rph kssr bm (kemahiran menulis)
DESCRIPTION
Mohon maaf kerana tulisan dalam fail yang saya upload ni jadi rapat pulak.TRANSCRIPT
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu
Tahun : 3 Tiger
Bil. Murid : 38 orang
Masa : 7.40 pagi – 8.40 pagi
Tarikh : 6/ 1 / 2013
Tema : Panduan Keselamatan
Tajuk : Panduan Keselamatan Untuk Murid
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN3.4 Menulis imlak dengan tepat. 3.4.1 Menulis imlak perkataan
berimbuhan dengan tepat.
Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid berupaya:
i. Menulis imlak secara tepat berdasarkan bacaan guru dengan ejaan dan tanda baca yang betul.
ii. Menulis karangan pendek dengan menggunakan bahasa yang betul.. iii. Mengenal pasti isi penting yang terdapat dalam lirik lagu.
Sistem Bahasa
Kosa kata : Undang-undang, jenayah, diberkas, keamanan,
Pengisian Kurikulum/ Elemen Merentas Kurikulum
Ilmu : Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Nilai murni : Bekerjasama, berdisiplin Kreativiti : Imaginasi dan visualisasi.
Strategi
Kemahiran berfikir : Penyoalan, menghubung kait dengan pengalaman. Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, intrerpersonal dan kinestatik. Kemahiran belajar cara belajar : Mengumpul maklumat dan memproses
maklumat mengenai kes jenayah di tempat awam.
Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan keselamatan di tempat awam.
Bahan Bantu Belajar
Bil Jenis Bilangan1 Lirik lagu 382 Kertas sebak (petikan) 13 Buku latihan 384 Kertas sebak 65 Pen marker 6
Pengetahuan Sedia Ada : Murid pernah melihat kenderaan kecemasan dan mengetahui nombor telefon kecemasan.
Langkah/
Masa
Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan
Induksi
set
( 5 minit)
- Paparan kenderaan
kecemasan.
i. Kereta polis
ii. Ambulans
iii. Kereta bomba
-Murid-murid dipamerkan
dengan gambar kenderaan
kecemasan.
-Murid disoal mengenai
nama-nama kereta tersebut.
-tiga orang murid diminta
memadankan kenderaan
yang dipamerkan dengan
nombor telefon kecemasan
yang betul.
-Murid disoal mengenai
fungsi nombor telefon itu.
-Guru mengaitkan aktiviti
dengan tajuk pelajaran.
BBB:
-Gambar
kenderaan
kecemasan
-Kad nombor
telefon.
Nilai:
-Rasional
-Berani
TKP:
-Verbal linguistik
-Kinestatik
-Ruang
KBT:
-Menghubung kait
Soalan cadangan:
1. Pernahkah kamu
melihat kereta
seperti ini di jalan
raya?
2. Apakah nombor
telefon
kecemasan bagi
kenderaan ini?
KB:-Mengelaskan
Langkah 1
(15 minit)
-Nyanyian lagu.
Kosa kata:
-Undang-undang
-Jenayah
-Diberkas
-Keamanan
-Guru mengagihkan lirik lagu
kepada murid-murid.
-Lirik lagu tersebut berkaitan
dengan panduan
keselamatan.
-Guru menyanyikan lagu itu
terlebih dahulu sebelum
meminta murid-murid
menyanyikannya.
-Murid-murid menyanyikan
lagu tersebut dengan iringan
muzik.
-Murid diminta mengeluarkan
isi penting daripada lagu
tersebut dan
mencatatkannya dalam buku
latihan.
BBB:
-Lirik lagu.
-Komputer riba
-Pembesar suara
Nilai:
-Berani
KBT:
-Menghubung kait
TKP:
-Verbal linguistik
-Muzik
Kaedah:
-Linguistik
Negara kita ada undang-undang
Perbuatan jenayah amatlah dilarang
Rakyat selamat perkara utama
Untuk keamanan negara Malaysia
999 nombor kecemasan
Dail sahaja pihak polis sampai
Pencuri diberkas penjahat ditahan
Pihak polis hebat, cekap dan berjasa
Jangan salah guna nombor kecemasan
Panggilan palsu jangan dilakukan
Langkah 2
(15 minit)
-Aktiviti imlak petikan
bertajuk ‘Hero Jiran’.
-Guru membacakan
petikan pendek
mengenai panduan
keselamatan.
-Murid-murid diminta
mengimlak bacaan guru
dalam buku latihan.
-Setelah siap, murid-
murid diminta menukar
buku latihan dengan
rakan untuk diperiksa.
-Guru memaparkan
petikan yang betul
menggunakan kertas
sebak pada papan putih.
-Murid-murid diminta
menyemak dan
membetulkan kesalahan
ejaan dan tanda baca.
-Murid yang tiada
kesalahan ejaan dan
tanda baca akan
diberikan ganjaran oleh
guru.
BBB:
-Petikan ‘Hero
Jiran’.
Nilai:
-Berdisiplin
TKP:
-Interpersonal.
KBT:
-Menyelesaikan
masalah
Langkah 3
(10 minit)
-Karangan pendek
tentang tugas polis,
bomba atau doktor.
-Guru menulis arahan pada
papan putih.
-Murid-murid diminta menulis
satu karangan pendek
berdasarkan arahan guru.
-Murid-murid diberikan masa
selama tujuh minit untuk
menulis karangan pendek.
-Karangan pendek tersebut
dimulakan dengan ayat
“Jika saya seorang polis,
saya akan….”
-Beberapa orang murid
dipilih untuk membacakan
karangan tersebut.
-Guru menyemak ejaan dan
tanda baca murid-murid.
BBB:
-Kertas sebak
-Pen marker
-Sampul tugasan
Nilai:
-Bekerjasama
Kaedah:
-Sumbang saran
KB:
-Menyelesaikan
masalah.
Penutup
(5 minit)
Rumusan kognitif:
-Rumusan isi pelajaran.
Rumusan sosial:
-Nilai murni.
Soalan:
1.Apakah yang telah kita
pelajari pada hari ini?
-Murid disoal mengenai isi
pembelajaran pada hari ini.
-Murid disoal mengenai cara
menjaga panduan
keselamatan untuk murid.
-Murid diterapkan dengan
nilai-nilai murni oleh guru.
-Guru merumuskan isi
pelajaran.
Nilai:
-Berdisiplin
KBT:
-kemahiran
merumus.