rph kssr bahasa melayu

5
RPH KSSR Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Tahun 2 Mata pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun : 2 Anggerik Masa : 8.15 hingga 9.15 pagi Bilangan murid : 28 orang Unit : 10. Yang Baik Jadikan Teladan Tema/Tajuk : Pak Senik Insaf Standard Kandungan : 2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk minat membaca. Standard Pembelajaran : 2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan meningkatkan kelancaran bacaan. Objektif : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat: Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf dengan merujuk kamus antonim Sistem Bahasa Kosa kata : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat. Tatabahasa : Kata adjektif Kemahiran bahasa : Kemahiran membaca dan menulis. Pengisian kurikulum Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup Nilai : Murah hati, tolong menolong.

Upload: cuksam27

Post on 30-Nov-2015

109 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

Contoh RPH KSSR

TRANSCRIPT

Page 1: RPH KSSR Bahasa Melayu

RPH KSSR Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia Tahun 2

Mata pelajaran    : Bahasa Malaysia

Tahun                  : 2 Anggerik

Masa                    : 8.15 hingga 9.15 pagi

Bilangan murid  : 28 orang

Unit                      : 10. Yang Baik Jadikan Teladan

Tema/Tajuk           : Pak Senik Insaf

Standard Kandungan :

2.6 Membaca pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang sesuai bagi memupuk

minat membaca.

Standard Pembelajaran :

2.6.1 Membaca pelbagai bahan kreatif yang sesuai untuk menambah kosa kata dan

meningkatkan kelancaran bacaan.

Objektif :

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:► Membaca dengan lancar petikan yang diberi dengan menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dengan bimbingan guru► Menyatakan antonim kepada kata adjektif yang disediakan berdasarkan teks cerita Pak Senik Insaf dengan merujuk kamus antonim

Sistem Bahasa

► Kosa kata                  : luas, kering, miskin, bakhil, gelagat.

► Tatabahasa               : Kata adjektif

► Kemahiran bahasa  : Kemahiran membaca dan menulis.

Pengisian kurikulum

► Ilmu : Budaya dan Amalan Hidup

► Nilai : Murah hati, tolong menolong.

Kemahiran bernilai tambah (KBT)

► Belajar cara belajar

► Kecerdasan pelbagai

Page 2: RPH KSSR Bahasa Melayu

a. Interpersonal

b. kemahiran berfikir

c. verbal linguistik

Elemen Merentasi Kurikulum

► Kreatif dan Inovatif

Bahan bantu mengajar (BBM)

► Teks cerita, kad ayat dan lembaran kerja.

Pengetahuan sedia ada

► Murid pernah mendengar cerita-cerita teladan yang lain dan kata adjektif.

Langkah pengajaran dan Pembelajaran

Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Tajuk cerita haiwan dan

cerita rakyat.

“Sang Kancil Dengan

Harimau.”

“Pak Pandir”

“Lebai Malang”

Set induksi (5 minit)

Murid diminta menyatakan tajuk-

tajuk cerita haiwan dan cerita rakyat

yang diketahui.

Guru menyatakan bahawa setiap

cerita mempunyai pengajaran

tertentu.

BBB : Buku Cerita

Nilai : Keyakinan

KBT : Kemahiran

Berfikir

Teks cerita 

“Pak Senik Insaf”

Penilaian Kemahiran

Membaca Mekanis

Langkah 1 (20 minit)

Murid diedar teks cerita “Pak Senik

Insaf”

Murid ditunjukkan cara membaca

cerita dengan kelancaran, sebutan

dan intonasi yang betul.

Murid membaca teks cerita secara

bergilir-gilir.

Guru mengambil markah untuk

tujuan penilaian membaca secara

BBB : Teks cerita

Nilai : Berani, tekun.

KBT : KBCB

Page 3: RPH KSSR Bahasa Melayu

mekanis.

Tatabahasa

Kata adjektif.

Perkataan berlawanan

(Antonim).

Langkah 2 (10 minit)

Murid diterangkan tentang maksud

kata adjektif.

Dalam kumpulan, murid diminta

mencari perkataan adjektif yang

terdapat dalam teks.

Murid mencari perkataan antonim

dengan kata adjektif yang telah

dicari dalam teks dan diisi dalam

lembaran kerja.

Wakil setiap kumpulan

membentangkan hasil

perbincangan di hadapan kelas.

BBB : teks cerita,

lembaran kerja.

Nilai : kerjasama,

berani.

KBT : KBCB, KB, TKP

Keusahawanan:

Etika Kerja

Berkumpulan

Menyusun urutan cerita. Nilai yang terdapat

dalam cerita. 

Langkah 3 (10 minit)

Murid diedar ayat yang tidak

tersusun tentang cerita “Pak Senik

Insaf”.

Murid menyusun ayat tersebut

secara berpasangan dan membuat

kesimpulan tentang cerita tersebut.

Beberapa orang murid tampil ke

hadapan kelas untuk menyusun

ayat-ayat yang betul mengikut

urutan cerita di papan tulis.

Murid membuat kesimpulan cerita

dengan membacakan nilai yang

terdapat dalam cerita tersebut

dengan bantuan guru.

BBB : lembaran kerja,

kad ayat.

Nilai : berani, tekun.

KBT : KBCB, TKP

Pemulihan dan

Pengayaan

Langkah 4 (10 minit)

Pemulihan: Mengeja dan membaca

BBB : Kertas Manila

Page 4: RPH KSSR Bahasa Melayu

kata adjektif dan antonimnya.

Pengayaan: Mencipta serangkap

pantun berkaitan teks dan

membacakannya di hadapan kelas

Penutup Kognitif:

Soal jawab

► Apakah perkara

penting yang perlu

dikuasai dalam

pembacaan mekanis?

► Apakah kata adjektif

yang terdapat dalam

cerita?

► Apakah nilai yang

kamu peroleh dalam

cerita?

Penutup Sosial

Guru memuji murid

Penutup (5 minit)

Murid menjawab setiap soalan yang

disampaikan oleh guru.

Guru memberikan pujian kepada

murid yang menjawab soalan

Guru merumuskan pengajaran dan

pembelajaran.

BBB : Kertas sebak

Nilai : tekun.

KBT : TKP, KBCB.

Refleksi: