ikan hiasan kawe

52
A. PENGENALAN Selain dijadikan makanan, ikan juga sesuai dipelihara untuk dijadikan perhiasan di rumah. Ikan hiasan bukan sahaja dapat mengindahkan sudut-sudut di dalam rumah malah dapat mencantikkan suasana persekitaraan rumah. Dengan mengikuti keseluruhan maklumat yang akan diberikan, kita akan dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang ikan hiasan. Ikan hiasan umumnya telah menjadi satu hobi atau kegemaran bagi sesetengah orang yang tahu nilai keunikannya. Dengan memelihara di dalam aquarium di rumah, pemeliharanya dapat menikmati suasana kehidupan di dalam air yang sangat menarik. Kepuasan, dan ketenangan dapat dinikmati apabila melihat ia bermain-main di dalam akuarium dan dapat menghilangkan penat lelah selepas bekerja. Di seluruh dunia memiliki ikan-ikan hiasan yang cantik dan pelbagai warna. Kebanyakkan ikan hiasan mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria. Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri

Upload: tamara-gibson

Post on 22-Dec-2015

100 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

kh

TRANSCRIPT

Page 1: ikan hiasan kawe

A. PENGENALAN

Selain dijadikan makanan, ikan juga sesuai dipelihara untuk dijadikan perhiasan

di rumah. Ikan hiasan bukan sahaja dapat mengindahkan sudut-sudut di dalam rumah

malah dapat mencantikkan suasana persekitaraan rumah. Dengan mengikuti

keseluruhan maklumat yang akan diberikan, kita akan dapat mengetahui dengan lebih

mendalam tentang ikan hiasan.

Ikan hiasan umumnya telah menjadi satu hobi atau kegemaran bagi sesetengah orang

yang tahu nilai keunikannya. Dengan memelihara di dalam aquarium di rumah,

pemeliharanya dapat menikmati suasana kehidupan di dalam air yang sangat menarik.

Kepuasan, dan ketenangan dapat dinikmati apabila melihat ia bermain-main di dalam

akuarium dan dapat menghilangkan penat lelah selepas bekerja. Di seluruh dunia

memiliki ikan-ikan hiasan yang cantik dan pelbagai warna. Kebanyakkan ikan hiasan

mempunyai sisik nipis berlendir yang berfungsi sebagai pelindung daripada bakteria.

Kulit ikan mengandungi ‘chromatophoraes’ iaitu pigmen sel-sel yang memberi warna-

warna tertentu kepada ikan. Ciri-ciri istimewa ikan hiasan dilihat pada warna sisik, saiz,

bentuk badan, sirip, cara dan tabiat makan , jantina dan gaya berenang.

Menternak ikan hiasan adalah satu kegiatan yang boleh mendatangkan keuntungan

disamping sebagai satu hobi yang menarik. Apabila ternakan ini berkembang maju

ianya akan mempengaruhi industri sampingan lain akan turut maju seperti pembuatan

pam dan penapis, pembuatan tangki ternakan serta lain-lain aksesori. Begitu juga

dengan baka ikan hiasan baru akan sentiasa dihasilkan bagi memenuhi permintaan

yang sentiasa meningkat. Kajian-kajian tentang ikan hiasan akan dilakukan untuk

Page 2: ikan hiasan kawe

meningkatkan lagi kualiti ikan hiasan agar dapat bersaing dengan pasaran

antarabangsa. Dalam masa yang sama pemeliharaan ikan hiasan menjadi satu

kegiatan dan mampu memberi pendapatan lumayan kepada pengusaha-pengusaha.

Industri ini semakin berkembang seiring dengan perkembangan ekonomi negara.

Sehingga kini Malaysia telah menjadi antara negara pengeksport ikan hiasan penting ke

banyak negara di dunia. Negeri di Malaysia yang banyak mengusahakanya ialah Pulau

Pinang, Perak dan Johor. Disamping kita melihat kepentingan dari sudut ekonomi,

kepentingan dari sudut peningkatan ilmu pengetahuan juga akan berkembang. Apabila

penternak memerlukan kaedah penjagaan yang sistematik dan berbeza mengikut jenis

ikan akan melahirkan rasa keperihatinan penternak ikan hiasan. Ia juga merupakan

satu hobi yang mampu membina pengetahuan mengenai kepelbagaian ikan-ikan

hiasan dan juga tabiat hidupnya. Ketekunan dalam memelihara ikan hiasan mampu

membina ketenangan dan kesabaran kepada pemelihara ikan hiasan.

Tujuan pemeliharaan ikan hiasan ini adalah supaya dapat memupuk kasih sayang

terhadap haiwan peliharaan akuatik. Pada masa kini kita sering terdengar dan

membaca tentang pencemaran air khususnya sungai dan laut. Pencemaran ini

menjejaskan populasi ikan yang tinggal di habitat tersebut. Dengan melihat ikan hiasan

sebagai satu alternatif yang baik dapat kita mempelajari tentang keistimewaan haiwan

tersebut di samping memahami bagaimana kita menghargai dan melindunginya. Ikan

yang sesuai di dalam akuarium mestilah bukan jenis ikan liar yang ditangkap dari

habitat semulajadi. Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli

dari kedai ikan hiasan atau dibiakkan sendiri. Ikan yang ditangkap dari habitat

semulajadi adalah sukar dipelihara di dalam akuarium kerana ia tidak dapat

Page 3: ikan hiasan kawe

menyesuaikan diri untuk hidup di dalam kurungan dan tempat yang tertutup. Ikan yang

ingin dipelihara mestilah mempunyai daya tarikan yang menarik dan mempunyai warna

dan bentuk yang unik. Untuk mempunyai akuarium yang menarik, pemilihan jenis ikan

amat penting. Tidak semua ikan sesuai dipelihara dalam satu komuniti akuarium. Ikan

pemangsa seperti toman tidak sesuai untuk dipelihara bersama ikan guppy kerana ia

akan memakan ikan ikan guppy tersebut. Lebih baik dipelihara spesisnya sahaja.

Adalah lebih baik dimasukkan ikan yang boleh hidup secara komuniti sahaja dalam

akuarium yang mengandungi pelbagai jenis ikan.

MENGENAL PASTI BAHAGIAN LUAR IKAN

a) Sisik

Sisik berfungsi sebagai pelindung daripada musuh, kecederaan dan penyakit.

b) Sirip

Terdapat dua jenis sirip, iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip

berpasangan adalah seperti sirip ekor (kaudal(, sirip dorsal, dan sirip anal. Sirip ini

membantu ikan bergerak lurus dan juga sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air.

Sirip tidak berpasangan pula adalah seperti sirip ridip (pektoral) dan sirip kepak (pelvic).

Sirip ini berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing, dan juga mengapungkan diri.

c) Garis Saraf (Lateral)

Garis saraf kelihatan seperti bintik-bintik di sisi badan ikan, bermula dari penutup insang

hingga ke ekor. Garis saraf ini berfungsi untuk mengesan objek lain dan getaran di

dalam air serta berfungsi sebagai telinga ikan.

Page 4: ikan hiasan kawe

d) Insang

Ikan di dalam air dengan menggunakan insang. Ikan menyedut air yang mengandungi

oksigen ke dalam mulutnya lalu mengalir melalui insang. Semasa air yang

mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan

ikan.

BAHAGIAN LUAR IKAN

Pentup insang Sirip dorsal Sisik

Mata

Sirip kaudal

Sirip Pektoral Sirip AnalDubur

Mulut

Page 5: ikan hiasan kawe

MENGENAL PASTI SPESIS IKAN HIASAN TROPIKA

Terdapat banyak jenis ikan hiasan yang dijual di kedai. Antara yang biasa kita dapati di

kedai adalah seperti berikut :

Ikan Flowerhorn Ikan Arowana

\

Angelish Ikan Pelaga

Ikan Emas Ikan Koi

Page 6: ikan hiasan kawe

TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Ikan hiasan dipelihara bertujuan untuk :

a) Mencantikkan ruang di dalam atau di luar rumah.

b) Dapat memberi ketenangan kepada penggemarnya.

c) Memupuk perasaan cinta akan haiwan peliharaan dan alam akuatik.

d) Menyemai perasaan sayangkan haiwan peliharaan.

MENGENAL CIRI-CIRI ISTIMEWA IKAN HIASAN

a) Warna

b) Sisik

c) Bentuk badan

d) Sirip

e) Cara pemakanan

f) Cara pembiakan

g) Pergerakan

h) Jantina

Page 7: ikan hiasan kawe

MEMILIH IKAN HIASAN UNTUK DIPELIHARA

a) Ikan hiasan yang dipelihara sebagai hobi tentulah memiliki cirri-ciri yang dapat

memikat hati terutama dari segi warna dan bentuk ikan.

b) Lebih menarik lagi sekiranya ikan itu dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi

oleh pelbagai jenis tumbuhan akuatik hidup.

c) Ikan yang dipelihara di dalam akuarium mestilah bukan dari jenis ikan liar yang

ditangkap dari habitat semulajadi kerana ikan liar sukar untuk menyesuaikan diri

hidup di dalam kurungan seperti akuarium.

d) Tidak semua jenis ikan boleh dipelihara di dalam satu ekosistem akuarium.

Contohnya, ikan pemangsa harus dipelihara di dalam akuarium yang

mengandungi ikan jenis itu sahaja kerana ikan pemangsa akan memburu dan

memakan ikan-ikan kecil yang lain yang di letakkan di dalam akuarium yang

sama.

e) Ikan yang jinak sesuai dipelihara di dalam akuarium dan boleh dibeli dari kedai

hiasan atau dibiakkan sendiri.

f) Ikan hiasan yang ingin dipelihara juga mestilah adapt bertahan dengan

perubahan mutu air dan tahan daripada serangan penyakit.

Page 8: ikan hiasan kawe

BAJET DAN ANGGARAN KOS PERBELANJAAN PEMBINAAN AKUARIUM

IKAN HIASAN

BIL ALATAN ANGGARAN KOS (RM)

1 Akuarium RM 100.00

2 Kaki akuarium RM 80.00

3 Penutup akuarium RM 50.00

4 Pam air RM 35.00

5 Lampu hiasan RM 15.00

JUMLAH RM280.00

BIL BAHAN AKSESORI ANGGARAN KOS (RM)

1 Pasir halus RM 20.00

2 Batu kecil RM 25.00

3 Tunggul kayu RM 15.00

4 Pokok tiruan RM 35.00

5 Gambar latar belakang RM 4.00

6 Undergravel filter RM 25.00

7 Makanan ikan RM 5.00

8 Model Pasu pecah RM 12.00

9 Anti klorin RM 7.00

JUMLAH RM 148.00

BIL IKAN KOS (RM)

1 Ikan bandaran RM 10.00

2 Ikan patin RM 12.00

3 Ikan

4

JUMLAH RM

Page 9: ikan hiasan kawe

PENYEDIAAN BEKAS

MEMILIH AKUARIUM DAN AKSESORI

a) Apabila membela ikan hiasan, perkara pertama yang perlu difikirkan ialah

petempatan ikan tersebut, seperti di dalam akuarium atau bekas kaca.

b) Saiz akuarium yang paling sesuai ialah empat kaki panjang dan dua kaki lebar

kerana ikan hiasan yang dipelihara dengan baik dapat membesar sehingga 16

inci hingga 18 inci dan akuarium yang disyorkan cukup untuk tumbesaran ikan

tersebut.

c) Lokasi akuarium penting untuk menentukan perkembangan ikan. Sudut yang

sunyi dan aman adalah tempat yang paling sesuai untuk menggalakkan

perkembangan serta tumbesaran ikan hiasan di samping mempunyai sumber

elektrik dan air yang cukup.

d) Aksesori yang selalu digunakan ialah pam air, penapis, lampu, batu, pasir,

tumbuhan akuatik, kayu buruk, poster dan berbagai-bagai lagi.

e) Pam air terbahagi kepada dua iaitu AC pumper dan AC/DC self charging air

pump yang dikawal sendiri.pam yang dikawal sendiri ini amat digalakkan

penggunaannya.

f) Manakala jenis lampu yang disyorkan pula ialah Solar Tubular Lighting kerana

dapat member suasana yang serupa dengan habitat semulajadi ikan hiasan.

Page 12: ikan hiasan kawe

MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK ATAU TIRUAN  

Ciri utama kesesuaian tumbuhan akuatik untuk akuarium ialah tahan hidup di dalam

air dan mempunyai bentuk yang menarik sebagai hiasan dalaman akuarium.

Kepentingan tumbuhan akuatik di dalam akuarium ialah untuk menyerap bahan-

bahan toksik yang dihasilkan dari perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak

habis dimakan oleh ikan. Sisa makanan dan bahan perkumuhan akan mendak ke

dalam sunstrat di dasar akuarium dan manjadi baja kepada tumbuhan akuatik.

Tumbuhan akuatik mengeluarkan oksigen kedalam air hasil dari proses

fotosintesis. Gas oksigen ini akan digunakan oleh ikan untuk proses pernafasan.

Tumbuhan akuatik juga berfungsi sebagai tempat ikan kecil berlindung dari ikan

yang menjadi musuhnya, menjadi tempat persembunyiannya dan tempat berehat.

Ikan herbivor juga akan memakan daun-daun tumbuhan akuatik.

Contoh tumbuhan akuatik

Penanaman tumbuhan akuatik dalam akuarium akan menambahkan

lagi keindahan sesebuah akuarium. Walau bagaimanapun bekalan karbondioksida yang

mencupi adalah sangat perlu bagi memastikan tumbuhan tersebut hidup subur dan

kelihatan cantik sepanjang masa.

Page 13: ikan hiasan kawe

PEMILIHAN AKUARIUM DAN AKSESORI

Page 14: ikan hiasan kawe

JENIS-JENIS AKUARIUM

1. Akuarium kaca

2. Akuarium plastic

3. Akuarium kaca bulat

4. Akuarium kaca berbadan kayu

5. Akuarium kaca berbingkai aluminium

6. Akuarium berbentuk panjang

PEMILIHAN BEKAS

Pemilihan bekas (akuarium) adalah bergantung kepada beberapa faktor

tertentu seperti:

Jenis bahan akuarium (Kaca, plastik, kolam  tiruan).

Jenis ikan hiasan.

Bilangan ikan hiasan.

Saiz ikan hiasan.

Saiz akuarium.    

Secara amnya akuarium jenis kaca yang berukuran 75 cm – 90 cm sesuai digunakan

untuk ternakan ikan hiasan tropika yang bersaiz  kecil dan sederhana. Manakala untuk

ikan hiasan yang bersaiz besar seperti arowana perlu menggunakansaiz yang lebih

besar.

Page 15: ikan hiasan kawe

contoh bekas/akuarium

MENYEDIA DAN MENGHIAS AKUARIUM

a) Kecantikan dan keindahan sesebuah akurium terletak pada kreativiti dan

keupayaan pemilik untuk menghias akuarium tersebut.

b) Aktiviti menyediakan sebuah akuarium memerlukan bahan-bahan seperti tangki,

cabinet, kaki akuarium, dan lampu akuarium.

c) Bahan-bahan hiasan pula adalah seperti tunggul, kayu, batu, pasir sungai, pasir

halus, dan pelbagai tumbuhan akuatik hidup.

Langkah 1

Bubuh satu lapisan pasir sungai atau pasir untuk akuarium dengan ketebalan

lebih kurang 28-30 mm. Pasir yang berwarna gelap. Isikan tangki dengan air

paip. Tambahkan bahan anti klorin untuk menyah klorin air. Lapkan air yang tertumpah

diatas lantai untuk mengelakkan lantai menjadi licin.

Page 16: ikan hiasan kawe

Langkah 2

Tanam tumbuhan akuatik tiruan yang berdaun panjang atau biasa dan benamkan

asasnya ke dalam pasir.

Langkah 3

Tumbuhan yang tinggi perlu di tanam pada bahagian belakang akuarium

untuk mendapatkan pandangan landskap yang menarik.

Langkah 4

Hiaskan pada bahagian tengah akuarium dengan batu sungai atau dibeli dari

kedai akuarium, supaya menghasilkan suasana yang menarik.

Langkah 5

Letakan beberapa ketul tunggul kayu yang telah dibersihkan. Tunggul kayu

boleh dikutip dari kawasan tanah gambut atau dibeli dari kedai akuarium. Tunggul kayu

perlu direndam dalam air selama 2 atau 3 minggu sebelum dimasukan ke dalam

akuarium.

Langkah 6

Sebagai tambahan letakkan pula tunggul kayu yang mengandungi tumbuhan akuatik

di atasnya. Tambahkan juga dengan beberapa tumbuhan akuatik lain untuk

menghasilkan satu susunan yang menarik. Akuarium perlu dibiarkan selama seminggu

sebelum memasukan ikan. Cuci tangan selepas kerja-kerja menghias akuarium.   

Page 17: ikan hiasan kawe

Contoh aquarium yang telah disediakan

Page 18: ikan hiasan kawe

MEMASUKKAN IKAN HIASAN KE DALAM AKUARIUM

i. Setelah menyediakan dan menghias akuarium, bolehlah memasukkan ikan

hiasan yang telah dikenal pasti ke dalam akuarium tersebut.

ii. Lagkah-langkah untuk memasukkan ikan hiasan ke dalam akuarium adalah

seperti yang berikut :

a) Letakkan bekas plastik yang berisi ikan ke dalam akuarium.

b) Biarkan bekas plastik itu salaam 20 hingga 30 minit. Langkah ini bertujuan

untuk menyamakan suhu air di dalam bekas plastik itu dengan suhu air di

dalam akuarium.

c) Masukkan sedikit air dari dalam akuarium ke dalam beg plastik.

d) Selepas 30 minit, buka bekas plastic yang berisi ikan hiasan itu dan biarkan

ikan itu keluar dengan sendiri bersama-sama air dari dalam plastik itu.

Page 19: ikan hiasan kawe

PENGURUSAN

MENGENAL DAN MEMILIH JENIS MAKANAN IKAN

a) Dalam pengurusan dan penjagaan ikan hiasan, pemakanan adalah factor yang

sangat penting untuk tumbesaran dan populasi ikan yang dipelihara.

b) Makanan ikan hiasan dapat dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu makanan

hidup, makanan kering, makanan basah, dan makanan rumusan.

c) Makanan hidup terdiri daripada mikroorganisma halus yang biasanya terdapat di

dalam air dan dikenali sbagai plankton, cacing, ulat roti, jejentik nyamuk, udang,

anak ikan, cengkerik, lipas dan sebagainya.

d) Makanan kering pula adalah seperti cacing yang diawet atau roti.

e) Makanan basah terdiri daripada kerang, hati lembu dan sayuran seperti salad

dan bayam.

f) Makanan rumusan ialah makanan khas ikan yang diproses. Makanan ini terdiri

daripada pellet, emping dan stik yang telah sedia diproses oleh kilang yang

membuat makanan. Makanan ini dapat dibeli dari kedai ikan atau pembekal

makanan haiwan.

MENGENAL PASTI JENIS MAKANAN YANG SESUAI MENGIKUT SPESIS IKAN

HIASAN

i. Ikan yang mempunyai bentuk mulut yang menghala ke atas pertengahan kepala

serti ikan Swordtail, Guppy, dan Angelfish lebih sesuai memakan makanan

rumusan yang dapat terapung di permukaan air seperti pallet.

Page 20: ikan hiasan kawe

ii. Ikan seperti Corydoras dan Loach yang mempunyai bentuk mulut yang

menghala ke bawah lebih sesuai diberikan makanan jenis tenggelam.

iii. Ikan hiasan boleh dikategorikan kepada beberapa kumpulan utama berdasarkan

jenis pemakanannya, iaitu :

a) Ikan Karnivor

Ikan karnivor atau pemangsa memakan benda hidup seperti ikan kecil atau

haiwan lain. Biasanya, ikan ini bersaiz besar, gigi tajam dan mempunyai

rahang yang kuat. Contoh ikan karnivor ialah ikan Sebarau, Oscar dan

Arowana. Makanan yang sesuai bagi ikan karnivor ialah makanan hidup

seperti katak, cengkerik, anak ikan atau kulat.

b) Ikan Herbivor

Ikan herbivor seperti ikan lampam dan Tiger Barb memakan tumbuhan.

Biasanya, ikan jenis ini tidak sesuai dipelihara di dalam akuarium yang dihiasi

tumbuhan akuatik.

c) Ikan Omnivor

Kebanyakkan ikan hiasan terdiri daripadajenis ikan omnivor. Contoh ikan

omnivor ialah ikan pelaga dan Flag Cichild. Makanan ikan jenis ini terdiri

daripada pelbagai jenis seperti plankton, tumbuhan reput, daging haiwan,

atau pallet.

Page 21: ikan hiasan kawe

d) Ikan Pemakan mikroorganisma di dalam air

Ikan pemakan plankton dikenali sebagai ikan yang memakan mikroorganisma

di dalam air. Contoh ikan pemakan plankton ialah ikan Tiger Barb, Black

Tetra, dan kebanyakkan jenis ikan semasa peringkat anak.

KEKERAPAN MEMBERI MAKAN IKAN HIASAN

a) Ikan hiasan perlu diberi makan mengikut kadar yang disyorkan dan jadual

pemakanan yang betul.

b) Menurut pakar penjagaan ikan, ikan hiasan seelok-eloknya diberi makan tiga kali

sehari, iaitu pada waktu pagi, tengah hari, dan lewat petang. Kadar yang

disyorkan pula tidak tetap dan mengikut keperluan ikan.

MENGENAL PASTI KANDUNGAN MUTU AIR

a) Air terdiri daripada campuran gas hidrogen dan oksigen yang terlarut.

Kandungan mutu air berbeza mengikut jenis, kawasan air, dan bergantung

kepada beberapa factor, iaitu pH air, suhu, dan bahan beracun.

b) pH air ialah kadar kemasaman air yang dapat diukur dengan menggunakan

kertas litmus dan diukur dari nilai 1 hingga 14. Nilai 1 menunjukkan air berada

pada tahap kemasaman yang paling tinggi atau asidik manakala nilai 14

Page 22: ikan hiasan kawe

menunjukkan air itu berada pada tahap kemasaman paling rendah atau paling

alkali.

c) Nilai pH air yang paling sesuai bagi akuarium ialah 6.5 hingga 7.5 iaitu sekitar

neutral. Untuk mengelakkan air terlalu asidik, nilai pH air perlu dipastikan dari

semasa ke semasa.

d) Suhu yang paling sesuai untuk populasi ikan di dalam akuarium ialah sekitar

26°C hingga 27°C. suhu yang terlalu tinggi atau terlalu rendah dapat

menyebabkan ikan mati manakala suhu dibawah 26°C pula menyebabkan ikan

mudah dijangkiti penyakit.

e) Bahan beracun yang wujud dalam kandungan air ialah ammonia dan nitrat yang

terhasil daripada proses perkumuhan ikan yang dipelihara, iaitu bahan buangan

urin dan najis.

f) Sistem tangki akuarium bertindak menukar bahan beracun tersebut kepada

bahan makanan dan baja yang berguna untuk tumbuhan akuatik di dalam

akuarium.

g) Proses penukaran bahan beracun ammonia dan nitrat kepada baja dilakukan

oleh tindakan bakteria di dalam penapis pasir di dasar akuarium.

MELAKUKAN KERJA PEMBERSIHAN BEKAS, MENUKAR AIR, DAN MENCUCI

PENAPIS

a) Melakukan kerja-kerja membersih bekas, menukar air, dan mencuci penapis

ialah rutin mingguan yang perlu dilakukan untuk menjaga kebersihan akuarium.

b) Penjagaan akuarium terbahagi kepada penjagaan harian dan mingguan.

Page 23: ikan hiasan kawe

c) Penjagaan harian meliputi penjagaan makanan ikan. Ikan perlu diberi makan tiga

kali sehari mengikut kadar yang sesuai dan keperluan ikan.

d) Kelakuan ikan perlu diperhatikan untuk mengesan tanda ikan tidak normal atau

sakit seperti berenang dalam keadaan yang luar biasa, berpusing-pusing,

terdapat kecederaan, berubah warna, dan sisiknya tertanggal atau kembang.

Ikan yang mempunyai tanda-tanda tersebut perlu diasingkan dan dirawat.

e) Buang ikan yang telah mati dan jangan biarkan bangkai ikan di dalam akuarium.

f) Pastikan semua peralatan asas akuarium seperti kelengkapan pengudaraan,

penapis, dan lampu dapat berfungsi dengan baik.

g) Ukur kualiti air seperti nilai pH, ammnonia, oksigen, dan karbon dioksida dengan

menggunakan alat yang sesuai.

h) Penjagaan mingguan melibatkan kerja-kerja menukar air setiap minggu atau

sekurang-kurangnya dua minggu sekali sebanyak ½ atau 1/3 bahagian daripada

isipadu tangki.

i) Tumbuhan akuatik yang terlalu tinggi perlu dicantas.

j) Bersihkan bahagian hadapan cermin tangki.

k) Padamkan semua peralatan elektrik seperti pam penapis dan lampu buat

sementara waktu.

l) Bersihkan kotoran yang terdapat di dalam tangki dan cuci kapas penapis dngan

air yang bersih.

m) Tambahkan air di dalam tangki sehingga ke paras asal.

n) Jangan sesekali member makanan kepada ikan secara berlebihan.

Page 24: ikan hiasan kawe

MENGENAL PASTI SIMPTOM PENYAKIT BIASA PADA IKAN HIASAN DAN

LANGKAH MENCEGAH DAN MERAWATNYA

i. Ikan hiasan yang dipelihara mudah trdedah kepada penyakit sekiranya langkah

penjagaan dan pencegahan tidak dititik berat.

ii. Antara faktor-faktor yang munyebabkan ikan mudah dijangkiti penyakit ialah :

a) Faktor suhu di dalam akuarium yang terlalu sejuk iaitu berada di bawah 26°C.

b) Kebersihan air tidak terjaga dan tercemar kerana tidak ditukar mengikut waktu

yang ditetapkan.

c) Proses memindahkan ikan yang menyebabkan kecederaan atau luka pada

bahagian badan ikan.

iii. Antara simptom-simptom penyakit ikan hiasan ialah :

a) Murung dan pasif.

b) Badan kurus dan tidak bergerak lancar.

c) Warna badan pudar dan pucat.

d) Siripnya longlai.

e) Terdapat kesan luka, penyakit pada kulit atau sirip terkoyak.

iv. Antara punca-punca penyakit yang dihidapi oleh ikan hiasan ialah :

a) Serangan bakteria/ parasit yang hidup di dalam air akuarium.

b) Air dan bahan hiasan tidak bersih.

c) Kewujudan ikan yang membawa penyakit.

d) Kurang vitamin pencegah penyakit dalam makanan ikan.

Page 25: ikan hiasan kawe

ANTARA PENYAKIT YANG SERING MENJANGKITI IKAN HIASAN

i. Jangkitan kulat

a) Jangkitan kulat berpunca daripada kesan luka pada bahagian anggota badan

ikan yang tidak dirawat.

b) Hal ini akan menyebabkan pertumbuhan kulat pada bahagian tersebut.

c) Antara bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip, mulut, dan badan yang

terdapat luka.

d) Kulat ini kelihatan seperti kapas yang tumbuh pada bahagian luka yang

terbuka.

e) Cara merawatnya ialah mencampurkan larutan metilena biru ke dalam air atau

disapukan secara terus pada luka yang dijangkiti kulat tersebut.

f) Ikan yang dijangkiti kulat perlu diasingkan daripada ikan yang sihat untuk

mengelakkan jangkitan.

ii. Jangkitan bakteria

a) Jangkitan bakteria boleh disebabkan oleh mutu air yang tidak baik,

pemakanan yang tidak sesuai, atau ikan mengalami tekanan.

b) Symptom yang biasa dialami oleh ikan yang dijangkiti penyakit ini adalah

seperti warna ikan berubah menjadi pudar, sisiknya mengembang, atau

perutnya menjadi buncit.

c) Cara merawatnya adalah dengan menggunakan antibiotic yang boleh dibeli

dari pembekal ubat tempatan dengan bimbingan dan nasihat dari pegawai

perikanan.

Page 26: ikan hiasan kawe

iii. Penyakit bintik putih

a) Penyakit ini berpunca daripada parasit yang melekat pada sisiknya

disebabkan keadaan suhu air yang terlalu sejuk.

b) Cara merawatnya ialah memindahkan ikan itu ke dalam tangki lain dan

mencampurkan larutan metilena biru dan sedikit garam biasa ke dalam air

tersebut.

c) Selain itu, terdapat juga ubat khas bagi penyakit ini yang boleh didapati dari

kedai akuarium.

Penyakit bintik Putih

Disebabkan oleh parasit yang melekat pada sisik.

Berlaku apabila suhu air terlalu sejuk.

Ikan yang sakit harus dipindahkan.

Merawatnya dengan menggunakan methylene blue dan campur sedikit garam ke

dalam air.

Ubat lain juga boleh didapati dikedai akuarium.

Page 27: ikan hiasan kawe

Penyakit Kulat

Kulat akan tumbuh pada luka di badan ikan sekiranya tidak diberi rawatan.

Bahagian yang sering dijangkiti kulat ialah sirip,mulut dan badan yang luka.

Kulat ini kelihatan seperti kapas.

Boleh dirawat dengan methylene blue.Masukan terus ke dalam air atau disapu

pada luka.

Ikan ini perlu diasingkan.

Penyakit Bakteria

Ikan yang dijangkiti akan berubah warna menjadi pudar,sisik mengembang atau

perut buncit.

Disebabkan oleh mutu air yang tidak baik, pemakanan yang tidak sesuai atau

ikan mengalami stress.

Boleh dirawat dengan antibiotik dengan bimbingan Pegawai Perikanan

Page 28: ikan hiasan kawe

MENJAGA TUMBUHAN AKUATIK DI DALAM AKUARIUM

i. Tumbuhan akuatik yang diletakkan di dalam akuarium sering dijadikan sebagai

perhiasan.

ii. Tumbuhan akuatik perlu dijaga dengan sebaik-baiknya kerana :

a) Bertindak sebagai agen pembersih yang menyerap bahan-bahan toksik yang

dihasilkan daripada perkumuhan ikan dan sisa makanan yang tidak habis

dimakan oleh ikan. Sebaliknya, bahan perkumuhan ikan dan sisa makanan

ikan tersebut akan bertindak sebagai baja yang menyuburkan tumbuhan

akuatik tersebut dengan mendak ke dalam substrat di dasar akuarium.

b) Membekalkan oksigen kepada ikan di dalam akuarium hasil daripada proses

fotosintesis yang dijalankan. Gas oksigen ini digunakan oleh ikan untuk proses

pernafasan.

c) Berfungsi sebagai tempat persembunyian dan perlindungan ikan kecil

daripada musuh dan sebagai tempat berehat.

d) Menjadi sumber makanan bagi ikan jenis herbivor.

KEPERLUAN TUMBUHAN AKUATIK DALAM AKUARIUM KARBON DIOKSIDA

a) Semua tumbuhan memerlukan karbon dioksida untuk menjalankan proses

fotosintesis sebagaimana manusia memerlukan oksigen untuk bernafas.

b) Gas karbon dioksida penting untuk dibekalkan kepada tumbuhan bagi menjamin

pertumbuhan tumbuha akuatik yang baik.

c) Gas karbon dioksida khas bagi tujuan ini boleh didapati di kedai akuarium.

Page 29: ikan hiasan kawe

d) Namun begitu, sekiranya gas karbon dioksida khas tidak dibekalkan, tumbuhan

itu masih boleh terus hidup dengan gas karbon dioksida yang terhasil daripada

pernafasan ikan yang dipelihara di dalam akuarium.

PROGRAM PEMBIAKAN, REKOD INDUK DAN ANAK

Ikan membiak melalui persenyawaan iaitu induk betina bertelur dan induk ikan

jantan mengeluarkan sperma. Proses ini berlaku sama ada di dalam badan atau luar

badan induk ikan betina. Sekiranya ia berlaku di dalam badan induk ikan sperma ikan

jantan dimasukkan ke dalam badan betina melalui urogenital. Telur yang telah

tersenyawa disimpan dan berkembang membentuk anak lembaga di dalam ikan betina.

Anak ikan yang telah sempurna dan boleh berenang bebas akan dilahirkan. Ikan

bersifat seperti ini dikenali sebagai ikan jenis beranak. Sekiranya anak yang dikandung

mendapat bekalan makanan dan aliran darah induknya ia dikenali sebagai viviparous.

Sekiranya anak yang dikandung mendapat bekalan makanan dan yolk sac ia dikenali

sebagai ovoviviparous.

Dalam spesis ikan beranak sirip anak ikan jantan diubahsuai menjadi struktur yan

digunakan untuk memasukkan sperma ke dalam organ pembiakan ikan betina. Struktur

ini dikenali sebagai gonopodium. Kebiasaannya ikan jantan dibezakan dengan ikan

betina dari segi perbezaan struktur ini.

Untuk membezakan ikan jantan dan betina, berikut adalah ciri-ciri umum :

Ciri Kelamin Primer. Iaitu ciri yang berkaitan langsung dengan pembiakan.Organ

yang berkaitan langsung dengan ciri ini adalah gonat dan salurannya.Gonad

pada betina adalah ovari dan salurannya sedangkan pada jantan gonadnya

disebut testis dan vas de fern.

Page 30: ikan hiasan kawe

Ciri kelamin sekunder. Iaitu ciri yang tidak berkaitan langsung dengan pembiakan

tetapi boleh digunakan untuk membezakan antara jantan dengan betina. Ciri

menengah sering diklasifikasikan sebagai ciri menengah dan ciri menengah

dikromatisme. Ciri menengah dimorfisme. Iaitu adalah ciri menengah

berdasarkan morfologi seperti gerigi pada sirip, perbandingan saiz tubuh, nonong

dll. Ciri menengah dikromatisme. Iaitu ciri menengah yang berdasarkan pada

corak atau warna ikan misalnya warna ikan jantan yang berwarna warni

sedangkan ikan betinanya berwarna kusam.

TEKNOLOGI PEMBIAKAN

Semasa mengawan, ikan jantan akan memasukkan sperma ke dalam badan ikan

betina melalui gonopodium. Ikan betina menyimpan sperma di dalam struktur yang

dikenali sebagai oviduct sehingga beberapa bulan. Sebanyak 4 hingga 5 kali

perindukan boleh dihasilkan dari satu pengawanan. Sebanyak 20 hingga 200 ekor anak

oleh dihasilkan setiap kali beranak.

PENYEDIAAN TEMPAT PEMBIAKAN

Untuk mendapatkan kejayaan pembiakan beberapa perkara perlu diambil kira:

Mutu air dengan kadar pH 7.5

Air baru dan bersih

Induk yang matang dan tidak berpenyakit

Saiz tangki 30x30x30cm

Isipadu air lebih dari 20 liter

Menyediakan sangkar pembiakan

Tangki pembiakan digunakan sebagai substrak mengumpul anak yang dihasilkan dan

tangki pembesaran. Anak ikan yang dihasilkan akan dipelihara di dalam tangki yang

sama sehingga boleh dipasarkan.

Semua ikan yag beranak cenderung untuk bersifat kanibalistik iaitu memakan anak

yang baru dilahirkan. Untuk menjaga keselamatan anak yang baru dilahirkan, sangkar

yang diperbuat daripada jarring netlon atau kotak plastik yang mempunyai lubang yang

Page 31: ikan hiasan kawe

membolehkan anak bebas keluar perlu disediakan. Alat ini dikenali sebagai sangkar

pembiakan. Ukuran sangkar adalah berbeza bergantung kepada kesesuaian tangki

pembiakan yang digunakan.

Pemilihan induk

Induk jantan dan betina perlu diasingkan terlebih dahulu sebelum anak ikan matang

untuk mengelakkan dari pembiakan tidak terkawal. Ini bagi memastikan pembesaran

yang baik untuk induk dan anak yang dihasilkan. Induk perlu dipilih mengikut sifat-sifat

tertentu yg dikehendaki. Ikan yang cacat dan warna badan yang kurang menarik tidak

dijadikan induk.

Mengumpul anak

Ikan yang dihasilkan dikutip dari masa ke semasa untuk mengelakkan kesesakan dan

menggalakkan induk untuk terus menghasilkan zuriat lain. Untuk mengelakkan

pemangsaan ke atas anak ikan yang baru dilahirkan tangki tersebut perlu dimasukkan

tumbuhan akuatik seperti rumpai air atau Hydrilla sp yang berfungsi sebagai tempat

berlindung.

Mengasuh ikan

Ikan yang dihasilkan boleh dibesarkan dalam tangki yang sama dan dipindahkan induk

untuk pembiakan ke tangki lain. Untuk penghasilan secara komersial, anak ikan yang

dihasilkan perlu ditanggukcdan dipindahkan ke dalam tangki lain atau kolam tanah.

Untuk mengelakkan pembesaran, anak ikan diberi makan Moina atau pellet 2x sehari.

Setelah ikan berumur 3 hingga 4 bulan dan mencapai saiz yang sesuai ikan boleh

dipasarkan.

Page 32: ikan hiasan kawe

ALATAN DAN AKSESORI

BIL ALATAN

1 Akuarium

2 Kaki akuarium

3 Penutup akuarium

4 Pam air

5 Lampu hiasan

BIL BAHAN AKSESORI

1 Pasir halus

2 Batu kecil

3 Tunggul kayu

4 Pokok tiruan

5 Gambar latar belakang

6 Undergravel filter

7 Makanan ikan

8 Model Pasu pecah

9 Anti klorin

BIL IKAN

1 Ikan bandaran

2 Ikan patin

3 Ikan

4

Page 33: ikan hiasan kawe

CONTOH JENIS-JENIS IKAN HIASAN

1. FLOWER HORN

Ikan Flower Horn merupakan salah satu ikan hiasan yang banyak digemari di Malaysia

dan berasal dari keluarga Cichlidae. Kacukan di antara Folwer Horn terbukti

menghasilkan baka yang cukup baik kualitinya dengan ciri-ciri fizik tertentu, iaitu dari

aspek warna dan keindahan bentuk. Salah satu faktor yang mempengaruhi terhadap

perubahan warna ikan Flower Horn adalah dengan pemberian bahan kimia tertentu di

samping faktor genetik ikan tersebut. Terdapat banyak produk untuk ikan Flower Horn

yang terdapat di pasaran dan menawarkan keunggulan masing-masing antara lain

untuk pertumbuhan, perubahan warna, perkembangan bentuk dan keadaan sisik

mutiara, sehingga membuat pembeli keliru untuk memilihnya.

2. RAINBOW

Ikan Rainbow merupakan jenis ikan hiasan yang diminati masyarakat kerana jenis ikan

ini juga merupakan komoditi eksport. Ada 2 jenis Rainbow yang cukup terkenal iaitu

Rainbow Irian (Melano Tacnia maccaulochi dan Rainbow Anlanesi ogilby Telmatherina

ladigesi ahl Rainbow Irian warna dasarnya keperak-perakan dengan warna gelap

Page 34: ikan hiasan kawe

metalik sedangkan rainbow Sulawesi warna dasarnya kuning zaitun, dengan warna

bahagian bawah kuning jenis ikan ini termasuk ikan bertelur dengan menempelkan telur

pada tanaman air.

3. CORYDORAS

Corydoras merupakan salah satu jenis ikan hiasan air tawar yang diminati pecinta ikan

hiasan dan mempunyai peluang eksport. Selain berfungsi sebagai ikan hiasan air tawar,

ia juga dapat dimanfaatkan sebagai bahan untuk pembuatan kosmetik di negara maju.

Walaupun ikan ini berasal dari Amerika Selatan, tetapi sejak lama dahulu telah dibawa

masuk ke Malaysia. Ikan ini dikenal mudah untuk dijaga. Bentuk tubuh pendek dan

gemuk, bahagian belakang lebih melengkung dibandingkan dengan perut, kedua sisi

ikan dilengkapi dengan lempengan seperti tulang yang tersusun dalam dua baris,

mempunyai dua pasang kumis yang terletak di rahang atas dan rahang bawah serta

ukuran tubuh dapat mencapai 12 cm. Ikan Corydoras dapat pelihara di kolam yang

kandungan oksigen di dalam airnya rendah. Keadaan yang sesuai untuk jenis ikan ini

adalah: pH 6-8, suhu 21.5-28 O C.

Page 35: ikan hiasan kawe

4. SEVERUM

Ikan Cichlasoma Severum adalah salah satu jenis ikan hias air tawar yang berasal dari

Amerika Serikat pada bahagian Utara (S. Arhazone). Tubuhnya pendek dan gemuk

dengan warna dasar tubuh bervariasi iaitu coklat kekuningan, atau hitam kecoklatan.

Jenis ikan ini juga mempunyai nilai ekonomi yang tinggi. Ikan Severum dapat dipelihara

di dalam aquarium atau bekas-bekas yang lain mengikut syaratnya iaitu: PH. : 5,5 – 7,

suhu air 21 – 25°C. Induk jantan dan betina dapat dibezakan mengikut warna dan

ukuran iaitu induk jantan berwarna lebih cerah dan lebih besar dari betina. Makanan

yang dapat diberikan jenis ikan ini antara lain: kutu air, cacing sutera dll.

5. DISKUS

Ikan hias Diskus (Symphysodon discus) merupakan salah satu jenis ikan hiasan air

tawar yang berasal dari sungai Amazon (Brazil). Jenis ikan tersebut mempunyai nilai

ekonomi yang baik dan sangat disukai di seluruh negara. Di Malaysia ikan Diskus

sudah dapat dibiakkan dan sangat berpotensi untuk dikembangkan karena selain dapat

dipasarkan di pasaran tempatan. Ciri khas dari ikan diskus ialah bentuk badannya

Page 36: ikan hiasan kawe

tubuh pipih, mirip ikan bawal dengan warna dasar coklat kemerah-merahan. Ikan diskus

dapat dipelihara didalam aquarium untuk sepasang diskus dapat ditempatkan dalam

aquarium berukuran sekitar 75 x 35 x 35 cm. Apa yang diperlukan oleh ikan ini untuk

hidup dan berkembang adalah air yang jernih, suhu sekitar 28 – 30 ° C.

6. IKAN EMAS

Ikan Emas merupakan salah satu ikan hiasan yang amat terkenal di kalangan

penggemarnya. Walaupun begitu, ikan jenis ini baru mengalami perkembangan pesat

peminatnya sekitar tahun 2000-an. Ikan yang asalnya dari Cina ini, bentuknya amat

lucu dan menyenangkan. Ukurannya boleh mencapai 20 cm. Ikan ini suka bermain di

dasar dan hanya sesekali berenang. Terdapat pelbagai warna ikan emas seperti merah,

kuning, hitam, putih, dan ada pula campuran pelbagai warna. Selain itu, ikan ini pun

memiliki jenis atau variasi sangat beragam. Bentuk badan umumnya bulat atau gemuk.

Makin bulat biasanya makin digemari para penggemar.

Page 37: ikan hiasan kawe

7. IKAN AROWANA

Arowana tergolong di dalam keluarga ikan “karuhun”, iaitu Osteoglasidae atau keluarga

ikan “bony-tongue” (lidah bertulang), kerana bahagian dasar mulutnya berbentuk tulang

yang berfungsi sebagai gigi. Arowana memiki pelbagai nama julukan, seperti: Ikan

Naga (Dragon Fish), Barramundi, Saratoga, PlaTapad, Kelesa, Siluk, Kayangan,

Peyang, Tangkelese, Aruwana, atau Arwana, tergantung dari tempatnya. Ikan Arowana

merupakan ikan yang berasal dari daerah subtropics dan tropis, ikan ini banyak ditemui

di Indonesia, Malaysia, Vietnam, Birma, Thailand. Habitatnya adalah sungai – sungai

besar dengan arus yang cukup deras.

8. IKAN PELAGA

Ikan pelaga adalah ikan hiasan yang sangat digemari oleh masyarakat khususnya

kanak-kanak, ini adalah kerana ikan tersebut selain rupanya yang cantik dan menarik,

ia juga dapat berlaga apabila diadu. Ikan ini juga sering disebut ikan laga dan nama

latinnya adalah Betta spendens, termasuk dalam famili Anabantidae (Labirynth Fisher).

Page 38: ikan hiasan kawe

9. IKAN ANGELFISH

Ikan Angel (Pterophyllum Sclare) berbentuk pipih dan hujung mulutnya tajam. Sirip

dorsal dan analnya terbuka lebar ke arah ekor. Di bahagian dada terdapat sepasang

sirip yang terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih. Warna di bahagian bawah

tubuhnya kelabu berkilat. Di bahagian atas kepalanya coklat kehitaman. Ikan ini boleh

membesar sehingga 15cm. Morfologinya yang berbentuk cakera dan suka berenang di

pertengahan akuarium menjadikan ia sangat digemari sebagai ikan hiasan. Ikan ini

tahan lasak dan pemakanannya mudah. Ia diberi makan Blood worm, Daphnia sd.,

Moina sp., jejentik dan pelet. Ikan ini sesuai diternak secara berkumpulan. Ikan jantan

mempunyai badan lebih besar daripada ikan betina. Jika dipandang dari atas kelihatan

perutnya pipih dan kepalanya lebih besar. Bahagian atas antara mulut dan sirip dorsal

(dahi) berbentuk cembung. Warnanya lebih terang. Liang genitalnya kecil panjang dan

berbentuk 'V'. Ikan betina bersaiz lebih kecil. Pandangan dari atas kelihatan perutnya

lebih besar dan kepalanya lebih kecil. Bahagian antara mulut dan sirip dorsal rata.

Warnanya tidak secerah ikan jantan. Liang genitalnya lebih tebal dan membengkak

berbentuk 'U' apabila ikan telah matang. Tabiat ikan betina juga kurang agresif daripada

ikan jantan

Page 39: ikan hiasan kawe

10. IKAN GUPI

Ikan Gupi (Poecilia reticulata) juga di kenali sebagai (Ikan seribu ) merupakan salah

satu ikan air tawar yang paling popular dibela sebagai ikan hiasan serta sebagai

makanan ikan pemangsa seperti haruan dan arowana. Ikan Gupi berasal daripada

Brazil, Guyana, Venezuela dan Kepulauan Caribbean. Ikan gupi mula-mulanya telah

diperkenalkan di negara-negara Asia untuk mengawal populasi nyamunk terutamanya

nyamuk aedes.

Ikan Gupi yang jantan mempunyai tompok atau belang yang berwarna kuning, jingga,

biru, merah , atau hitam (saiz antara 2-3cm) tetapi yang betina berwarna kelabu (saiz

antara 2-7cm). Ikan Gupi jika dibela dalam keadaan kualiti air kurang baik berserta jika

suhu air tiba-tiba naik atau turun akan mengakibatkan penurunan daya tahanan

imunisasi terhadap infeksi bakteria merupakan salah satu punca kematian ikan gupi.

11. IKAN TIGER BARB/PELAMPUNG JARING

Ikan Pelampong Jaring (Puntius tetrazona) merupakan sejenis spesies ikan air tawar

tropika dari genus Puntius dalam famili Cyprinidae. Ikan ini sering dijumpai di

Semenanjung Malaysia, Sumatera dan Borneo, tetapi boleh juga ditemui di beberapa

Page 40: ikan hiasan kawe

tempat lain di Asia.Ikan ini boleh membesar sehingga 7 sentimeter panjang dan 3

sentimeter lebar. Warnanya perak hingga kuning keperangan dengan empat jalur hitam

menegak. Muncung dan siripnya berwarna merah. Ikan ini selalunya dijumpai di air

yang bersih dan tidak dalam sangat. Ia boleh hidup dalam suhu 20–26 °C dengan pH

6.0–8.0.

LANGKAH KESELAMATAN

Pastikan memakai pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti hiasan

akuarium.

Pastikan alatan dan bahan yang digunakan selamat dan tidak mengalami

sebarang kecacatan yang boleh mendatangkan bahaya.

Pastikan tangan kering sebelum menekan suis untuk pemasangan pam air.

Pastikan tidak menggunakan tumbuhan akuatik yan beracun.

Pastikan ikan yang dicampur dapat menyesuaikan diri bersama-sama.

Page 41: ikan hiasan kawe

LAPORAN AMALI IKAN HIASAN

REFLEKSI

LAMPIRAN