rph mencorak dan membuat rekaan

11
RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Tahun : 2 Bijak Masa : 08.30 – 09.30 am (60 minit) Jumlah Pelajar : 30 orang Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Aktiviti : Lipatan dan Guntingan Tema : Objek Buatan Manusia Tajuk : Hiasan Dinding Media : Alat – Gunting dan pensel Bahan – Kertas lukisan, kertas warna dan gam Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil karya yang telah siap STANDARD KANDUNGAN 1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.

Upload: evelyn

Post on 21-Oct-2015

75 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

rancangan pengajaran harian bidang 2: mencorak dan membuat rekaan. aktiviti lipatan dan guntingan sebagai hiasan dinding

TRANSCRIPT

Page 1: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

RANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Tahun : 2 Bijak

Masa : 08.30 – 09.30 am (60 minit)

Jumlah Pelajar : 30 orang

Bidang : Membuat Corak dan Rekaan

Aktiviti : Lipatan dan Guntingan

Tema : Objek Buatan Manusia

Tajuk : Hiasan Dinding

Media : Alat – Gunting dan pensel

Bahan – Kertas lukisan, kertas warna dan gam

Bahan Bantu Mengajar : Contoh-contoh hasil karya yang telah siap

STANDARD KANDUNGAN

1. Bahasa seni visual yang terdapat pada alam ciptaan Tuhan, objek buatan manusia dan karya seni.

2. Aplikasi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran bahasa seni visual

3. Penzahiran idea melalui pelbagai sumber, kajian dan teknologi dalam karya seni.

4. Apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan berpandukan bahasa seni visual.

Page 2: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

STANDARD PEMBELAJARAN

2.1 Persepsi Estetik

Murid dapat menyatakan unsur jalinan dan rupa, warna, prinsip keseimbangan dan penegasan pada corak teknik lipatan dan guntingan.

2.1.1 Unsur seni

2.1.1.1 Rupa – organik atau geometri

2.1.1.2 Warna – primer (kuning, biru dan merah)

2.1.2 Prinsip rekaan

2.1.2.1 Harmoni – perulangan motif

2.1.2.2 Imbangan – simetri

2.1.2.3 Kontra - primier

2.2 Aplikasi Seni

Murid dapat mengetahui dan memahami bahasa seni visual, media serta proses dan teknik dalam penghasilan corak menggunakan teknik

guntingan dan lipatan.

2.2.1 Mengenal dan menyatakan jenis-jenis media

2.2.1.1 Alatan – gunting dan pensel

2.2.1.2 Bahan – gam, kertas lukisan dan kertas warna

Page 3: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

2.2.2 Mengetahui penggunaan media serta proses dan teknik dalam penghasilan karya.

2.2.2.1 Teknik – guntingan dan lipatan

2.3 Ekspresi Kreatif

Murid dapat mengaplikasikan pengetahuan bahasa seni visual, kefahaman media serta kemahiran teknik dalam penghasilan corak

menggunakan teknik lipatan dan guntingan.

2.3.1 Memilih dan mempelbagaikan bahan secara kreatif

2.3.2 Mengaplikasikan proses dan teknik guntingan dan lipatan dalam penghasilan corak terancang.

2.3.3 Menggunakan bahasa seni visual : rupa, warna, imbangan, kontra dan harmoni dalam penghasilan karya.

2.4 Apresiasi Seni

Murid dapat membuat apresiasi terhadap karya sendiri dan rakan dengan memberikan penekanan pada bahasa seni visual.

2.4.1 Mempamerkan karya yang dihasilkan sendiri

2.4.2 Menyatakan karya sendiri dan rakan secara lisan.

Hasil Pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid-murid dapat:

1. Mencorak dengan menggunakan elemen Asas Seni Reka seperti garisan, rupa, bentuk, warna, jalinan dan ruang melalui penerokaan.

2. Menghasilkan corak untuk dijadikan satu rekaan berfungsi seperti hiasan dinding

Kemahiran 5P:

Page 4: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

1. Penyerapan Nilai Murni

- Nilai Kebersihan Diri

2. Pengkayaan

- Penghasilan hasil karya yang lebih mencabar.

Teori Pembelajaran:

1. Behaviorisme – penggunaan pujian dan rangsangan kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi dalam pembelajaran

2. Konstruktivisme – memastikan murid-murid bekerja dalam kumpulan dan guru sebagai fasilitator sahaja

Pendekatan:

Proses dan produk – memastikan murid-murid memahami proses penghasilan sebelum menghsilkan produk

Strategi Pembelajaran:

Kajian Masa Depan – memastikan murid-murid dapat berfikiran kearah lebih futuristik

Kaedah Pembelajaran:

Individu dan kumpulan – guru memastikan murid-murid membuat kerja secara individu dan berkumpulan

Teknik Pembelajaran:

1. Beri arahan – guru memberi arahan yang jelas semasa mengajar murid-murid

2. Tunjuk cara - guru menunjukkan cara penghasilan karya yang betul

3. Kawalan kelas – guru memastikan keadaan kelas terkawal semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku

4. Penerangan menggunakan contoh – guru memberikan suatu penerangan menggunakan contoh kepada murid-murid

Page 5: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

Langkah/Masa Isi Kandungan Aktiviti Pengajaran dan

Pembelajaran

BBM Catatan

Set Induksi

(3 minit)

Soal jawab, perbincangan

dan bercerita

Soalan:

Apakah jenis hiasan dinding

yang terdapat di rumah anda?

Jangkaan jawapan:

1. Lukisan gambar

2. Gambar keluarga

Tajuk pelajaran:

Membuat hiasan dinding

menggunakan teknik lipatan

dan guntingan

1. Guru menunjukkan klip

video mengenai hiasan-

hiasan yang terdapat pada

sebuah rumah.

2. Murid diminta untuk

memperhatikan hiasan-

hiasan yang terdapat pada

dinding rumah dalam klip

video tersebut.

3. Guru bertanyakan kepada

murid-murid tentang hiasan

dinding yang terdapat di

rumah masing-masing.

4. Murid-murid bercerita

tentang hiasan dinding di

rumah masing-masing.

5. Guru mengaitkan hiasan

dinding dengan isi

pembelajaran.

1. Komputer riba dan LCD EMK: Teknologi

Maklumat dan

Komunikasi

Langkah 1 Pengenalan Lipatan dan Pengenalan: Contoh hasil karya- lipatan

Page 6: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

(6 minit) Guntingan:

Definisi lipatan dan

guntingan:

Aktiviti melipat kertas dan

menggunting mengikut corak

yang dikendaki

Kertas boleh dilipat beberapa

kali atau disusun secara

bertindih dan dilipat bagi

mendapatkan corak atau imej

yang berulang

1. Guru menyatakan definisi

lipatan dan guntingan

2. Guru menunjukkan contoh-

contoh corak teknik lipatan

dan guntingan.

Persepsi Estetik:

1. Murid menyebut dan

menyatakan tentang unsur

seni dan prinsip rekaan

seperti jalinan, warna,

imbangan, kontra dan

harmoni yang terdapat

pada hasil karya

menggunakan teknik

lipatan dan guntingan

dan guntingan

Langkah 2

(5 minit)

Pewujudan Konsep 1. Guru memperkenalkan

media yang akan

digunakan dalam teknik

lipatan dan guntingan.

2. Guru menunjukkan teknik

melipat dan menggunting

kertas untuk menghasilkan

Alat :

Gunting dan pensel

Bahan :

Kertas lukisan, kertas warna

dan gam

Page 7: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

corak.

Langkah 3

(8 minit)

Tunjuk Cara 1. Guru membahagikan alat

dan bahan yang akan

digunakan dalam

penghasilan karya kepada

murid-murid.

2. Guru menunjukkan cara

menampal corak kertas

warna pada kertas lukisan.

3. Murid-murid akan

membuat aktiviti ini dengan

bimbingan guru.

Alat :

Gunting dan pensel

Bahan :

Kertas lukisan, kertas warna

dan gam

Langkah 4

(30 minit)

Penghasilan karya 1. Murid memulakan proses

penghasilan karya dengan

melipat dan melakar motif

pada kertas warna.

2. Murid menggunting

mengikut lakaran motif.

3. Guru memantau murid

dalam proses penghasilan

karya.

1. Murid menampal corak

Alat :

Gunting dan pensel

Bahan :

Kertas lukisan, kertas warna

dan gam

Page 8: RPH Mencorak Dan Membuat Rekaan

kertas warna pada

kertas lukisan.

Langkah 5

(5 minit)

Apresiasi Seni 1. Murid mempamerkan hasil

kerja dan menyatakan hasil

karya sendiri serta rakan.

2. Murid menyatakan hasil

corak lipatan dan

guntingan boleh dijadikan

hiasan pada rekaan lain

seperti kad ucapan,

penanda buku dan hiasan

bekas pensel.

Hasil karya murid

Penutup

(3 minit)

Rumusan : Isi Pelajaran

Teknik lipatan dan

guntingan

Kerjasama dan

kekemasan

Kreativiti

Kognitif:

1. Murid merumuskan aktiviti

yang berkaitan dengan

teknik lipatan dan

guntingan.

Sosial:

2. Murid menyatakan

perasaan mereka semasa

menjalankan aktiviti.