rph ikan hiasan

5
Langkah Media Penggunaan Media Set Induksi ( 5 minit) Model akuarium Aksesori akuarium Kad perkataan Guru menunjukkan sebuah akuarium dan mengarahkan murid memerhati dengan teliti dan cuba mengenalpasti apakah jenis aksesori atau alatan yang terdapat di dalam akuarium. Guru menyoal murid apakah nama setiap aksesori tersebut. Seterusnya guru menunjukkan kad perkataan dan mengarahkan murid untuk memadankan perkataan yang tertera pada kad tersebut dengan aksesori yang terdapat di dalam akuarium itu. Guru memanggil beberapa orang murid dan mengarahkan murid menampal kad perkataan itu pada aksesori Perkembangan Langkah 1 ( 15 minit) Komputer : slaid powerpoint LCD : paparan slaid powerpoint Guru menunjukkan beberapa tayangan gambar jenis tumbuhan akuatik menerangkan kepada murid. Guru meminta beberapa orang murid untuk menyebut kembali nama jenis tumbuhan akuatik. Seterusnya guru memberikan edaran gambar setiap jenis tumbuhan yang telah dipaparkan dan mengarahkan murid untuk mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu dengan tepat. Langkah 2 (15 minit) Komputer : slaid powerpoint LCD : paparan slaid powerpoint dan video Guru menunjukkan satu video berkenaan langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium. Seterusnya guru menyenaraikan langkah penyediaan akuarium dengan menayangkannya di skrin dan meminta murid untuk menyalinnya. Sambil menayangkan video, guru menunjukkan demonstrasi langkah-langkah sebenar penyediaan akuarium di hadapan semua murid.

Upload: dalila-mohd-khalid

Post on 05-Nov-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

RPH

TRANSCRIPT

LangkahMediaPenggunaan Media

Set Induksi( 5 minit)Model akuariumAksesori akuariumKad perkataanGuru menunjukkan sebuah akuarium dan mengarahkan murid memerhati dengan teliti dan cuba mengenalpasti apakah jenis aksesori atau alatan yang terdapat di dalam akuarium.Guru menyoal murid apakah nama setiap aksesori tersebut.Seterusnya guru menunjukkan kad perkataan dan mengarahkan murid untuk memadankan perkataan yang tertera pada kad tersebut dengan aksesori yang terdapat di dalam akuarium itu.Guru memanggil beberapa orang murid dan mengarahkan murid menampal kad perkataan itu pada aksesori

PerkembanganLangkah 1( 15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint

-Guru menunjukkan beberapa tayangan gambar jenis tumbuhan akuatik menerangkan kepada murid.-Guru meminta beberapa orang murid untuk menyebut kembali nama jenis tumbuhan akuatik.-Seterusnya guru memberikan edaran gambar setiap jenis tumbuhan yang telah dipaparkan dan mengarahkan murid untuk mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu dengan tepat.

Langkah 2(15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint dan video

-Guru menunjukkan satu video berkenaan langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.-Seterusnya guru menyenaraikan langkah penyediaan akuarium dengan menayangkannya di skrin dan meminta murid untuk menyalinnya.-Sambil menayangkan video, guru menunjukkan demonstrasi langkah-langkah sebenar penyediaan akuarium di hadapan semua murid.

Langkah 3(15 minit)

Bahan:Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.

-Guru membuka peluang kepada murid untuk mencuba kaedah menghias akuarium.-Guru bertindak sebagai pemerhati dan membetulkan setiap kesilapan yang dilakukan oleh murid.-Guru menyediakan set alatan dan bahan yang lengkap kepada murid.

Penutup( 10 minit )Rumusan secara ringkas mengenai jenis tumbuhan akuatik beserta aksesori hiasan, faktor pemilihan bekas dan cara untuk menyedia dan menghias akuarium dan lembaran kerja.-Guru membuat sedikit ulasan dan komen mengenai sesi P&P yang telah dijalankan.-Seterusnya guru membuat rumusan ringkas mengenai sesi P&P yang telah dijalankan dan menegaskan agar murid mengulangkaji berkaitan apa yang telah dipelajari.-Guru mengedarkan lembaran kerja.

Require Learner Participation / Penglibatan Aktif Murid

LangkahMediaPenggunaan Media

Set Induksi( 5 minit)Model akuariumAksesori akuariumKad perkataan-Murid menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru tentang aksesori yang terdapat dalam akuarium.-murid memadankan perkataan dengan kad pada aksesori yang terdapat di dalam akuarium itu.-murid menampal kad perkataan itu pada aksesori yang betul.

PerkembanganLangkah 1( 15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint

-Murid menyaksikan tayangan dan guru meminta murid untuk mengingati nama tumbuhan akuatik itu.-Murid bersoal jawab dengan guru tentang tumbuhan akuatik atau tiruan .-Murid menyebut semula semula jenis tumbuhan akuatik.-murid mengisi tempat kosong dengan nama jenis tumbuhan itu dengan tepat.

Langkah 2(15 minit)Komputer : slaid powerpointLCD : paparan slaid powerpoint dan video

-Murid menyaksikan video berkenaan langkah-langkah menyedia dan menghias akuarium.-Murid mengenal pasti langkah penyediaan akuarium serta bahan yang digunakan dan diminta untuk mencatat nota.

Murid diminta mengambil perhatian dengan penerangan guru terhadap demonstrasi langkah-langkah sebenar penyediaan akuarium di hadapan semua murid.

Langkah 3(15 minit)

Bahan:Ikan hiasan, bekas akuarium, pam, penapis, batu, pasir, tumbuhan akuatik/tiruan, kayu buruk, poster, model.

-Wakil kumpulan akan mengambil segala peralatan dan aksesori akuarium yang akan dipasang di meja kerja kumpulan mereka.-Murid mengikuti langkah penyediaan bekas akuarium secara amali di dalam kumpulan setelah diterangkan oleh guru tadi-Murid diingatkan tentang keselamatan dan kerjasama berkumpulan.

Penutup( 10 minit )Nota ringkas :nota mengenai langkah-langkah penyediaan akuarium.-Murid menjawab soalan yang dikemukan oleh guru mengenai penyediaan akuarium.

Evaluation / Penilaian

Pencapaian MuridPrestasi murid berdasarkan rujukan kriteria.-Murid telah dapat Menyatakan sekurang-kurangnya empatbahan yang diperlukan untuk penyediaan akuarium dengan betul setelah mendengar penerangan guru.-Murid dapat mengenal dan menyenaraikan lima daripada enam jenis tumbuhan akuatik tanpa rujukan buku dengan betul.-Murid dapat menyatakan empat daripada enam langkah penyediaan akuarium ikan hiasan dengan tepat setelah mendengar penerangan guru.-Murid dapat Melakukan empat langkah-langkah penjagaan dengan tepat dan betul setelah meneliti demostrasi dan penerangan oleh guru.

Kemahiran1. Murid dapat memperkembangkan kemahiran sosial melalui aktiviti dalam kumpulan.2. Murid dapat meningkatkan kemahiran kognitif apabila didedahkan dengan soalan berkenaan dengan langkah-langkahpenyediaan akuarium

Sikap murid1. Murid memberi tumpuan dan perhatian penuh sepanjang P&P.2. Murid memberi kerjasama yang baik kepada guru dan rakan-rakan sepanjang aktiviti P&P.

Pencapaian Guru1. P&P yang dirancang telah berjalan dengan lancar dan efektif.2. Murid-murid telah dinilai berdasarkan respon yang diberikan sangat baik terhadap pengajaran guru.3. Guru mengajar murid tentang bahan yang digunakan untuk penyediaan dan menghias akuarium dan langkah-langkah penyediaan akuarium ikan hiasan dan murid dilihat faham dengan pengajaran yang dilaksanakan4. Objektif pengajaran dan pembelajaran telah berjaya dicapai melalui hasil jawapan dalam lembaran kerja murid.

Keberkesanan Media1. Bahan dan media komputer, LCD, alatan dan bahan sebenar sangat membantu dalam menggalakkan interaksi dan perbincangan dalam kalangan murid selain dapat menyediakan murid suasana yang sebenar.