web viewsalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah...

23
PEMBANGUNAN BLOG MENGAPA WORDPRESS? Rosseni Din PENDAHULUAN WordPress ialah sejenis “Content Management System” dimana anda boleh menyenggara dan mentadbir sistem laman web atau blog secara atas talian. Satu masa dahulu apabila anda ingin mengemaskini laman web atau blog, anda perlu melakukan pengubahsuaian menggunakan aplikasi penyunting web seperti Microsoft Frontpage dan Dreamweaver atau menggunakan NotePad dan bahasa pengaturcaraan HTML dan seterusnya memuatnaik keseluruhan fail ke dalam server atau komputer pelayan, kini dengan menggunakan WordPress, anda tidak perlu melalui proses seperti itu lagi. WordPress kini digunakan oleh kebanyakan penulis blog dan laman web terkemuka di dunia, malah ramai juga rakyat Malaysia senang menggunakan WordPress dalam membangunkan laman web atau blog mereka. Sekiranya anda ingin menggunakan WordPress tanpa memasangnya di server atau komputer pelayan anda sendiri, anda masih boleh menggunakan WordPress dengan meletakkan 1

Upload: phambao

Post on 01-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

PEMBANGUNAN BLOG

MENGAPA WORDPRESS?Rosseni Din

PENDAHULUAN

WordPress ialah sejenis “Content Management System” dimana anda boleh

menyenggara dan mentadbir sistem laman web atau blog secara atas talian. Satu masa

dahulu apabila anda ingin mengemaskini laman web atau blog, anda perlu melakukan

pengubahsuaian menggunakan aplikasi penyunting web seperti Microsoft Frontpage

dan Dreamweaver atau menggunakan NotePad dan bahasa pengaturcaraan HTML dan

seterusnya memuatnaik keseluruhan fail ke dalam server atau komputer pelayan, kini

dengan menggunakan WordPress, anda tidak perlu melalui proses seperti itu lagi.

WordPress kini digunakan oleh kebanyakan penulis blog dan laman web terkemuka di

dunia, malah ramai juga rakyat Malaysia senang menggunakan WordPress dalam

membangunkan laman web atau blog mereka.

Sekiranya anda ingin menggunakan WordPress tanpa memasangnya di server

atau komputer pelayan anda sendiri, anda masih boleh menggunakan WordPress

dengan meletakkan blog anda di komputer pelayan WordPress secara percuma dengan

mendapatkan akaun percuma setelah mendaftar di www.wordpress.com. Kebanyakan

penulis blog peribadi atau usahawan yang baru berjinak-jinak dengan teknik pemasaran dan

perniagaan secara atas talian, menggunakan pelantar percuma ini. Walaupun anda tidak

mempunyai kebebasan 100% dalam mengolah antaramuka Theme dan Plugin, apa

yang disediakan adalah memadai bagi beberapa tahun awal anda sebagai blogger atau

e-usahawan. Jika anda mempunyai akaun hosting sendiri, anda dapat mengubahsuai

hampir keseluruhan blog mengikut citarasa anda sendiri.

1

Page 2: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

MENGAPA WORDPRESS

Salah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah

digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot.

Jadi anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda harus belajar dan menggunakan

WordPress sedangkan anda telah pun terbiasa dengan penggunaan Blogspot atau

Blogger. Bagi pemilik laman blog yang menjadikan Internet sebagai lapangan untuk

pemasaran produk syarikatnya, ciri-ciri mesra SEO amat penting untuk meletakkan

laman blognya di tangga-tangga teratas bagi setial hasil carian. Berikut disenaraikan

sebab atau faktor-faktor yang mungkin mendorong anda untuk menggunakan

WordPress:

1. SEO – menurut Matt Cutts, WordPress is “made to do SEO well”, oleh yang

demikian, blog atau laman web kita yang dibina menggunakan WordPress

akan mudah dicari apabila nama laman atau blog kita dimasukkan sebagai kata

kunci dalam mana-mana enjin pencarian.

2. Kandungan – mudah dikemaskini tanpa perlu tahu HTML; kita tidak perlu

“meminta” bantuan webmaster setiap kali kita ingin membuat perubahan kecil

atau ingin membuat pengumuman atau pengenalan produk atau polisi baru.

3. Pengembangan – oleh kerana WordPress merupakan satu sumber terbuka

maka akan sentiasa ada pengaturcara atau pembangun aplikasi yang mencipta

tema dan plug-ins baru di mana kita boleh mendapatkan tema baru, pol

undian, penilaian produk dan sebagainya tanpa perlu membayar khidmat

pembangun web.

4. Sokongan – bagaimana jika kita menghadapi masalah atau ingin menambah

ciri baru? Ada saja forum pengguna WordPress yang membantu atau

penyelesaian boleh dibuat dengan pencarian menggunakan Google search.

5. Installasi Mudah – Installasi WordPress boleh dibuat atas komputer pelayan

atau server sendiri mahupun dengan menggunakan penyedia khidmat hosting

berbayar seperti Bluehost, 1and1, GoDaddy atau boleh juga menggunakan saja

hos percuma yang disediakan di Wordpress.com.

2

Page 3: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

MENDAFTAR AKAUN WORDPRESS

1. Masukkan atau taip alamat WordPress iaitu <http://wordpress.com/> pada

ruangan URL.

2. Klik pada <start a blog in seconds> (Rujuk langkah 1 pada Rajah 1).

Rajah 1: Langkah Pertama Membina Blog

3. Klik pada <sign up now!> (Rujuk langkah 3 pada Rajah 2).

4. Isi borang daftar WordPress seperti mana anda pernah mengisi borang daftar

untuk mendapatkan e-mel percuma daripada Yahoo, GMail dan sebagainya.

Mulakan dengan mengisi ruang pertama untuk mendapatkan username atau

nama pengguna pilihan anda (Rujuk langkah 4 pada Rajah 3).

3

Page 4: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

Rajah 2: Langkah Kedua Membina Blog

5. Kemudian isi ruang kedua untuk mendapatkan password atau kata laluan

pilihan (Rujuk langkah 5 pada Rajah 3).

6. Seterusnya pada kotak ruang ketiga, anda perlu memasukkan sekali lagi kata

laluan pilihan anda tadi untuk pengesahan bahawa sememangnya itulah nama

katalaluan pilihan anda, dan apa yang telah anda taip itu, bukanlah katalaluan

yang anda tersalah taip atau seumpamanya. Sekiranya katalaluan anda terlalu

mudah diteka, WordPress akan memberi mesej bahawa katalaluan pilihan

tersebut merupakan pilihan yang kurang baik seperti mesej Bad yang

dipaparkan pada langkah 6 dalam Rajah 3.

7. Untuk langkah ke-7, masukkan alamat e-mel anda.

4

3

Page 5: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

5

4

6

7

8

9

10

8. Seterusnya, setelah membaca kontrak penggunaan WordPress, klik pada kotak

di sebelah kenyataan kontrak

(Rujuk langkah 8 dalam Rajah 3).

9. Langkah seterusnya iaitu langkah 9 (Rajah 3), klik pada pernyataan <gimme a

blog!>

10. Akhir sekali setelah melengkapi borang daftar atas talian ini, klik pada butang

<Next>.

Rajah 3: Langkah-langkah Mengisi Borang Pendaftaran Akaun WordPress

RALAT NAMA PENGGUNA DAN KATAKUNCI

Kadangkala, setelah mengisi borang dengan username atau nama pengguna pilihan,

anda mendapat ralat username atau password seperti yang ditunjukkan dalam Rajah

4. Apabila mendapat mesej sebegini, anda perlu mengisi semula borang pendaftaran

5

Page 6: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

blog dengan menukar pilihan untuk nama pengguna atau username yang lebih unik

dan berkemungkinan besar belum digunakan oleh orang lain.

Begitu juga dengan pilihan katakunci. Anda perlu memasukkan semula

katakunci pilihan yang lebih sukar diteka oleh orang lain. Ini boleh dilakukan dengan

menggabungkan huruf besar dengan huruf kecil atau menambah angka pilihan.

Katakunci yang mengandungi kurang dari 5 aksara atau huruf juga dianggap terlalu

mudah untuk diteka. Dalam hal ini anda boleh menambah 1 atau beberapa aksara lagi

dengan syarat penambahan itu tidak terlalu sukar untuk anda sendiri mengingati

katakunci yang anda tentukan.

Rajah 4: Langkah-langkah Mengisi Semula Borang Pendaftaran Akaun WordPress

6

Page 7: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

1

2

MENULIS POSTING DALAM WORDPRESS

Setelah mendapatkan akaun, Login dan klik pada dashboard untuk mula menulis

posting berdasarkan prosedur berikut:

1. Daftar masuk ke laman WordPress anda dengan mengklik klik login setelah

memasukkan nama pengguna dan kata kunci.

2. Anda boleh juga masuk ke laman blog dengan menaip URLyang diakhiri

dengan /login seperti http://your_blog_name.wordpress/login/ untuk daftar

masuk ke blog anda. Wordpress akan menukar URL ini kepada arahan login

yang difahaminya seperti dalam Rajah 5.

Rajah 5: Langkah-langkah Log-Masuk Ke Laman Blog

7

Page 8: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

4

5

3

6

7

3. Seterusnya anda akan mendapat paparan yang hampir seperti dalam Rajah 6

berikut.

4. Klik Write.

5. Kemudian klik Write Posts untuk mula menulis posting anda.

Rajah 6: Menulis Posting

6. Setelah selesai menulis pada kanvas posting di blog anda, klik butang Publish.

7. Kemudian klik view site untuk melihat hasil penulisan anda.

MENYISIP GAMBAR DALAM POSTING DI WORDPRESS

Kadangkala setelah menulis posting dan membacanya di laman blog, anda terfikir

untuk memasukkan pula gambar dalam posting tersebut agar penulisan anda lebih

8

Page 9: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

12

4

3a3b

5

6

menarik. Sekiranya anda ingin memasukkan gambar pada blog karangan anda, sila

ikuti langkah-langkah seperti berikut:

1. klik edit post dan luncurkan tetikus ke bawah sehingga ke ruangan untuk

memuat naik gambar.

2. Klik browse untuk memuatnaik gambar yang telah anda pilih.

3. Anda diberi pilihan jika ingin memasukkan tajuk serta penerangan berkaitan

gambar yang akan dimuatnaik. Jika ingin masukkan maklumat, taip maklumat

tentang gambar dan tajuk pada ruangan title dan description.

Rajah 7: Menyisip Gambar dalam Posting

4. Klik upload, kemudian cari semula gambar tersebut dan ubah saiz gambar

sebaik mungkin.

5. Save untuk simpan.

9

Page 10: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

6. View untuk melihat hasilnya.

Untuk peterangan lanjut sila klik pautan WordPress Tutorial dalam blog Pendidikan

Komputer di http://rosseni.wordpress.com.

MEMBINA HALAMAN TETAP ATAU PAGES

Kegunaan pages adalah hampir serupa dengan post, namun pages lebih bersifat kekal.

Membina pages juga sama seperti menulis post. Daftar masuk ke dashboard anda

kemudian klik butang Write. Seterusnya ikut langkah berikut:

1. Klik pada butang Pages.

Rajah 8: Membina Halaman Tetap atau Pages

2. Anda kini telah bersedia untuk menulis. Mencipta halaman tetap atau pages di

WordPress adalah hampir serupa sepertimana proses menulis post. Untuk

10

1

Page 11: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

mula menulis pada laman tetap, anda hanya perlu memilih Add New di menu

Pages.

Rajah 9: Membuka Halaman Tetap atau Pages Yang Baru

3. Setelah berpuas hati dengan pages baru anda, klik Publish untuk

menyimpannya.

11

2

Page 12: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

Rajah 10: Menaip Kandungan Halaman Tetap atau PagesKOMEN-KOMEN

Komen memberi kemudahan kepada orang ramai untuk berkongsi pendapat mereka.

Kadangkala, mereka mempunyai banyak idea bernas yang boleh dibincangkan

bersama di ruangan komen. Kadangkala komen-komen tidak mendatangkan hasil

yang setimpal dengan masa yang diperuntukan. Sungguhpun demikian, kemudahan

ini mencipta dan membina satu pelantar interaksi yang dinamik untuk blog anda.

Dalam blog peribadi, pemilik dan pembaca blog berkongsi pengalaman hidup.

Dalam blog pembelajaran guru dan pelajar saling berinteraksi dalam proses

pembelajaran, dalam blog perniagaan pula peniaga atau usahawan prihatin boleh

membina rangkaian social dengan memberi maklumbalas berguna kepada pelanggan

mahupun bakal pelanggan.

Untuk membolehkan komen dibaca terus oleh anda dan pembaca lain, anda

perlulah membuka kemudahan ini dengan menggunakan butang tetapan atau setting

pada blog anda dimana orang lain boleh meninggalkan komen mereka tanpa

mendaftar masuk ke blog anda. Kemudahan ini membolehkan pengguna

memasukkan komen dengan melampirkan bersama e-mel dan mungkin juga URL

12

3

Page 13: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

blog mereka untuk kemudahan anda merujuk informasi atau maklumat dari sumber

komen jika perlu. Untuk menentukan tetapan ini, ikuti langkah-langkah berikut

dengan merujuk Rajah 11:

1. Login dan masuk ke dashboard . 2. Klik setting.

3. Klik discussion.4. Tandakan pilihan untuk membolehkan pengguna lain memberi komen serta

membenarkan komen-komen memasuki discussion.

5. Tandakan pilihan bagi membolehkan pengguna yang memberikan komen,

memasukkan e-mel mereka. Untuk maklumat lanjut dan demonstrasi visual,

kembali ke pautan WordPress Tutorial link FAQ atau WordPress manual juga

di sediakan di sebelah kanan panel blog Computer Education di

http://rosseni.wordpress.com.

Rajah 11: Menentukan Setting atau Tetapan Komen

6. Tanda juga kotak yang membolehkan anda menerima e-mel dari WordPress

apabila seseorang menghantar komen.

13

2

4

1

Page 14: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

Rajah 12: Menentukan Setting atau Tetapan Komen

Menunggu Pengesahan atau Awaiting Moderation

Jika setting atau tetapan seperti yang dijelaskan dalam bahagian sebelum ini tidak

dibuat, anda mungkin akan mendapat mesej yang banyak setiap hari mengatakan

terdapat sebilangan komen di blog anda yang menunggu untuk disahkan. Komen-

komen yang belum mendapat kelulusan dari anda akan dipaparkan apabila anda

mengklik pada pautan komen yang menunggu pengesahan atau awaiting moderation.

Jika blog anda mempunyai lebih dari seorang penulis, maka artikel-artikel yang ditulis

oleh penulis lain juga mungkin memerlukan kelulusan anda terlebih dahulu sebelum

boleh dipaparkan di blog. Jika anda tidak mahu ini berlaku, buat langkah-langkah

seperti yang dinyatakan sebelum ini bagi membolehkan komen-komen terus masuk

tanpa perlu mendapat pengesahan dari anda. Ini amat penting terutamanya bagi blog

perniagaan atau pemasaran. Pelanggan akan bosan menunggu komennya mendapat

maklumbalas apalagi jika perlu menunggu komennya disahkan duhulu sebelum

terpapar di ruangan komen blog anda.

MEMASUKKAN PAUTAN BARU ATAU NEW LINK

14

3

5

6

Page 15: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

Untuk blog peribadi, anda tentu ingin memautkan blog ahli keluarga dan sahabat

handai yang rapat dengan anda serta blog-blog yang sering anda kunjungi. Ini

memudahkan anda melawat blog-blog berkenaan dan menjalin siraturrahim. Begitu

juga dengan blog perniagaan atau blog pemasaran. Anda mungkin ingin meletakkan

pautan yang berkenaan dengan produk anda. Misalnya jika anda memasarkan

barangan kesihatan seperti Jus Noni atau Jus Delima dan seumpamanya, tentu anda

ingin memautkan dengan blog-blog kesihatan yang memberi keterangan tentang

penyakit-penyakit tertentu yang boleh diubati dengan jus-jus yang anda pasarkan.

Ikuti langkah-langkah memasukkan pautan seperti berikut:

1. Masuk ke dashboard dan pilih Links (Rajah 12).

15

Page 16: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

Rajah 12: Memilih Butang Links

2. Klik pada new link (Rajah 13).

3. Masukkan maklumat untuk nama pautan pada ruangan Name seperti dalam

Rajah 14.

4. Masukkan pula maklumat bagi alamat URL pautan pada ruangan Web

Address seperti dalam Rajah 14.

5. Ada juga boleh memilih untuk memasukkan penerangan mengenai pautan ini

supaya pengguna dapat maklumat mengenainya apabila tetikus dilalukan pada

pautan tersebut.

16

1

Page 17: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

Rajah 13: Memilih Butang NEW LINK

Rajah 14: Memasukkan Nama dan Alamat Pautan

17

2

1

3

4

5

Page 18: Web viewSalah satu pelantar penulisan blog yang terkemuka di dunia dan sangat mudah digunakan ialah Blogger yang juga lebih dikenali laman blognya sebagai Blogspot

KATEGORI

Selain mencipta pautan-pautan ke pelbagai blog dan laman web yang berkaitan

dengan anda, blog anda dan perniagaan anda, blog yang menggunakan pelantar

WordPress ini boleh juga membantu anda mengurus posting anda secara teratur agar

pelanggan atau pengunjung blog boleh terus mengklik ke pautan posting di bawah

kategori tertentu untuk menjimatkan masanya mencari maklumat pada blog anda

berdasarkan apa yang dihajatinya. Untuk mengikuti topik-topik lanjutan seperti ini

anda boleh melayari pautan WordPress Tutorial yang terdapat dalam laman blog

Computer Education di http://rosseni.wordpress.com.

PENUTUP

Bab ini telah menerangkan secara ringkas perihal blog menggunakan pelantar

WordPress. Pembinaan laman blog peringkat asas juga telah ditunjukkan langkah

demi langkah daripada mendaftar, mengurus komen, menulis posting dan menyisip

gambar termasuk langkah-langkah menulis halaman tetap atau pages. Bahagian-

bahagian dalam pembinaan laman web peringkat lanjutan seperti membina pautan

atau links serta sedikit penerangan berkaitan pembinaan kategori turut dimasukkan.

Untuk topik-topik lanjutan seperti membina dan mengurus kategori, menukar tema

blog serta menyisip widget, sila layari Wordpress Tutorial yang pautannya ada di

pautkan dalam laman blog Computer Education di http://rosseni.wordpress.com.

18