rph 2a2 keperluan asas haiwan

4
Tahun : Tahun 2A2 Masa : 10.45 pagi 11.45 pagi Bilangan Pelajar : 26 Orang Tema / Tajuk : Sains Hayat (Haiwan) Standard Kandungan : 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup. Standard Pembelajaran : 2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. 2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. 2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan. Objektif Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat : i. Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. ii. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. Strategi PdP : Penyoalan Pengetahuan Sedia Ada : Murid tahu bahawa haiwan perlu makan untuk hidup. Kemahiran Saintifik : memerhati, komunikasi Nilai Murni : sayangi haiwan, berani mencuba, kerjasama yakin diri EMK : seni pergerakan Bahan Bantu Mengajar : kura-kura, sangkar, kad gambar, pelekat, label stesen Penilaian PdP : Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. . RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DST TAHUN 2

Upload: dayah-jahari

Post on 17-Nov-2015

40 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

sains hayat dst tahun2

TRANSCRIPT

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DST TAHUN 2Tahun: Tahun 2A2Masa: 10.45 pagi 11.45 pagiBilangan Pelajar: 26 OrangTema / Tajuk: Sains Hayat (Haiwan)Standard Kandungan: 2.1 Memahami haiwan mempunyai keperluan asas untuk hidup.Standard Pembelajaran: 2.1.1 Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan. 2.1.2 Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. 2.1.7 Menjelaskan pemerhatian melalui lakaran, TMK, penulisan atau lisan.Objektif Pembelajaran: Di akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :i. Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.ii. Menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan. Strategi PdP: PenyoalanPengetahuan Sedia Ada: Murid tahu bahawa haiwan perlu makan untuk hidup.Kemahiran Saintifik: memerhati, komunikasiNilai Murni: sayangi haiwan, berani mencuba, kerjasama yakin diriEMK: seni pergerakanBahan Bantu Mengajar: kura-kura, sangkar, kad gambar, pelekat, label stesenPenilaian PdP: Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan...

FASA / MASAISI KANDUNGANAKTIVITI PdPCATATAN

Orientasi(5 minit)

Aktiviti : pemerhatian terhadap kura-kura di dalam sangkar

1. Murid diminta memerhatikan kura-kura yang dipelihara di dalam sangkar.2. Guru melakukan soal jawab dengan murid tentang kura-kura tersebut.Contoh : Bagaimana kamu memastikan kura-kura ini terus hidup? Kenapa kita memelihara kura-kura ini di dalam sangkar? Kenapa kita gunakan sangkar dan bukan bekas yang tertutup ? Nyatakan haiwan lain yang tinggal di dalam sangkar.BBM : kura-kura, sangkar

KBKK : menjana idea

KPS : memerhati

Nilai : sayangi haiwan

Pencetusan Idea(20 minit)Mengenal pastimkeperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

Aktiviti : perbincangan, penyoalan1. Guru menayangkan gambar rusa yang sedang minum air.

2. Guru melakukan soal jawab bersama murid.G = apakah yang sedang dilakukan oleh rusa?G = mengapa rusa minum air?G = selain air, apakah lagi keperluan asas haiwan yang lain?3. Guru membimbing murid untuk menyatakan keperluan asas untuk haiwan hidup adalah makanan, air, udara dan tempat perlindungan secara lisan.BBM : kad gambar, pelekat

KPS : memerhati, komunikasi

Nilai : berani mencuba

Penstruktur-an Semula Idea(20 minit)Mengenal pasti keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.

Aktiviti : stesen berkumpulan1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan kecil.2. Guru menyediakan empat stesen di dalam kelas dan dilabelkan.Stesen A : tempat perlindunganStesen B : makananStesen C : airStesen D : udara3. Guru memberi arahan secara jelas mengenai aktiviti yang akan dilaksanakan.4. Murid perlu melakukan aktiviti disetiap stesen :Stesen A : meletakkan kedua-dua tangan di atas kepala sambil mencari tempat perlindungan.Stesen B : melakukan isyarat lapar.

Stesen C : melakukan isyarat dahaga.Stesen D : melakukan senaman pernafasan.5. Murid diminta melakukan pergerakan mengiku stesen yang sedang mereka duduki.6. Guru meniupkan wisel untuk pertukaran stesen sehingga keempat-empat kumpulan dapat melakukan aktviti di setiap stesen.BBM : kad gambar, kad label stesen, pelekat

KBKK : kreatif

Nilai : bekerjasama

Aplikasi Idea(10 minit)Perbincangan tentang kepentingan keperluan asas kepada haiwan.1. Murid diminta menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan dengan bimbingan guru.2. Guru menyoal murid :G = apakah kepentingan keperluan asas tersebut kepada haiwan?G = apakah yang akan terjadi kepada haiwan tersebut jika tidak mendapat keperluan asas yang cukup?3. Guru menegaskan bahawa haiwan perlu hidup untuk menyeimbangkan alam semula jadi.Nilai : yakin diri, berani

Refleksi (5 minit)Rumusan pembelajaran.1. Murid membuat rumusan tentang topik yang dipelajari.

2. Guru meminta murid menyenaraikan semula empat keperluan asas haiwan secara lisan.KBKK : membuat kesimpulan