rfleksi

24
NAMA GURU / TEACHER’S NAME : NO. MATRIK / MATRIK NO. : JURNAL REFLEKTIF 1 / REFLECTIVE JOURNAL 1 MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 1 TARIKH / DATES : (18 Mei – 22 Mei 2015) ISU / ISSUE: Kemahiran Menaakul MASALAH /PROBLEM: Murid sudah menguasai kemahiran membaca tetapi hampir 70% daripada mereka menghadapi kesukaran dalam menaakul gambar untuk menyatakan maksud yang tersurat pada gambar. PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE: Sepanjang proses pdp saya pada minggu ini,saya mendapati bahawa murid berkebolehan memahami bahan bacaan dalam buku teks. Tetapi apabila saya memberikan latihan bergambar, didapati bahawa murid lemah dalam menaakul gambar. ANALISIS / ANALYSIS : Ini kerana murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang terhad dan kurang membaca. Hal ini menyebabkan murid kekurangan idea dan tidak dapat berfikir secara kritis dan kebanyakan jawapan yang diberikan adalah sama dan terhad. TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN : Bagi menggalakkan murid berfikir dengan lebih kreatif dan meningkatkan

Upload: puan-senang-hati

Post on 11-Jan-2016

241 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

exam

TRANSCRIPT

Page 1: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 1 / REFLECTIVE JOURNAL 1

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 1

TARIKH / DATES : (18 Mei – 22 Mei 2015)

ISU / ISSUE: Kemahiran Menaakul

MASALAH /PROBLEM:

Murid sudah menguasai kemahiran membaca tetapi hampir 70% daripada mereka menghadapi

kesukaran dalam menaakul gambar untuk menyatakan maksud yang tersurat pada gambar.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Sepanjang proses pdp saya pada minggu ini,saya mendapati bahawa murid berkebolehan memahami

bahan bacaan dalam buku teks. Tetapi apabila saya memberikan latihan bergambar, didapati bahawa

murid lemah dalam menaakul gambar.

ANALISIS / ANALYSIS :

Ini kerana murid mempunyai pengetahuan sedia ada yang terhad dan kurang membaca. Hal ini

menyebabkan murid kekurangan idea dan tidak dapat berfikir secara kritis dan kebanyakan jawapan

yang diberikan adalah sama dan terhad.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Bagi menggalakkan murid berfikir dengan lebih kreatif dan meningkatkan kemahiran menaakul dalam

kalangan murid, saya telah membahgikan murid kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan

diberikan gambar yang berbeza. Berdasarkan gambar, murid akan berbincang dan menulis idea dalam

bentuk peta minda.

Page 2: rfleksi

Setiap kumpulan akan membentangkan hasil kerja dan membuat perkaitan antara gambar-gambar yang

diberikan.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Kaedah ini boleh dikatakan berjaya meningkatkan kemahiran menaakul murid kerana murid dapat

bertukar-tukar idea dengan rakan sekumpulan dan lebih kreatif dalam menghuraikan maksud tersurat

pada gambar.

Tetapi, murid mengambil masa yang agak lama kerana setiap murid mempunyai idea masing-

masing.Oleh itu, untuk sesi pdp yang seterusnya, saya perlu lebih bertegas dengan masa yang diambil

untuk sesi brainstorming.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Guru boleh mempelbagaikan gambar dan juga kaedah menaakul bagi menggalakkan murid berfikir

dengan lebih cepat dan kreatif. Secara keseluruhan, murid-murid lebih seronok kerana mereka berjaya

mengeluarkan dan membentangkan idea sendiri.

2. 3.

1.

Aina sedang

Page 3: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 2 / REFLECTIVE JOURNAL 2

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: Minggu 2

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Imbuhan Apitan

MASALAH /PROBLEM:

Murid sukar membina ayat yang mengandungi imbuhan apitan

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Saya mendapati bahawa murid tahu kata dasar, tetapi apabila kata dasar tersebut ditambah dengan

imbuhan apitan, murid menjadi keliru dan tidak tahu membezakan mana satu perkataan berimbuhan

apitan.

ANALISIS / ANALYSIS :

Murid tidak menguasai imbuhan awalan dan akhiran menyebabkan murid sukar mebuat

imbuhan apitan.

Guru menggunakan contoh yang tidak sesuai dengan tahap penguasaan murid. Sepatutnya saya

bermula dengan kata dasar yang biasa digunakan oleh murid. Apabila murid sudah dapat

menguasai , barulah saya menggunakan perkataan yang lebih tinggi arasnya.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Saya menyuruh murid membaca dan melengkapkan teks. Seterusnya murid diminta untuk

mengenal pasti imbuhan apitan. Akhirnya murid diminta menyenaraikan imbuhan apitan dalam

buku tulis.

Page 4: rfleksi

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Pada akhir pengajaran, murid sudah dapat membezakan imbuhan awalan, imbuhan akhiran dan dapat

menyenaraikan beberapan contoh imbuhan apitan dengan betul dan tepat.

Selain itu, murid dapat menyebut contoh perkataan imbuhan apitan secara spontan apabila disoal.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Secara amnya, pelbagai teknik perlu digunakan untuk meningkatkan penguasaan murid terhadap

sesuatu topik, tidak hanya menggunakan buku teks dan ‘ chalk and talk ‘ sahaja.

Page 5: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 3 / REFLECTIVE JOURNAL 3

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 3

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Murid Disleksia

MASALAH /PROBLEM:

Terdapat seorang murid dyslexia dalam kelas saya, dimana dia menulis secara terbalik seperti “mirror

image” dan sukar membaca kerana nampak perkataan atau huruf itu bergerak-gerak . Dyslexia adalah

orang yang mempunyai masalah di dalam pembacaan tetapi bijak dimana IQ sama atau lebih tinggi

berbanding kanak-kanak yang sebaya dengannya.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Melalui pemerhatian saya, murid ini :

Menghadapi kesukaran untuk memahami arahan seperti atas/bawah, dalam/ luar,

depan/belakang

Sukar untuk mengikut arahan yang panjang pada suatu masa

Tidak boleh menyalin daripada papan putih / papan hitam dengan betul

Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira

Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :

o 15 dengan 51

o “was” menjadi “saw”

Page 6: rfleksi

o ‘b’ dengan ‘d’‘

ANALISIS / ANALYSIS :

Saya mendapati bahawa murid ini sukar mengingati turutan sesuatu perkara. Contohnya turutan hari

Isnin-Ahad, bulan Januari – Disember. Selain itu, dia juga sukar membaca secara fonik serta berasa

mudah penat kerana menggunakan konsentrasi dan tenaga yang tinggi tetapi membuahkan hasil yang

sedikit. Oleh yang demikian , murid ini akan mengelat apabila tiba masa untuk belajar

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Bagi membantu muird ini, saya telah

membantu murid menguasai maklumat secara beransur-ansur melalui pengulangan semasa

mengajar (konsep ajar berlebihan)

Gunakan video atau kaset untuk belajar

Menggunakan bahasa yang mudah difahami semasa memberikan arahan.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Murid boleh menyalin dan menyiapkan sekurang-kurangnya tiga daripada tujuh latihan yang diberikan.

Selain itu, murid juga boleh mendengar dan memahami arahan yang diberikan sekaligus melibatkan diri

dalam aktiviti kumpulan.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Sebagai guru, adalah di syorkan supaya tidak mengasingkan pelajar mengikut tahap penguasaan. Ini

kerana ianya boleh mempengaruhi minat murid untuk belajar. Digalakkan supaya setiap kumpulan

terdiri dari murid yang berbeza aras pengetahuan supaya merea dapat bertukar-tukar idea dan

meningkatkan motivasi murid untuk belajar.

Page 7: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 4 / REFLECTIVE JOURNAL 4

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 4

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Kata Ganda Penuh

MASALAH /PROBLEM:

Murid tidak dapat membezakan kata ganda penuh, kata ganda separa dan kata ganda berirama.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Semasa mengajar tajuk kata ganda, saya mendapati bahawa murid menghadapi kesukaran untuk

membezakan di antara kata ganda penuh, kata ganda separa dan juga kata ganda berirama. Ada murid

yang dapat membezakan dan menyenaraikan dengan tepat kata ganda penuh, tetapi ramai yang masih

tidak dapat membezakan.

ANALISIS / ANALYSIS :

Berdasarkan pemerhatian, saya mendapati bahawa:

Murid keliru dengan penggunaan kata ganda yang betul

Kosa kata murid terhad kerana kurang membaca.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Bagi mengatasi masalah ini saya telah:

Meminta murid menganal pasti kata ganda penuh yang terdapat dalam teks dan

menyenaraikannya dalam buku tulis.

Menyuruh murid membina ayat dan menulis kata ganda dengan cara yang betul dan kemas.

Page 8: rfleksi

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Murid berjaya menulis dengan betul jenis-jenis kata ganda

Kata ganda penuh = anak-anak, baju-baju

Kata ganda separa = kekuda

Kata ganda berirama = simpang siur

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Guru perlu memberi lebih penekanan pada teknik penyoalan spontan. Selepas selesai pdp, guru boleh

menyoal murid secara rawak dan murid memberikan jawapan secara spontan. Ini bertujuan untuk

mengukur sejauh mana penguasaan murid terhadap topik yang diajar.

Contoh:

Page 9: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 5 / REFLECTIVE JOURNAL 5

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 5

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Pola Ayat

MASALAH /PROBLEM:

Murid tidak dapat menggunakan ayat penyata dengan betul.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Hampir semua murid dapat membaca teks, tetapi ramai di antara mereka tidak dapat membaca ayat

penyata yang terdapat dalam teks dengan sebutan yang jelas.

ANALISIS / ANALYSIS :

Melalui pemerhatian saya, murid tidak dapat menggunakan ayat penyata dengan betul kerana:

Murid tidak tahu membezakan antara subjek dan predikat

Murid tidak tahu ayat penyata, ayat tanya, ayat tunggal dan juga ayat majmuk.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Bagi membantu murid menggunakan ayat penyata dengan betul, saya telah meminta murid membaca

ayat penyata yang terdapat dalam teks dengan sebutan yang jelas. Selain itu, murid juga diminta

mengenal pasti ayat berpola FN + FN. Seterusnya saya meminta murid membina ayat berpola FN + FN

menggunakan frasa yang dicetak berwarna merah dalam buku tulis.

Page 10: rfleksi

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Keberkesanan tindakan yang diambil dapat diukur melalui :

Bilangan murid yang dapat menjawab soalan pemahaman dengan betul

Murid dapat menulis ayat penyata dengan betul.

Murid berjaya membaca teks dengan intonasi yang betul mengikut jenis ayat.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid sudah dapat membaca teks dan dapat

membaca ayat penyata yang terdapat dalam teks dengan sebutan yang jelas.

Page 11: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 6 / REFLECTIVE JOURNAL 6

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 6

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Membaca dan Memahami Teks

MASALAH /PROBLEM:

Murid keliru dan tidak dapat mengenal pasti idea utama dan idea sampingan

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Apabila membaca teks, murid hanya sekadar membaca tetapi tidak memahami apakah idea-idea

utama dan sampingan di dalam teks tersebut. Apabila disoal, murid mengambil masa yang lama

untuk memberikan jawapan. Selain itu, jawapan yang diberikan juga tidak berpandukan kepada

teks tetapi lebih kepada pemahaman murid sendiri.

ANALISIS / ANALYSIS :

Murid tidak dapat memahami konsep idea utama dan idea sampingan.

Teks yang diberikan terlalu padat dan kompleks serta tidak bersesuaian dengan tahap

penguasaan murid.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Bagi membantu murid mengeluarkan idea utama dan idea sampingan daripada teks, saya telah:

Meminta murid membaca teks dan memahami maklumat.

Dengan menggunakan kaedah perenggan, murid mengenal pasti idea utama dan idea

Page 12: rfleksi

sampingan dalam teks.

Murid membina dan menulis jawapan dalam buku tulis.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Murid berjaya mengeluarkan idea utama dan idea sampingan daripada teks dan dapat menulis

idea tersebut di dalam buku tulis. Selain itu, murid dapat menjawab soalan objektif berkaitan

teks dengan betul, tepat dan jelas.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Guru boleh mepelbagaikan cara penulisan idea utama dan idea sampingan. Murid lebih mudah

untuk mengingati jika menggunakan peta minda seperti peta buih, tulang ikan dan juga carta

alir.

Page 13: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 7 / REFLECTIVE JOURNAL 7

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 7

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Mendengar dan Memberi Respons

MASALAH /PROBLEM:

Murid tidak dapat melengkapkan dialog berdasarkan nota pesanan guru.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Saya mendapati bahawa sebahagian besar murid Tahun 2 Jujur tidak dapat melengkapkan dialog

berdasarkan nota pesanan guru dengan betul. Ini kerana mereka tidak memberikan tumpuan semasa

saya membaca dialog dan apabila saya meminta murid untuk membuat simulasi, mereka tidak

melakukan dengan bersungguh-sungguh kerana malu .

ANALISIS / ANALYSIS :

Berdasarkan pemerhatian saya sepanjang pdp, murid tidak dapat melengkapkan dialog dengan betul

kerana:

Murid malu untuk membuat simulasi

Murid tidak dapat memahami kata kerja dengan betul.

Murid lemah dalam membina ayat menggunakan FN + FK yang betul.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Saya menggunakan kaedah simulasi dalam kumpulan bagi membantu murid melengkapkan dialog

Page 14: rfleksi

berdasarkan nota pesan. Secara berkumpulan, murid akan memilih watak dan membuat simulasi

berdasarkan dialog yang diberikan. Ini sekaligus dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan

memberi respons dalam kalangan murid.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Keberkesanan tindakan yang diambil dapat dinilai apabila:

Murid berjaya mengisi tempat kosong dalam dialog dengan perkataan yang betul.

Murid dapat memberi respons yang bersesuaian dengan dialog yang dituturkan semasa

simulasi.

Contoh :

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Dalam konteks kemahiran mendengar dan member respons, guru lebih banyak meperuntukkan isi

pengajarannya bagi menyediakan pelajar dengan keperluan penguasaan kemahiran yang berkaitan

dengan peperiksaan. Penekanan ini juga menjadikan pelajar diabaikan dalam aspek kemahiran

mendengar. Penguasaan kemahiran mendengar secara efektif yang terbatas boleh mengakibatkan

pelajar tersebut gagal dalam mengaplikasikan kemahiran mendengar tersebut dalam kehidupan

seharian.

Page 15: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 8 / REFLECTIVE JOURNAL 8

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGU 8

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Baca dan Susun

MASALAH /PROBLEM:

Murid tidak dapat menyusun maklumat mengikut urutan berdasarkan soalan.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE

Berdasarkan pemerhatian saya sewaktu pdp, murid agak lemah dalam mnyusun maklumat

mengikut urutan berdasarkan soalan. Murid dapat membaca teks yang diberikan dengan lancer,

tetapi, apabila diminta untuk menyusun mengikut urutan, ramai di antara mereka tidak dapat

menyusun dengan betul.

ANALISIS / ANALYSIS :

Murid tidak faham jalan cerita yang disampaikan

Murid tidak tahu dan tidak dapat mengenal pasti idea utama dan juga idea sampingan dalam

teks.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Bagi memudahkan murid untuk menyusun maklumat mengikut urutan, saya telah menjalankan

beberapa aktiviti iaitu:

Murid dibekalkan dengan teks atau petikan. Berdasarkan teks , murid membaca dan memahami

maklumat yang ingin disampaikan.

Seterusnya, murid diminta menggariskan maklumat dan menomborkan maklumat yang digaris.

Page 16: rfleksi

Akhir sekali , murid dikehendaki menyalin maklumat yang telah disusun dalam buku tulis.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Murid dapat menulis maklumat yang telah disusun mengikut urutan yang betul dalam buku tulis.

Contoh:

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Guru dan murid seharusnya berbincang atau melakukan sumbang saran bagi menganal pasti idea utama

dan juga idea sampingan. Idea –idea tersebut seterusnya disusun mengikut keutamaan.

Page 17: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 9 / REFLECTIVE JOURNAL 9

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 9

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Tanda Baca

MASALAH /PROBLEM:

Murid tidak mahir meletakkan tanda baca dan mengedit kesalahan ejaan.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Murid masih belum menguasai beberapa kemahiran antaranya ialah kemahiran menggunakan huruf

besar. Murid tidak menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya. Selain itu juga, murid tidak

meletakkan noktah pada akhir ayat dan tidak tahu dimana sepatutnya tanda koma diletakkan.

ANALISIS / ANALYSIS :

Berdasarkan pemerhatian semasa sesi pdp, terdapat dua punca yang meyebabkan masalah tanda baca

ini sentiasa berulang:

Pertama, murid hanya menggunakan kemahiran ini ketika proses pengajaran dan pembelajaran

sahaja.

Kedua, murid tidak tahu membezakan kata nama am dan juga kata nama khas menyebakan

murid tidak tahu mereka bila sepatutnya penggunaan huruf besar yang betul.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Murid membaca teks sambil mengenal pasti tanda baca dan kesalahan ejaan dalam setiap

perenggan.

Murid meletakkan tanda baca dan mengedit kesalahan ejaan , kemudian menulis dalam buku

Page 18: rfleksi

tulis.

Murid membaca teks yang telah diedit.

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Murid dapat meletakkan tanda baca pada tempat yang betul dan menulis semuala teks dengan

betul.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Guru perlu lebih peka dengan penggunaan tanda baca dan huruf besar semasa murid menulis. Ini perlu

kerana kebiasaannya murid akan mengulang kesilapan yang sama kerana mereka hanya membetulkan

kesalahan apabila ditegur.

Contoh:

Page 19: rfleksi

NAMA GURU / TEACHER’S NAME :

NO. MATRIK / MATRIK NO. :

JURNAL REFLEKTIF 10 / REFLECTIVE JOURNAL 10

MINGGU PRAKTIKUM / PRACTICUM WEEK: MINGGU 10

TARIKH / DATES :

ISU / ISSUE: Ayat Tunggal dan Ayat Majmuk

MASALAH /PROBLEM:

Murid tidak dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk dengan betul.

PERKEMBANGAN ISU YANG DIFOKUSKAN / PROGRESS OF THE FOCUSED ISSUE:

Saya mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam penulisan terutamanya dari aspek

membina ayat dengan betul dan lengkap. Ramai diantara mereka menghadapi masalah menyusun idea

dalam penulisan dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan penulisan mereka

disiapkan mengikut tujuan yang telah ditetapkan

ANALISIS / ANALYSIS :

Semasa berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (PdP) kemahiran menulis, didapati pelajar

menghadapi masalah dalam pembinaan ayat jika bantuan seperti gambar, kosa kata ataurangkai kata

tidak disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila pelajar tidak dapat membina ayat tentang sesuatu

topik ketika sesi pengajaran dan juga berdasarkan semakan buku latihan mereka.

TINDAKAN SUSULAN / ACTION PLAN :

Latihan-latihan seperti melengkapkan ayat, menyusun semula perkataan untuk menjadi ayat betul,

menyusun urutan ayat, dan membina ayat mengikut tahap keupayaan dan kebolehan pelajar diberi

sebagai aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran murid dalam membina ayat tunggal dan ayat

majmuk.

Page 20: rfleksi

Contoh:

PENILAIAN TERHADAP TINDAKAN SUSULAN & PENAMBAHBAIKAN /

EVALUATION OF ACTION PLAN & IMPROVEMENTS:

Murid dapat membina ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan gambar dan amklumat.

KESIMPULAN (REFLEKSI) / CONCLUSION (REFLECTION):

Penguasaan kemahiran menulis bukan hanya bergantung kepada bakat semata-mata malah dipengaruhi

juga oleh pengajaran menulis yang bersistem dan berkesan.

Oleh itu, dalam pengajaran kemahiran menulis, penguasaan peringkat asas adalah dimulakan dengan

menulis huruf, perkataan, ayat dan akhirnya sebuah wacana yang dapat difahami apabila dibaca.