ikan hiasan 1

11
Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5 OBJEKTIF PEMBELAJARAN Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya : 1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan hiasan tropika 2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara. 3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium. 4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan. 5. mengenal pasti kandungan mutu air. 6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan. 7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium. MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 1

Upload: juradi-durjari

Post on 23-Jan-2015

16.578 views

Category:

Business


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Di akhir pembelajaran ini pelajar berupaya :

1. Mengenal, melabel bahagian luar ikan dan menyenarai spesis ikan

hiasan tropika

2. Memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

3. Mengenal, memilih dan menanam tumbuhan akuatik dalam akuarium.

4. mengenal dan memilih jenis makanan ikan hiasan.

5. mengenal pasti kandungan mutu air.

6. mengenal pasti simptom penyakit biasa pada ikan hiasan.

7. menjaga tumbuhan akuatik dalam akuarium.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 1

Page 2: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

1. MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

Sisik

Badan ikan diliputi oleh sisik yang berfungsi sebagai pelindung dari

musuh, kecederaan dan penyakit .

Sirip

Anggota ikan yang menolong untuk bergerak di dalam air ialah sirip. Sirip

terdiri dari dua jenis iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip tidak

berpasangan ialah seperti sirip ekor (kaudal), sirip dorsal dan sirip anal berfungsi

membantu supaya ikan bergerak lurus dan sebagai kemudi pergerakan ikan di

dalam air. Sirip berpasangan ialah seperti sirip pektoral dan sirip pelvik berfungsi

untuk kesetabilan, berundur berpusing dan mengapung.

Garis lateral

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 2

Mata

Penutup insang

Sirip kaudal / ekor

Sirip analSirip pelvikSirip pektoral

Sirip dorsal Garisan lateral

Mulut

Sisik

Page 3: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

Garis lateral terdapat seperti bintik-bintik di sisi badan bermula dari tutup

insang hingga ke ekor. Ia berfungsi untuk mengesan pergerakan objek lain di

dalam air. Organ deria ini juga berfungsi sebagai telinga.

Insang

Ikan bernafas di dalam air menggunakan insang. Air disedut melalui mulut

nya dan keluar melalui tutup insang. Semasa air mengandungi oksigen bergerak

melalui insang oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

2 MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA.

Ikan hiasan dipelihara sebagai hobi yang menarik dan mengasyikkan

kerana ikan hiasan mempunyai warna yang cantik. Melihat ikan ini berenang di

dalam akuarium akan memberi ketenangan. Lebih menarik lagi sekiranya ikan ini

dipelihara di dalam akuarium yang yang ditanam dengan pelbagai jenis

tumbuhan akuatik hidup dan hiasi dengan eksessori lain.

Ikan yang sesuai dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis

ikan liar yang ditangkap dari habitat semula jadi. Ikan yang jinak dan telah sesuai

dipelihara di dalam akuarium boleh dibeli dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan

sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat semula jadi adalah sukar dipelihara di

dalam akuarium kerana ianya belum dapat menyesuaikan diri hidup di dalam

kurungan. Ikan yang dipilih untuk dipelihara di dalam akuarium juga mestilah ikan

yang mempunyai ciri menarik seperti warna dan bentuk yang unik dan cantik.

Untuk mempunyai akuarium yang cantik pemilihan jenis ikan untuk

dipelihara adalah penting. Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu

komuniti akuarium. Ikan pemangsa mestilah dipelihara di dalam akuarium yang

hanya mengandungi jenis ikan itu sahaja kerana ia memakan ikan-ikan kecil lain

yang terdapat dalam akuarium. Hanya ikan yang boleh hidup secara komuniti

sahaja boleh dipelihara dalam akuarium mengandungi pelbagai jenis ikan.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 3

Page 4: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

Contoh-contoh ikan hiasan yang terdapat di pasaran.

Ikan Guppy Ikan Swordtail

Ikan Molly Ikan Platy

Ikan Angel Ikan Tiger barb

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 4

Page 5: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

Ikan Pelaga Ikan Sepat

Ikan Koi Ikan Emas

Ikan Harlequin Ikan Oskar

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 5

Page 6: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN HIASAN

Makanan pellet jenis terapung adalah sesuai untuk makanan ikan yang

mempunyai bentuk mulut menghala ke atas dan pertengahan kepala seperti

ikan Swordtail, Guppy atau Angel. Makanan tenggelam pula sesuai untuk

diberikan kepada ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke bawah

seperti ikan Corydoras atau Loach.

3.1 Pemakanan ikan Hiasan

Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama

berdasarkan jenis permakanannya.

a. Ikan karnivor

Ikan yang memakan benda-benda hidup seperti ikan kecil atau haiwan

lain dikenali sebagai ikan pemangsa atau karnivor. Biasanya ikan pemangsa

bersaiz besar, mempunyai gigi yang tajam dan rahang yang kuat. Makanan

ikan karnivor ialah seperti cengkerik, anak ikan, katak atau ulat. Contoh ikan

karnivor ialah ikan Sebarau, Oskar dan ikan Arowana.

b. Ikan pemakan plankton (organisma mikro di dalam air)

Ikan yang memakan mikro organisma di dalam air dikenali sebagai ikan

pemakan plankton. Contoh ikan ini ialah seperti ikan Barb, ikan Tetra dan

kebanyakan jenis ikan semasa peringkat anak.

c. Ikan herbivor

Sesetengah ikan hiasan memakan tumbuhan dan ianya dikenali sebagai

herbivor. Ikan ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang ditanam

tumbuhan akuatik. Contoh ikan herbivor ialah ikan Lampam dan Tiger Barb.

d. Ikan omnivor

Ikan omnivor ialah ikan yang memakan pelbagai jenis makanan seperti

plankton, tumbuhan reput, daging haiwan atau pellet. Kebanyakan ikan

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 6

Page 7: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

hiasan ialah jenis ini kerana ianya telah menyesuaikan diri untuk hidup di

dalam tangki. Contoh ikan omnivor ialah ikan Pelaga, Oscar, dan cichlid.

3.2 Pemakanan ikan hiasan di dalam akuarium

Ikan yang dipelihara di dalam akuarium boleh diberi makan plankton atau

makanan kering, cacing atau makanan hidup seperti cengkerik, ulat atau lain-lain

bergantung kepada jenis ikan yang dipelihara.

Oleh kerana ikan mempunyai pelbagai cara pemakanannya, makanan

ikan hiasan juga perlu disediakan berdasarkan sifat ikan yang dipelihara.

Kebanyakan ikan yang dipelihara di dalam akuarium pula telah lama

menyesuaikan diri di dalam sekitaran tangki, pemakanannya juga banyak

dipengaruhi oleh sekitarannya. Ikan hiasan akan memakan apa sahaja makanan

yang diberikan kepada terutamanya apabila ikan telah lapar.

3.3 Makanan ikan hiasan boleh dibahagikan kepada 3 kumpulan

Makanan hidup

Makanan kering

Makanan basah

Makanan rumusan.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 7

Page 8: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

a. Makanan hidup

Makanan hidup terdiri dari plankton iaitu organisma halus yang terdapat di dalam

air, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang, anak ikan, cengkerik, lipas dan

sebagainya.

Blood worm Ulat roti

Plankton Plankton

b. Makanan kering

Makanan kering ialah seperti cacing yang telah diawet atau roti.

c. Makanan basah

Makanan basah ialah seperti kerang, hati lembu, sayuran seperti salad atau

bayam.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 8

Page 9: Ikan Hiasan 1

Sukatan pelajaran kemahiran hidup sekolah rendah – tahun 5

d. Makanan rumusan

Makanan rumusan ialah terdiri dari pellet , emping, stick yang telah sedia

diproses oleh kilang membuat makanan. Iannya yang boleh dibeli dari kedai ikan

hiasan atau pembekal makanan haiwan.

Pellet Emping

3.4 Pembiakan ikan

Ikan membiak dengan cara bertelur atau beranak ikan bertelur dan telurnya

menetas di dalam air. Ada sesetengah ikan menjaga telurnya sehingga menetas

dan sebahagiannya akan meninggalkan telurnya tanpa penjagaan. Ikan beranak

anak melahirkan anak yang telur sempurna sifatnya dapat hidup dengan sendiri.

MOHAMAD ZAINI SULEIMAN - 2002 9