rph muzik tahun 3

16
1

Upload: may-tyng-lam

Post on 20-Sep-2015

2.058 views

Category:

Documents


135 download

DESCRIPTION

gh

TRANSCRIPT

Mata Pelajaran : Pendidikan MuzikKelas : Tiga MatahariMasa : 9:00 pagi 10:00 pagiBilangan murid: 40 orangStandard kandungan : 2.1 Menghasilkan idea muzikal kreatif.Standard pembelajaran : 2.1.1 Menghasilkan pelbagai bunyi menggunakan bahan improvisasi.Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh:Pengetahuan Sedia ada : Murid pernah mendengar lagu Mary had a little lambNilai Murni : Mematuhi arahan, bekerjasamaKBKK: MengaplikasiAlat Bantu Mengajar: Laptop, LCD Projector.

LangkahKemahiranAktiviti Pengajaran PembelajaranCatatan

Aktiviti GuruAktiviti Murid

Set Induksi(5 minit)Mendengar dan menghayati muzik1. Guru meminta semua murid untuk melihat video dan mendengar muzik yang dimainkan dengan teliti.

2.Guru meminta murid untuk menyatakan perasaan mereka selepas menyaksikan video tersebut.

1. Murid melihat video dan mendengar muzik yang dimainkan dengan teliti.

2. Murid menyatakan perasaan mereka selepas menyaksikan video tersebut.

BBM: LCD projector Video tentang sebuah persembahan muzik menggunakan bahan terbuang.

Nilai murni:Mematuhi arahan

Langkah 1(15 minit)Membuat bahan improvisasi menggunakan bahan tebuang.1. Guru memberitahu murid bahawa hari ini, kita akan menghasilkan muzik yang istimewa menggunakan alat muzik ciptaan sendiri.2. Guru membahagikan murid kepada 10 kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai 4 pelajar.3. Guru memberi tempurung yang mempunyai satu lubang kepada 5 kumpulan dan botol plastik kosong kepada 5 kumpulan.4. Guru memberi masa selama 5 minit kepada murid untuk keluar dari kelas untuk mencari bahan yang hendak diisi ke dalam botol plastik dan tempurung.5. Selepas murid balik ke kelas, guru meminta murid untuk duduk di tempat masing-masing.6. Bagi 10 orang murid yang memegang tempurung atau botol plastik, guru meminta pelajar tersebut untuk terus memegang alat tersebut. 7. Bagi pelajar yang tidak memegang apa-apa di tangan, guru memberi 10 botol kaca bersama satu sudu besi kepada 10 orang pelajar. Guru mengingatkan 10 orang pelajar ini supaya tidak bermain-main dengan botol kaca atau melakukan perbuatan yang berbahaya.8. Guru meminta 20 orang pelajar yang selebihnya mengeluarkan 2 batang pensil masing-masing sebagai alat muzik.1. Murid mendengar secara teliti.

2. Murid duduk dalam kumpulan.

3. Murid menerima tempurung atau botol daripada guru.

4. Murid keluar dari kelas untuk mencari bahan yang hendak diisi ke dalam botol plastik dan tempurung.BBM: 5 tempurung 5 botol plastik 10 botol kaca 10 sudu besi

Nilai murni: bekerjasama

Langkah 2(20 minit)Berlatih memainkan corak irama istimewa1. Guru mempamerkan lirik lagu yang hendak dimainkan pada hari ini pada kertas mahjong besar.

*tanda / bermaksud berhenti sekejap.2. Guru menerangkan cara memainkan alat muzik buatan sendiri mengikut corak irama yang dipamerkan oleh guru.3. Guru meminta murid untuk cuba memainkan alat muzik masing-masing sambil menyanyikan lagu Mary had a little lamb tanpa iringan muzik.1. Murd membaca corak irama yang dipamerkan di papan hitam.

2. Murid mendengar penerangan guru.

3. Murid memainkan alat muzik masing-masing sambil menyanyikan lagu Mary had a little lamb tanpa iringan muzik.BBM:Kertas mahjong yang mempunyai corak irama

Langkah 3(15 minit)Memainkan alat muzik buatan sendiri dengan iringan lagu Mary had a little lamb1. Guru memainkan lagu Mary had a little lamb dan meminta murid untuk cuba memainkan alat muzik masing-masing mengikut irama muzik.2. Guru memainkan lagu Mary had a little lamb berulang kali sehingga murid berjaya memainkan alat muzik mengikut notasi muzik yang dirangka oleh guru dengan betul dan kemas.1. Murid cuba memainkan alat muzik masing-masing mengikut irama muzik.

BBM: Lagu Mary had a little lamb

Penutup(5 minit)1. Guru menasihati murid supaya tidak membuang barang yang tidak digunakan sesuka hati. Barang-barang tersebut mungkin mempunyai kegunaan lain. 2. Guru meminta murid untuk memikirkan barang buangan apa lagi yang boleh dijadikan alat muzik. Murid bolehlah membawa barang tersebut ke sekolah pada waktu Pendidikan Muzik seterusnya jika barang tersebut tidak merbahaya.1. Murid mendengar nasihat guru.

2. Murid menyatakan barang buangan yang boleh dijadikan alat muzik.

15