rencana keracunan makanan

3
Anda ialah pemberita dari sebuah akhbar tempatan. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan. Tulis rencana tersebut selengkapnya. Bahaya Keracunan Makanan. Oleh: Khairul Faizin Ahmad Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Menurut sumber- sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar sekolah. Statistik tersebut menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau asrama sekolah. Selain golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan badan yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar. Tambahan pula, ada yang menganggap kes keracunan makanan ini sebagai penyakit biasa yang mudah dirawat dengan menggunakan kaedah tradisional seperti meminum air kangkung dan air kelapa muda. Bagi masyarakat orang Asli pula, mereka mempunyai rawatan tertentu jika memakan bahan beracun seperti cendawan dan buah- buahan hutan. Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca keracunan makanan adalah daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius . Di samping itu,

Upload: ganos

Post on 10-Jun-2015

14.044 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Untuk tatapan pelajar sahaja.

TRANSCRIPT

Page 1: Rencana Keracunan Makanan

Anda ialah pemberita dari sebuah akhbar tempatan. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan keracunan makanan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.

  

Bahaya Keracunan Makanan.Oleh: Khairul Faizin Ahmad

                Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan. Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar sekolah.

Statistik tersebut menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau asrama sekolah. Selain golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan badan yang lemah juga sering diserang oleh keracunan makanan. 

Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini, biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar. Tambahan pula, ada yang menganggap kes keracunan makanan ini sebagai penyakit biasa yang mudah dirawat dengan menggunakan kaedah tradisional seperti meminum air kangkung dan air kelapa muda. Bagi masyarakat orang Asli pula, mereka mempunyai rawatan tertentu jika memakan bahan beracun seperti cendawan dan buah-buahan hutan.

 Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca

keracunan makanan adalah daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah  Celsius . Di samping itu, terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri yang tidak berbasuh sebelum memegang makanan. Keadaan ini menyebabkan keracunan makanan berlaku. Lebih menyedihkan lagi, keracunan makanan ini melibatkan kanak-kanak sekolah yang membeli makanan di kantin sekolah

 Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanan

disebabkan oleh bakteria, mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria dan keracunan ialah susu atau keju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging, ayam, dan ikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan di dalam tin, makanan basah, dan berair yang didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkan mikroorganisma menyerang makanan di dalam tin melalui lubang-lubang halus di bahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau cendawan beracun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput, katak, dan ular.

Page 2: Rencana Keracunan Makanan

 Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit,

pening-pening, dan gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkin mengalami demam, kelesuan, dan tiada selera makan. Kesan daripada keracuan makanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh pesakit kekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yang lebih parah, kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut. Walaupun kesan keracunan makanan amat serius, namun kesedaran secara menyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita sebenarnya mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahan penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakat ini, jarang-jarang kita dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.

 Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satu

masalah yang serius, semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan anggota masyarakat yang lain mestilah memberi kerjasama untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anak tentang betapa pentingnya memakan makanan yang bersih dan berkhasiat di samping menggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.