report trip tti

4
Prasekolah Sekolah Kebangsaan Maras telah melaksanakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu. Lawatan sambil belajar ini telah memberikan banyak pengalaman yang menarik selain ilmu pengetahuan yang sangat berguna untuk murid-murid prasekolah. Program lawatan ini telah dilaksanakan pada 16 Julai 2012 bersamaan dengan hari Isnin. Seramai 35 orang murid, 3 orang guru pengiring serta 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) telah menyertai program lawatan ke Taman Tamadun Islam tersebut. Lawatan bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 1.30 petang. Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di seanjang perjalanan kami ke Taman Tamadun Islam. Murid-murid sangat seronok di sepanjang perjalanan kerana banyak pengalaman baru yang dapat mereka timba melalui program lawatan tersebut. Antaranya ialah dapat menaiki bas, menaiki kereta api mini dan juga bot melalui sepanjang sungai di kawasan Taman Tamadun Islam tersebut. Murid-murid juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang sejarah-sejarah 20 buah masjid yang terdapat di seluruh dunia. Mereka juga dapat melihat senibina islam yang sangat cantik sepanjang perjalanan mengelilingi kawasan tersebut menggunakan kereta api mini. Tayangan video tentang latar belakang dan sejarah masjid juga disediakan oleh pihak Taman Tamadun Islam kepada para pengunjung. LAPORAN LAWATAN MURID-MURID PRASEKOLAH TAHUN 2012

Upload: faiznur-fauzi

Post on 25-Jul-2015

47 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Report Trip Tti

Prasekolah Sekolah Kebangsaan Maras telah melaksanakan aktiviti

lawatan sambil belajar ke Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

Lawatan sambil belajar ini telah memberikan banyak pengalaman yang

menarik selain ilmu pengetahuan yang sangat berguna untuk murid-murid

prasekolah.

Program lawatan ini telah dilaksanakan pada 16 Julai 2012

bersamaan dengan hari Isnin. Seramai 35 orang murid, 3 orang guru

pengiring serta 2 orang pembantu pengurusan murid (PPM) telah

menyertai program lawatan ke Taman Tamadun Islam tersebut.

Lawatan bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 1.30 petang.

Terdapat pelbagai aktiviti yang menarik di seanjang perjalanan kami ke

Taman Tamadun Islam. Murid-murid sangat seronok di sepanjang

perjalanan kerana banyak pengalaman baru yang dapat mereka timba

melalui program lawatan tersebut. Antaranya ialah dapat menaiki bas,

menaiki kereta api mini dan juga bot melalui sepanjang sungai di kawasan

Taman Tamadun Islam tersebut.

Murid-murid juga dapat menimba ilmu pengetahuan tentang

sejarah-sejarah 20 buah masjid yang terdapat di seluruh dunia. Mereka

juga dapat melihat senibina islam yang sangat cantik sepanjang

perjalanan mengelilingi kawasan tersebut menggunakan kereta api mini.

Tayangan video tentang latar belakang dan sejarah masjid juga

disediakan oleh pihak Taman Tamadun Islam kepada para pengunjung.

Kemudian, aktiviti menaiki bot mengelilingi kawasan sekeliling

Taman Tamadun Islam juga sangat menyeronokkan dan merupakan suatu

pengalaman baru serta berguna kepada murid-murid dan juga guru-guru.

Sebelum menaiki bot, kami didedahkan tentang keselamatan semasa

menaiki bot oleh pegawai yang bertugas. Selain itu, pegawai tersebut

LAPORAN LAWATAN MURID-MURID PRASEKOLAH TAHUN 2012

Page 2: Report Trip Tti

Murid-murid seronok dapat menaiki bas ke TTI

Cikgu Syuhana bersama murid di atas tram

Murid beratur mengikut cikgu Aliza menuju ke arah bas

Cikgu Aliza membantu murid menaiki bas

telah mendemonstrasikan cara-cara memakai jaket keselamatan yang

betul kepada murid-murid dan juga guru.

Menaiki bot merupakan pengalaman baru untuk murid-murid

prasekolah. Kami dibawa mengelilingi pulau di kawasan sekitar sambil

mendapat penerangan yang terperinci oleh pemandu pelancong tentang

kawasan-kawasan sekitar. Perjalanan menaiki bot mengambil masa lebih

kurang 45 minit. Kemudian, kami dihidangkan dengan makanan tengahari

oleh pihak Taman Tamadun Islam. Pada jam 1.30 petang, kami bertolak

pulang ke sekolah.

Diharapkan segala ilmu yang diperoleh sepanjang lawatan ini dapat

memberikan pengalaman yang bermakna dan dapat diaplikasikan oleh

semua pihak sama ada murid-murid atau guru dalam proses pengajaran

dan pembelajaran pada masa akan datang.

Berikut merupakan gambar-gambar kenangan semasa lawatan

tersebut :-

Page 3: Report Trip Tti

Bergambar bersama di hadapan tram di hadapan Kubah Al Sakhrah, Baitul

Muqaddis

Seronoknya naik tram mengelilingi Taman Tamadun Islam

Melihat tayangan video di dalam monumen interaktif di Kubah Al

Sakhrah

Murid-murid teruja melihat replika Masjid

Bergambar kenangan di hadapan replika Xian Mosque, China

Menjamu selera dengan roti dan air kotak sebelum menaiki bot.

Page 4: Report Trip Tti

Murid-murid sangat seronok dapat menaiki bot mengelilingi pulau di

sekitar TTI.

Murid-murid bersolab jawab pelbagai soalan dengan pegawai TTI di dalam bot

Murid menjamu selera selepas menaiki bot

Menikmati hidangan nasi minyak dan cordial di TTI.. ^^

Pegawai TTI menunjukkan demonstrasi memakai jaket

keselamatan

Murid beratur untuk mengambil jaket keselamatan

Antara masjid-masjid yang terdapat di

Taman Tamadun Islam