resepiibu

14
Nasi Kerabu Kelantan

Upload: anuarbejo

Post on 11-Nov-2015

26 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

zz

TRANSCRIPT

Nasi Kerabu Kelantan

Nasi kerabu memang sinonim dengan negeri kelahiran ku, negeri Che Siti Wan Kembang yang dikenali sebagai Serambi Mekah. Resepi nasi kerabu ini juga ada dimuatkan dalam majalah MIDI, nak tengok boleh klik di SINI. Ada 2 jenis nasi kerabu disediakan di Kelantan. Yang biasa adalah nasi kerabu putih yang dimakan lengkap dengan kuah tumis. Susunan hidangan nasi kerabu yang biasa adalah dimulai dengan nasi, ulam, sambal kelapa, kuah tumis dan budu.

Ada pula versi biru, yang tidak dimakan dengan kuah tumis, sebaliknya hanya dimakan dengan ulam, sambal kelapa dan sambal cili. Di atasnya, diramaskan beberapa keping keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin. Ini kira versi baru sebab masa kecil, saya hanya makan versi nasi kerabu putih jer. Tak tau lah kat tempat lain.

Saya memang belajar buat nasi kerabu ni sejak dari remaja dan kebetulan sekarang Nana pula memang suka makan nasi kerabu. Bagi memastikan kuah tumis yang sedap, saya sms my cousin Cik gu Wan Faizah bertanyakan cara cara beliau menyediakan kuah tumis yang sangat sedap. Beliau memang handal dalam bab masak memasak terutama masakan Kelantan seperti juga emaknya, yang saya panggil Kak Nik Bidah.

Kuah tumis ni saya buat malam tadi kerana ianya lebih sedap jika disediakan at least semalaman. Tapi frust sikit sebab kejadiannya tak berapa mengancam kerana walaupun memasak berjam lamanya, macam tak berapa naik minyak. Saya rasa santan yang diguna telah dicampur dengan tepung kot. Zaman sekarang ramai orang suka mengaut untung dengan cara begini. Zaman dulu saya tak tumis pun bahan kisar. Semuanya dimasak lama lama sehingga pecah minyak. Tapi kini kita perlu menjimatkan masa dan kos juga.

Ulam ulaman ni kalau di zaman dulu, kami masuk hutan untuk mencari ulaman dibuat nasi kerabu seperti daun penna, pucuk gajus dan macam macam lagi lah. Tapi zaman sekarang susah nak mendapatkan ulam macam tu, jadi sayur kubis digunakan sebagai ulam utama. Kalau dah ada ulam ulaman ni, bolehlah sekali buat Laksam Kelantan sebab ianya menggunakan ulam yang sama. Klik di SINI untuk resepi Laksam.

Kelapa parut pun telah digoreng malam tadi. Begitu juga ikan rebus. Pagi ini tinggal menyiapkannya sahaja serta memasak nasi dan menghiris ulam ulaman. Saya memang suka meratah sambal kelapa ini. Masa kecik dulu, sambil menumbuk sambal kelapa, sambil masuk mulut juga.

Walaupun nasi kerabu biru tapi saya sediakan juga kuah tumis. Kiranya nasi kerabu ni dah kawin kedua dua versi nasi kerabu lah. Sebab saya memang suka nasi kerabu original yang menggunakan kuah tumis. Sebab tak ada bunga telang, letak jer sikit pewarna biru. Tak nak letak warna pun tak apa, biarkan putih. Jom layan lah resepinya dulu...

Nasi Kerabu KelantanOleh: Azie Kitchen

NasiMasak beras seperti biasa. Masukkan bunga telang dan kacau kacau bagi rata warnanya, jika mahukan nasi kerabu berwarna biru. Saya hanya memasukkan pewarna biru dan daun limau purut. Jika suka boleh juga masukkan 1 batang serai ketuk.

Kuah TumisSantan7 ulas bawang merah1/2 labu bawang putih3 bawang besar15 cili kering1 cm halia1 serai - ketuk1 asam keping2 sb gulaSedikit gula melaka2 sb buduGaram (kena rasa masin dulu)

Blend semua bahan di atas kecuali serai diketuk. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk dan serai sehingga wangi. Masukkan sedikit air dan masak sehingga mendidih.

Masukkan santan dan sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul. Masukkan asam keping, budu dan gula. Jika menggunakan budu, dirasakan dulu sebelum dimasukkan garam. Masak sehingga pecah minyak.

Nota: Kuah tumis biar ada rasa masin masin sikit. Kuah tumis sedap disediakan lebih awal dan mesti agak pekat. Kalau makan pagi, disediakan disebelah malamnya.

Sambal Kelapa1 Ikan kembung - rebus & ambik isi1/2 biji kelapa parut - goreng4 bawang merah2 batang seraiGaramGula

Goreng kelapa dan kacau sentiasa supaya tidak hangit. Tumbuk semua bahan dan gaul dengan kelapa goreng.

Tumbuk lagi sekali. Kali ini saya cuma menggaul rata, tak ditumbuk lagi selepas digaul. Masukkan garam dan gula.

Ulam ulamanKacang panjangKubisTimunDaun kesumBunga kantanBawang besarKacang botolTaugeh

Hiris halus kesemua ulam ulaman.

Sambal CiliCili padiCukaGaramGula

Sambal cili adalah wajib jika tak dibuat kuah tumis.

Lauk paukTelur masinIkan rebus goreng celup tepungDaging bakarDaging goreng atau ayam goreng Keropok atau keropok lekorSolok ladaBawang putih jeruk Atau apa apa jer yang disukai

Cara MenghidangLetakkan nasi di dalam pinggan. Masukkan ulam ulaman diikuti dengan sambal kelapa.

Kemudian sendukkan sedikit kuah tumis, budu dan sambal.

Akhir sekali, letakkan keropok dan lauk pauk seperti telur masin, daging bakar, ikan celup tepung, daging goreng dll.

Jika suka letakkan pulak sayuran seperti solok lada, bawang putih jeruk dll.