rph 2 dst

10
RPH 2 DST Mata Pelajaran & Kelas: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINS KELAS: 2 PERDANA Tema /Topik: Sains Hayat / HAIWAN Masa: 60 minit Standard Kandungan : 2.3 Memahami tumbesaran haiwan. Standard Pembelajaran: Di akhir pelajaran murid dapat: 2.3.1 Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur. 2.3.2 Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.

Upload: alai-imran

Post on 14-Jun-2015

966 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rph 2 dst

RPH 2 DST

Mata Pelajaran & Kelas: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINSKELAS: 2 PERDANA

Tema /Topik: Sains Hayat / HAIWAN

Masa: 60 minit

Standard Kandungan : 2.3 Memahami tumbesaran haiwan.

Standard Pembelajaran: Di akhir pelajaran murid dapat:2.3.1 Mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur.2.3.2 Mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan.

Page 2: Rph 2 dst

Aktiviti P&P: 1)      Guru menunjukkan gambar animasi haiwan beranak dan bertelur menggunakan MS Powerpoint.

2)      Guru menyoal murid-murid apakah cara pembiakan bagi setiap gambar animasi haiwan yang ditunjukkan.

3)      Murid mengenal pasti gambar animasi haiwan mengikut cara pembiakan.

4)      Murid menamakan haiwan beranak dan bertelur berdasarkan gambar animasi.

5)      Guru meminta murid mengelaskan haiwan mengikut cara pembiakan.

6)      Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.7)      Murid menjalankan aktiviti mengelas haiwan mengikut cara

pembiakan dengan menggunting dan menampal gambar.8)      Guru meminta murid menulis nama haiwan mengikut cara

pembiakan dalam lembaran kerja.

EMK: Bahasa, Bersyukur dengan ciptaan Tuhan, TMKKBKK – Membanding dan membezakan, mengelas.

Bahan Bantu Belajar: -Beberapa keping gambar haiwan dari MS Powerpoint-Gunting, gam, kertas- Persembahan MS PowerPoint

Penilaian P&P: Lembaran Kerja

Refleksi:

i)                    Seramai 32 orang murid boleh mengenal pasti dan mengelaskan haiwan yang beranak dan bertelur.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) DST TAHUN 2

Page 3: Rph 2 dst

Mata Pelajaran & Kelas: DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINSKELAS: 2 DELIMA

Tema /Topik: Sains Hayat / Manusia

Masa: 60 minit

Standard Kandungan : 1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang tumbesaran manusia.

Standard Pembelajaran: Di akhir pelajaran murid dapat:1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat.

Page 4: Rph 2 dst

Aktiviti P&P: 1)   Guru menunjukkan beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur menggunakan MS Powerpoint.

2)   Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai  perbezaan yang dapat diperhatikan pada gambar-gambar tersebut.

3)   Murid menunjukkan gambar mereka sejak lahir hingga sekarang kepada kelas.

4)   Murid menceritakan tentang perubahan dari segi saiz mereka.

5)   Guru meminta murid meramalkan apakah perubahan yang mereka alami selain dari pertambahan saiz.

6)   Guru menunjukkan kasut bayi, kasut kanak-kanak dan  kasut orang dewasa.

7)   Guru meminta murid menyatakan peringkat yang sesuai (bayi / kanak-kanak/dewasa) untuk memakai kasut tersebut.

8)   Guru meminta murid menyatakan apakah perubahan yang mereka alami berdasarkan kasut-kasut yang ditunjukkan.

9)   Berdasarkan langkah 3 hingga 8, murid menjelaskan perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan hingga sekarang.

EMK: Bahasa, Bersyukur dengan ciptaan Tuhan, TMKKBKK – Membanding, membeza dan meramalkan

Bahan Bantu Belajar: -Beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur.

-Gambar murid dari lahir sehingga sekarang.-Kasut yang mengikut peringkat umur.- Persembahan MS PowerPoint

Penilaian P&P: Lembaran Kerja 1Lembaran Kerja 2

Refleksi: i)            Seramai 33 orang murid boleh mengenalpasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan tinggi dan saiz.ii)           Seramai 3 orang murid boleh mengenalpasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar

Page 5: Rph 2 dst

dari segi pertambahan tinggi dan saiz tetapi dengan bimbingan guru.

Rancangan Pengajaran Harian DST

Mata Pelajaran & Kelas: Dunia Sains dan Teknologi- elemen TMK,Tahun 2 Gemilang

Tema /Topik: Haiwan

Masa: 10.15 am- 11.15 am (60 minit)

Standard Pembelajaran: 2.9 & 2.10

Objektif Pembelajaran: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat menggunakan transisi slaid dan menukar latar belakang dalam perisian persembahan MS Powerpoint.

Aktiviti P&P: 1. Guru meminta murid mencari imej yang berkaitan dengan tajuk.

2. Berdasarkan pengetahuan dan kemahiran sedia ada, murid menyediakan rekabentuk persembahan slaid dalam perisian  MS Powerpoint.

3. Murid membentangkan persembahan dalam perisian MS Powerpoint

EMK: 1. Keusahawanan: pelajar menghasilkan grafik berkomputer yang boleh dipasarkan. Contoh kad bergambar.

2. Komunikasi : pelajar dapat mengukuhkan kemahiran komunikasi yang berkesan dengan menggunakan perisian komputer untuk mengasah sifat keusahawanan.

3. Kreativiti: memanipulasi pelbagai warna dan saiz fon pada teks  dalam persembahan.

Bahan Bantu Belajar: Peralatan komputer, , pencetak dan perisian MS Powerpoint

Penilaian P&P: 1. Murid menyediakan satu persembahan dengan menggunakan perisian powerpoint.

2. Murid dapat menggunakan elemen imej yang ada.

Page 6: Rph 2 dst

3. Murid dapat menukar latar belakang mengikut kreativiti.

Refleksi: i. Seramai 25 orang murid dapat menghasilkan transisi slaid dan menukar latang belakang.

ii. Seramai 5 orang murid tidak dapat menghasilkan transisi slaid dan menukar latang belakang dan diberi bimbingan oleh guru.

Perincian Aktiviti p&p:

1. Guru meminta murid memuaturun ( copy ) dan menaip teks ke dalam slaid MS Powerpoint.

2. Murid menyediakan imej yang sesuai untuk persembahan

3. Murid menyediakan elemen-elemen teks yang kreatif4. Guru menunjuk cara untuk menukar latar belakang

slaid.5. Murid menukarkan latar belakang slaid dengan

bimbingan guru.6. Guru menunjuk cara untuk mempersembahkan transisi

slaid.7. Murid membuat persembahan dengan menggunakan

transisi slaid.

Mata Pelajaran & Kelas:Dunia Sains Dan Teknologi/RBT  Tahun 2 Bestari

Tema /Topik : Teknologi Dan Kehidupan Lestari / Asas Teknologi

Masa : 60 minit

Standard Kandungan  : 5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pemasangan komponen set binaan berdasarkan manual bergambar.

Standard Pembelajaran :

Murid boleh;5.1.2 Mengenal pasti komponan set binaan berpandukan manual bergambar.5.1.3 Memilih komponan set binaan berpandukan manual bergambar.5.1.4  Memasang komponan set binaan berpandukan manual bergambar.5.1.5  Melakar hasil binaan menggunakan bentuk asas.

Aktiviti P&P : 1.  Guru menayangkan klip video berkaitan dengan seorang kanak-kanak membina model menggunakan set binaan.2.  Guru membahagikan murid  kepada empat  kumpulan kecil.3.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set binaan yang terdiri daripada komponan-komponan binaan dan manual bergambar.4.  Guru memberi penerangan mengenai manual bergambar yang telah dibekalkan.5.  Murid membaca dan menerangkan manual dalam kumpulan

Page 7: Rph 2 dst

masing-masing.6.  Setiap kumpulan dikehendaki memilih komponan berpandukan manual  bergambar yang diberikan.7.  Murid memasang set binaan berpandukan manual bergambar.8.  Guru mengedarkan kad manila kepada setiap kumpulan.9.  Murid melakar  hasil binaan menggunakan bentuk asas.10.  Wakil kumpulan menunjukkan hasil lakaran mereka kepada kelas.

EMK ; Nilai Murni :BerkerjasamaYakin dan Berdikari

Bahan Bantu Belajar : Set Binaan, Manual bergambar, Kad Manila.

Penilaian P&P : 1.  Murid boleh memasang komponan set binaan berpandukan manual bergambar.2.  Murid dapat menghasilkan lakaran hasil binaan menggunakan bentuk asas.

Refleksi : i.   Semua kumpulan berjaya memasang dan membina set binaan.ii.  Semua kumpulan berjaya melakar bentuk asas binaan pada kad manila.

Mata Pelajaran & Kelas:

Dunia Sains Dan Teknologi/RBT  Tahun 2 Bestari

Tema /Topik : Teknologi Dan Kehidupan Lestari / Asas Teknologi

Masa : 60 minit

Standard Kandungan :

5.1 Mengaplikasikan pengetahuan tentang pemasangan komponen set binaan berdasarkan manual bergambar.

Standard Pembelajaran :

Murid boleh;5.1.2 Mengenal pasti komponan set binaan berpandukan manual bergambar.5.1.3 Memilih komponan set binaan berpandukan manual bergambar.5.1.4  Memasang komponan set binaan berpandukan manual bergambar.5.1.5  Melakar hasil binaan menggunakan bentuk asas.

Aktiviti P&P : 1.  Guru menayangkan klip video berkaitan dengan seorang kanak-kanak membina model menggunakan set binaan.2.  Guru membahagikan murid  kepada empat  kumpulan kecil.3.  Setiap kumpulan dibekalkan dengan satu set binaan yang terdiri daripada komponan-komponan binaan dan manual bergambar.4.  Guru memberi penerangan mengenai manual bergambar yang telah dibekalkan.5.  Murid membaca dan menerangkan manual dalam kumpulan masing-masing.

Page 8: Rph 2 dst

6.  Setiap kumpulan dikehendaki memilih komponan berpandukan manual  bergambar yang diberikan.7.  Murid memasang set binaan berpandukan manual bergambar.8.  Guru mengedarkan kad manila kepada setiap kumpulan.9.  Murid melakar  hasil binaan menggunakan bentuk asas.10.  Wakil kumpulan menunjukkan hasil lakaran mereka kepada kelas.

EMK ; Nilai Murni :BerkerjasamaYakin dan Berdikari

Bahan Bantu Belajar : Set Binaan, Manual bergambar, Kad Manila.

Penilaian P&P : 1.  Murid boleh memasang komponan set binaan berpandukan manual bergambar.2.  Murid dapat menghasilkan lakaran hasil binaan menggunakan bentuk asas.

Refleksi : i.   Semua kumpulan berjaya memasang dan membina set binaan.ii.  Semua kumpulan berjaya melakar bentuk asas binaan pada kad manila.

Page 9: Rph 2 dst