resolusi seminar khas sambutan hari guru · pdf fileresolusi seminar khas sambutan hari guru...

1
RESOLUSI SEMINAR KHAS SAMBUTAN HARI GURU JAIS KALI KE - 12 1 Jun 2016 Menyedari betapa pentingnya peranan guru dan murabbi dalam pembinaan generasi al Quran yang mampu menjadi khalifah untuk meneraju dunia pada masa depan. Menyedari juga betapa pentingnya peranan guru dan murabbi dalam membina ummat yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Maka dengan ini, SEMINAR KHAS SAMBUTAN HARI GURU JAIS KALI KE - 12 yang berlangsung pada 1 Jun 2016, di Dewan Perdana, Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya mencadangkan resolusi seperti berikut. 1. Guru mesti berilmu, berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang unggul supaya mereka dapat dicontohi dan dihormati. 2. Guru perlu menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk belajar kerana motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Guru perlu memiliki kemahiran terkini dalam Teknologi Maklumat Komunikasi, media baru, kemahiran penyelidikan, kemahiran penulisan dan pembangunan modul-modul pengajaran dan pembelajaran. 4. Guru perlu menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk pendidikan untuk pembangunan pendidikan negeri dan negara serta pembangunan modal insan. 5. Guru muslim cemerlang berteraskan kepada konsep Mudarris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim. 6. Guru perlu berperanan besar dalam pembangunan agama, bangsa dan negara. 7. Teori dan praktikal perlu digabungkan untuk memastikan kemenjadian guru dan murid 8. Pendekatan bimbingan perlu diberi keutamaan dalam pendidikan formal atau tidak formal.

Upload: dangminh

Post on 07-Feb-2018

217 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: RESOLUSI SEMINAR KHAS SAMBUTAN HARI GURU  · PDF fileRESOLUSI SEMINAR KHAS SAMBUTAN HARI GURU JAIS KALI KE - 12 1 Jun 2016 Menyedari betapa pentingnya peranan guru dan

RESOLUSI

SEMINAR KHAS SAMBUTAN HARI GURU JAIS KALI KE - 12

1 Jun 2016

Menyedari betapa pentingnya peranan guru dan murabbi dalam pembinaan generasi al Quran yang mampu menjadi khalifah untuk meneraju dunia pada masa depan. Menyedari juga betapa pentingnya peranan guru dan murabbi dalam membina ummat yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Maka dengan ini, SEMINAR KHAS SAMBUTAN HARI GURU JAIS KALI KE

- 12 yang berlangsung pada 1 Jun 2016, di Dewan Perdana, Masjid Raja Haji Fisabilillah, Cyberjaya mencadangkan resolusi seperti berikut.

1. Guru mesti berilmu, berkemahiran dan mempunyai sahsiah yang unggul supaya mereka dapat dicontohi dan dihormati.

2. Guru perlu menimbulkan motivasi kepada pelajar untuk belajar kerana motivasi memainkan peranan yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

3. Guru perlu memiliki kemahiran terkini dalam Teknologi Maklumat Komunikasi, media baru, kemahiran penyelidikan, kemahiran penulisan dan pembangunan modul-modul pengajaran dan pembelajaran.

4. Guru perlu menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk pendidikan untuk pembangunan pendidikan negeri dan negara serta pembangunan modal insan.

5. Guru muslim cemerlang berteraskan kepada konsep Mudarris, Muaddib, Murabbi, Mursyid dan Muallim.

6. Guru perlu berperanan besar dalam pembangunan agama, bangsa dan negara.

7. Teori dan praktikal perlu digabungkan untuk memastikan kemenjadian guru dan murid

8. Pendekatan bimbingan perlu diberi keutamaan dalam pendidikan formal atau tidak formal.