ringkasan garis panduan permohonan bantuan yuran murid ... · pdf filenama murid telah dikemas...

6
RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA / PUSAT PENDIDIKAN KHAS (Pindaan 2015) A. KRITERIA PERMOHONAN Kelayakan Murid Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada: 1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 4+ tahun dan 5+ tahun 3. Belajar di prasekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) 4. Telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan ( bagi murid berkeperluan khas) 5. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU ( bagi murid berkeperluan khas) 6. Nama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan a) Kelayakan murid untuk menerima bantuan yuran adalah berdasarkan pendapatan perkapita isi rumah b) Pendapatan perkapita isi rumah adalah berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah (jumlah pendapatan ibu dan bapa / penjaga) dibahagikan dengan bilangan tanggungan yang berumur di bawah 18 tahun termasuk ibu bapa / penjaga c) Nilai maksimum bantuan yuran berdasarkan pendapatan perkapita adalah seperti jadual di bawah : Murid Murid Bekeperluan Khas (OKU) Pendapatan Perkapita Maksimum Bantuan Yuran Sebulan Pendapatan Perkapita Maksimum Bantuan Yuran Sebulan Tidak melebihi RM300 RM150.00 Tidak melebihi RM300 RM500 Tidak melebihi RM400 RM112.50 Tidak melebihi RM400 RM400 Tidak Melebihi RM500 RM75.00 Tidak melebihi RM500 RM300 Melebihi RM 500 Tidak Layak Melebihi RM500 Tidak Layak

Upload: hadat

Post on 06-Feb-2018

232 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID ... · PDF fileNama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan ... berserta

RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID PRASEKOLAH SWASTA / PUSAT PENDIDIKAN KHAS (Pindaan 2015)

A. KRITERIA PERMOHONAN

Kelayakan Murid Murid yang layak memohon bantuan yuran adalah terdiri daripada:

1. Warganegara Malaysia 2. Berumur 4+ tahun dan 5+ tahun 3. Belajar di prasekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia

(KPM) 4. Telah disahkan sebagai murid berkeperluan khas oleh pengamal perubatan ( bagi murid

berkeperluan khas)

5. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan mempunyai kad OKU

( bagi murid berkeperluan khas)

6. Nama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)

Kriteria Kelayakan

a) Kelayakan murid untuk menerima bantuan yuran adalah berdasarkan pendapatan

perkapita isi rumah

b) Pendapatan perkapita isi rumah adalah berdasarkan jumlah pendapatan isi rumah (jumlah pendapatan ibu dan bapa / penjaga) dibahagikan dengan bilangan tanggungan yang berumur di bawah 18 tahun termasuk ibu bapa / penjaga

c) Nilai maksimum bantuan yuran berdasarkan pendapatan perkapita adalah seperti

jadual di bawah :

Murid Murid Bekeperluan Khas (OKU)

Pendapatan Perkapita

Maksimum Bantuan Yuran Sebulan

Pendapatan Perkapita

Maksimum Bantuan Yuran Sebulan

Tidak melebihi RM300

RM150.00 Tidak melebihi

RM300 RM500

Tidak melebihi RM400

RM112.50 Tidak melebihi

RM400 RM400

Tidak Melebihi RM500

RM75.00 Tidak melebihi

RM500 RM300

Melebihi RM 500 Tidak Layak Melebihi RM500

Tidak Layak

Page 2: RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID ... · PDF fileNama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan ... berserta

d) Nilai bantuan yuran yang diberikan adalah berdasarkan kepada yuran sebenar

yang dibayar oleh murid tetapi tidak melebihi nilai maksimum yang ditetapkan

e) Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang belajar di prasekolah swasta biasa adalah layak menerima kadar yang ditetapkan kepada murid OKU tanpa mengira kategori atau tahap kelainan upaya ( kecacatan ) asalkan memiliki Kad OKU atau surat perakuan pegawai perubatan.

f) Jika bantuan yuran yang layak adalah di bawah kadar yuran sebenar, maka lebihan

perbezaan yuran adalah di bawah tanggungan ibubapa / penjaga

g) JPN akan membuat semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi mengesahkan maklumat pendapatan yang dikemukakan

Kelayakan Institusi Prasekolah/institusi swasta yang layak mengemukakan permohonan bantuan yuran murid

hendaklah:

1. Berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ATAU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi Pusat Pendidikan Khas

2. Perakuan pendaftaran belum tamat tempoh 3. Bagi Institusi Pendidikan Khas, hendaklah melaksanakan aktiviti Pendidikan Khas atau

Pendidikan Inklusif 4. Telah melengkapkan maklumat dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK)

bagi prasekolah swasta 5. Mempunyai akaun semasa / simpanan yang aktif atas nama institusi Tempoh Bantuan

1. Bantuan yuran ini adalah dibayar sebagai one-off bagi tempoh pengajian dari Januari

hingga Oktober (10 bulan) dalam tahun semasa

B. CARA PERMOHONAN

Pengusaha

1. Mendapatkan Borang Permohonan (Borang Y1) melalui Sistem Permohonan Bantuan

Yuran Murid Prasekolah Swasta URL http://jpnjohor.moe.gov.my/yuran 2. Mengedarkan Borang Y1 kepada ibubapa / penjaga

Page 3: RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID ... · PDF fileNama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan ... berserta

3. Memastikan kesemua borang permohonan adalah lengkap. Borang permohonan yang tidak lengkap perlu dikembalikan kepada ibubapa / penjaga

4. Mengumpul borang dan memasukkan data permohonan ke dalam sistem permohonan http://jpnjohor.moe.gov.my/yuran

5. Menghantar permohonan kepada PPD beserta dokumen berikut: a) Salinan Perakuan Sementara Pendaftaran b) Salinan penyata akaun bank atas nama institusi yang disahkan oleh bank. Pastikan

akaun bank masih aktif c) Surat akuan / pengesahan pengusaha sekiranya institusi menggunakan akaun

pertubuhan atau agensi induk yang menaunginya d) Surat akuan / pengesahan pengusaha sekiranya kadar yuran bulanan yang dipungut

lebih rendah daripada kadar yang tertera di dalam Perakuan Sementara Pendaftaran

e) Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) atau surat perakuan pegawai perubatan bagi murid OKU.

6. Semua salinan dokumen ini hendaklah disahkan oleh pegawai kerajaan kumpulan

Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan ke atas.

Pemohon (Ibubapa / Penjaga)

1. Mengisi Borang Y1 dengan lengkap. 2. Mengemukakan salinan slip gaji / penyata pendapatan / Borang J ibu, bapa atau

penjaga. 3. Mengemukakan salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU) atau surat perakuan pegawai

perubatan bagi murid OKU. 4. Mendapatkan pengesahan daripada Majikan / Ketua Kampung / JKKKP / Pegawai

Kerajaan Kumpulan Pengurusan dan Profesional. 5. Menghantar Borang Y1 yang telah lengkap kepada prasekolah masing – masing. 6. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan salinan dokumen seperti Lampiran A

C. PEMBAYARAN BANTUAN YURAN

1. Bantuan yuran murid akan dibayar terus kepada pengusaha prasekolah masing –

masing. 2. Surat pemberitahuan bahawa bantuan yuran telah dimasukkan ke akaun institusi

berserta senarai murid yang layak (Borang Y2) akan diedarkan melalui JPN negeri masing-masing.

3. Pengusaha dikehendaki menyemak akaun masing-masing bagi memastikan wang bantuan yuran telah dimasukkan.

Page 4: RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID ... · PDF fileNama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan ... berserta

4. Pengusaha dikehendaki mengembalikan borang akuan atau pengesahan penerimaan

(Borang Y3) kepada Bahagian Pendidikan Swasta sebaik sahaja wang bantuan yuran dimasukkan ke dalam akaun masing-masing.

5. Pengusaha perlu membayar / memulangkan kepada murid/ibubapa/penjaga jumlah

yuran yang telah mereka bayar terlebih dahulu sebelum bantuan diterima.

6. Ibu bapa / penjaga perlu menandatangani Borang Y2 sebagai pengesahan penerimaan bantuan yuran prasekolah.

7. Sekiranya murid bertukar ke prasekolah swasta yang lain, amaun yuran bagi bulan berikutnya hendaklah dikembalikan kepada murid untuk bayaran yuran di prasekolah baharunya. Pengusaha hendaklah mengisi Borang Y9 yang dibekalkan dan mengemukakan sesalinan kepada Bahagian Pendidikan Swasta (BPS).

D. PEMULANGAN BANTUAN YURAN

1. Segala pemulangan semula bantuan yuran kepada kerajaan hendaklah dibuat menggunakan Bank Draf / cek / Money Order / Postal Order atas nama “KETUA AKAUNTAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA” serta melengkapkan Borang Y6 dan mengembalikannya PPD/JPN. Sertakan juga salinan helaian Borang Y2 yang mengandungi nama murid berkenaan.

2. Pemulangan bantuan yuran akan berlaku atas perkara-perkara berikut;

a) Murid yang menerima bantuan yuran telah berhenti - kembalikan jumlah bantuan bermula bulan selepas mereka berhenti hingga bulan Oktober. Contohnya; Murid berhenti pada 23 Mei 2015, maka bantuan yuran yang perlu dipulangkan adalah bantuan yuran bulan Jun hingga Oktober.

b) Murid yang menerima bantuan yuran bertukar ke prasekolah KPM, prasekolah KEMAS atau prasekolah PERPADUAN - kembalikan jumlah bantuan bermula bulan selepas mereka bertukar hingga bulan Oktober. Contohnya; Murid bertukar pada 15 April 2015, maka bantuan yuran yang perlu dipulangkan adalah bantuan yuran bulan Mei hingga Oktober.

c) Sebab-sebab lain yang diarahkan oleh kerajaan (Kementerian Pelajaran Malaysia)

Page 5: RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID ... · PDF fileNama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan ... berserta

E. PENGURUSAN DOKUMEN

1. Pengusaha hendaklah menyerahkan Senarai Murid Layak menerima bantuan yuran (Borang Y2) kepada Penyelia / Pegawai Unit Pendidikan Swasta di PPD masing-masing sebaik selesai urusan menandatangani penerimaan oleh ibu bapa / penjaga.

2. Penyelia / Pegawai Unit Pendidikan Swasta di PPD hendaklah mengumpul Senarai Murid Layak menerima bantuan yuran (Borang Y2) dan menyerahkan kepada Ketua Unit Pendidikan Swasta di JPN untuk rekod.

F. TARIKH TUTUP PERMOHONAN

1. Tarikh tutup permohonan bantuan yuran murid prasekolah swasta adalah tarikh akhir pengusaha menyerahkan borang permohonan kepada Penyelia / Pegawai Unit Pendidikan Swasta di PPD sebagaimana tercatat dalam system permohonan.

Page 6: RINGKASAN GARIS PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN YURAN MURID ... · PDF fileNama murid telah dikemas kini dalam Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK) Kriteria Kelayakan ... berserta

LAMPIRAN A

SENARAI SALINAN DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

Pemohon ( Murid / Ibau bapa)

Serahkan Borang Permohonan ( Borang Y1 – Pin. 2015 ) melalui penguerusan tadika

Bersama salinan dokumen berikut.

(a) Mykid / Surat Beranak murid

(b) Kad OKU / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan bagi pemohon OKU

(c) Bil Utiliti ( Contoh: Bil Air / Elektrik / Astro dan lain-lain )

(d) Mykad ibu bapa / penjaga

(e) Mykad / Mykid / Surat Beranak ahli keluarga yang disenaraikan

(f) Resit yuran bulanan

(g) Slip gaji / Borang J / Baucar Gaji

(h) Borang pengesahan pendapatan sendiri bagi ibu bapa / penjaga yang bekerja sendiri

dan tiada slip gaji ( Borang Y1b )

Pengusaha Tadika

Setelah key in nama pemohon yang disokong ke dalam system, serahkan semua Borang

Permohonan bersama salinan dokumen berikut.

(a) Salinan Perakuan Sementara Pendaftaran

(b) Salinan penyata akaun bank atas nama institusi yang disahkan oleh bank. Pastikan akaun

bank masih aktif.

(c) Surat akuan / pengesahan pengusaha sekiranya institusi menggunakan akaun

pertubuhan atau agensi induk yang menaunginya.

(d) Surat akuan / pengesahan pengusaha sekiranya kadar yuran bulanan yang dipungut

lebih rendah daripada kadar yang tertera di dalam Perakuan Sementara Pendaftaran

(e) Cetakan senarai murid dari SMPK

(f) Cetakan surat iringan dari system permohonan yuran