resensi buku

12
Hang baca buku apo? Hang baca buku apo? REVISI BUKU Cheq baca buku cita..mai la sini! Cheq baca buku cita..mai la sini!

Upload: latifah-tarkep

Post on 06-Jul-2015

195 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

Resensi buku untuk menambah ilmu daripada pelbagai sumber.

TRANSCRIPT

Page 1: RESENSI BUKU

Hang baca buku apo?

Hang baca buku apo?

REVISI BUKU

Cheq baca buku cita..mai

la sini!

Cheq baca buku cita..mai

la sini!

Page 2: RESENSI BUKU

Haa…sapa??Haa…sapa??

Page 3: RESENSI BUKU

Lahir di Kampung Ulu Seperi Rembau Negeri Sembilan pada 2hb Jun 1954. Kini menetap di Jelebu Negeri

Sembilan. Lebih dikenali dengan panggilan `Pak Latip`. Penulis sepenuh masa dan aktif. Menulis sajak, cerpen, rencana, drama tv dan novel. Sejak tahun 2007 beliau menumpukan penulisan novel sejarah dengan PTS, kini

lebih 30 buah novel dihasilkan. Sehingga kini, beliau dapat menerima pengiktifan dan penghargaan dari pelbagai pihak. Beliau berharap hasil penulisan beliau diterima

masyarakat serta dapat membantu pelajar sekolah dalam subjek sejarah islam dan sekaligus menarit minat remaja

untuk lebih mendalami ilmu sejarah islam.

Mai kenal pak latip!

Mai kenal pak latip!

Page 4: RESENSI BUKU

…pengiktirafan…Novel karangan beliau iaitu Randau Ruai dan Beraraklah Awan Pilu masing-masing telah memenangi tempat pertama dalam Peraduan Menulis Sastera dan Budaya Sarawak dan Hadiah Sastera Utusan pada tahun 2005

Dalam senarai 'Top 100 Penerima Royalti Tertinggi Bagi Jualan 2011 PTS', beliau menduduki tempat pertama dalam senarai tersebut. Pada tahun yang sama, jualan buku-buku beliau yang mengkompilasikan beberapa novel yang telah diterbitkan iaitu Imam-imam yang Benar, Khalifah-khalifah yang Benar dan Perang-perang yang Benar telah mencecah lebih sejuta ringgit.[

Pingat Khidmat Cemerlang Masyarakat (PMC) oleh kerajaan Negeri Sembilan pada tahun 2007

10 penulis terbaik dengan hasil jualan 700,909buah buku pada tahun 2013

Novel Istana Menanti dijadikan sebagai KOMSAS tingkatan 1

Page 5: RESENSI BUKU

Aktiviti lain pak latip..

Selain terlibat dalam bidang penulisan, Pak Latip juga aktif dalam kerja-kerja kebajikan dan kemanusiaan. Beliau gigih dalam kempen membantu masyarakat Islam Kemboja yang

daif. Melalui laman Facebook beliau, Pak Latip berusaha meminta masyarakat dan peminat beliau untuk

menyumbangkan wang bagi membantu minoriti Muslim Kemboja. Antara bantuan yang dihulurkan melalui dana yang dikumpul adalah bantuan persekolahan, elaun kepada guru-guru, menderma naskhah-naskhah Al-Quran serta membina

perigi di kampung Trapiang Bralit dan Ratanatkiri.

Gemar melancong ke luar negara untuk mendapatkan kesahihan sesuatu maklumat.

Page 6: RESENSI BUKU

Antara karya pak latip

Page 7: RESENSI BUKU

SINOPSISCiri-ciri bukuNilai murni

Page 8: RESENSI BUKU

Buku Sultan Muhammad al-Fateh – Penakluk Konstantinopel dikarang oleh Abdul Latip Talib dan diterbitkan pada 5 September 2008. Ia diterbitkan oleh PTS Publications & Distributors Sdn Bhd dalam bahasa Melayu.Buku ini merupakan salah satu daripada siri Novel Sejarah Islam yang ditulis oleh Abdul Latip dan mengisahkan peristiwa Kejatuhan Constantinople yang dilaksanakan oleh Sultan Muhammad II atau lebih dikenali sebagai Muhammad Al-Fateh (pembuka) disebabkan peranannya dalam membuka semula kota tersebut.

Semasa hayat baginda Rasulullah SAW, baginda telah meriwayatkan, "Konstantinopel akan jatuh ke tangan seorang pemimpin yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." Selepas kewafatan baginda SAW, terdapat beberapa khalifah umat Islam yang berusaha untuk merealisasikan sabda baginda itu. Antara khalifah tersebut ialah Sayyidina Ali bin Abi Talib (34 H), Sayyidina Muawiyah (84 H) dan Khalifah Harun Al Rasyid (165 H), namun kesemua usaha itu menemukan kegagalan. Pada 27 Rejab 835H bersamaan 29 Mac 1432M, Sultan Muhammad II dilahirkan. Sejak dalam buaian lagi, seorang alim ulama, Syeikh Syamsuddin al-Wali telah meramalkan bahawa baginda bakal mencipta sejarah yang besar. Beliau telah berkata kepada ayahanda Muhammad II, Sultan Murad, "Wahai Sultan Murad, bukan tuanku yang akan membebaskan kota Konstantinopel, tetapi anak yang di dalam buaian itu.". Sejak itu baginda dilatih hidup bersederhana, dididik dengan ilmu agama dan ilmu peperangan.Setelah menaiki takhta menggantikan ayahandanya pada usia 19 tahun, baginda mula menjalankan usaha untuk membuka semula Konstantinopel.

Page 9: RESENSI BUKU

Bagi merealisasikan sabda Nabi Muhammad SAW yang berkata bahawa kota tersebut bakal ditawan oleh pemimpin, tentera dan rakyat yang baik, maka baginda bukan sahaja berusaha menjadi pemimpin yang baik malahan mendidik bala tentera dan rakyatnya sebaik-baiknya. Kepemimpinan beliau terserlah melalui sifat sederhananya. Baginda sendiri telah membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir bersama rakyat jelata ketika membina benteng Rumeli Hisarri. Perbuatan baginda telah menyebabkan ulama-ulama serta menteri-menteri berasa malu dan terpaksa ikut serta melakukan kerja-kerja berat itu. Selain itu baginda berusaha menyediakan segala kelengkapan dan keperluan yang penting dengan rapi untuk menakluk kota itu seperti memperkukuh persenjataan. Kesemua ini bakal menjadi faktor kejayaan baginda dalam penaklukan itu kelak. Baginda berjaya menguasai kota itu ketika berusia 21 tahun bersamaan 29 Mei 1453 20 Jamadilawal 857 Hijrah.

“Bukan Tuanku yang akan menakluk Konstatinopel, tapi anakanda Tuanku yang di dalam buaian itu yang akan melakukannya”

Page 10: RESENSI BUKU

Mempunyai glosariHadisSurah-surahJalan cerita yang disusun

menarikWatak digarap dengan

berkesan

Page 11: RESENSI BUKU

Pengajaran dan nilai murni

yang saya dapat

Pengajaran dan nilai murni

yang saya dapat

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri. Semasa membina Kubu Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, Baginda mengangkat batu dan pasir hingga para ulama dan menteri-menteri pun terpaksa ikut sama bekerja.

Baginda telah membuat satu persiapan yang besar ke arah cita-citanya yang menggunung bagi menawan Constantinope. Baginda telah menyediakan angkatan tentera yang besar dan canggih dengan para mujahidin seramai kira-kira 265,000 orang dan kapal laut sebanyak 400 buah untuk tujuan ini.(merancang strategi)

Cintakan ilmu

Page 12: RESENSI BUKU

Terima kasih

Bai…cheq pi dulu

Bai…cheq pi dulu