rph rbt tahun 4

5
MATA PELAJARAN Reka bentuk dan Teknologi TARIKH / MASA 27/3/2015 (Jumaat) TAHUN 4 BILANGAN MURID 29 orang ( 16 perempuan, 23 lelaki ) MASA 8.20 – 9.20 am ( 60 minit ) TAJUK 3.0 Reka Bentuk ( Projek Jambatan ) STANDARD KANDUNGAN 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental STANDARD PEMBELAJARAN 3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental. 3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek Eksperimental OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : 1. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan yang digunakan. 2. Membina projek eksperimental dengan menggunakan alatan dan bahan yang telah disenaraikan. 3. Membuat pengujian pada projek eksperimental yang telah dihasilkan. 4. Membuat penambahbaikan projek. RINGKASAN Murid dapat menghasilkan projek eksperimental berdasarkan alatan dan bahan yang digunakan. KEMAHIRAN 1. Membina projek eksperimental daripada bahan dan peralatan yang telah disenaraikan.

Upload: hazel-nia-bella

Post on 18-Dec-2015

213 views

Category:

Documents


15 download

DESCRIPTION

:)

TRANSCRIPT

MATA PELAJARAN Reka bentuk dan Teknologi

TARIKH / MASA27/3/2015 (Jumaat)

TAHUN4

BILANGAN MURID29 orang ( 16 perempuan, 23 lelaki )

MASA8.20 9.20 am ( 60 minit )

TAJUK3.0 Reka Bentuk ( Projek Jambatan )

STANDARD KANDUNGAN3.1 Mereka bentuk projek eksperimental

STANDARD PEMBELAJARAN3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental.

3.1.6 Membina, menguji dan menambah baik projek Eksperimental

OBJEKTIF PEMBELAJARAN Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :

1. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan yang digunakan.

2. Membina projek eksperimental dengan menggunakan alatan dan bahan yang telah disenaraikan.

3. Membuat pengujian pada projek eksperimental yang telah dihasilkan.

4. Membuat penambahbaikan projek.

RINGKASAN Murid dapat menghasilkan projek eksperimental berdasarkanalatan dan bahan yang digunakan.

KEMAHIRAN 1. Membina projek eksperimental daripada bahan dan peralatan yang telah disenaraikan.

2. Menganalisis projek eksperimental daripada pengujian projek.

BAHAN BANTU MENGAJAR 1. Surat khabar2. Kotak kertas3. Lidi 4. Pita perekat5. Gunting6. Pembaris7. Pensel 8. sarung tangan

PENGETAHUAN SEDIA ADAMurid pernah melihat alatan dan bahan yang digunakan padaprojek eksperimental ini.

PENGISIAN KURIKULUM

Keusahawanan (EK4) membina projek eksperimental

Kreativiti dan Inovasi

Nilai murni : Berhati-hati, Kerjasama, Patuh

Elemen Nilai Tambah : Kemahiran berfikir

KEPELBAGAIAN KAEDAH DAN TEKNIK Kemahiran Belajar : menghubungkait

Belajar Cara Belajar : membuat rumusan, memproses maklumat

Kecerdasan Pelbagai : visual ruang

LANGKAH/ MASAISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN CATATAN

Set Induksi

( 5 minit )

Lagu London Bridge is falling down.Guru melekatkan lirik lagu dihadapan kelas.

Murid diminta untuk menyanyikan lagu tersebut bersama-sama.

Murid di minta memberikan pandangan tentang lagu tersebut.

Guru mengaitkan isi pelajaran pada hari ini dengan lagu tersebut.

BBM :- Lagu London Bridge is falling down.- Lirik lagu - Pembesar suara- Komputer riba

TMK:Lagu

KB :Menghubungkait

Langkah 1

( 10 minit)

- Model jambatan yang telah siap dibina.

- Peralatan yang digunakan untuk membina jambatan.

Guru mengeluarkan model jambatan yang telah siap dibina.

Guru memperkenalkan alatan yang digunakan untuk membina model jambatan.

Guru memberikan penerangan tentang cara-cara membina jambatan menggunakan bahan yang telah disediakan.

Guru membuat satu demonstarasi dihadapan semua murid bagaimana untuk membuat model jambatan menggunakan bahan yang ada.

BBM :- Model jambatan- Bahan maujud 1.Surat khabar 2. Kotak kertas 3. Lidi 4. Pita perekat 5. Gunting 6. Pembaris 7. Pensel 8. sarung tangan

Nilai : -Berhati-hati - Utamakan Keselamatan

BCB :Memproses maklumat

Langkah 2

(30 minit)

- Membina projek eksperimental

( Jambatan )

Guru meminta wakil kumpulan untuk mengambil kotak alatan yang disediakan oleh guru.

Dalam kumpulan diminta murid untuk membina jambatan mengikut lakaran yang telah menjadi pilihan mereka.

Murid diminta membina projek jambatan dengan menggunakan alatan yang ada dengan hati-hati.

Guru memantau semua aktiviti kumpulan.

BBM :Bahan maujud 1.Surat khabar 2. Kotak kertas 3. Lidi 4. Pita perekat 5. Gunting 6. Pembaris 7. Pensel 8. sarung tangan

Nilai :- Berhati-hati - Kerjasama

KB :Kreativiti dan Inovasi

KP:Visual ruang

Langkah 3

(10 minit )

- Membuat pengujian pada projek eksperimental yang telah dihasilkan.

-Membuat penambahbaikan projek.

Setiap kumpulan diminta untuk menguji jambatan menggunakan satu pemberat yang disediakan oleh guru.

Guru menilai hasil setiap kumpulan dan pelajar diminta untuk membuat penambahbaikan projek sekiranya perlu.

Guru memberikan cadangan penambahbaikan setiap kumpulan untuk minggu hadapan.

Nilai :- kerjasama

KB : Menghubungkait

ENT:Kemahiran berfikir

Penutup

( 5 minit )

Penutup kognitif

Penutup sosialMurid diminta untuk membuat rumusan aktiviti pada hari ini.

Guru membuat rumusan keseluruhan aktiviti pada hari ini.

Murid diminta untuk mengemas meja dan kerusi yang telah mereka guna semasa aktiviti.

Nilai :Patuh

BCB : membuat rumusan