rph tahun 4 e&e

Upload: dayang-rafidah

Post on 08-Apr-2018

223 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/7/2019 RPH Tahun 4 E&E

    1/3

    RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

    Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup

    Tajuk: Elektrik dan Elektronik

    Sub-Tajuk: Pengenalan Kepada Elektrik

    Kelas: 4 Jujur

    Tarikh: 29 Mac 2011 (Selasa)

    Masa: 12.10 tengahari 1.10 petang (1 jam)

    Bilangan Pelajar: 40 orang

    Kemahiran Berfikir: Mengkategori, Membanding beza, Kontekstual, Meneliti

    Pengetahuan Sedia Ada:

    1) Murid pernah menggunakan beberapa komponen elektrik yang akandiajarkan.

    2) Murid pernah melihat komponen elektrik tersebut.

    Hasil Pembelajaran: Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

    1) Mengkategorikan 5 daripada 6 nama, fungsi, simbol komponen dan bahan

    dengan betul tanpa merujuk buku teks.

    2) memadankan fungsi dengan alatan tangan yang sesuai dengan betul tanpa

    merujuk buku teks .

    3) Menterjemahkan lukisan bergambar kepada lukisan skematik dengan betul

    tanpa merujuk buku teks.

    Penerapan Nilai: Ingin tahu, Ingin mencuba, Yakin diri, Kerajinan, Kerjasama, Tanggungjawab

    Bahan Bantu Mengajar: Buku teks, Lembaran kerja, Mencari Perkataan Tersembunyi, Kad gambar danBahan Maujud

  • 8/7/2019 RPH Tahun 4 E&E

    2/3

    Langkah/Fasa Masa(Minit)

    Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Catatan

    Set Induksi (5 minit)

    Tayangan video berkaitan

    elektrik

    1) Guru menayangkan video

    berkaitan elektrik.

    2) Murid melihat video tersebut

    dengan teliti.

    3) Guru bertanyakan soalan kepada

    murid.4) Murid menjawab soalan yang

    dikemukakan oleh guru.

    5) Guru memberikan maklum balas

    terhadap jawapan murid.

    6) Guru mengaitkan video dengan

    tajuk pelajaran hari ini.

    Nilai: Yakin diri, Ingin tahu

    KB: Mengkelas, Meneliti

    BBM: Kad Gambar

    Langkah 1 (15 minit)

    Pengenalan Kepada

    Komponen Elektrik dan

    Bahan Penyokong Komponen

    1) Guru menerangkan jenis-jenis

    tenaga yang ditukarkan oleh

    tenaga elektrik.

    2) Guru memberikan satu sampul

    surat yang mengandungi sama

    ada komponen, simbol komponen,

    fungsi komponen, bahan dan

    fungsi bahan kepada setiap Murid.

    3) Murid dikehendaki mengkelaskan

    komponen dan bahan tersebut

    kepada simbol dan fungsi masing-

    masing.

    4) Murid dikehendaki mencari

    sesama mereka kumpulan yang

    betul.5) Setelah berjaya, murid

    dikehendaki duduk mengikut

    kumpulan komponen dan bahan

    masing-masing.

    6) Setiap kumpulan diarahkan

    melekatkan kad gambar

    komponen, bahan, simbol

    komponen dan fungsi di atas

    board yang disediakan oleh guru

    mengikut giliran.

    7) Guru dan murid akan bersama-

    sama menyemak jawapan

    tersebut.

    8) Di samping itu, guru akan

    memberikan penerangan

    berkaitan dengan komponen dan

    bahan tersebut sambil

    menunjukkan komponen dan

    bahan yang sebenar.

    Nilai: Ingin tahu,

    KB: Menerangkan sebab,

    BBM: Buku teks dan Kad

    Gambar

    Langkah 2 (10 minit) Mengenal Alatan Tangan dan

    Fungsi.

    1) Murid diberikan satu lembaran

    kerja untuk mencari perkataantersembunyi berkaitan nama

    alatan tangan.

    2) Guru akan memberikan klu yang

    merupakan fungsi alatan tersebut.

    Nilai: Bekerjasama, Yakin diri

    KB: Membanding beza,Meneliti

    BBM: Kad gambar dan

    Lembaran Kerja

  • 8/7/2019 RPH Tahun 4 E&E

    3/3

    3) Setelah siap, guru meminta murid

    menukar lembaran kerja yang

    telah diselesaikan oleh pelajar

    kepada rakan di sebelah.

    4) Guru akan menayangkan slaid

    jawapan bagi lembaran kerja

    berikut.

    5) Disamping itu, guru menayangkan

    gambar alatan tangan dan fungsi

    alatan tangan sambil memberikan

    sedikit penerangan berkaitan

    alatan tangan.

    6) Guru menunjukkan alatan tangan

    sebenar kepada murid.

    7) Murid mendengar dengan teliti

    dan tekun.

    Langkah 3

    Litar satu mentol

    -Lukisan Bergambar

    -Lukisan Skematik

    1) Guru menunjukkan litar satu

    mentol yang telah siap dipasang.

    2) Guru menunjukkan contoh

    lukisan bergambar dan lukisan

    skematik litar satu mentol.

    3) Guru menerangkan

    bagaimana cara untuk

    menterjemahkan lukisan

    bergambar kepada lukisan

    skematik.

    4) Murid mendengar penerangan

    guru dengan teliti.

    Penilaian (10 minit)

    Lembaran kerja bahan dankomponen Elektrik

    1) Murid diberikan lembaran kerja(Rujukan 4J_1).

    2) Murid dikehendaki mengisi tempat

    kosong dengan nama, fungsi dan

    simbol komponen elektronik serta

    bahan penyokong komponen dan

    alatan tangan yang telah

    dipelajari.

    3) Guru membincangkan jawapan

    bagi lembaran kerja bersama

    murid-murid

    4) Guru meminta murid untuk

    menampal lembaran kerja di

    dalam buku nota.

    Nilai: Kerajinan,Tanggungjawab

    KB: Mengkategori

    BBM: Lembaran Kerja

    Penutup (5 minit)

    Rumusan pembelajaran 1) Guru memilih 3 hingga 4 orang

    murid dipilih secara rawak untuk

    menerangkan hasil pembelajaran

    pada hari ini.

    2) Pelajar diterangkan kaitan elektrik

    dengan kehidupan seharian, tanpa

    elektrik alatan tersebut tidak akanberfungsi.

    Nilai: Yakin diri,

    Tanggungjawab

    KB: Kontekstual

    BBM: Buku teks