rph tahun 3 tolak

Upload: nasbinay

Post on 14-Apr-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 RPH Tahun 3 Tolak

    1/2

    KUMPULAN 2

    DRAF CADANGAN PENULISAN LEMBARAN KERJA

    Mata Pelajaran : Matematik

    Kelas : 3 B

    Masa : 1 jam (8:05 a.m -9:05 a.m )

    Bilangan murid : 35

    Tema : Nombor dan Operasi

    Tajuk : Tolak dalam lingkungan 10 000

    Standard Pembelajaran : 3.2 (ii)

    Objektif Pembelajaran : Murid berupaya untuk

    (ii) Menolak berturut-turut nombor daripada sebarang

    nombor hingga 10 000 dengan menggunakan abacus 4:1

    Elemen merentas kurikulum (EMK) : TMK ( abacus ), bekerjasama, jujur, muzik

    BBB : Abakus, Kad-kad nombor, kad soalan, kotak beracun, lembaran kerja

    Aktiviti Pengajaran dan pembelajaran

    1. a) Guru menyediakan beberapa keping sampul surat yang mengandungi 3 kad nombor

    yang mengandungi nombor 3 digit

    b) Murid mengambil salah satu sampul surat dan menyusun kad-kad tersebut untuk

    membina ayat matematik, tolak berturut-turut

    c) Murid menyelesaikan soalan menggunakan abacus 4:1

    2. Permainan kotak beracun

    i) Guru menyediakan soalan

    ii) Muzik dimainkan, murid menyelesaikan soalan menggunakan abacus 4:1

  • 7/27/2019 RPH Tahun 3 Tolak

    2/2

    3. Murid dalam kumpulan 4 orang menyelesaikan soalan dalam kad yang disediakan

    menggunakan abacus 4:1 dan membentangkan cara-cara mendapatkan jawapan

    4. Penilaian

    a) Murid secara individu menyelesaikan soalan lembaran kerja yang disediakan dengan

    menggunakan abacus 4:1

    Refleksi:

    28/35 orang murid boleh menjawab soalan tolak berturut-turut menggunakan abacus 4:1 dengan

    betul.

    7/35 orang murid yang belum menguasai diberi bimbingan tambahan selepas kelas.