rph tahun 2 (1.4.5) hew

3
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani Modul : Kemahiran Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan Standard Kandungan : Manipulasi Alatan 1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul. Standard Pembelajaran : 1.4.5 Menendang perlahan bola yang digolekkan dengan perlahan. 2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang. 5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif. Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat : (i) Psikomotor Menendang perlahan bola yang digolekkan dengan perlahan kepada rakan. (ii) Kognitif Menunjukkan kawasan titik kontak bola yang ditendang. (iii) Afektif Menunjukkan rasa gembira melalui riak wajah semasa melakukan aktiviti menendang bola.

Upload: joelhew

Post on 19-Dec-2015

35 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

Menendang perlahan bola yang digolekkan dengan perlahan

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Tahun 2 (1.4.5) Hew

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENDIDIKAN JASMANI

Mata Pelajaran : Pendidikan Jasmani

Modul : Kemahiran

Aspek : 1- Kemahiran Pergerakan

Standard Kandungan : Manipulasi Alatan

1.4 Berkebolehan melakukan kemahiran manipulasi alatan dengan lakuan yang betul.

Standard Pembelajaran : 1.4.5 Menendang perlahan bola yang digolekkan dengan perlahan.

2.3.3 Mengenal pasti titik kontak pada objek yang dipukul atau ditendang.

5.2.1 Melibatkan diri dan mengambil bahagian secara aktif.

Hasil Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat :

(i) Psikomotor

Menendang perlahan bola yang digolekkan dengan perlahan kepada rakan.

(ii) Kognitif

Menunjukkan kawasan titik kontak bola yang ditendang.

(iii) Afektif

Menunjukkan rasa gembira melalui riak wajah semasa melakukan aktiviti menendang bola.

Page 2: RPH Tahun 2 (1.4.5) Hew

Tarikh : 14 APRIL 2015

Masa : 9.40 pagi – 10.10 pagi

Tahun : 2 Bestari

Bilangan Murid : L - 7

P - 7

Penerapan Nilai : Keyakinan diri

Kemahiran Berfikir : Memberi sebab terhadap kejayaan dalam permainan.

Strategi Utama : Kontekstual

Bahan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran :

1. Kon - 4

2. Bola Getah - 2 biji

3. Bola Sepak - 1 biji

4. Bola Hoki - 1 biji

5. Bib - 2 helai

6. Papan Stor - 1

Page 3: RPH Tahun 2 (1.4.5) Hew

Bahagian / Masa Aktiviti Fokus Pembelajaran / Organisasi Kelas Catatan

Permulaan

(5 minit)

1. Kehadiran

2. Kesihatan

3. Pakaian

‘Bola Beracun

Raja dan Hamba’

Kehadiran murid direkodkan.

Memberi perhatian kepada murid yang tidak sihat.

Memastikan pakaian murid kemas.

Fokus Pembelajaran

Memanaskan badan dengan permainan kecil untuk mewujudkan

kesediaan diri dalam PnP.

Organisasi Kelas

Guru membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan iaitu

kumpulan A dan kumpulan B.

Setiap kumpulan akan memilih seorang murid untuk dijadikan

sebagai ‘Raja’ dan murid-murid yang lain akan dijadikan

sebagai ‘Hamba’ bagi melindungi ‘Raja’ sendiri. ‘Raja’

dikehendaki memakai bib masing-masing.

Permainan bermula dengan tiupan wisel dan dua biji bola

sahaja digunakan dalam permainan ini.

Murid-murid perlu menendang bola ke arah kaki pihak lawan.

Murid-murid yang terkena bola dikira mati dan keluar dari

kawasan serangan. Jika bola tersebut terkena ‘Raja’ , maka

kumpulan tersebut dikira kalah dalam permainan tersebut.

Murid-murid tidak boleh melebihi garisan semasa menyerang,

sesiapa yang melanggar peraturan juga dikira mati dalam

permainan.

Murid-murid boleh mengutip bola di dalam/luar kawasan

serangan dan menghantar kepada rakan untuk membuat

serangan.

Ciri Strategi:

Menghubungkait

(Relating)

BSPP

1. Kon

2. Bola Getah

3. Bib

Catatan:

Menerusi akiviti ini,

murid-murid dapat

menghubungkaitkan

kepentingan perkara-

perkara berikut:

a. mewujudkan

kesediaan diri.