rentetan peristiwa mengorak kemerdekaan

Upload: siti-fatimah-abu-bakar

Post on 06-Jan-2016

49 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

skrip pentomin

TRANSCRIPT

RENTETAN PERISTIWA MENGORAK KEMERDEKAAN

Narrator :Malaysia yang dahulunya terkenal dengan Tanah Melayu telah dijajah oleh 3 kuasa barat iaitu bermula dengan kuasa Portugis dan kemudiannya Negara Belanda mula mengambil alih Tanah Melayu setelah kejatuhan kuasa Portugis. Setelah perjanjian Inggeris-Belanda 1824 dibuat antara penjajah Belanda dan kuasa besar British, British mula mengambil Tanah Melayu secara keseluruhan dengan taktik licik dan tipu muslihat untuk menguasai Tanah Melayu. Setelah itu, pendudukan Jepun bermula pada tahun 1942 di Tanah Melayu telah menyebabkan British mengundur diri dan meninggalkan Tanah Melayu atas sebab-sebab tertentu.

Babak 1

Zaman penjajahan Jepun

Prop : 1 basikal tua, 1 pedang, 2 baju jepun, 1 senapang, sebungkus plastik diisikan dengan batu-batu kecil, 2 kain batik, 2 pasang baju kurung.

Muzik : 1. Lagu kemerdekaan (semasa narrator bercerita)2. Bunyi suasana hening kampung.burung berkicau.3. bunyi suspen ( di masukkan semasa tentera 2 meminta bungkusan beras dari gadis 2)4. muzik suram dan sedih

Narrator :Terdapat sebuah kampung terpencil yang dikenali sebagai kampung Sentosa telah diserang tentera Jepun. Keadaan di kampung tersebut berada dalam huru-hara di mana penduduk kampung tidak lagi hidup dengan aman, malah sentiasa berada dalam ketakutan akibat kekerasan dan penindasan oleh tentera jepun ke atas mereka. Kekejaman tentera Jepun melampaui batas kemanusian apabila wanita dan kanak-kanak turut diseksa tanpa belas kasihan jika tidak menuruti kehendak dan kemahuan mereka. Kelihatan kelibat dua orang gadis sedang berjalan menyusuri laluan di sebuah kebun getah.2 orang askar jepun tiba-tiba muncul dari semak dan ketawa jahat sambil menyakat dan menghalang perjalanan gadis-gadis itu. Tentera Jepun 1 & Tentera Jepun 2 : ketawa kuat hakhakhak hahahahhaa hakhahahak

Tentera Jepun 1: hei..ini dua orang purumpuan mau pergi mana?

Gadis 1: tolong kami tuan..jangan ganggu kami. (sambil merayu dengan suara ketakutan)

Gadis 2 : tuan..tolong jangan halang jalan kami. Kami mahu pulang ke rumah. Ibu bapa kami sedang menunggu kami di rumah. (sambil memeluk erat bungkusan yang berisi beras disisinya)

Tentera 1 : apa yang kamu bawa itu? Mau tengok!

Gadis 2 : tiada apa-apa tuan. Hanya kain baju yang sudah dibasuh.

Tentera 2 : bagi sama saya! (sambil menghulur tangan kepada gadis 2)

Gadis 1 : tidak tuan. Ini hanya kain baju. Tuan tidak perlu ambil. Tolong lepaskan kami.kami harus segera pulang.

Narrator :Tentera 1 mula mendekati gadis-gadis tersebut dan merampas bungkusan yang berisi beras ini kemudian melihat isi di dalam bungkusan tersebut. Kedua-dua gadis tersebut kelihatan begitu ketakutan sambil saling memeluk erat antara satu sama lain dan ingin melarikan diri. tentera 1 memberi arahan dengan isyarat mata kepada tentera 2 supaya menangkap gadis-gadis tersebut. Tanpa rasa belas kasihan, tentera 2 terus merentap kerubung si gadis 2 manakala si gadis 1 cuba membantu gadis 2 untuk melepaskan diri daripada tentera-tentera jepun yang kejam itu. Tentera 1 mula bertindak apabila kedua-dua gadis tersebut mula meronta-ronta untuk melepaskan diri.

Tentera 1 : kamu tipu sama saya. mau potong kepara ka! (Sambil merentap dan menarik kerubung si gadis 1)

Gadis 1 : sakit tuan. Tolong lepaskan saya. (sambil merayu-merayu dan menangis teresak-esak)Narrator :Sementara itu gadis 2 cuba meronta-ronta untuk melepaskan diri dengan berlawan dengan tentera 2. Gadis 2 terlepas dari genggaman tentera 2 dan berlari ke arah gadis 1 untuk membantu menyelamatkannya. Gadis 1 menjerit kepada gadis 2.

Gadis 1 : kakak! Lari selamatkan diri! Tinggalkan saya.

Narrator :Ketika gadis 2 sedang berlari, tentera 2 mengeluarkan senapangnya dan terus menembak gadis 2. Gadis 2 terus rebah jatuh ke bumi dengan berlumuran darah. Gadis 1 yang melihat adegan itu meronta-ronta melepaskan diri dan berlari ke tubuh saudaranya yang telah nazak dan menunggu saat-saat akhir hayatnya. Gadis 1 meraung penuh kesayuan meihat saudaranya yang telah mati ditembak oleh tentera jepun yang durjana itu. Tentera 2 berdiri tercegat berhampiran mayat si gadis 2 sambil menghunuskan senapangnya pada muka si gadis 1. Manakala tentera 1 menarik si gadis 1 untuk mengikut mereka ke suatu tempat.

Tentera 1 : ikut saya!

Gadis 1 : tidak! Saya tidak akan ikut tuan. (sambil melawan tentera 1)

Tentera 1 terus mengeluarkan pedangnya dan memenggal kepala si gadis 1. Si gadis 1 menamatkan hayat terakhirnya di mata pedang sang jepun durjana.

Narrator :Begitulah kekejaman yang telah dilakukan oleh tentera Jepun semasa menjajah Tanah Melayu. Walaubagaimana pun, penjajahan Jepun di Tanah Melayu tidak bertahan lama kerana akhirnya Jepun terpaksa menyerah kalah apabila Tentera Bersekutu telah menggugurkan bom atom di Hiroshima pada 6 dan 9 ogos 1945.

Babak 2

Kekuasaan Parti Komunis Malaya (PKM)

Prop : pedang, tali, kain pelikat, baju tentera PKM

Muzik latar : 1. bunyi tembakan bertalu-talu 2. bunyi huru hara 3. bunyi das tembakan 4. muzik suram

Narrator :Selepas kekalahan Jepun pada tahun 1945, Tanah Melayu telah dikuasai oleh PKM selama 14 hari. Dalam tempoh itu, PKM telah melakukan banyak keganasan dan menimbulkan keadaan yang huru hara di Tanah Melayu.

Kelihatan beberapa orang tentera Parti Komunis Malaya sedang menyeksa penduduk yang bersubahat dengan Jepun semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Bunyi tembakan kedengaran menyebabkan penduduk berasa ketakutan. Dalam keadaan haru biru orang kampung berkeliaran lari , terdapat sebuah keluarga hanya mampu menyorokkan diri di dalam rumah , hanya tuhan yang mengetahui betapa takutnya mereka dengan kuasa komunis yang tidak mengenal erti peri kemanusiaan ,komunis datang kerana mencari anak muda lelaki untuk di pancung kerana komunis menjangkakan anak muda lelaki akan membuat pakatan untuk menentang komunis , akhirnya komunis tiba di kawasan rumah sebuah keluarga di kampung tersebut dalam keadaan marah dan mencari-cari.

*komunis berkomunikasi dalam pelat melayu cina.

Ketua Komunis : Kamu periksa ini rumah , kalau ada orang bawah itu semua orang keluar ,

Narrator :setelah di periksa , sepasang suami isteri yang telah tua di bawa keluar , kecuali anak lelaki mereka kerana menyorok di tempat tersembunyi.

Bapak : Tolong tuan kami tak ada apa-apa harta tuan , kami miskin tuan

Emak : Ya Tuan kami miskin tuan .

Pembantu Ketua Komunis : Kami datang mahu cari orang muda lelaki

Emak & Bapak : (saling berpandangan) kami tiada anak tuan , kami hanya hidup berdua tuan kami tiada anak tuan .

Pembantu Ketua Komunis : Betul kamu tiada anak muda lelaki ? kalau kamu bohong kamu akan di pancung kepala kamu tau .

Bapak :Betul tuan kami tiada anak .

Orang Bawahan Komunis :(sambil mengambil kasut kepunyaan anak lelaki mereka yang tidak sempat disorokkan di mana ia menandakan sepasang suami isteri itu menipu , sambil berbisik kepada pembantu komunis)

Pembantu Ketua Komunis : (Berbisik kepada ketua komunis , tentang pembohongan tersebut berkenaan anak lelaki mereka)

Ketua Komunis : Kamu sangat berani berbohong dengan tentera komunis , kamu sendiri tahu balasan pada mereka yang berbohong dengan tentera komunis

Narrator :ketua komunis mengarahkan orang bawahan nya untuk memancung suami isteri tersebut , ketika itu juga anak lelaki mereka hanya memerhatikan peristiwa itu di hadapan matanya di balik tempat persembunyiannya , dikala itu juga ibu dan bapanya diperlakukan seperti binatang di sepak terajang tanpa belas kasihan , anak lelaki itu tidak dapat menahan lagi api amarahnya dan bertindak tanpa berfikir panjang.

anak lelaki : Woi.(ditangkap oleh orang bawahan komunis) Anjing komunis jangan kau fikir komunis akan dapat menakluk Malaya ini dengan senang , kami orang-orang Malaya akan pertahankan Malaya ke titisan darah yang terakhir sekali pun .. pergi jahaman dengan kau komunis lahanat. (penuh emosi dan amarah)

Ketua Komunis : Tangkap orang muda itu , ikat tangan mereka bertiga pancung kepala mereka..ha ha ha ha ha.

Narrator :pada ketika itu , suami isteri itu telah di ikat dan akan dipancung

anak lelaki : (menjerit sekuat hati , melihat ibu dan bapanya di pancung tentera komunis) Makkkkkkkkkkkk , Bapakkkkkkkkkkkk . Perjuangan Belum Selesai..

Narrator :selepas menjerit ayat perjuangan belum selesai akhirnya anak muda itu di pancung kemudian orang-orang komunis beredar meninggal kan mayat-mayat keluarga itu.

Muzik suram.

Babak 3

Penubuhan Malayan Union

Prop : meja dan kerusi

Narrator :Setelah PKM bermaharajalela selama 14 hari semasa peralihan kuasa daripada Jepun ke British, British mula menubuhkan Pentadbiran Tentera British bagi mengamankan Tanah Melayu. Walaubagaimana pun, PKM masih bergerak secara sulit di Tanah Melayu. Setelah 7 bulan Pentadbiran Tentera British di perkenalkan, British mula memperkenalkan Malayan Union bagi menggantikan Pentadbiran Tentera British. Semasa berada di Kings House, Kuala Lumpur, berlangsungnya perbincangan di antara Majlis raja-raja melayu, pegawai Inggeris dan Dato Onn Jaafar tentang penubuhan Malayan Union.

Pegawai inggeris: Kami bercadanguntuk menubuhkan MalayanUnion.Malayan Unionini akan memberikan haksama rata khususnya dalam isu kerakyatan kepada semua penduduk tanpa mengira keturunan dan kesetiaan mereka terhadap negara.

Narrator :Malangnya,penubuhanMalayanUnionadalahtipu muslihatyang digunakan oleh pihakInggerisuntukmenguasaidanmemilikiTanahMelayu.Disampingitu, mereka ingin mengeksploitasi kekayaan bahan mentah yang berada di Tanah Melayu.

Majlis raja-raja: Malayan Union hanya mendatangkan kerugian danmeminggirkanhakkaumMelayudanbumiputerasebagaipendudukasalnegarainisertamenjejaskananinstitusidanfungsiRaja-raja Melayu.

DatoOnn:MarilahkitamenentangMalayanUnionuntukmempertahahanbangsadankepentingankita. (Penuh bersemangat)

Babak 4

Penubuhan UMNO.

Prop : meja dan kerusi, stand mikrofon

Narrator :Pada 1 hingga 4 Mac 1946, Dato Onn Jaafar telah mengumpulkan lebih 600 perwakilan Melayudalam KongresMelayuSeluruh Tanah Melayu diKelab SultanSulaiman, Kuala Lumpur.

Dato onn : Saya bercadang untuk menubuh sebuah pertubuhan yang dinamakan United Malays National Organisation (UMNO) atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR), pembentangan akan diadakan pada kongres yang akan datang adakah anda semua bersetuju? Raja-raja : Kami amat bersetuju!!!Narrator :Pada 11 Mei 1946 Kongres Melayu Seluruh Tanah Melayu Ke-3 telah diadakan di Johor Bharu.

Dato Onn : Selamat sejahtera, saya ucapkan kepada Raja-raja dan hadirin hadirat. Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ribuan terima kasih atas kehadiran anda pada kongres yang ke-3. Tujuan kongres pada kali ini adalah untuk memperkenalkan penubuhan UMNO. Pertubuhan ini bertujuan untuk memperjuangkan sebuah Negara Malaya yang merdeka dan berdaulat, memelihara dan mempertahankan kepentingan orang Malaya serta kedudukan institusi Raja-Raja Melayu. Pertubuhan ini juga akan mempertahankan adat resam setiap bangsa supaya budaya kaliandipelihara. Dengan ini, saya merasmikan penubuhan UMNO. Hidup Melayu !!! Hidup Melayu !!! (Kuat dan bersemangat)

Babak 5

Perjanjian persekutuan

Prop : telefon rumah, meja dan kerusi, kertas perjanjian.

Narrator :Pihak Inggeris telah menjangkakan penubuhan UMNO bakal menjejaskan kepentingan mereka di Tanah Melayu. Oleh itu mereka berbincang bersama dengan Majlis Raja-raja Melayu untuk mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan. Inggeris 1: Saya terdengar berita tentang UMNO, apakah strategiknya untuk menentang kuasa ini???Inggeris 2: Sekiranya penentangan masih diteruskan, nescaya kegiatan ekonomi di Tanah Melayu akan merosot dan kepentingan kita juga akan terjejas. Narrator :Ketika berada di dalam perbualan telefon antara pihak inggeris dengan Majlis Raja-raja Melayu, pihak inggeris menyatakan hasrat mereka kepada wakil daripada Majlis Raja-raja Melayu. Inggeris : Salam sejahtera, raja. Kami bercadang untuk mengubah Malayan Union kepada Perjanjian Persekutuan dan kami berharap Majlis Raja-raja akan bersetuju dengan cadangan kami. ( sedang menelefon Majlis Raja-raja )Majlis raja2: Saya perlu berbincang dengan raja-raja yang lain.Inggeris: Baiklah, sekiranya raja-raja yang lain bersetuju, saya akan pergi ke pejabat untuk menandatangani perjanjian tersebut.

Narrator :Pada 21 Januari 1948, raja-raja telah menandatangani Perjanjian Persekutuan yang mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu, kedaulatan raja-raja, hak keistimewaan dan hak kewarganegaraan. Babak 6Proses menuntut kemerdekaanProp : kerusi dan meja, stand mikrofonNarrator :Selangkah orang Melayu terus mara dengan kesatuan yang bulat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu. Pelantikan Tunku Abdul Rahman Putra menggantikan Dato Onn Jaafar yang meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua UMNO pada 26 Ogos 1951 nyata membuka lembaran baru dalam perjuangan menuntut kemerdekaan.Dalam satu Mesyuarat Parti Perikatan, Tunku Abdul Rahman Putra berdiskusi bersama dengan ahli politik tentang Rundingan ke London bagi menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.

Tunku: Kita tidak seharusnya dijajah oleh pihak British selamanya! Negara kita mestilah merdeka!Ahli parti: Betul!!! Tanah Melayu haruslah bebas dijajah!Tunku: Saya bercadang untuk pergi ke London untuk berunding dengan pihak British. Adakah semua ahli bersetuju???Ahli parti: Untuk kemerdekaan Negara, kami sangat setuju!!!

Narrator :Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan keLondonuntuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. (lakonan tetapi tanpa dialog antaranya ). Mesyuarat Parti Perikatan diadakan selepas kepulangan Tunku Abdul Rahman.

Tunku: Walaupun rundingan tersebut telah gagal, tetapi kita jangan putus asa. Saya akan bentuk sebuah rombongan bernama Rombongan Kemerdekaan bersama beberapa raja melayu untuk berunding di London lagi.

Narrator :Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Seramai 10,000 orang yang sebilangan besar terdiri daripada ahli-ahli UMNO telah menghantar Rombongan Kemerdekaan di Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura.Rundingan ini telah berjaya menuntut kemerdekaan dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Kepulangan rombongan ini disambut meriah di Melaka. Padang Banda Hilir. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!" sebanyak 7 kali.Tunku : Merdeka (7 kali)Narrator :Rakyat bersorak kegembiraan dan saling berpelukan kerana Negara mereka telah mencapai kemerdekaan.Lagu tanggal 31 nyanyian Allahyarham Sudirman di mainkan sambil pelajar yang terlibat dengan lakonan tersebut mengibar bendera dan menyanyikan beramai-ramai.**TAMAT**