rph_pewarisan_sn_tahun_4

7
Rancangan Pengajaran Harian Minggu 10 (Minggu 1 Intenship) Mata Pelajaran : Dunia Sains dan Teknologi Kelas : 4 Dinamik Hari/ Tarikh : Selasa / 24 Mac 2015 Masa : 0810 - 0910 (60 minit) Bilangan Murid : 28 orang Tema : Sains Hayat Tajuk : Proses Hidup Manusia Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat 3.4 Memahami pewarisan manusia. Standard Pembelajaran : 3.4.1 Menyatakan anak mewarisi ciri ibubapa seperti warna kulit, keadaan rambut, dan rupa dengan menjalankan aktiviti 3.4.2 Memerihalkan ciri pada anak boleh diwarisi daripada keturunan Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: 1. Menyatakan mengenai tiga ciri pewarisan keluarga dari segi warna kulit, jenis rambut, rupa dengan betul. 2. Mengenalpasti tiga contoh ciri-ciri pada anak yang boleh diwarisi daripada keturunan dengan betul. Aktiviti P&P : 1) Murid membuat pemerhatian ke atas gambar orang yang ditunjukkan.

Upload: ginger-padilla

Post on 15-Nov-2015

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

rph tahun 4

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian

Minggu 10 (Minggu 1 Intenship)

Mata Pelajaran: Dunia Sains dan TeknologiKelas: 4 DinamikHari/ Tarikh: Selasa / 24 Mac 2015Masa: 0810 - 0910 (60 minit)Bilangan Murid: 28 orangTema: Sains HayatTajuk: Proses Hidup Manusia

Standard Kandungan : Pada akhir pengajaran, murid dapat3.4 Memahami pewarisan manusia.Standard Pembelajaran :3.4.1 Menyatakan anak mewarisi ciri ibubapa seperti warna kulit, keadaan rambut, dan rupa dengan menjalankan aktiviti3.4.2 Memerihalkan ciri pada anak boleh diwarisi daripada keturunanHasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:1. Menyatakan mengenai tiga ciri pewarisan keluarga dari segi warna kulit, jenis rambut, rupa dengan betul.2. Mengenalpasti tiga contoh ciri-ciri pada anak yang boleh diwarisi daripada keturunan dengan betul.Aktiviti P&P :

1) Murid membuat pemerhatian ke atas gambar orang yang ditunjukkan.2) Murid membanding dan membezakan gambar-gambar tersebut.3) Secara berkumpulan murid mengenalpasti ciri-ciri pewarisan berdasarkan gambar yang diberikan.4) Murid membentangkan hasil kerja mereka di dalam kelas.5) Membuat refleksi

Pengetahuan sedia ada : Murid mengetahui rupa paras mereka diwarisi daripada ibu dan ayah.

Kemahiran Saintifik : KPS memerhati, berkomunikasi dan membuat ramalan.Kemahiran Berfikir : 1) Membuat perkaitan kad gambar yang ditunjukkan dengan dengan tajuk pengajaran.2) Membanding beza aktiviti yang dilakukan dengan tajuk pengajaran.3) Menjana idea tentang pewarisan manusia.

Sikap Saintifik dan Nilai Murni :

Minat dan bersifat ingin tahu tentang pewarisan manusia, bekerjasama, dan mensyukuri nikmat Allah

Elemen Merentasi Kurikulum (EMK) :1) Kreativiti dan inovasi . Memerihalkan ciri pada anak boleh diwarisi daripada keturunan.2) TMK Mencari maklumat tentang pewarisan manusia dari internet.

Sumber P&P : kad bergambar, kertas sebak, internet

Pentaksiran:

Menyatakan ciri-ciri ibu bapa yang diwarisi oleh anak(TP 1) Memerihalkan ciri pada anak boleh diwarisi daripada keturunan(TP 4)

Prosedur Pengajaran dan Pembelajaran :

Fasa/ Masa

KandunganAktiviti P&PCatatan

Orientasi

(5 minit)Aktiviti:

Guru menunjukkan tiga keping gambar yang berbeza dari segi warna kulit, rambut dan rupa.1. Murid ditunjukkan tiga keping gambar orang yang berbeza dari segi warna kulit, rambut dan rupa.

2. Murid membuat pemerhatian ke atas gambar tersebut.

3. Murid membanding dan membezakan ketiga-tiga gambar tersebut.

KB: menjana idea, membanding beza.

KPS: memerhati, berkomunikasi

Pencetusan Idea

(20 minit)Mari bersoal jawab

Soalan Guru:Kenapa setiap orang berbeza dari segi warna kulit, rambut dan rupa?

Jawapan murid:Kerana kita mewarisi daripada ibu bapa.1. Guru menunjukkan lima keping gambar yang telah dilekatkan di papan putih dan tiga daripada gambar tersebut merupakan anak kepada gambar yang telah ditunjukkan pada awal pengajaran.

2. Murid diminta memadankan gambar-gambar yang terdapat dipapan putih berdasarkan pengetahuan mereka.

3. Murid ditanyakan soalan. Apakah persamaan gambar yang telah kamu padankan itu?

4. Guru membuat penerangan tentang tajuk pengajaran pada hari ini.

KB: menjana idea

KPS: Memerhati, berkomunikasi, meramal

SSNM: Sifat ingin tahu

Sumber: Kad Bergambar

Penstrukturan Idea

(20 minit)Aktiviti berkumpulan

Murid mengenalpasti ciri-ciri pewarisan manusia berdasarkan gambar yang diberi.1. Murid dibahagikan kepada 6 kumpulan.

2. Murid mendengar arahan daripada guru dengan jelas sebelum memulakan aktiviti.

3. Setiap kumpulan diberikan sampul yang mempunyai gambar yang berbeza.

4. Secara berkumpulan murid diminta mengenalpasti ciri-ciri yang terdapat pada gambar tersebut.

5. Murid perlu menampal gambar dan menulis jawapan tersebut di atas kertas sebak.

6. Setiap kumpulan perlu menampal hasil kerja mereka di bahagian dinding di dalam bilik sains.

7. Murid diberikan masa selama 3 minit untuk berjalan melihat jawapan daripada kumpulan lain.

8. Guru membawa kesemua murid pada setiap kumpulan untuk membincangkan jawapan bersama-sama.

KB: menjana idea

KPS: Komunikasi, memerhati

EMK: Kreativiti dan Inovasi

Pentaksiran: B2D6E1B3D6E1

Aplikasi

(10 minit)Kepentingan:

- Membuktikan kekuasaan Allah

- Mengekalkan sifat keturunan kita daripada pupus.

- Mensyukuri nikmat yang Allah beri kepada kita.

Murid ditanyakan soalan:

1. T.Q: Kenapa Allah jadikan kita perlu mewarisi sifat keturunan daripada ibu bapa?

2. Murid diberikan masa untuk fikirkan soalan yang diajukan oleh guru.

3. Setiap kumpulan perlu memberikan jawapan mereka.KB: menjana idea, banding beza

KPS: Komunikasi

Nilai Murni: Bersyukur,.

Refleksi(5 minit)Membuat karangan pendek bertajuk Tentang Diriku

Nama aku ialah Sahdan. Aku berkulit putih seperti ibuku. Rambutku lurus seperti ayahku. Rupa parasku menyerupai kedua ibu bapaku.

1. Murid diminta membuat satu karangan pendek yang bertajuk Tentang Diriku

2. Murid dipanggil secara rawak untuk membacakan karangan tersebut.

3. Guru membimbing murid untuk membuat rumusan pengajaran pada hari ini.

KB: menjana idea

KPS: komunikasi

Nilai Murni: Mensyukuri nikmat Allah

Refleksi :______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________