan dengan menyediakan
‘pocket park’ atau ‘public square’.
b. Membangunkan kawasan-kawasan lapang serta kawasan pinggir sungai dalam
bandar sebagai taman bandar atau ‘linear park’ untuk menyokong aktiviti
rekreasi orang ramai.
c. Membangunkan persisiran Sungai Pahang di Pekan Chenor sebagai ‘Chenor
Riverfront’ untuk tujuan rekreasi dan pelancongan di samping menonjolkan imej
tempatan.
d. Menebus guna kawasan paya sedia ada sebagai ‘Taman Wetland’ atau ‘Taman
Botani’ untuk tujuan rekreasi.
Membentuk kawasan perumahan yang harmoni serta menonjolkan gaya seni bina menarik
yang menimbulkan ‘sense of place’ kepada penduduknya di segenap bahagian
pembangunan. Antara strateginya adalah :
a. Memastikan susun atur perumahan yang menarik, bersistematik, dan tidak
‘monotenous’. Cadangan susun atur perumahan secara ‘cluster’ dengan
memperbanyakkan penggunaan ‘cul de sec’ boleh diaplikasikan untuk
membentuk ‘sense of belonging’ dan ‘defensible space’ dalam kawasan
kejiranan bandar.
b. Menyediakan elemen-elemen landskap lembut, landskap kejur, papan tanda
nama taman, papan tanda nama jalan dan sebagainya.
c. Menyediakan sistem laluan basikal dan pejalan kaki yang berkesinambungan
dengan elemen-elemen guna tanah lain di sekitar kawasan kejiranan bandar.
Menyerlahkan imej bandar dengan menggunakan elemen-elemen reka bentuk bandar
sebagai elemen pengenalan bagi pusat-pusat bandar dalam Daerah Maran.
a. Mengenal pasti elemen-elemen titik tumpuan, nodes dan mercu tanda sedia
ada dalam pusat bandar seterusnya menaik taraf elemen-elemen tersebut
sebagai tunjang yang menyokong imej bandar.
b. Memastikan sistem perhubungan pejalan kaki disediakan secara lebih
bersepadu antara titik tumpuan, nodes dan mercu tanda bandar.
c. Meningkatkan kualiti persekitaran yang bersesuaian dengan imej pusat bandar.
d. Menyediakan perabot jalan untuk menceriakan persekitaran bandar di samping
sebagai kemudahan pengguna seperti bangku, tong sampah, papan tanda,
kiosk, pusat informasi dan sebagainya.
Ke arah menjadikan pusat-pusat bandar dalam Daerah Maran sebagai sebuah bandar
selamat dengan menekankan ciri-ciri bandar yang dapat menjamin keselesaan dan
keselamatan penduduk dan orang awam serta golongan orang kurang upaya (OKU)
dalam kawasan pusat bandar tersebut.
a. Menyediakan kemudahan-kemudahan sokongan orang kurang upaya seperti
‘ramp’, tempat letak kereta OKU, tandas mesra OKU, dan sebagainya.
b. Menyediakan elemen-elemen tenang trafik (traffic calming) seperti ‘speed
bumps’, ‘speed humps’, ‘speed tables’, ‘speed cushion’ dan sebagainya dalam
kawasan pusat bandar untuk mengawal kelajuan kenderaan serta
meningkatkan keselamatan pejalan kaki.
c. Menyediakan rangkaian sistem laluan basikal terkawal yang diintegrasikan
dengan laluan pejalan kaki untuk memberikan keselesaan kepada penunggang
basikal yang biasanya menggunakan laluan yang sama dengan kenderaan
bermotor.
d. Melengkapkan kawasan selekoh tajam atau persimpangan terlindung dengan
cermin cembung untuk memudahkan pengguna melihat kenderaan yang
datang dari arah bertentangan untuk mengelakkan kemalangan.
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 7777
iii. Pengangkutan
Beberapa strategi telah dicadangkan bagi memperbaiki rangkaian perhubungan di Kawasan
Kajian. Strategi dibuat berdasarkan kepada isu dan masalah yang dikenalpasti di Kawasan
Kajian bertujuan mempertingkatkan sistem pengangkutan dan pengurusan lalu lintas di
Kawasan Kajian. Antara strategi yang dicadangkan adalah :-
a. Cadangan jambatan baru dari Kampung Lubuk Paku (Jalan Negeri C21) ke
Kuala Wau (Jalan Negeri C108). Disamping menghubungkan penduduk dari
kawasan Lubuk Paku ke Kuala Wau dan Chenor, jambatan ini dapat
memendekkan jarak perjalanan ke kawasan selatan Kawasan Kajian.
b. Cadangan jalan baru dari Jalan Persekutuan 83 (Felda Jengka 17) ke Jalan
Persekutuan 62 (Felda Jengka 3). Jalan baru ini dicadangkan supaya dapat
mempertingkatkan kemudahsampaian antara Bandar Maran ke Bandar Tun
Abdul Razak Jengka.
c. Cadangan jalan baru dari Jalan Negeri C108 (dari Kuala Wau) ke jambatan di
Chenor. Jalan baru dicadangkan bagi menghubungkan jambatan baru
daripada Kampung Lubuk Paku ke Jalan Negeri C108.
iv. Pengekalan dan Pemeliharaan bagi Kawasan Sensitif Alam Sekitar
Zon ini adalah kawasan-kawasan sensitif alam sekitar seperti kawasan hutan simpan, tanah
tinggi dan kawasan badan-badan air. Pembangunan fizikal secara berskala besar tidak
dibolehkan di zon ini memandangkan ia mempunyai kepentingan ekologi. Kawasan ini hanya
boleh dimajukan dengan cara mengolah dan mengadakan aktiviti yang tidak memberi impak
yang besar kepada ekologi dan salah satu sektor yang boleh dimajukan ialah sektor
pelancongan. Sektor pelancongan yang berskala besar yang berasaskan alam semula jadi
boleh di perkenalkan di kawasan ini terutama di Hutan Lipur Teladas dan Lubuk Yu.
Mempromosi kawasan semula jadi ini sebagai kawasan pelancongan, secara tidak langsung ia
akan menarik minat pengkaji untuk mewujudkan kawasan ini zon penyelidikan dan
pemuliharaan untuk kepelbagaian spesis flora dan fauna. Pusat-pusat penyelidikan akan dapat
diwujudkan di kawasan ini bagi membantu mengimbangi aktiviti pelancongan yang dilakukan.
3.4.2 Strategi Pembangunan Ekonomi
i. Meningkatkan Produktiviti Pertanian Daerah
Produktiviti pertanian di kawasan kajian perlu dipertingkatkan untuk meningkatkan
pendapatan pekebun kecil serta menjana dana bagi Daerah Maran. Produktiviti dapat
dipertingkatkan melalui beberapa cara, khususnya penggunaan kaedah “Amalan
Pertanian Baik”. Di antara pendekatan yang boleh digunapakai adalah seperti berikut :
• Memilih tanaman yang mempunyai pasaran tetap.
• Mengamalkan “Amalan Pertanian Baik” bagi setiap tanaman yang diusahakan,
ini termasuk jenis (varieti), baja, kawalan penyakit, serangga dan rumpai,
penuaian dan pasca tuai.
• Menjalankan aktiviti pertanian secara komersial, iaitu keluasan tanaman yang
diusahakan perlulah ekonomik dan dapat memberikan kerja sepenuh masa dan
pulangan yang baik.
• Menjalankan perusahaan pertanian, terutama tanaman makanan melalui sistem
payung atau “perladangan kontrak”. Sistem ini dapat menentukan bahawa
hasil yang dikeluarkan akan mendapat pasaran kerana dibeli oleh syarikat yang
menandatangani kontrak berkaitan.
Pada masa ini, TKPM hanya dijalankan di atas tanah kerajaan. Projek ini seharusnya
dijalankan juga di atas kawasan pertanian bergeran. Ini dengan sendirinya akan
menggalakkan penduduk kampung untuk terlibat sama dalam program pengeluaran
makanan, dan dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi mereka. Program TKPA juga
boleh dilaksanakan menerusi pendekatan IADA (“Integrated Agricultural Development
Area”) dalam kebun getah, kelapa sawit, atau dusun buah-buahan pekebun kecil
dengan syarat lebih satu kilometer dari kawasan petempatan terdekat. Di samping itu,
tapak cadangan TKPM / TKPA juga tidak harus jauh ke dalam kawasan perhutanan
kerana keadaan ini akan meningkatkan kos pengeluaran dan pemasaran hasil.
Tambahan lagi, keluasan kawasan TKPM / TKPA yang sedia ada harus diperluaskan bagi
meningkatkan produktivitinya.
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 8888
Sebagai sokongan kepada pasar tani yang sedia ada di Bandar Jengka dan pelengkap
kepada rantaian sektor pertanian di kawasan kajian, satu Pusat Pengumpulan dan
Pemasaran (CPCC) Hasil Pertanian yang utama dicadangkan pembangunannya di
Bandar Maran bagi menentukan hasil pengeluaran pertanian mendapat pasaran
sewajarnya.
Dengan adanya CPCC Hasil Pertanian ini, maka petani, penternak haiwan dan
penternak ikan akan dapat membawa hasil pengeluaran mereka untuk dipasarkan
secara terus kepada penggunanya. Pengusaha sumberjaya desa yang mengeluarkan
produk kuih-muih, roti dan kek, dan sebagainya juga boleh memasarkan produk
pengeluaran mereka di sini. CPCC Hasil Pertanian ini seterusnya akan juga memainkan
fungsi sebagai ‘One Stop Centre (OSC)’ Ayam Kampung untuk mengumpul dan
memasarkan ternakan ayam kampung, sama ada ayam hidup ataupun ayam proses.
Ini adalah selaras dengan konsep pembangunan Bandar Maran, iaitu sebagai “Bandar
Ayam Kampung”.
ii. Menggalakkan Pertumbuhan Industri Sebagi Pemangkin Ekonomi Daerah
Memajukan Daerah Maran sebagai Pusat Mini Kluster Industri Kelapa Sawit (PMKIKS)
khusus berasaskan produk nutraseutikal dan farmaseutikal. Walaupun telah ada
cadangan memajukan Kluster Industri Kelapa Sawit (POIC) di kawasan ’Kuantan Port
City’, namun PMKIKS Maran boleh dikhususkan untuk produk-produk hiliran tertentu dari
kelapa sawit seperti : produk vitamin E, gelatin halal; produk hijau oleokimia dan
sebagainya.
Lokasi PMKIKS dicadangkan terletak di kawasan berdekatan dengan persimpangan
bertingkat LPT iaitu di kawasan Pekan Tajau. Kawasan ini akan dapat memudahkan
pergerakan lalulintas kenderaan industri terutama ke Pelabuhan Kuantan. Kawasan
seluas 30 hektar dicadangkan dikenalpasti sebagai pembangunan fasa pertama PMKIKS.
iii. Mengeksploitasi Potensi Eko-Pelancongan
Tumpuan pembangunan pelancongan secara koridor dapat menonjolkan produk
pelancongan secara lebih berkesan melalui perlaksanaan program / aktiviti
pelancongan secara berintergrasi / bergabung. Perincian ke atas produk pelancongan
yang terdapat di dalam dua koridor tersebut adalah seperti berikut :
a. Koridor Maran – Kuala Sentul - Ulu Jempol
Meliputi kawasan sejauh lebihkurang 30 kilometer. Ianya akan dibangunkan
sebagai koridor pelancongan utama Daerah Maran. Produk pelancongan
sediada dan produk berpotensi yang telah dikenalpasti adalah seperti berikut :
• Air Terjun Teladas
• Maran Hill Golf Resort
• Waterfront chalet
• Restoran Ayam Kampung
• Kolam Memancing Paya Teras
• Kawasan Petempatan Orang Asli Batu 55
• Kawasan perkelahan Lubuk Ujed
• Homestay di Kg Kuala Sentul
• Kawasan perkhemahan Jeram Pelangi yang terdiri dari dataran Batu
Hampar, Air Terjun Lubuk Kawah dan Air Terjun Pelangi
• Kawasan perkelahan Lubuk Yu
• Kawasan Petempatan Orang Asli Ulu Jempol.
b. Koridor Chenor – Lubuk Paku – Kg Embus
Melibatkan kawasan disepanjang Sungai Pahang yang melalui Kawasan Kajian.
Ianya meliputi kawasan sejauh lebihkurang 25 kilometer. Destinasi dan aktiviti
pelancongan yang dicadangkan di dalam koridor ini adalah seperti berikut:
• Pekan Chenor Lama yang akan dikenali dengan nama pelancongan
sebagai Hentian Chenor.
• Hutan Simpan Paya Pasir
• Homestay di Kg Pesagi
• Homestay di Kg Tradisional Lubuk Paku.
• Petempatan Orang Asli Kg Embus
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 9999
3.4.3 Strategi Pembangunan Sosial
i. Penyediaan Perumahan Yang Berkualiti dan Mampu Milik Berdasarkan Keperluan.
a. Menumpukan Pembangunan Kediaman Terancang
Langkah ini akan mengukuhkan koridor pembangunan terpilih. Penumpuan
pembangunan perumahan baru berhampiran dengan Pusat Perkhidmatan dan
Pusat Tempatan sediada memudahkan pembekalan kemudahan infrastuktur
dan kemudahan masyarakat yang diperlukan.
b. Membangunkan Kawasan Kediaman Kos Rendah Dan Sederhana
Rendah
Perkembangan semasa menunjukkan beberapa unit kediaman bagi generasi
kedua FELDA telah dibangunkan di dalam lot kediaman peneroka asal. Melalui
cadangan pembangunan kediaman baru di atas satu kawasan yang dikhaskan
akan mengurangkan tekanan ke atas pembangunan unit kediaman baru di
dalam lot kediaman sedia ada.
c. Pembangunan Skim Kediaman Yang Berkonsepkan Kediaman Percutian
Kawasan Kajian yang mempunyai pelbagai kawasan Hutan Simpan, keindahan
air terjun dan keistimewaan Sungai Pahang disokong oleh daya
kemudahsampaian yang tinggi melalui tiga buah persimpangan bertingkat LPT
serta kewujudan kemudahan lapangan golf yang menarik. Kewujudan ciri-ciri
tersebut telah meningkatkan potensi Kawasan Kajian bagi pembangunan
kediaman percutian / persaraan.
d. Pembangunan Kediaman Berskala Kecil
Menyediakan kemudahan masyarakat dalam bentuk lot fizikal secara berkadar
(ratio) dengan merujuk kepada piawaian perancangan melalui nisbah
kemudahan berbanding jumlah penduduk atau jumlah unit kediaman. Tren
semasa dan pembangunan komited menunjukkan kebanyakan pembangunan
skim perumahan adalah berskala kecil yang tidak tertakluk kepada keperluan
penyediaan kemudahan masyarakat. Langkah ini bagi memastikan kemudahan
masyarakat yang minimum dapat disediakan di dalam setiap kawasan
petempatan apabila keseluruhan kawasan tersebut dibangunkan kelak.
ii. Kemudahan Masyarakat.
a. Menggalakkan Pembangunan Kemudahan Masyarakat Taraf Tinggi
Cadangan pembangunan kemudahan hospital kedua Daerah Maran seperti yang telah
dikemukakan oleh pihak berkaitan perlu dilaksanakan di dalam tempoh masa
perancangan dan ditempatkan di bahagian Selatan daerah. Cadangan tersebut
bukan sahaja akan meningkatkan taraf perkhidmatan kesihatan di bahagian Selatan
daerah, tetapi ianya juga secara langsung akan meningkatkan tumpuan penduduk di
sekitar kawasan cadangan pembangunan tersebut pada masa hadapan.
b. Meningkatkan Penyediaan Kemudahan Berteraskan Teknologi Maklumat
Kemudahan seperti ‘kafe siber’ ini boleh ditempatkan di dalam bangunan kemudahan
masyarakat sediada iaitu seperti kemudahan perpustakaan, balairaya, pejabat
penghulu mahupun di dalam kawasan kemudahan masjid. Langkah menyediakan
kemudahan teknologi maklumat ini di dalam bangunan kemudahan sediada adalah
bagi memastikan perlaksanaannya dapat dilakukan dalam masa singkat dan secara
langsung ianya dapat mengurangkan kos pembangunan kemudahan.
c. Memastikan Kesemua Bangunan Struktur Kekal Atau Sekurang-kurangnya Separa
Kekal.
Ini bagi meningkatkan jangka hayat bangunan tersebut untuk keselesaan serta
keselamatan pengguna. Ianya juga dalam jangkamasa panjang dapat mengurangkan
kos penyelenggaraan bangunan.
RRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNNCCCCCCCCAAAAAAAANNNNNNNNGGGGGGGGAAAAAAAANNNNNNNN TTTTTTTTEEEEEEEEMMMMMMMMPPPPPPPPAAAAAAAATTTTTTTTAAAAAAAANNNNNNNN DDDDDDDDAAAAAAAAEEEEEEEERRRRRRRRAAAAAAAAHHHHHHHH MMMMMMMMAAAAAAAARRRRRRRRAAAAAAAANNNNNNNN
22222222000000000000000088888888 -------- 22222222000000002222222200000000
3333.0 .0 .0 .0 ---- 10101010
3.5 TERAS PEMBANGUNAN RT DAERAH MARAN
Pembangunan keseluruhan Daerah Maran ini dibangunkan berasaskan kepada Lima (5) Teras
Pembangunan yang menjadi panduan kepada cadangan pembangunan. Teras Pembangunan ini
dirangka bagi memastikan perancangan yang dilaksanakan mencapai matlamat dan visi
pembangunan. Lima (5) Teras Pembangunan tersebut adalah seperti berikut :
3.6 RUMUSAN
Secara amnya, konsep pembangunan yang dirangka ini memfokuskan kepada pembangunan
ekonomi kawasan dengan mempertingkatkan kadar perbandaran dan program-program
pembangunan yang meliputi pelbagai aspek seperti pembangunan fizikal, ekonomi dan sosial.
RT DAERAH
MARAN
TERAS 1
MEWUJUDKAN STRUKTUR GUNATANAH YANG TERATUR DAN
PENGGUNAAN TANAH YANG OPTIMUM.
TERAS 2
MEWUJUDKAN IMEJ PERBANDARAN YANG MENARIK DAN SEJAHTERA
UNTUK DI DIAMI.
TERAS 3
MENINGKATKAN DAN MEMPERKUKUHKAN ASAS EKONOMI TEMPATAN
SUPAYA LEBIH BERDAYA SAING MELALUI KEPELBAGAIAN EKONOMI.
TERAS 4
MEWUJUDKAN SISTEM PERHUBUNGAN DAN PENGANGKUTAN YANG
BERSEPADU, EFISIEN DAN MESRA PENGGUNA.
TERAS 5
MENINGKATKAN KUALITI KEHIDUPAN MELAUI PENYEDIAAN
KEMUDAHAN AWAM, PERUMAHAN, SUKAN DAN REKREASI, TANAH
LAPANG YANG MENCUKUPI DAN BERKUALITI.