rph bm tahun 4

7
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR) (KEMAHIRAN DIDIK HIBUR) Tarikh /Hari : 05.03.2015 Hari : Khamis Tahun : 4 Bestari Bil Murid : 9 orang Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang (60 minit) Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tema : Kekeluargaan Tajuk : Keluargaku STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif : Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: i. Menyanyikan lagu “keluarga bahagia” dengan irama yang betul dan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul.

Upload: waslee-loard

Post on 19-Dec-2015

223 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

Page 1: rph bm tahun 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (KSSR)(KEMAHIRAN DIDIK HIBUR)

Tarikh /Hari : 05.03.2015

Hari : Khamis

Tahun : 4 Bestari

Bil Murid : 9 orang

Masa : 2.00 petang hingga 3.00 petang (60 minit)

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia

Tema : Kekeluargaan

Tajuk : Keluargaku

STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif :

Pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:

i. Menyanyikan lagu “keluarga bahagia” dengan irama yang betul dan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul.

ii. Menyatakan sekurang-kurangnya 5 daripada 8 nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lagu “Keluarga bahagia”.

Page 2: rph bm tahun 4

Sistem Bahasa

Sebutan dan Intonasi : Menyebut perkataan dan ayat dalam lirik lagu dengan sebutan dan intonasi yang betul.

Kosa kata : hindar, derhaka, bahagia, leka

Pengisian Kurikulum

Ilmu : Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik

Kemahiran : Kemahiran bertutur, kemahiran membaca

Nilai Murni : Hormat menghormati, tolong-menolong, baik hati. kasih sayang,

Peraturan sosiobudaya : Menyatakn pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu “Keluarga bahagia”.

Teknologi Maklumat dan Komunikasi : Belajar melalui TMK

Kemahiran Bernilai Tambah

Kemahiran berfikir : Menghubung kait, menjana idea, merumus

Didik Hibur : Menyanyikan lagu “Keluarga bahagia”.

Kecerdasan Pelbagai : Verbal linguistik, Interpersonal. Muzik, kinestetik

Belajar Cara Belajar : Mendengar dengan berkesan

Pembelajaran kontekstual : Menghubung kait dengan kehidupan seharian murid.

Page 3: rph bm tahun 4

Bahan bantu mengajar

Jenis Bilangan

1 Komputer riba 1

2 Lirik lagu “Keluarga bahagia”. 9 helai

3 Lembaran kerja 3 helai

4 Iklan Hari Raya terbitan Petronas 1

5 Lagu “Keluarga bahagia”. 1

Pengetahuan Sedia Ada : Murid mengenali setiap anggota dalam keluarganya.

: Murid pernah mendengar lagu “Keluarga bahagia” sebelum ini.

Page 4: rph bm tahun 4

Langkah /masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan

Set Induksi

2.00-2.05

(5 minit)

Iklan Hari Raya terbitan Petronas

Soalan:

1. Apakah yang anda dapat perhatikan dalam iklan tersebut?

2. Siapakah yang terlibat di dalam iklan tersebut?

Murid diperlihatkan dengan iklan hari raya terbitan Petronas.

Murid akan memerhatikan iklan tersebut.

Murid dan guru bersoal jawab mengenai iklan hari raya tersebut.

Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk pelajaran pada hari tersebut

BBM

Iklan Hari Raya terbitan Petronas

KB

Menghubung kait, menjana idea

Strategi

Berpusatkan Murid dan Bahan

Kecerdasan Pelbagai

Verbal-Linguistik

Teknik :

Soal Jawab

Langkah 1

2.05-2.20

(15 minit)

Lirik lagu Keluarga bahagia:

(Rujuk Lampiran 1)

Aktiviti 1

Murid diperdengarkan dengan lagu “Keluarga bahagia.”

Murid diedarkan dengan lirik lagu “Keluarga bahagia.”

Murid membaca lirik lagu dengan sebutan yang jelas.

Guru membimbing murid membaca dengan sebutan yang jelas.

Aktiviti 2

Murid menyanyi lagu “Keluarga bahagia” dengan iringan muzik.

Beberapa orang murid dipilih secara rawak untuk menyanyikan lagu “Keluarga bahagia.” di hadapan kelas.

Guru akan membimbing murid menyanyi menggunakan irama yang betul dan sebutan yang jelas serta intonasi yang betul.

BBM

Lagu lagu Keluarga bahagia

Lirik lagu Keluarga bahagia

KB

Verbal linguistik

Interpersonal

Kinestetik

Nilai Murni

Saling Bekerjasama

Strategi

Berpusatkan murid dan bahan

Objektif penilaian

Menyanyikan lagu “Keluarga