ringkasan perjanjian bekalan air pukal - span.gov.my · pdf file4. terma-terma pembekalan dan...

11
DRAF KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERJANJIAN BEKALAN AIR PUKAL) 2013 Tujuan draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perjanjian Bekalan Air Pukal) di paparkan di dalam laman sesawang SPAN adalah untuk mendapatkan maklum balas orang awam berhubung dengan draf Kaedah-Kaedah ini. Latar Belakang 1. Setelah berkuat kuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655), apa-apa perjanjian untuk pembekalan air pukal yang dibuat antara pemegang- pemegang lesen individu perkhidmatan bekalan air tidak boleh dikuatkuasakan sehinggalah perjanjian itu didaftarkan dengan SPAN dan perjanjian tersebut hendaklah mematuhi kaedah-kaedah berkenaan dengan perjanjian air pukal yang dibuat oleh SPAN. 2. Selaras dengan kehendak ini, SPAN telah menyediakan draf Kaedah- Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perjanjian Bekalan Air Pukal) (“Kaedah- Kaedah”) untuk menetapkan bentuk dan kandungan perjanjian bekalan air pukal yang dilaksanakan di antara pemegang lesen individu perkhidmatan bekalan air termasuk operator air yang diberikuasa oleh SPAN di bawah Akta 655 untuk menyediakan perkhidmatan bekalan air. Perjanjian bekalan air pukal yang mematuhi Kaedah-Kaedah dan Akta 655 akan didaftarkan oleh SPAN dan boleh dikuatkuasakan oleh pihak-pihak kepada perjanjian. Operator perkhidmatan bekalan air perlu membuat satu perjanjian operasi dan penyenggaraan yang berasingan untuk menetapkan terma-terma pengendalian penyenggaraan loji rawatan air 3. Pada masa ini, perjanjian untuk bekalan air pukal di laksanakan di beberapa negeri di antara Kerajaan Negeri dan operator air. Perjanjian untuk bekalan air pukal tidak dilaksanakan secara perjanjian asing tetapi terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal di peruntukkan di dalam Perjanjian Konsesi atau perjanjian Operasi dan Penyenggaraan.

Upload: vuongnhan

Post on 06-Feb-2018

261 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

DRAF KAEDAH-KAEDAH INDUSTRI PERKHIDMATAN AIR (PERJANJIAN

BEKALAN AIR PUKAL) 2013

Tujuan draf Kaedah-Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perjanjian Bekalan Air

Pukal) di paparkan di dalam laman sesawang SPAN adalah untuk mendapatkan

maklum balas orang awam berhubung dengan draf Kaedah-Kaedah ini.

Latar Belakang

1. Setelah berkuat kuasanya Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655),

apa-apa perjanjian untuk pembekalan air pukal yang dibuat antara pemegang-

pemegang lesen individu perkhidmatan bekalan air tidak boleh dikuatkuasakan

sehinggalah perjanjian itu didaftarkan dengan SPAN dan perjanjian tersebut

hendaklah mematuhi kaedah-kaedah berkenaan dengan perjanjian air pukal yang

dibuat oleh SPAN.

2. Selaras dengan kehendak ini, SPAN telah menyediakan draf Kaedah-

Kaedah Industri Perkhidmatan Air (Perjanjian Bekalan Air Pukal) (“Kaedah-

Kaedah”) untuk menetapkan bentuk dan kandungan perjanjian bekalan air pukal

yang dilaksanakan di antara pemegang lesen individu perkhidmatan bekalan air

termasuk operator air yang diberikuasa oleh SPAN di bawah Akta 655 untuk

menyediakan perkhidmatan bekalan air. Perjanjian bekalan air pukal yang mematuhi

Kaedah-Kaedah dan Akta 655 akan didaftarkan oleh SPAN dan boleh

dikuatkuasakan oleh pihak-pihak kepada perjanjian. Operator perkhidmatan bekalan

air perlu membuat satu perjanjian operasi dan penyenggaraan yang berasingan

untuk menetapkan terma-terma pengendalian penyenggaraan loji rawatan air

3. Pada masa ini, perjanjian untuk bekalan air pukal di laksanakan di beberapa

negeri di antara Kerajaan Negeri dan operator air. Perjanjian untuk bekalan air pukal

tidak dilaksanakan secara perjanjian asing tetapi terma-terma pembekalan dan

pembelian bekalan air pukal di peruntukkan di dalam Perjanjian Konsesi atau

perjanjian Operasi dan Penyenggaraan.

Page 2: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-

beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan air yang dibekalkan, perkiraan

caj untuk pembelian bekalan air pukal, kajian semula kadar bekalan air pukal serta

kadar untuk bekalan air pukal. Masalah yang dihadapi dengan terma-terma

berkenaan kadar bekalan pukal serta kajian semula kadar yang berbeza-beza

adalah sekiranya kadar asas serta yang dikaji semula adalah tinggi, ia akan diambil

kira di dalam penetapan tarif air. Ini mengakibatkan tarif air yang tinggi dan akan

membebankan pengguna.

Penyediaan Kaedah-Kaedah

1. Kaedah-Kaedah memperuntukkan bentuk dan kandungan perjanjian di antara

pemegang-pemegang lesen perkhidmatan (termasuk operator yang diberikuasa di

bawah Akta 655) bagi pembekalan air secara pukal. Ia tidak menetapkan satu

perjanjian standard tetapi hanya menetapkan terma-terma utama yang perlu

dimasukkan di dalam perjanjian bekalan air pukal. Selanjutnya terma-terma lain

berkenaan pembekalan air pukal boleh juga diperuntukkan di dalam perjanjian

tersebut jika dipersetujui oleh pihak-pihak perjanjian tertakluk kepada kelulusan

SPAN.

2. Dalam memastikan penyediaan Kaedah-Kaedah ini adalah telus dan

peruntukan-peruntukannya adalah selaras dengan kehendak industri perkhidmatan

bekalan air serta dipersetujui oleh pihak-pihak berkepentingan, SPAN telah

mengadakan beberapa siri perbincangan secara dalaman dengan Jabatan Kawal

Selia Air SPAN dan Jabatan Ekonomi dan Sosial SPAN bagi tujuan penggubalan

Kaedah-Kaedah .

3. Kaedah-Kaedah ini juga dibentangkan dan dibincangkan dengan semua

operator-operator air dari Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan

serta Forum Air Malaysia.

4. Hasil perbincangan, maklumbalas dan persetujuan pihak-pihak terlibat,

Kaedah-Kaedah ini telah dimuktamadkan.

Page 3: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

Tujuan Kaedah-Kaedah

Tujuan Kaedah-Kaedah ini dibuat oleh SPAN adalah untuk –

1. mewujudkan satu tatacara yang seragam berkenaan sukatan air yang

dibekalkan, perkiraan caj untuk bekalan air pukal dan kajian semula kadar

bekalan air pukal;

2. menetapkan tanggungjawab operator air yang membekalkan air secara pukal

dan operator air yang membeli air termasuk semasa gangguan bekalan air

pukal;

3. membantu SPAN mengawal selia terma-terma perjanjian bekalan air pukal

yang dilaksanakan di antara operator-operator perkhidmatan bekalan air serta

membolehkan SPAN mendaftarkan perjanjian tersebut yang mematuhi

Kaedah-Kaedah dan Akta 655;

4. mengawal kajian semula kadar bekalan air pukal agar tidak terlalu tinggi atau

mengambil kira perkara-perkara yang tidak dipersetujui oleh SPAN supaya

tidak mengakibatkan kenaikan tarif yang tinggi dan membebankan pengguna;

dan

5. menetapkan kualiti air yang dibekalkan pada standard yang ditetapkan kerana

air ini akan dibekalkan kepada pengguna.

Ringkasan Kaedah-Kaedah

Kaedah-Kaedah ini dibuat oleh SPAN di bawah kuasa yang diberikan kepadanya di

bawah seksyen 180(b)(iii) Akta 655 dan mengandungi dua bahagian seperti yang

berikut –

Page 4: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

1. Bahagian 1 – Permulaan

(a) Bahagian ini mengandungi nama Kaedah-Kaedah, tarikh kuat kuasa Kaedah-

Kaedah serta tafsiran perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Kaedah-

Kaedah.

(b) Kaedah-Kaedah ini adalah terpakai kepada semua operator air kerana

pemegang lesen di dalam Kaedah-Kaedah ini telah ditafsirkan untuk

merangkumi -

(i) seseorang yang memegang lesen individu di bawah Akta 655;

(ii) seseorang yang memegang pemberikuasaan yang telah diberikan di

bawah Bab 2 Bahagian XIII Akta 655; dan

(iii) seseorang yang dikecualikan daripada memegang lesen individu di

bawah Akta 655

2. Bahagian 2 – Perjanjian Bekalan Air Pukal

(a) Bahagian ini menetapkan bahawa perjanjian bekalan air hendaklah dibuat

secara bertulis di antara operator-operator perkhidmatan bekalan air dan

mematuhi Akta 655, Kaedah-Kaedah dan garis panduan yang dikeluarkan

oleh SPAN.

(b) Terma-terma perjanjian hendaklah mematuhi terma-terma utama yang

dinyatakan di dalam jadual, syarat-syarat yang dikenakan oleh SPAN boleh

mengandungi terma-terma lain berkenaan pembekalan air pukal yang

dipersetujui oleh pihak-pihak perjanjian tertakluk kepada kelulusan SPAN.

(c) Terma-terma perjanjian di antara –

(i) pemegang lesen individu perkhidmatan pengagihan air hendaklah

mematuhi Jadual 1; dan

(ii) Pemegang lesen individu perkhidmatan rawatan air dan pemegang lesen

individu perkhidmatan pengagihan air hendaklah mematuhi Jadual 2

Page 5: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

(d) Bahagian ini juga menghendaki semua perjanjian bekalan air pukal,

pembaharuan perjanjian bekalan air pukal dan perjanjian tambahan bekalan

air pukal didaftarkan dengan SPAN. Perjanjian-perjanjian tersebut hanya

boleh dikuatkuasakan setelah ia didaftarkan oleh SPAN. Tujuan ini adalah

supaya semua pelaksanaan perjanjian berkaitan bekalan air pukal ini boleh

dikawal selia oleh SPAN dan didaftarkan oleh SPAN agar boleh

dikuatkuasakan.

3. Jadual 1

Jadual 1 menetapkan terma-terma utama di antara pemegang lesen individu

perkhidmatan pengagihan air dan mengandungi lima bahagian.

(a) Bahagian A – Perjanjian Bekalan Air Pukal

(i) Bahagian ini memperuntukkan penguatkuasaan perjanjian bekalan air

pukal berkuat kuasa adalah dari tarikh perjanjian bekalan air pukal

didaftarkan oleh SPAN. Pembekalan air di bawah perjanjian ini boleh

dimulakan selepas pendaftaran perjanjian tersebut.

(ii) Bahagian ini juga menetapkan tempoh perjanjian selama tempoh

lesen individu operator air atau sekiranya operator air adalah orang yang

diberikuasa, tempoh perjanjian adalah untuk tiga tahun atau tempoh

pemberikuasaan tersebut, mana-mana yang kurang. Tempoh perjanjian

boleh diperbaharui tetapi tidak melebihi tempoh yang ditetapkan dan

perjanjian boleh dipinda melalui perjanjian tambahan.

b. Bahagian B – Pembekalan Air

(i) Bahagian ini menetapkan tatacara permohonan kuantiti air oleh

pembeli kepada pembekal. Walaupun kuantiti awal dinyatakan di dalam

perjanjian bekalan air pukal namun pembeli boleh memohon untuk

menambah atau mengurangkan kuantiti bekalan air. Peruntukan kelulusan

Page 6: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

daripada pembekal diperlukan agar penambahan bekalan air kepada

pembeli tidak menjejaskan kapasiti bekalan air pembekal kepada

penggunanya.

(ii) Selanjutnya Bahagian ini juga menetapkan tatacara sukatan air yang

dibekalkan kepada pembeli. Air yang dibekalkan hendaklah disukat dengan

menggunakan dua meter alih elektro magnetik. Isi padu air yang dibekalkan

disukat berdasarkan bacaan meter alih elektro magnetik pertama yang

dinyatakan sebagai meter pengebilan. Bacaan meter dibuat oleh kedua-dua

pihak pada akhir bulan dan bacaan direkodkan di dalam sijil bersama

bulanan.

(iii) Sekiranya terdapat perbezaan di dalam bacaan kedua-dua meter yang

melebihi peratusan yang ditetapkan di bawah apa-apa undang-undang

bertulis di Malaysia, kedua-dua pembekal dan pembeli hendaklah

menentusahkan ketepatan meter-meter tersebut. Sekiranya meter

pengebilan didapati rosak, meter alih elektro magnetik kedua yang

dinyatakan sebagai meter kontingensi hendaklah digunakan untuk menyukat

air yang dibekalkan. Kalau didapati kedua-dua meter telah rosak dan

sehingga meter-meter tersebut dibaiki, isi padu air yang dibekalkan adalah

berdasarkan purata isi padu air yang dibekalkan bagi tempoh yang

dipersetujui oleh pembeli dan pembekal tetapi tidak melebihi tiga bulan

sebelumnya.

(iv) Bahagian ini juga menetapkan agar kualiti air yang dibekalkan oleh

pembekal hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan di bawah National

Standard for Drinking Water Quality (2004) dan dikeluarkan oleh

Kementerian Kesihatan Malaysia. Pembekal dipertanggungjawabkan untuk

menyediakan stesen pensampelan supaya pembeli boleh memeriksa air

yang dibekalkan menepati standard yang ditetapkan. Bahagian ini juga

memperuntukkan kehendak pembekal memberhentikan pembekalan air jika

air didapati tidak selamat dan dikehendaki memaklumkan SPAN.

Page 7: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

(v) Pembekal bertanggungjawab untuk menyebabkan meter di periksa

dan ditentusahkan untuk ketepatan oleh Makmal Metrologi Kebangsaan,

SIRIM sebelum ia dipasang. Setelah meter di pasang, pembekal

dipertanggungjawabkan untuk menentusahkan meter pengebilan dan

pembeli pula dipertanggungjawabkan untuk menentusahkan meter

kontingensi oleh Makmal Metrologi Kebangsaan, SIRIM� pada kekerapan

seperti yang ditetapkan di bawah undang-undang bertulis di Malaysia.

c. Bahagian C – Gangguan Kepada Bekalan

(i) Bahagian ini menetapkan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya

terdapat gangguan bekalan air. Pembekal hendaklah memberi notis satu

minggu sebelumnya kepada pembeli sekiranya penyenggaraan sistem

bekalan air oleh pembekal akan mengakibatkan gangguan bekalan air

berserta anggaran tempoh berlakunya gangguan bekalan air. Pembekal tidak

melanggar terma-terma perjanjian bekalan air pukal sekiranya gangguan

bekalan air berlaku akibat perkara-perkara di luar kawalannya ataupun

gangguan tersebut telah diluluskan oleh SPAN.

(ii) Jika gangguan bekalan air melebihi tempoh masa 24 jam yang

disebabkan oleh pembekal, pembekal bertanggungan untuk membayar kos

yang dialami oleh pembeli bagi langkah-langkah yang diambil oleh pembeli

untuk mengatasi kekurangan air akibat gangguan air.

d. Bahagian D – Caj Bekalan Pukal

(i) Bahagian ini menetapkan bahawa kadar bekalan air pukal yang

dinyatakan di dalam lampiran kepada perjanjian bekalan air pukal hendaklah

dipersetujui oleh pembekal dan pembeli serta diluluskan oleh SPAN. Kadar

tersebut boleh diselaraskan sekiranya terdapat kenaikan tarif elektrik

sebanyak 10% tertakluk kepada kelulusan SPAN.

(ii) Caj bulanan untuk pembelian bekalan air pukal dikira berdasarkan

kadar bekalan air pukal dan kuantiti air yang dinyatakan di dalam sijil bersama

bulanan. Pembeli perlu membuat pembayaran kepada pembekal di dalam

Page 8: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

tempoh masa 90 hari dari tarikh penerimaan invois bulanan daripada

pembekal.

e. Bahagian E – Penamatan

Bahagian ini memperuntukkan bahawa perjanjian bekalan air pukal boleh

ditamatkan sekiranya pembeli atau pembekal melanggar terma-terma perjanjian dan

gagal meremedikan pelanggaran tersebut dalam tempoh yang dipersetujui.

4. Jadual 2

Jadual 2 menetapkan terma-terma utama di antara pemegang lesen individu

rawatan air dan pemegang lesen individu perkhidmatan pengagihan air. Jadual ini

mengandungi dan mengandungi lima bahagian.

a. Bahagian A – Perjanjian Bekalan Air Pukal

(i) Bahagian ini memperuntukkan penguatkuasaan perjanjian bekalan air

pukal berkuat kuasa adalah dari tarikh perjanjian bekalan air pukal didaftarkan

oleh SPAN. Pembekalan air di bawah perjanjian ini boleh dimulakan selepas

pendaftaran perjanjian tersebut.

(iii) Bahagian ini juga menetapkan tempoh perjanjian selama tempoh

lesen individu operator air atau sekiranya operator air adalah orang yang

diberikuasa, tempoh perjanjian adalah untuk tiga tahun atau tempoh

pemberikuasaan tersebut, mana-mana yang kurang. Tempoh perjanjian boleh

diperbaharui tetapi tidak melebihi tempoh yang ditetapkan dan perjanjian

boleh dipinda melalui perjanjian tambahan.

b. Bahagian B – Pembekalan Air

(i) Bahagian ini mempertanggungjawabkan pembekal supaya dapat

membekalkan kuantiti air sehingga kapasiti reka bentuk loji rawatan air pada

Page 9: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

setiap masa. Sekiranya pembekal tidak dapat mematuhi kehendak ini kerana

sebab-sebab di luar kawalan pembekal, pembekal hendaklah memaklumkan

SPAN dan mendapatkan kelulusan SPAN sebelum membekalkan air kepada

pembeli pada kuantiti yang boleh dikeluarkan oleh pembekal.

(ii) Bahagian ini juga menetapkan tatacara permohonan kuantiti air oleh

pembeli kepada pembekal. Walaupun kuantiti awal dinyatakan di dalam

perjanjian bekalan air pukal namun pembeli boleh memohon untuk

menambah atau mengurangkan kuantiti bekalan air. Apa-apa permintaan

penambahan bekalan air oleh pembeli hendaklah sehingga kapasiti reka

bentuk loji rawatan air ataupun kuantiti yang diluluskan oleh SPAN. Sekiranya

penambahan air adalah lebih dari kapasiti reka bentuk loji rawatan air,

kelulusan pembekal dan SPAN hendaklah diperoleh. Pembekal hendaklah

membekalkan kuantiti air yang diminta dan diluluskan di dalam masa yang

dipersetujui.

(iii) Selanjutnya Bahagian ini juga menetapkan tatacara sukatan air yang

dibekalkan kepada pembeli. Air yang dibekalkan hendaklah disukat dengan

menggunakan dua meter alih elektro magnetik. Isi padu air yang dibekalkan

disukat berdasarkan bacaan meter alih elektro magnetik pertama yang

dinyatakan sebagai meter pengebilan. Bacaan meter dibuat oleh kedua-dua

pihak pada akhir bulan dan bacaan direkodkan di dalam sijil bersama

bulanan.

(iv) Sekiranya terdapat perbezaan di dalam bacaan kedua-dua meter yang

melebihi peratusan yang ditetapkan di bawah apa-apa undang-undang

bertulis di Malaysia, kedua-dua pembekal dan pembeli hendaklah

menentusahkan ketepatan meter-meter tersebut. Sekiranya meter pengebilan

didapati rosak, meter alih elektro magnetik kedua yang dinyatakan sebagai

meter kontingensi hendaklah digunakan untuk menyukat air yang dibekalkan.

Kalau didapati kedua-dua meter telah rosak dan sehingga meter-meter

tersebut dibaiki, isi padu air yang dibekalkan adalah berdasarkan purata isi

padu air yang dibekalkan bagi tempoh yang dipersetujui oleh pembeli dan

pembekal tetapi tidak melebihi tiga bulan sebelumnya.

Page 10: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

(v) Bahagian ini juga menetapkan agar kualiti air yang dibekalkan oleh

pembekal hendaklah mematuhi standard yang ditetapkan di bawah National

Standard for Drinking Water Quality (2004) dan dikeluarkan oleh Kementerian

Kesihatan Malaysia. Pembekal dipertanggungjawabkan untuk menyediakan

stesen pensampelan supaya pembeli boleh memeriksa air yang dibekalkan

menepati standard yang ditetapkan. Bahagian ini juga memperuntukkan

kehendak pembekal memberhentikan pembekalan air jika air didapati tidak

selamat dan dikehendaki memaklumkan SPAN.

(vi) Pembekal bertanggungjawab untuk menyebabkan meter di periksa

dan ditentusahkan untuk ketepatan oleh Makmal Metrologi Kebangsaan,

SIRIM sebelum ia dipasang. Setelah meter di pasang, pembekal

dipertanggungjawabkan untuk menentusahkan meter pengebilan dan pembeli

pula dipertanggungjawabkan untuk menentusahkan meter kontingensi oleh

Makmal Metrologi Kebangsaan, SIRIM� pada kekerapan seperti yang

ditetapkan di bawah undang-undang bertulis di Malaysia.

c. Bahagian C – Gangguan Kepada Bekalan

(i) Bahagian ini menetapkan tatacara yang perlu dipatuhi sekiranya

terdapat gangguan bekalan air. Pembekal hendaklah memberi notis satu

minggu sebelumnya kepada pembeli sekiranya penyenggaraan sistem

bekalan air oleh pembekal akan mengakibatkan gangguan bekalan air

berserta anggaran tempoh berlakunya gangguan bekalan air. Pembekal tidak

melanggar terma-terma perjanjian bekalan air pukal sekiranya gangguan

bekalan air berlaku akibat perkara-perkara di luar kawalannya ataupun

gangguan tersebut telah diluluskan oleh SPAN.

(ii) Jika gangguan bekalan air melebihi tempoh masa 24 jam yang

disebabkan oleh pembekal, pembekal bertanggungan untuk membayar kos

yang dialami oleh pembeli bagi langkah-langkah yang diambil oleh pembeli

untuk mengatasi kekurangan air akibat gangguan air.

Page 11: Ringkasan Perjanjian Bekalan Air Pukal - span.gov.my · PDF file4. Terma-terma pembekalan dan pembelian bekalan air pukal adalah berbeza-beza termasuk terma-terma berkenaan cara sukatan

d. Bahagian D – Caj Bekalan Pukal

(i) Bahagian ini menetapkan bahawa kadar bekalan air pukal yang

dinyatakan di dalam lampiran kepada perjanjian bekalan air pukal hendaklah

dipersetujui oleh pembekal dan pembeli serta diluluskan oleh SPAN. Kadar

tersebut boleh diselaraskan sekiranya terdapat kenaikan tarif elektrik

sebanyak 10% tertakluk kepada kelulusan SPAN.

(ii) Caj bulanan untuk pembelian bekalan air pukal dikira berdasarkan

kadar bekalan air pukal dan kuantiti air yang dinyatakan di dalam sijil bersama

bulanan. Pembeli perlu membuat pembayaran kepada pembekal di dalam

tempoh masa 90 hari dari tarikh penerimaan invois bulanan daripada

pembekal.

e. Bahagian E – Penamatan �

Bahagian ini memperuntukkan bahawa perjanjian bekalan air pukal boleh

ditamatkan sekiranya pembeli atau pembekal melanggar terma-terma

perjanjian dan gagal meremedikan pelanggaran tersebut dalam tempoh yang

dipersetujui.