Transcript

+

+-

30 o · RENCANA

Mewujudkan rakyat Malaysia progresif, bersatu hati

D TARIQ ISMAIL

Persefahaman antara kaum

perlu dijalinkan kembali, hargai

perbezaan demi

kepentingan bersama

S aya ingin mengutarakan beberapa perkara kepada rakyat Malaysia, bukan sa­haja kepada saudara seis­lam, tetapi juga yang ber­

agama Kristian, Buddha, Hindu dan lainnya, dan tak kira sarna · ada Melayu,. Cina, India, Bidayuh, Kadazan, Iban, atau apa jua bang­sa. Nukilan saya ini untuk semua rakyat Malaysia.

Izinkan saya perkenalkan diri saya. Arwah datuk saya adalah Allahyarham Tun Dr Ismail, bekas Timbalan Perdana Menteri Malay­sia ketika pentadbiran Allahyar­ham Tun Abdul Razak. Hidup kami sekeluarga diwarnai kehi­dupan Allahyarham - perwatakan dan pengaruh beliau meninggal­kan kesan mendalam kepada kamisebagai waris. Saya sebagai cucu beliau juga turut berasa ka­gum dan teramat peka terhadap nasib bangs a dan negara, seiring dengan harapan beliau yang rrienggunung . buat Malaysia ter­cinta.

Atas dasar inilah, saya ingin me­luahkan perasaan risau, sedih dan runsing apatiila melihat nasib bangsa Melayu itu sendiri tatkala ini. Apa yang saya lihat di depan mata, Melayu berpecah-belah dek fahaman politik dan ideologi, se­hinggakan membawa kepada per­tengkaran dan pergaduhan. Ca­dan dan makian antara anak bangsa Melayu itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksea­liran pendapat politik dan juga agama. Malah penyakit ini ter­bawa-bawa kepada pertengkaran dengan saudara kita yang ber­bangsa atau berfahaman lain. Ke­napa harus kita berpecah-belah · begini? Bukankah kita ini semua rakyat Malaysia?

Peristiwa 13 Mei 1969 Ketika peristiwa 13 Mei 1969, bumi bertuah ini menjadi huru-hara dan berpecah-belah mengikut bangsa dan kaum. Masing-masing saling menuduh antara satu sama lain, dialah dalangnya. Keadaan kucar-kacir dan mengelirukan yang dihadapi Allahyarham datuk saya. Keputusan beliau akan tin­dakan yang wajar diambil dalam suasana sebegitu sarna ada me­nyatukan atau terus memecah­belahkan Malaysia. Bak kata pe­patah Melayu, ditelan mati emak, diluah mati bapa. . Tatkala itulah, kesedaran mula

menular dalam sanubari Allah­yarham. Beliau -memahami ha­kikat bahawa untuk mentente­ramkan semua kaum yang diga­rap emosi, semua perusuh harus ditangkap dan dibicarakan tak ki­ra bangsa, sama ada Melayu, Cina mahupun India, sebagaijalan pe­nyelesaian dalam mengimbang­kan dan menjalinkan kembali tali

silaturahim antara kaum. Kem­balikan persefahaman antara Kaum yang teIjalin sekian lama · semenjak sebelum Merdeka lagi, dan antara as as peIjuangan UM­NO.

UMNO alami perubahan Sayangnya, apabila UMNO diolah menjadi UMNO baharu, prinsip asas yang mendorong perjuangan asal UMNO juga turut mengalami perubahan yang walaupun tidak begitu ketara, tetapi tetap me~­bawa perubahan yang besar ke atas masa depan Malaysia. Pada waktu inilah UMNO mula men­corakkan propaganda mengeriai hak Ketuanan Melayu dan kewa­jipan ke atas bangsa Melayu untuk mempertahankan hak itu.

Propaganda ini diolah menjadi mentera hikmat yang diterapkan hingga ke akar umbi terutama dalam kalangan mereka yang ku­rang berpelajaran. Kesan sampi­ngannya adalah kemunculan pi­hak tertentu dalam UMNO yang meraih kekayaan atas dasar mem­perkasakan bangsa Melayu itu sendiri.

Dalam mendalami persoalan siapakah bangsa Melayu, saya ter­dorong untuk bertanya, adakah bangsa Melayu itu bangsa yang mempunyai pan dangan yang sengkek. .

Adakah mungkin sayaini di­anggap 'kurang Melayu' hanya ke­rana saya kurang fasih berbahasa Melayu? Atau kerana saya warga

. kota, anak bandar yang berpen­didikan asing? Atau adakah ke: rana saya ini seorang Muslim yang berpandangan progresn dan be­bas bergaul dengan pelbagai bang­sa termasuk India dan Cina. Saya rasa tidak.

Sejak kebelakangan ini, saya di­sarankan supaya menyatukan in­telektual dan berfahaman seder­hana dalam kalangan masyarakat Melayu supaya bersatu dan bang­kit bersuara menentang ketidak­adilan. Pada pendapat saya, taktik ini tidak mampu menangani per­masalahan yang kita hadapi kini. Ia hanya pendapat intelek dari­pada kefahaman khusus intelek berkenaan. Tambahan pula, saya amat benci istilah 'Melayu ber­fahaman sederhana' kerana ia melambangkan seolah-olah ada perbezaan berkenaan etos Mela­yu.

Jika kita fikirkan semula, pada zaman ihi bangs a Melayu diberi pelbagai gelaran - Sosialis, Nasio­nalis Haluan Kanan, Militan, Se­derhana dan bermacam lagi label. Seharusnya, kepelbagaian keper­cayaan dan fahaman seseorang tidak boleh disamaertikan dengan etnik seseorang. Bangsa Melayu itu berdiri teguh antara pelbagai etnik lain yang turut berkongsi

II Apa yang soya lihat depan mota, Me/ayu berpecah-be/ah dekfahaman politik dan . ide%gi~ sehinggakan membawa kepada _ pertengkaran dan pergaduhan. Caeian dan makian antara anak bangsa Melayu Itu sendiri menjadi suatu kebiasaan dek ketidaksealiran pendapat politik dan juga agama"

II Belia pula berperanan dalam

. membentuk dan . menstruktur sebuah negara Malaysia yang mereka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepada mereka. Sebaiknya pandangan belia ini diambil kira do/am mana-mana perancangan negarci agar mereka komited dan bersemangat po triotik "

® RHAMIS • OKTOlI£R 2014 I :, i I

bumi bertuah.Malaysia ini. Semestinya, walaupun bangsa

Melayu adalah kumpulanetnik paling ramai, ini tidak bermakna bangsa Melayu ini mempunyai hak mutlak untuk menentukan dan mewajibkan undang-undang dan tatacara hidup kita ke atas mereka yang . lain. Penggubalan undang-undang dan tatacara hi-

. dup itu adalah hak seluruh rakyat berlandaskan kebaikan untuk se­mua dan bukan hanya bangsa ter­tentu. Ia suatu snat yang ego­tistikal jika kita memaksa kela­ziman bangs a Melayu supaya diterapkan kepada semua.

Dalam perkara ini, bangsa dan etnik seseorang itu menjaditidak relevan. Sebagai rakyat Malaysia yang berpandangan Socially prog­ressive, kita harus melihat di se­balik warna kulit, fahaman etnik dan perwatakan bangsa untuk mencari penyelesaian permasala­han negara ini secara keseluru­hannya. Banyak lagi isu yang lebih kritikal yang kita hadapi kini yang antaranya disebabkan tabiat rak­vat Malaysia keseluruhannya yang suka memberi gambaran stereo­taip terhadap mana-mana pe­mimpin negara.

Ia memakan ke akar umbi sis­tern pemerintahan negara dan bo­leh merobohkan negarajika tidak ditangani segera. Saya, secara pe-

. ribadi tidak suka mengkritik sama ada pihak pemerintah atau pihak pembangkang. Saya lebih cende­rung bersnat proaktll dengan me­nawarkan fikiran, pendapat dan cadangan yang bernas kepada ma­na-mana pihak yang ikhlas ber-

+

J

+

9 OKTOBER 2014 ® 'KHAMIS

tindak bagi kebaikan rakyat dan negara.

Sebagai contoh, mari kita ulas Dasar Ekonomi Baru dalam apa jua bentuk ia dibentangkan se­karang. Lewat ini, ada suara-suara yang semakin lantang menyaran­kan supaya dasar tindakan afir­matif berasaskan kaum dalam DEB dimansuhkan.

Mansuhkan sistem berasas kaum tak realistik Sebagai seorang yang beq>anda­ngan socially progressive saya ber­pegang kepada sistem berasaskan merit, melihat kepada keadaan sistem sekarang dan perubahan besar yang harus dilalui, peman­suhan sistem berasaskan kaum pada saya adalah tidak realistik pada waktu ini.

Perubahan yang harus dilaku­kan untuk mencapai sistem ber­. asaskan merit adalah terlampau besar dan berselirat. Kesan do­mino akibat perubahan yang men­dadak boleh meruntuhkan sistem

. ekonomi Malaysia secara keselu­ruhannya. Sebarang perubahan polisi DEB harus diuraikan secara teliti dan hati-hati, sementara pe­laksanaan perubahan itu harus dirancaIlg dengan tegas.

Betdasarkan pengalaman DEB yang lalu, polisi berasaskan merit tintuk masyarakat sosial yang progresif dan berasakan prinsip k.esaksamaan dan keadilan kepa­da semua adalah seperti berikut:

• Pemansuhan istilah Bumipu­tera kerana ia telah tersasar dari tujtian asal dan hanya memberi ­pengertian sebagai kriteria penga-

gihan kekayaan negara dan bukan dari segi memperkasakan taraf so­sial dan ' budaya kaum dan etnik bergelar Bumiputera terutama bangsa Melayu itu sendiri.

• Tindakan afirmatif untuk pe­merkasaan bangsa Melayu tetap diteruskan. Antaranya: -

a. Institusi-institusi pembangu­nan sosial seperti MARA dan UiTM disaran berusaha membentuk masyarakat MeiflYU yang progresif dan berpandangan jauh;

b. Mewujudkan undang-undang tenaga kerja yang bersifat afir­matif dalam mewujudkim pelu­ang pekerjaan yang adil dan sak­. sarna untuk graduan universiti tempatan terutama yang ber­bangsa Melayu. Jika kebolehan berbahasa Inggeris menjadi 'per­soalan, majikan perlu menyedia­kan peluang latihan berkenaan untuk pekerja yang memerlukan­nya;

c. Peluang dan sokongan untuk pembangunan Perusahaan .Kecil dan Sederhana (PKS) yang lebih adil dan saksama kepada semua bangs a dengan kewujudan prog­ram dan dana bagi setiap golo­ngan utama masyarakat mengi­kut kadar taburan penduduk. Sya­rat wajib kelayakan perlu diteliti dengan lebih menyeluruh supayp. syarikat sekutu parti politik tidak termasuk dalam senarai mereka yang layak mendapat dana. Ke­wujudan dana dan program me­ngikut etnik ini perlu diberi jang­ka masa terhad sehingga 10 tahun yang mana dana dan program ini dapat digab'ijllgkan dan diagihkan mengikut keperluan sosial. Indus-

tri 'utama yang disarankan men­jadi tumpuarr di bawah PKS ada­lah industri pertanian pada skala sederhana, perikanan, kejurute­raan, teknologi maklumat serta industri pemakanan;

d. Tindakan . afirmatif dalam sektor pendidikan yang membo­lehkan pelajar paling cemerlang termasuk Cina dan India mem­peroleh tempat di menara gading dan memperoleh peluang mere­but biasiswa yang berkaitan;

e. Tumpuan khusus untuk membangunkan dan menggalak­kan aktiviti penyelidikan dan pembangunan di universiti dan institut penyelidikan tempatan berserta galakan dan insentif bagi syarikat berkaitan kerajaan serta sektor swasta menyumbang dana dan kepakaran bagi mengkomer­sialkan hasil · penyelidikan ke pe­ringkat antarabangsa;

f. Pengurangan projek pemba­ngunan mega. Sebaliknya bajet perlu diselaraskan supaya keper­luan pertahanan negara dapat di­perkuatkan supaya lebih ber:ke­san;

g .. Perkhidmatan awam perlu di beri tumpuan dari segi latihan dan diperkasakan supaya mendapat imbuhan selaras dengan sektor swasta agar tahap profesionalisma

. dapat dipertingkatkan lagi. h. Memberi penekanan supaya

mendakap kepelbagaian dalam masyarakat berbilang ini. lni bo­leh dilakukan dengan pemuWw­raan bangunan bersejarah, per­sembahan kebudayaan dan ma­cam-macam lagi. la juga tercapai melalui sistem pendidikan yang

RENCANA 031

terangkum dari mana generasi akan datang dapat bela jar . dan seterusnya mendakap kepelbaga­ian masing-masing.

Konsep masyarakat sosial yang progresif juga menghendaki kita menumpukan us aha bagi mem­perkasakan golongan wanita dan belia.

Tidak boleh dinafikan bahawa wanita memainkan peranan pen­ting dalam sejarah pembangunan Malaysia. Wanita adalah jentera

- penggerak utama negara dan ber­peranan melahirkan golongan so­sial yang progresif.

Belia pula berperanan, dalam membentuk dan menstruktur se­buah negara Malaysia yang me­reka harapkan dan yang mereka jangkakan akan diwariskan kepa­da mereka. Sebaiknya pandangan belia ini·diambil kira dalam mana­mana· perancangan negara agar mereka komited dan bersema­ngat patriotik.

!I'angani' gplong~ berpandangan perkauman .Bagi menangani golongan yang berpandangan perkauman dalam kalangan Melayu itu sendiri, wa­laupun kita seharusnya tidak ter­jerumus dalam kancah kebencian mereka, tetapi kita tidak boleh mengabaikan mereka, sarna seka-

. li. Dengan menutup telinga dan menidakkan amarah mereka, ia memperkuatkan lagi kepercaya­an golongan ini bahawa suara

'M~layu tidak akan diendahkan, dan tidak kedengaran sarna se­kali.

Golongan bersifat perkauman

ini perlti diberi peluang berwa­cana dan berbincang akan hala tuju bangsa Melayu dan negara ini sendiri. Lambat laun, dengan ter­bentuknya Malaysia yang progre­sif dari segi sosial, suara perkau­man ini akan mula senyap, apa­bila mereka sedar bahawa perjuangan mereka tidak sia-sia seperti yang mereka jangkakan.

Bagi saya, cadangan ini bukan saya ketengahkan hanya untuk mengharumkan nama atau men­cari kegemilangan. Sesungguh­nya, Allah swt telah menganu­gerahkan setiap ,kita dengan akal fikiran, dengan keupayaan ber­fikir . dan mentelaahperaturan . alam semesta. Saya percaya jika kita memanfaatkan anugerah ini, dan kita mengorak langkah kecil untuk memulihkan keadaan me­lalui nasihat dan cadangan pem­baikan kepada sistem sedia ada, ini adalah lebih baik daripada per­ubahan secara mendadak yang diuar-uarkan sesetengah pihak.

Justeru, saya menyeru kepada sekalian rakyat Malaysia yang ber­sifat progresif dari segi sosial agar mencari jalan terbaik untuk me­ngemudi negara tercinta ini agar terus maju. Kita seharusnya menggalakkan pembabitan selu­iuh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat, tak kira bang­sa, agama atau kepercayaan.

Kita perlu menghargai perbe­zaan ini bagi menggubal dasar negara yang terangkum dan yang berkepentingan bagi negara ter-tinta. +

Kem~a1ikan perjuangan asal Kita perlu kembali ke asal di mana bermulanya perjuangan kita iaitu' di pedalaman dan kampung yang menjadi nadi negara ini.

Di sinilah sebenarnya masya­rakat Malaysia yang dari segi so­sialnya bersifat progresif yang sa­ya tercari-cari. Mereka inilahyang .. melambangkan kekayaan budaya dan sifat sosial yang terangkum kerana mereka ini tidak meng­hiraukan bangsa, agama atau ta­raf sosial dalam kehidupan ber­masyarakat.

Di sini saya ingin mengajak ma­syarakat supaya kita membina si­laturahim dan cuba mengenali sa­tu sarna lain, berkongsi penga­laman, makan bersama, duduk bersama dan berjuang bersama. Kuasa sebenar negara ini terletak di tangan rakyatnya dalam ke­upayaan rakyat yang bersatu hati. Kita mampu menukar etos Ma­laysia dan tidak perlu menyokong suara sumbang yang melaungkan perubahan dengan cara menja­tuhkan kerajaan sedia ada.

Apabila kita dapat bersatu hati dan senada dalam menyuarakan ketidakpuasan hati kita, kita juga akan dapat rhencapai kata sepa­kat dalam membentuk peruba­han yang kita ingin lihat. .

Dengan itu, fikirkan masak-ma­sak persoalan ini - adakah anda ingin melihat pergolakan sivil ber­lakudi antara bangsa dan kaum di Malaysia ini? Atau anda ingin me­lihat anak anda serta generasi akan datang hidup dengan aman di bumi tercinta ini? Pilihan di tangan anda. Fikir-fikirkanlah.


Top Related