resipi

36
Bahan2: 1 cawan gula 1 cawan air panas 1 cawan tepung gandum 1 cawan susu pekat 2 camca teh soda bikarbonat 4 biji telur 2 camca besar mentega Cara2: Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan. Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati. Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.Bahan senang, buat senang..makan lagi senang!! ekekekeke..

Upload: adah-awie

Post on 13-May-2015

2.125 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Aneka resipi

TRANSCRIPT

Page 1: Resipi

Bahan2:

1 cawan gula1 cawan air panas1 cawan tepung gandum1 cawan susu pekat2 camca teh soda bikarbonat4 biji telur2 camca besar mentega

Cara2:

Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air & kacau hingga cair. Berhati semasa masukkan air, sbb gula tu akan meletup2...tutup periuk utk elakkan terkena percikan (pasai i da kena dulu u!berbekas jari i yg halus ni ahaks!). Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

Pukul 4 biji telur tu sehingga kembang & pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.Ayak tepung dan soda. Masukkan sedikit demi sedikit. Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi...kacau rata. Perap adunan selama 3-4 jam (aku perap 6 jam sebab lupa2 kucing..ekekekeke). Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam.Bahan senang, buat senang..makan lagi senang!! ekekekeke..

Kek cawan

Page 2: Resipi

BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKES

   BUTTERCREAM UNTUK CUPCAKESSumber: Lady Aries/ Allrecipes.comBahan-bahannya1/2 cawan shortening1/2 cawan mentega, dilembutkan1 sudu the esen vanilla3 cawan gula2 sudu besar susu segarCara-caranya1. Dalam mangkuk pembancuh, pukul mentega, shortening dan esen vanilla. Masukkan gula satu cawan dalam satu masa dan pukul sehingga rata sebelum masukkan gula yang seterusnya. Masukkan pula susu segar dan pukul sehingga buttercream menjadi ringan dan gebu. Icing hendaklah ditutup dengan tuala lembab sehingga tiba masa untuk menggunakan.  CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICINGResipi ini adalah sumbangan dari Lady Aries (Forum Resipi Diana), D panjangkan resipi ini kepada anda semua disini. Kita pernah berbincang mengenai penggunaan Meringue Powder iaitu serbuk yang dihasilkan dari putih telur.Tetapi jika anda was-was dengan produk yang bakal anda gunakan, ada cara lain untuk menyediakan Royal Icing iaitu dengan menggunakan putih telur. Dilain masa D akan berkongsi resipi Royal Icing yang menggunakan putih telur. Terima kasih Cikgu Cool sudi berkongsi resipi dengan kita semua.CUPCAKES COKLAT WITH ROYAL ICINGSumber: Lady AriesBahan untuk kek coklat1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir1 cawan susu cair1 cawan minyak masak1 cawan susu manis1 1/4 cawan tepung gandum1tsp baking powder1 tsp soda bicarbonate3 biji telur

Page 3: Resipi

Cara-caranyaCampur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periuk dan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.Tepung,soda dan baking powder di ayak satu. Telur dipukul kembang dan dicampur dng campuran koko tadi.Gaul rata dan capur tepung. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik. Bakar selama 20 mins at 170 degrees celsiusBahan untuk Royal icing4 1/2 sudu teh meringue powder2 cawan gula icing – diayak3 sudu besar air panasCara-caranyaCampurkan semua bahan dan dipukul hingga sebati. Jangan dedahkan icing kepada udara. Sebaiknya tutup dengan tuala lembap. 

KEK

Bahan-bahan 

1 ¼ cawan/250 gm mentega1 cawan /230 gm gula kaster5 biji telur 1 ¼ cawan/270 gm tepung halus (superfine)1 camca teh serbuk penaik 4 sudu susu pekat4 camca besar susu segar/cair1 camca teh esen vanilaCara membuatnya

1. Ayak tepung dengan serbuk penaik. Ketepikan.2. Putar mentega, gula sehingga gebu. Masukkan sebiji demi sebiji telur, pukul sebati

setiap kali.3. Campurkan tepung yang diayak, kacau sebati.

Page 4: Resipi

4. Letak susu pekat, susu cair dan vanila.5. Bila sebati, timbang sebanyak 44 gm untuk setiap cawan kek (saiz sederhana) atau

paipkan 3/4 penuh.6. Bakar pada 180 0C selama 20-25 minit atau hingga masak.7. Biar kek sejuk sebelum dihias dengan aising.8. Untuk menghias ratakan kek cawan dan sapulah kek dengan aising.9. Hiaskan mengikut cita rasa kreativiti masing-masing.

AISING Bahan-bahan 

½ cawan/ 100 gm mentega ¾ cawan/150 gm krimwell¾ cawan/130 gm gula aising-ikut kesukaan ½ camca teh esen vanilaPewarna mengikut kesukaan

Cara membuatnya

1. Pukul semua bahan dengan pemutar elektrik sehingga kembang, pucat dan gebu.2. Pastikan berhenti sekali-sekali dan kacau dengan spatula supaya semuanya sebati.3. Bila kembang, pucat dan gebu, bahagikan mengikut warna yang dikehendaki. Siap

untuk diguna.

 Marble Vanilla Muffin

BAHAN-BAHANNYA 

180 g mentega

140 g gula halus

2 biji telur gred A

Page 5: Resipi

100 ml susu segar

220 g tepung gandum*

2 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)

1 camca teh esen vanilla

1 camca teh coklat emulco

CARA MEMBUATNYA 

1. Putar mentega dengan gula halus hingga putih, masukkan telur satu persatu

sambil terus memutar hingga kembang. Perlahankan speed, masukkan tepung

berselang seli dengan susu segar, hingga habis. Masukkan esen vanilla dan

kacau rata.

2. Cedok keluar 1/3 adunan dari no. 1 dan masukkan coklat emulco, kacau hingga

rata dan sebati. Sudukan adunan tanpa warna dalam paper cup atau muffin

cup, 1/2 bahagian, kemudian, sudukan sedikit adunan coklat. Gunakan lidi sate,

buat beberapa pusingan untuk membentuk corak marble. Buat hingga siap.

3. Bakar dalam oven pada suhu 175C selama 20 – 25 minit atau hingga masak.

Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidang. Kalau suka boleh juga

hias dengan krim putar dan parutan coklat…

Yang ni bawa masa gath kat klcc hari sabtu

lepas..taklah selawa ah mat gebu punya..kali ni akak bubuh coklat kat dalam muffin ni dan

letak choc chip kat atas muffin tu…lupa pulak nak tunjuk kat dalam dia…

Page 6: Resipi

Nak buat krim

Bahan-bahan:  

125 gram mentega (saya guna jenama Butterlite)125 gram krimwell 80 gram gula kaster 1 sudu besar susu sejat (susu cair) 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara membuat:

1. Pukul krimwell dan mentega sehingga berwarna putih.2. Masukkan gula dan pukul sehingga gula larut. 3. Masukkan esen vanilla, susu dan pukul rata.4. Bahagikan adunan dan warnakan mengikut warna yang disukai. 5. Simpan dingin.

Kek coklat moist

Page 7: Resipi

Bahan-Bahan:

1 cawan serbuk koko1 cawan gula pasir1 cawan susu cair1 cawan minyak masak (jika ganti dgn butter cair lagi sedap)½ cawan susu manis1 ¼ cawan tepung gandum1 tsp baking powder1 tsp soda bicarbonate3 biji telur

Cara-cara

1. Campur koko,gula,susu cair,susu manis dan minyak ke dlm periukdan masak sebentar atas api kecil sehingga semua larut.2. Tutup api biarkan adunan suam Tepung3. Soda biakrbonat dan baking powder di ayak.4. Telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi5. Gaul rata dan campur tepung.6. Gaul sebati dan tuang dalam acuan dan jangan sampai penuh sebab nanti adunan naik.(tuang dlm 1/2 acuan je)7. Tutup acuan dgn aluminium foil agar tidak masuk wap8. Kukus selama 1 1/2 jam baru angkat dan sejuk kan

Sedia untuk dikukus selama 1 1/2 jam

TOPPING COKLAT dari Noor Masri

Bahan-bahan:

250 g coklat masakan } potong kecil21 sudu besar majerin130 ml double cream atau whipping creamsket gula halus secukup rasa (supaya topping tu tak pahit sgt) - optional

Page 8: Resipi

Cara-cara

1. Cairkan coklat secara double-boiler Alihkan dr api kemudian2. Masukkan majerin, gula & cream dan kacau sehingga sebati3. Curahkan atas kek kemudian ratakan4. Bila dah agak sejuk/beku baru boleh lorekkan dgn garpu secaramelintang dan menegak selang seli.

** ada beberapa cara memasak yang saya tidak ikut tetapi hasil kek mmg amat memuaskan setelah menggunakan resepi ini

Sedia di hidang =)

sila abai topping saya yg comot ini

saya budak baru belajar..huhuhu~

Page 9: Resipi

Kek pablova

Bahan-bahan  

4 biji putih telur1 sudu besar tepung jagung1 sudu teh krim of tartar1 cawan gula kastor1 sudu teh cuka / jus lemon

Topping

wipped krimraspberry beku / strawberi / blueberry.

Cara-cara:

1. Pukul putih telur dan krim of tartar  sampai Kembang menggunakan electric mixer . 

2. Bila telur dah Kembang, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit (satu sudu pada satu masa) dan pukul hingga sebati

3. Bila adunan tu dah betul-betul sebati, gebu, takde ketulan, berhenti pukul adunan tu dan masukkan jus lemon atau cuka dan Tepung jagung

4. Pukul adunan tu kejap dan flip lebih cepat-cepat di atas bekas nak bakar tu. Alas dengan kertas baking ok!

Page 10: Resipi

5. Pastikan uolls dah pra-haba ketuhar tu dulu. Kalau oven jenis cepat panas, panaskan terlebih dulu la masa nak bentuk kan meringue ni. buatlah petak ke, bulat ke. ikut suke uolls la.

6. Bakar pada Suhu 130 darjah celcius selama 1 jam 15 minit atau sehingga warna kuning-kuning-krim-coklat sikit!

7. Bila dah masak, buka oven tu dan JANGAN KELUARKAN meringue tersebut tetapi Biarkan dia sejuk dalam oven.

8. Agak-Agak dah sejuk or suam-suam ke, boleh la semburan whipped cream atas meringue tu. Jangan letak whipped cream masa meringue tu panas, nanti cair plak krim tu. Kemudian, hiaslah dengan buah-buahan tadi ikut Citarasa masing-masing.

Page 11: Resipi

RESIPI RED VELVET CAKE @ KEK BALDU MERAHResipi Asal : Joyofbaking

Sumber : noorsha.blogspot.com

Bahan2 untuk Kek250 gm tepung gandum1/2 sk garam15 gm serbuk koko113 gm butter - suhu bilik300 gm gula icing - aku guna 150 gm je2 biji telur grade A1 sk esen vanila240 ml buttermilk - aku gune 240ml susu segar + 1 sb cuka2 sb pewarna merah1 sk cuka1 sk baking soda

Cream Cheese Frosting227gm cream cheese227 gm mascarpone cheese - aku gune cream cheese juge1 sk esen vanila

Page 12: Resipi

115 gm icing sugar - aku gune 50gm saje360ml whipping cream - aku guna 1/4 cawan air panas

  Cara-cara1. pnaskan oven pade suhu 350 F @ 170 C2. ayak tepung,garam dan serbuk koko. ketepikan.3.pukul butter dan gula hingga kembang. Campurkan telur satu persatu dan pukul sekali lagi hingga gebu.4.Masukkan esen vanila, kacau rata.5.Campukan buttermilk @ susu segar yg dicampur cuka dgn pewarna merah.6.masukkan buttermilk dengan adunan tepung tadi berselang seli,setiap satunya 3 bahagian iaitu dinulakan dan diakhiri dengan tepung (tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung, buttermilk, tepung). kacau rata.7. didalam cawan kecil,  satukan cuka dengan baking soda, biarkan ia berbuih dan cepat masukkan dalam adunan tadi. kacau rata.8. masukkan adunan ke dalam loyang yang sesuai, (jgn lupe sapu loyang ngan butter dan sedikit tepung dulu) dan bakar sehingga 30 minit atau kek masak sepenuhnya. (cucuk kek ngan lidi, kalo x melekat kek pade lidi

Page 13: Resipi

maknenye da masak la tu).9. setelah masak biarkan kek sejuk seketika sebelum menyapuye dgn cream cheese frosting...

Cream Cheese Frosting1. pukul laju cream cheese & mascarpone cheese hingga licin.

2. campurkan esen vanila dan gula. pukul lagi hingga larut dan licin.3. campur whipping cream atau air panas. kacau lagi sampai betul2

smooth...4. belah kek  pada 4 bahagian sama besaR (aku belah 2 je sebab gune

loyang besar n kek rendah)5.sapu setiap belahan ngan cream cheese frosting. 

6. sapu bahagian luar kek ngan cream cheese frosting. boleh hias dgn kelapa kering jika suka @ ikut kreativiti anda.

7. sejukkan sebentar beberapa jam hingga cream cheese sedikit keras, blh la dihidang..(aku sejukkan semalaman) sedaaappppppp tau kek nie... ^^

Page 14: Resipi

sori ye nak cepat... tuan umah nak gi jenjalan ngan adik n emak tersayang.. nanti tuan umah translate resipi ni kendian ye... apepon kek ni

sedap sgt n x rugi mencube... info yg baru didapati, ade sesetengah bakery yg jual kek ni RM 24.00 /slice..mahal kan? wat sendiri lg puas ati...yummy!

~

NASI BERIANI UDANG 2010

Jun. 25

beriani udang

resipi cilok drp blog mat gebu.. thanks cik mat.. mmg sedap! :)

rempah beriani kak neny yg bagi... alhamdulillah... seronoknya rasa...

utk resipi.. :

BAHAN-BAHANNYA :-)

500 g beras basmathi, rendam 20 minit dan toskan

8 - 10 ekor udang saiz besar, dibersihkan

1/2 camca teh serbuk kunyit*

Sedikit garam*(*digaul rata)

3 tangkai daun ketumbar - xde

Page 15: Resipi

750 ml air

250 ml susu cair

1/2 cawan lobak merah yang didadu - xde..

1 camca besar minyak masak

3 camca besar minyak sapi

1 helai daun pandan, disimpul - xde..

Garam secukup rasa dan secubit gula

BAHAN TUMIS :-)

2 biji bawang merah, dihiris

1 biji bawang besar, dihiris

2 ulas bawang putih, dihirs

2 cm halia, dititik

1 kayu manis

2 kuntum bunga lawang

2 biji buah pelaga

5 kuntum bunga cengkih

1 camca besar rempah beriani

BAHAN LAIN :-)

1/3 cawan kismis, goreng sedikit

Hirisan daun sup/daun bawang

Bawang goreng

CARA MEMBUATNYA :-) 

Page 16: Resipi

1. Panaskan minyak dan minyak sapi dalam periuk, masuk bahan tumis dan daun padan, tumis

hingga harum dan bawang layu. Masukkan tomato, daun ketumbar, lobak merah dan udang, gaul

rata dan goreng udang hingga kemerahan.

2. Masukkan beras yang ditoskan tadi, gaul rata dan masak sekejap. Alihkan beras dan rempah ke

dalam rice cooker, tuang air dan susu cair. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula, kacau

rata.

3. Masak nasi seperti biasa. Bila kering, tabur kismis dan sedikit bawang goreng. Biar nasi tanak

betul2. Gemburkan, tabur dengan hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum

dihidangkan bersama acar. Nak makan dengan dalca pun ok...

makan ngan kari..yummmm!!

Nasi beriani Pakistan

Bahan bahan:5 cawan beras basmathi (rendam & tos)1 kg ayam, daging atau kambing (dg tulang, lagi sedap)4 kuntum bunga lawang2 inci kayu manis8 buah pelaga10 bunga cengkih1 sb serbuk ketumbar1 sb serbuk jintan manis

Page 17: Resipi

1 sb serbuk jintan putih1 sk serbuk kunyit3 bawang besar – potong dadu5-6 buah tomato masak saiz besar – potong dadu (lagi banyak lagi sedap)2 labu bawang putih – tumbuk3 inci halia – tumbuk1 ½ cawan yoghurt2 bay leave Minyak olive4 biji telur – rebus, kupas & kelar4 biji kentang kecil – kupas & rebus  ½ cawan susu (optional)Saffron & pewarna kuning

HiasanBawang gorengDaun ketumbar – hiris4 biji cili hidup hijau - potong 1 inci Daun mintBadam & kismis, jika suka

Penyediaan Ayam:Perap ayam dengan garam, separuh dari bawang putih dan halia yang dikisar serta serbuk kunyit, serbuk ketumbar, serbuk jintan putih dan jintan manis selama 1 jam.

Bahan Untuk Kuah:-).150 g kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar50 g udang kering, direndam 10 minit, toskan dan goreng garing, kisar halus50 g biskut marie, dikisar halus50 g kismis*50 g cili kering, dibuang biji, rendam dalam air panas dan toskan*

Page 18: Resipi

8 biji bawang merah kecil*3 biji bawang putih*1 1/2 inci halia*(*dikisar halus)Asam jawa sebesar duit 20 sen + 1/2 cawan air, ramas dan tapis utk jusnyaGaram, gula dan serbuk perasa (jika suka)Air secukupnyaMinyak untuk menumis

Bahan Rojak:-).100 g daun salad3 biji kentang, belah 4 setiap biji dan rebus empuk, toskan2 keping tauhu, belah dua2 keping tempe200 g sotong kembang, potong sederhana besar dan celur 5 minit, toskan200 g paru, rebus dan hiris nipis100 g fish ball1 biji timun, dipotong jejari1/2 biji sengkuang sederhana besar, dikupas dan potong jejari2 - 3 biji cili hijau, dihiris kasar23 biji telur, direbusSedikit bijan, disangraiBancuhan tepung beras secukupnya (tahap kepekatan sama mcm nak goreng pisang)

Cara membuatnya:-).

1. UNTUK KUAH ROJAK:- Panaskan minyak dalam periuk. Tumis

bahan2 kisar hingga wangi dan harum. Masukkan kacang tanah dan

udang kering kisar. Masak hingga terbit minyak. Masukkan kisaran

biskut marie dan masak sekejap. Tuang air mengikut keperluan dan

biar mendidih, masukkan jus asam jawa, perasakan dengan garam,

gula dan serbuk perisa (jika suka), masak hingga pekat sedikit dan

matikan api

2. UNTUK BAHAN2 ROJAK:- Asingkan sengkuang, timun, salad dan cili

hijau. Bahan2 selebihnya dicelup dalam bancuhan tepung beras dan

goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan atas paper

towel. Buat hingga semua siap.

3. PENYEDIAAN ROJAK ASMA JB:- Potong kecil mana bahan rojak yang

agak besar. Ambil setiap bahan2 rojak dalam kuantiti sederhana ke

dalam pinggan, tuang kuah rojak dan tabur dengan sedikit bijan

sebelum dihidangkan.

Page 19: Resipi

Bahan-bahan:

5 - 7 biji kentang

3 ulas bawang merah - ditumbuk

2 ulas bawang putih - ditumbuk

1 - 2 inci belacan - ditumbuk

50 gm ikan bilis / udang kering - ditumbuk kasar (i guna udang kering)

1 buku kiub ayam

3 sudu makan cili giling

minyak masak

serbuk perasa (kalau perlu)

Cara-cara:

1. Kupas kulit kentang di dalam rendaman air supaya isi kentang tidak hitam.

2. Apabila siap, cuci semula dan toskan sebentar. Belah kentang kepada 4 atau

mengikut saiz kentang.

3. Rebus kentang sehingga agak empuk bersama 1 buku kiub ayam. Jangan terlalu

empuk supaya tidak hancur.

4. Setelah kentang empuk / lembut, toskan airnya dan goreng sehingga kekuningan.

5. Tumiskan bahan tumbuk bersama cili giling sehingga agak garing dengan api

kecil.

6. Masukkan kentang goreng dan gaul sebati. Sesuaikan rasa dan angkat.

* Tak perlu bubuh garam sebab kentang sudah direbus dengan kiub ayam dan

menggunakan belacan yang sudah sedia berperisa masin.

Page 20: Resipi

* I tambah sedikit hirisan bawang besar

vadei

200 gm ( 1 cawan) kacang hitam (Janggri) yg telah dibuang kulitnya/ulunthu

110 ml air

1 biji bawang besar (potong dadu)

2 tangkai cili kering (buang bijinya dan gunting halus)

2 tangkai daun kari (gunting halus)

1 1/2 sudu teh garam

Cara-cara

1.

 Basuh kacang hitam dan rendam hingga lembut dan kembang kira-kira 20 minit. Toskan airnya.

Page 21: Resipi

2.

 Kisar kacang didalam blender bersama air. Kalau mata blender tak berpusing, tambahkan sedikit

air lagi setakat membolehkan ia berpusing.Jgn terlalu byk nanti adunan cair susah untuk digoreng.

3.

 Letakkan paste tadi kedlm bekas dan gaul bersama bahan-bahan lain. Sudukan ke dalam minyak

panas dan goreng hingga masak.

Sabsuka

Salam hari Rabu iaitu 22 Ramadhan 1431H semua....Hari ini kan saya masak masakan orang Arab iaitu Sabsuka untuk iftar...ini 1st time saya mencuba masak sabsuka nie, slalunya beli je...tapi slalunya klu beli kan sabsuka nie takde pula ditaburkan keju tapi kata teman sekerja saya klu orang arab masak dorang taburkan keju baru dibakar...nie resepi nie saya dapat dari teman sekerja saya lah nie...terimakasih ya kerana sudi berkongsi resepi dgn saya dan dapat pulak saya kongsi resepinya dgn pengunjung2 blog saya nie....marilah kita lihat resepinya....

Bahan-Bahannya

1 kilo daging cingang

Page 22: Resipi

5 biji bawang besar, dipotong dadu

4 ulas bawang putih *

halia sebesar ibu jari * (* dikisar)

4-5 sdm rempah bamia

1 botol tomato sos3-4 biji tomato, dipotong dadu

sedikit daun ketumbar

sedikit daun pudina

4-5 biji telur

minyak sapi

mozarella cheese secukupnya

garam dan serbuk perasa secukupnya

(Sabsuka sebelum ditabur cheese dan dibakar)

Cara-Caranya

Goreng daging cincang dengan minyak sapi kemudian diketepikan dulu. Panaskan minyak sapi dan tumis bawang besar sehingga layu kemudian masukkan bawang putih dan halia yang telah dikisar. Setelah naik bau masukkan rempah bamia. Kacau rata klu perlu ditaruk air boleh ditaruk sedikit air. Setelah garing masukkan tomato sos, tomato, garam dan serbuk perasa. Gaul rata dan diikuti dengan masukkan daging cincang yang telah digoreng terlebih dahulu dan juga daun ketumbar. Setelah mendidih, renjiskan sedikit minyak sapi diatas masakan ini dan pecah kan telur. Biarkan telur setengah masak kemudian tuangakan kedalam loyang atau allimunium tray. Taburkan sedikit daun pudina dan mozarella cheese secukupnya dan bakar sekitar 10 min. Siap untuk dihidangkan. Sedap dimakan bersama roti....ikut citarasa masing2, roti perancis atau ban bakar boleh atau roti kosong pun boleh...Selamat mencuba.....

Page 23: Resipi

(Sabsuka setelah dibakar)

Puding Telur Beroti / Puding Telur Beroti >>

 Kak Rosaliza

Bahan2nya

~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus

Page 24: Resipi

~ 4 keping roti gardenia~ 3 biji telur - di pukul manja dan di tapis~ 2 cawan air suam~ 1 Atau 3/4 cawan susu pekat manis~esen vanilla

Cara- cara

Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan. Panaskan pengukus..... Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu. Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak..

RESEPI PUDING ROTI MARBLE COKLATSource : [email protected] Sharing by:[email protected]

Bahan-bahan

* 4 keping roti* 2 biji telur* 1/2 cawan susu pekat* 170ml susu cair* 10gram serbuk agar2 @ sepeket* 1/2 cawan gula - bleh kurangkan* 2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)* 31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml* 2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys*hasue tambah sedikit browning sugar

Cara-cara

1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.

Page 25: Resipi

3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).5. Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah [email protected]. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.7. Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

Puding Karamel Tanpa Telur

PUDING KARAMEL TANPA TELUR

Bahan :

A) 2 senduk gula B) 1 bungkus agar-agar serbuk 4 cawan air 2 1/2 senduk gula C) 1 tin susu cair (lebih kurang 400g)

Page 26: Resipi

2 sudu makan tepung kastard 1 sudu vanilla (Campur sebati semua bahan C)

Cara-cara :

1. Hanguskan gula macam buat karamel utk puding karamel yang lain gak...biasanya saya hanguskan gula terus atas acuan,bila dah kaler emas tuang air sikit (sy letak lebih kurang 3 sudu besar) .. pastu ketepikan..2. Dalam periuk didihkan bahan b. kecilkan api kemudian masukkan bahan c. kacau rata selama lebih kurang 3 minitn @ sehingga adunan sedikit likat dan pekat. Matikan api, tuang adunan dalam acuan yang berisi gula hangus. - sy tapis dlu adunan ketika dimasukkan ke dalam loyang utk mengelakkan ada buih2 atau ketulan agar2 yg tidak hancur 3. Bekukan sebentar, dan hidang. (lebih sedap dihidang sejuk-sejuk).

PUDING LABU MANIS

Page 27: Resipi

Tuangkan ke dalam sebiji labu yang juga sudah dikukus dan sedia dijamah.

Oleh: EDITORIAL RASATarikh: 25 April 2012

Waktu memasak : 10 minitSaiz hidangan untuk : 8 orang

BAHAN-BAHAN : 200gm agar-agar 500gm labu 1.25 liter santan (5 cawan) 100gm gula 10gm susu tepung

CARA MEMASAK:1. Didihkan air bersama gula, gula batu dan agar-agar kering di dalam periuk

sehingga hancur.2. Angkat dan tapiskan.3. Masukkan semula bancuhan ke dalam periuk dan tambahkan santan. Biarkan

dididih lagi sehingga sebati.4. Angkat dan tuangkan ke dalam acuan dan sejukkan.5. Hiaskan bersama kepingan kelapa kering.

Page 28: Resipi

RESEPI: SAGO PEARL PUDDING@PUDING SAGU PELANGIBahan-bahan :1 cawan biji sagu1 liter air20 gm serbuk agar-agar11/2 cawan gula pasir3 helai daun pandan1 tin susu cair3 jenis pewarna kegemaran

Cara :1. Rendam biji sagu selama 2 jam. Kemudian rebus hingga biji sagu menjadi jernih(Saya masukkn beberapa titis olive oil ke dlm air rebusan sagu)Tuangkan ke dalam tapisan dan cuci di bawah air mengalir utk membuangkan kanji dan mengelakkan ia melekat-lekat.2. Bahagikan biji sagu kepada 6 bahagian berasingan dan warnakan 3 bahagian berbeza-beza dengan pewarna kegemaran anda. Lagi 3 bahagian sagu biarkan pada keadaan asal.3. Masukkan 1 liter air bersama serbuk agar-agar, gula dan daun pandan ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.4. Masukkan susu cair.Kemudian tutup api5. Cedok 200 ml larutan agar-agar dan masukkan ke dalam 1 bekas sago tanpa warna. Kacau rata dan tuang ke dalam acuan yang telah dibasahkan dengan air. Biar keras seketika dan kelar permukaan agar-agar dengan pisau.6. Cedok 200 ml larutan agar-agar lagi dan masukkan ke dalam 1 bekas sago dengan pewarna dan kacau rata. Tuang perlahan ke atas lapisan pertama tadi. Biarkan keras seketika sebelum mengelar permukaan agar-agar dengan pisau.7. Ulangi langkah 5 & 6 beberapa kali sehingga habis semua larutan agar-agar dan biji sago digunakan. Sejukkan di dalam peti ais...

Page 29: Resipi

Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan-Bahan Sagu Gula Melaka

Bahan A :

2 cawan sagu

5 cawan air

Bahan B :

3 cawan santan

1/2 cawan gula pasir

1/2 sudu kecil garam

Bahan C :

1 keping gula Melaka @ 1 cawan gula merah

1 cawan air

1 cawan air

1 helai daun pandan

Cara-Cara Membuat Sagu Gula Melaka

1. (Adunan A) Panaskan air hingga mendidih. Bersihkan biji sagu dan

masukkan ke dalam air mendidih.

2. Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan cuci dengan air sejuk

sehingga hilang kanjinya.

3. Masukkan ke dalam acuan2 kecil dan sejukkan.

4. Cara-cara Adunan B : Panaskan santan, garam, daun pandan dan gula

hingga mendidih.

5. Buang daun pandan dan sejukkan.

6. Cara-cara Adunan C : Masakkan gula Melaka, daun pandan dan air hingga

gula hancur.

7. Buang daun pandan, tapiskan dan biarkan ia sejuk.

Page 30: Resipi

8. Cara menghidang : Keluarkan sagu dari acuan2 kecil dan letak dalam

mangkuk @ pinggan menghidang.

9. Curahkan Adunan B, diikuti oleh Adunan C.

Kuih koci

Inti Kelapa  

BAHAN-BAHANNYA :-

1/2 biji kelapa muda (parut)100g gule merah (cairkan dengan air dan tapis)4 sudu gula pasirDaun pandan

CARA MEMBUATNYA :-

1. Satukan semua bahan dan masak menggunakan nyalaan api yang perlahan sehingga inti kelapa sedikit kering.* Jangan terlalu kering..nanti x brp best..:)

Pati santan

BAHAN-BAHANNYA :-

1/2 cawan pati santan pekat

Page 31: Resipi

1 cawan air  +  2 sudu tepung jagunggaram1 helai daun pandan

CARA MEMBUATNYA :-

1. Satukan semua bahan dan masak dengan nyalaan api yang kecil. Tunggu sehingga pekat dan masak.

 Adunan kuih koci    

BAHAN-BAHANNYA :- 300 g tepung pulut 100g tepung pulut hitam1 cawan santan cairair secukupnya  CARA MEMBUATNYA :-  1. Satukan semua bahan dan gaul sebati. Jangan terlalu cair. Agak2 boleh kepal dan x berapa nk melekat kat tangan. 

STEP NAK BUAT KUIH KOCI  1. Panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak.2. Bentuk bulat adunan koci seperti biase dan masukkan inti jugak tau, jangan lupa.  Buat sampai siap.3. Kemudian rebus adunan dalam air menggeledak sehingga kelihatan terapung dan kembang sedikit. Angkat dan masukkan kedalam pati santan tadi.4. Kemudian, barulah dilipat didalam daun pisang sehingga semua siap. Dan Kukus lebih kurang 5 minit. Siap.