reka bentuk dan penghasilan projek

10
Faktor Utama Reka Bentuk Faktor Keterangan Fungsi Produk berfungsi mengikut kehendak dan keperluan pengguna. Rupa bentuk Sesuai dan menarik serta bertepatan dengan fungsinya. Kesesuaia n bahan Bahan yang digunakan perlulah sesuai dengan penggunaan, mudah diperoleh, kos yang rendah, dan mesra pengguna. Kaedah pembinaa n Mudah dihasilkan serta proses pembuatannya tidak rumit. Ketahanan Produk mempunyai ketahanan sama ada untuk menanggung beban atau penggunaan dalam jangka masa yang panjang. Kos produk Kos sesuatu produk hendaklah berpatutan dan tidak membebankan pengguna. Kemasan Mempunyai kemasan yang menarik, sesuai dengan bahan dan fungsinya serta mesra alam. Keselamat an Produk hendaklah selamat digunakan dan mengambil kira faktor alam sekitar. Nilai komersial Produk perlulah berdaya maju dan memenuhi citarasa terkini pengguna. Jenis Bahan dan Pengikat Jenis Bahan Aluminium 1 Aluminium adalah sejenis logam bukan ferus yang diperoleh daripada bijih bauksit. 2 Aluminium boleh didapati dalam bentuk kerajang dan batang dengan pelbagai bentuk. 3 Logam ini lembut, mudah dibentuk, dan tidak berkarat. 4 Aluminium merupakan pengalir haba dan elektrik yang balk. 5 Saiz yang biasa didapati di pasaran adalah berukuran 122 cm x 244 cm dan 91 cm x 183 cm. 6 Biasanya aluminium digunakan untuk membuat badan kapal terbang, kepala silinder enjin, kerangka pintu, dan tingkap. 7 Aluminium juga sesuai digunakan untuk membuat peralatan memasak. Keluli Lembut 1 Keluli lembut adalah sejenis logam besi (ferus) yang diperoleh daripada campuran besi dan karbon. 2 Keluli lembut boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti bar, tiub, dan kepingan serta pelbagai ketebalan. 3 Logam ini mudah dipotong dan dibentuk. 4 Keluli lembut juga mudah dikerjakan, dibengkok, dan boleh dikimpal. 5 Keluli lembut tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam. 6 Saiz yang biasa didapati di pasaran adalah berukuran 610 cm x 15. 3 cm dan 610 cm x 91.5 cm. 7 Keluli lembut digunakan untuk menghasilkan bahan kegunaan am seperti bol, nat, paku, dawai, pintu pagar, jeriji, dan lain-lain. Perspek 1 Perspek adalah sejenis plastik keras dan tahan lasak yang dikenali sebagai acrylic atau poly methyl methacrylilate (PMMA). 2 Perspek boleh didapati dalam bentuk lutsinar dan pelbagai warna serta ketebalan. 3 Perspek terdapat dalam bentuk rod, tiub, dan kepingan 4 Sifat-sifat perspek ialah keras, tahan lama, mudah dibersihkan,tidak berkarat, mudah dipotong, dan dibentuk dengan haba. 5 Kelemahan perspek ialah tidak tahan haba dan mudah calar. 6 Dua keping perspek dapat dicantumkan dengan menggunakan klorofom, simen pelarut atau glu PVC. 7 Saiz kepingan perspek yang biasa didapati di pasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 61 cm x 122 cm. 8 Perspek digunakan de- ngan meluas dalam pembuatan papan peragaan, lampu belakang kereta, bekas air, barangan cenderamata dan sebagainya. 1 BAB 1: REKA BENTUK DAN PENGHASILAN

Upload: anip5903

Post on 17-Dec-2015

78 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

full

TRANSCRIPT

Faktor Utama Reka Bentuk

FaktorKeterangan

FungsiProduk berfungsi mengikut kehendak dan keperluan pengguna.

Rupa bentukSesuai dan menarik serta bertepatan dengan fungsinya.

Kesesuaian bahanBahan yang digunakan perlulah sesuai dengan penggunaan, mudah diperoleh, kos yang rendah, dan mesra pengguna.

Kaedah pembinaanMudah dihasilkan serta proses pembuatannya tidak rumit.

KetahananProduk mempunyai ketahanan sama ada untuk menanggung beban atau penggunaan dalam jangka masa yang panjang.

Kos produkKos sesuatu produk hendaklah berpatutan dan tidak membebankan pengguna.

KemasanMempunyai kemasan yang menarik, sesuai dengan bahan dan fungsinya serta mesra alam.

KeselamatanProduk hendaklah selamat digunakan dan mengambil kira faktor alam sekitar.

Nilai komersialProduk perlulah berdaya maju dan memenuhi citarasa terkini pengguna.

Jenis Bahan dan Pengikat

Jenis Bahan

Aluminium

1 Aluminium adalah sejenis logam bukan ferus yang diperoleh daripada bijih bauksit.

2 Aluminium boleh didapati dalam bentuk kerajang dan batang dengan pelbagai bentuk.

3 Logam ini lembut, mudah dibentuk, dan tidak berkarat.

4 Aluminium merupakan pengalir haba dan elektrik yang balk.

5Saiz yang biasa didapati di pasaran adalah berukuran 122 cm x 244 cm dan 91 cm x 183 cm.

6 Biasanya aluminium digunakan untuk membuat badan kapal terbang, kepala silinder enjin, kerangka pintu, dan tingkap.

7 Aluminium juga sesuai digunakan untuk membuat peralatan memasak.Keluli Lembut

1 Keluli lembut adalah sejenis logam besi (ferus) yang diperoleh daripada campuran besi dan karbon.

2 Keluli lembut boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti bar, tiub, dan kepingan serta pelbagai ketebalan.

3 Logam ini mudah dipotong dan dibentuk.

4 Keluli lembut juga mudah dikerjakan, dibengkok, dan boleh dikimpal.

5 Keluli lembut tidak sesuai dijadikan alat pemotong kerana lembut dan tidak tajam.

6 Saiz yang biasa didapati di pasaran adalah berukuran 610 cm x 15. 3 cm dan 610 cm x 91.5 cm.

7 Keluli lembut digunakan untuk menghasilkan bahan kegunaan am seperti bol, nat, paku, dawai, pintu pagar, jeriji, dan lain-lain.Perspek

1 Perspek adalah sejenis plastik keras dan tahan lasak yang dikenali sebagai acrylic atau poly methyl methacrylilate (PMMA).

2 Perspek boleh didapati dalam bentuk lutsinar dan pelbagai warna serta ketebalan.

3 Perspek terdapat dalam bentuk rod, tiub, dan kepingan

4 Sifat-sifat perspek ialah keras, tahan lama, mudah dibersihkan,tidak berkarat, mudah dipotong, dan dibentuk dengan haba.

5 Kelemahan perspek ialah tidak tahan haba dan mudah calar.

6 Dua keping perspek dapat dicantumkan dengan menggunakan klorofom, simen pelarut atau glu PVC.

7 Saiz kepingan perspek yang biasa didapati di pasaran ialah 122 cm x 244 cm dan 61 cm x 122 cm.

8 Perspek digunakan de- ngan meluas dalam pembuatan papan peragaan, lampu belakang kereta, bekas air, barangan cenderamata dan sebagainya.PVC (Polyvinyl Chloride)

1 PVC adalah sejenis plastik yang keras dan kukuh.

2 PVC boleh didapati dalam bentuk serbuk, pasta, cecair, dan kepingan dalam pelbagai saiz dan warna.

3 PVC bersifat ringan, keras dan kukuh, tahan lama, mudah dipotong dan dibentuk tetapi tidak tahan haba.

4Saiz PVC yang biasa didapati di pasaran berdiameter 13 mm, 20 mm dan 25 mm.

5 PVC jenis keras digunakan untuk membuat paip air, penyambung paip dan sesalur pendawaian elektrik.

6PVC jenis lembut digunakan untuk membuat barang permainan, botol, dan penebat wayar elektrik.Jenis-jenis Pengikat1 Pengikat digunakan untuk mencantumkan duaatau lebih bahan secara kekal atau sementara.

2 Antara jenis pengikat yang biasa digunakan ialah

(a) Glu panas - kayu, logam, dan plastik(b) Ribet - logam(c) Skru benam sendiri (self-tapping screw)

- kayu, logam, dan plastikGlu Panas

1 Glu panas digunakan sebagai bahan pengikat untuk mencantumkan dua bahan yang sama jenis atau berlainan jenis.

2 Glu panas boleh didapati dalam bentuk batang pelbagai saiz.

3 Saiz yang biasa digunakan adalah 13 mm x 300 mm panjang.

4 Glu panas dicairkan dengan menggunakan hot glue gun.

5 Hot glu gun menggunakan bekalan arus elektrik untuk memanaskan glu panas.

Ribet

1 Ribet diperbuat daripada logam lembut seperti kuprum, keluli, dan aluminium.

2 Saiz ribet ditentukan oleh panjang dan garis pusat batangnya.

3 Ribet dapat tahan karat.4 Ribet digunakan untuk mencantumkan logam secara kekal.

5 Ribet dipasang dengan menggunakan rivetter.

6 Terdapat pelbagai jenis ribet seperti ribet kepala bulat, countersunk ribet, dan flat ribet.

7 Rivetter digunakan bersama ribet aluminium dalam proses meribet kepingan logam.

8 Muncung rivetter boleh ditukar bersesuaiandengan saiz ribet aluminium yang digunakan.Skru Benam Sendiri (Self-tapping Screw)

1 Skru benam sendiri diperbuat daripada keluli lembut dan boleh didapati dalam pelbagai saiz, jenis bahan,dan bentuk kepala.

2 Saiz yang biasa didapati adalah antara 6 mm hingga 63 mm panjang.

3 Skru benam sendiri digunakan untuk cantuman separa kekal dan sesuai digunakan untuk mencantum kayu, kepingan logam, dan perspek.

4 Skru benam sendiri akan menghasilkan cantuman yang kuat tetapi boleh dibuka semula jika tidak diperlukan.

5 Skru benam sendiri dipasang dengan menggunakan pemutar skru atau cordless screwdriver.

6 Skru benam sendiri yang biasa digunakan ialah skru kepala bulat, skru kepala timbul, dan skru kepala rata.AlatanTangan dan Mesin

Alatan Tangan Gandin Getah

1Gandin getah boleh didapati dalam pelbagai saiz.

2Gandin getah digunakan untuk kerja-kerja membentuk, melipat, dan mengetuk kepingan

3 Kepala gandin getah yang diperbuat daripada getah dapat menggelakkan permukaan kepingan logam daripada tercalar atau rosak semasa melakukan kerja.

Pisau Pemotong Perspek

1Pisau pemotong perspek digunakan untuk memotong kepingan perspek.

2Pisau pemotong perspek menggunakan mata pemotong khas yang boleh ditukar ganti.

Penebuk Pusat

1 Penebuk pusat digunakan untuk menanda pusat lubang pada kepingan logam sebelum kerja menggerudi dilakukan.2 Hal ini bertujuan untuk menggelakkan mata gerudi daripada tergelincir ketika kerja menggerudi dijalankan.Rivetter

1 Rivetter digunakan untuk memasang ribet secara kekal pada kepingan logam.

2Rivetter juga digunakan untuk memasang kepingan logam pada rangka projek yang diperbuat daripada keluli lembut.

3Sepana dibekalkan untuk memasang atau meninggalkan nozzle jika hendak menggunakan ribet yang berlainan saiz.Hot Glue Gun

1 Hot glue gun digunakan untuk mencairkan glu panas semasa proses mengglu.

2 Elemen pemanasnya memerlukan masa lebih kurang lima minit untuk mencairkan glu.

3 Apabila picu ditarik, glu yang cair akan dikeluarkan.

4 Rapatkan bahagian yang hendak dicantumkan sehingga glu sejuk bagi mendapatkan hasil cantuman yang sempurna.Stapler Gun

1 Stapler gun digunakan untuk merekat kepingan yang nipis dan lembut seperti kain kanvas, kulit, PVC nipis, kepingan papan lapis, MDF, dan mounting board.

2 Jenis stapler gun yang sesuai digunakan ialah heavy duty.

3 Stapler gun digunakan bersama dengan pelbagai saiz dawai kokot.

4 Cantuman menggunakan stapler gun boleh dilakukan dengan tepat dan pantas.

5 Sebelum proses merekat dilakukan, bahagian yang hendak dicantumkan hendaklah dirapatkan.Nama dan Fungsi Mesin Mudah Alih Mesin Gergaji Jig

1 Mesin gergaji jig digunakan untuk memotong lengkung, bulat, dan lurus pada papan lapis, MDF, dan papan.

2 Mesin gergaji jig juga boleh digunakan untuk memotong bahan seperti kayu, logam lembut, dan perspek.

3 Mata pemotong gergaji jig diperbuat daripada keluli berkarbon tinggi.

4 Mata pemotong perlu digantikan mengikut ketebalan dan jenis bahan yang hendak dipotong.

5 Jadual di bawah ini menunjukkan bahagian utama mesin gergaji jig dan fungsinya

Bahagian

UtamaFungsi

SuisMenghidupkan motor

PemegangMenetapkan pegangan semasa mengergaji

Pemegang mataMenetapkan mata gergaji jig matapada benda kerja

MataMemotong bahan yang hendak

dipotong

TapakMenahan benda kerja ketika memotong dan boleh dicondongkan sehingga 45

MotorMenggerakkan mata gergaji jig

Cordless Screw Driver

1Cordless screw driver digunakan untuk melonggarkan atau mengetatkan skru.

2 Alat ini berfungsi dengan menggunakan kuasa bateri yang boleh dicas semula dan boleh dibawa ke mana-mana tanpa menggunakan wayar.

3 Cordless screw driver dipasangkan dengan mata pemutar skru mengikut bentuk alur atau kepala pada skru tersebut.

4 Cordless screw driver juga boleh digunakan untuk menebuk Iubang kecil pada kepingan kayu dan kepingan logam dengan memasang mata gerudi pintal pada rahang bindu.

5 Soket penyambung boleh dipasang pada rahang cordless screw driver bagi mengetat atau melonggarkan skru berbentuk kepala bersegi.

6Jadual di bawah ini menunjukkan bahagianutama cordless screwdriver dan kegunaannya.

Bahagian

UtamaFungsi

Bindu dan rahang binduMemegang mata pemutar skru

MotorMemutarkan bindu

SuisMenghidup dan mematikan motor

Mata pemutar skruMemutarkan skru

Pemegang

Memegang mesin semasa proses menskru

Pengunci binduMengetatkan cengkaman pada rahang bindu

Pengecas bateriMengecas semula bateri mesin

Tull pelaras putaranMengubah arah putaran bindu apabila tuil berada di tengah-tengah, tuil bertindak sebagai suis iaitu melaras putaran bindu sama ada tinggi atau rendah

BateriMembekalkan kuasa elektrik bagi menggerakkan motor

Mesin Pelelas Mudah Alih (Sander)

1Sander digunakan untuk melelas permukaan projek dengan cepat.

2 Sander digunakan untuk meratakan permukaan projek kayu, meratakan permukaan projek yang disapu tepung penyumbat atau membuang bahagian karat pada keluli sebelum melakukan kerja-kerja kemasan.

3 Terdapat dua jenis sander iaitu belt sander dan disc sander yang boleh digunakan untuk melelas permukaan kasar pada hujung bahan dan tepi bahan.

4 Belt sander dan disc sander boleh digunakan untuk melelas permukaan kayu atau plastik.

5 Bagi permukaan yang halus dan rata, finishing sander digunakan.

6 Kertas pelelas yang telah haus mesti ditukar bagi mengelakkan motor sander rosak.

7 Jadual di bawah ini menunjukkan bahagian utama sander dan kegunaannya.Bahagian

UtamaFungsi

MotorMenggerakkan sander

PemegangMemegang mesin semasa kerja merata dan melicinkan bahan

TapakTempat pemasangan kertas pelelas

Tuil pelarasMelaraskan pergerakan tapak sander

SuisMenghidupkan motor sander

Kekunci suisMengunci suis semasa kerja melelas dilakukan

Kabel Menyalurkan bekalan elektrik

PenyepitMenyepit kertas las pada tapak

Proses Reka Bentuk

Proses reka bentuk adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti masalah

(i) Menulis dengan jelas masalah atau keperluan yang hendak diatasi

(ii) Mengumpulkan makiumat dan data untuk mencari beberapa kaedah penyelesaian masalah

(iii) Menghasilkan idea dalam bentuk lakaran bebas

(b) Memilih idea yang terbaik

(i) Menghasilkan beberapa idea reka bentuk

(ii) Memilih idea terbaik

(c)Mereka bentuk projek berdasarkan idea terbaik yang telah dipilih

(i) Lakaran reka bentuk yang dipilih dibuat dalam bentuk dua dimensi (2 D) atau tiga dimensi (3 D)

(ii) Lakaran ini digunakan sebagai lukisan kerja semasa pembinaan projek

(d) Perancangan dan pembinaan projek

(i) Semasa membuat perancangan, perkara berikut perlu disediakan:

Senarai bahan dan kosnya

Senarai alatan tangan dan mesin

Menyediakan jadual kerja

Mengetahui kaedah atau teknik pembinaan

(ii) Pembinaan hendaklah berpandukan lukisan kerja dan perancangan yang telah disediakan.

(e) Pengujian dan pengubahsuaian projek

(i) Melakukan pengujian berpandukan kriteria utama reka bentuk

(ii) Membuat pengubahsuaian jika perlu

(f) Membuat pendokumentasian

Lukisan Projek

1 Setelah mendapat pelbagai idea penyelesaian masalah, lakaran projek hendaklah dibuat.2 Lakaran projek boleh dibuat dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).

3 Menilai dan memilih lakaran paling sesuai.

4 Pemilhan lakaran terbaik dengan mengambilkira faktor utama reka bentuk

5 Buat lukisan projek yang lebih tepat, mempunyai ukuran atau dimensi dan catatan jenis bahan dan kaedah pembinaan dalam lukisan tersebut.

Pembinaan Projek

Proses Mengukur dan Menanda

Mengukur

1 Proses mengukur dilakukan untuk mendapatkan saiz atau ukuran yang tepat dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan pada bahan sebelum proses memotong dilakukan.

2 Ukuran bahan yang dibuat adalah berpandukan lukisan projek.

3 Ukuran yang dibuat semasa proses mengukur mesti tepat bagi memastikan projek yang sempurna dapat dihasilkan.

4 Alatan yang digunakan untuk mengukur adalah seperti pembaris keluli, pita pengukur, dan sesiku L.Menanda

1 Setelah bahan diukur, proses menanda dilakukan sebelum bahan dipotong, digerudi, diribet, dibentuk atau diglu.

2 Proses menanda dilakukan bersama-sama dengan proses mengukur.

3 Penandaan yang dilakukan dengan tepat akan memudahkan kerja-kerja pemotongan.

4 Alatan yang digunakan dalam proses menanda terdiri daripada sesiku L, pensel, pisau penanda, penggarit, penebuk pusat, tolok serong, dan tolok penanda.Proses Memotong1 Proses memotong bahan dilakukan setelah proses mengukur dan menanda selesai.

2 Penggunaan alatan tangan dan mesin bergantung pada jenis bahan yang hendak dipotong.

3 Antara alatan tangan dan mesin yang boleh digunakan ialah gergaji tangan, gergaji puting, gergaji lengkung halus, gergaji besi, pisau pemotong perspek, dan mesin gergaji jig.

4 Panduan penggunaan pisau pemotong perspek:

(a) Elakkan menekan pisau terlalu kuat semasa membuat surihan.

(b) Gunakan pembaris keluli untuk memandu mata pisau semasa digunakan.

(c) Surihan perlulah dibuat beberapa kali sebelum perspek dipisahkan.

5 Panduan menggunakan mesin gergaji jig:

(a) Pilih dan pasang mata yang sesuai dengan bahan yang hendak dipotong.

(b) Jangan menolak mata gergaji terlalu kuat kerana hal ini boleh menyebabkan mata gergaji menjadi terlalu panas dan patah.

(c) Semasa mesin gergaji sedang bergerak jangan mengangkat mata gergaji bagi mengelakkan mata gergaji patah.

(d) Gunakan kelajuan yang betul dan sesuai dengan bahan yang dipotong.

(e) Jika memotong bahan yang kecil, apitkan bahan dengan sempurna.

6 Terdapat juga kaedah pembinaan projek yang memerlukan bahan ditebuk.

7 Mesin seperti mesin gerudi mudah alih dan mesin gerudi Iantai digunakan untuk menebuk lubang pada kayu, plastik, perspek, kepingan logam, dan keluli lembut.Proses Membentuk dan Mencantum BahanMembentuk1 Proses membentuk ialah proses mengubah rupa bentuk permukaan sesuatu bahan daripada berkeadaan rata atau persegi kepada Iengkuk dan sebagainya.

2 Proses membentuk dilakukan sebelum memasang bahagian projek.

3Kerja membentuk adalah seperti melipat, membengkok, dan membuat lengkung pada bahan.

4Permukaan penjuru bahan dibentuk dengan menggunakan kikir parut.Mencantum1Proses mencantum dilakukan dengan menggunakan bahan atau pengikat yang sesuai serta kaedah yang betul.

2 Pelbagai jenis bahan seperti kayu, logam, dan plastik dan pengikat seperti glu, paku, ribet, dan skru boleh digunakan untuk membina projek.

3Tanggam dapat dibentuk dengan mencantumkan dua bahagian kepingan kayu dan diperkukuh dengan penetap, paku, atau dawai kokot.

4 Jenis tanggam yang biasa terdapat ialah tanggam temu, tanggam lekap T, tanggam parit terus, tanggam parit buntu,dan tanggam lekap palang.

5 Kepingan logam boleh dicantumkan secara kekal dengan menggunakan ribet.

6 Kaedah meribetyang paling sesuai adalah dengan menggunakan rivetter.

7 Berikut adalah langkah-langkah meribet dengan menggunakan rivetter.

(a) Gerudi lubang di kedua-dua kepingan logam

(b) Masukkan ribet ke dalam lubang

(c) Gunakan rivetter untuk menarik keluar pin atau stem ribet

(d) Apabila pin atau stem ribet putus, cantuman ribet dihasilkan8 Bahan plastik seperti perspek dan PVC pula dicantum dengan menggunakan klorofom dan simen pelarut.

9 Perspek biasanya dicantumkan dengan menggunakan klorofom, manakala PVC pula meng- gunakan simen pelarut.

10Bahan kimia seperti klorofom dan simen pelarut akan bertindak balas pada permukaan bahan plastik. Hasil tindak balas kimia akan mencantumkan bahan plastik secara kekal.

Kemasan

1 Kemasan ialah proses terakhir dalam pembinaan projek.

2 Tujuan membuat kemasan adalah supaya projek yang telah dibina kelihatan cantik dan menarik, tahan lama, berkualiti tinggi, bersih, kemas, dan selamat digunakan.

3 Antara alat kemasan yang boleh digunakan dalam pembinaan projek ialah pengikis, berus cat, berus syelek, dan kertas las atau sander.

4 Kemasan yang dipilih mestilah sesuai dengan bahan projek yang digunakan.

5 Kertas las digunakan untuk membersihkan, melicinkan, dan menghilangkan kesan calar serta tanda pada permukaan kayu.6Kertas las khas pula digunakan untuk membersihkan karat pada keluli sebelum disapu dengan bahan kemasan.

7 Kertas las jenis silicon carbide paper digunakan untuk kemasan logam dan plastik.

8 Jadual di bawah ini menunjukkan bahan-bahan kemasan yang biasa digunakan dalam pembinaan projek.Bahan kemasanBahan ProjekPelarutKeterangan

Tepung PenyumbatKayuAir, pewarna kayuDigunakan untuk menutup liang kayu atau kecacatan pada kayu

Cat LicauKayu, keluli lembut, perspek, PVC, MDF, papan lapis Turpentin Cat licau kalis air dan haba

-Memberikan perlindungan dan mencegah logam daripada berkarat

-Terdapat dalam pelbagai warna

-Disapu menggunakan berus atau semburan

Cat SemburKayu, keluli lembut, perspek, PVC, MDF, papan lapisThinner

-Cat sembur sesuai untuk kemasan permukaan yang kecil

-Terdapat dalam pelbagai warna, cepatkering, dan mudah digunakan

SyelekKayu, MDF, papan lapis Spirit methil-Syelekterdapat dalambentuk kepingan dan siap dibancuh

-Syelek tidak kalis air dan haba

-Disapu menggunakan berus syelek atau semburan

-Digunakan pada perabotkayu (hiasan dalaman)

Tona LayuKayu,MDFTurpentin-Digunakan untuk memberikan warna asli kayu yang dipilih

-Disapudengan menggunakan berus dan semburan

-Bersifat kalis air dan haba serta berkilat

Lekar JernihKayu,keluli lembut, MDFThinner-Digunakan untuk memberi kemasan terakhir pada kayu

-Disapu menggunakan berus atau semburan

-Bersifat kalis haba dan berkilat

-Lapisanlekar dapat melindungi permukaan bahandaripada lembapan

Pelekat (Sticker)Kayu, keluli lembut, MDF, perspek, PVC, MDF

Tiada bahan pelarut

-Terdapat dalam bentuk berglu dan tidak berglu-Pelekat hiasan boleh didapati dalam pelbagai warna, bentuk, dan corak

Jadual di bawah ini menunjukkan gred bagi setiap jenis kertas las.GredJenis

00Paling halus

0, 1Halus

1 , 2Sederhana kasar

2 , 3Kasar

Reka Bentuk Projek

Pernyataan Masalah atau Keperluan Mengenal Pasti Masalah dan Keperluan

1 Idea untuk menghasilkan projek reka bentuk timbul apabila terdapat masalah atau keperluan dalam kehidupan.

2 Pelbagai idea akan tercetus sebagai alternatif pada penyelesaian masalah.

3 Sesuatu masalah yang dikenal pasti hendaklah dinyatakan dengan jelas dan menjurus kepada penyelesaian masalah yang wujud.

4 Berikut ialah contoh satu pernyataan masalah dalam kehidupan seharian:

Pernyataan masalah: Alat tulis sentiasa berselerak di atas meja dan sukar untuk mencari alat tulis apabila diperlukan.

5 Masalah yang telah dikenal pasti akan menjadi tema dan matlamat dalam pembinaan satu reka bentuk projek.

Penyelesaian masalah: Mereka bentuk tempat menyimpan dan menyusun alat tulis dan buku yang sesuai.

6Cetusan idea penyelesaian masalah ini membuatkan minda berfikir tentang projek yang akan dibuat berpandukan kriteria utama reka bentuk seperti berikut:

(a) Apakah rupa bentuk projek yang akan dibuat?

(b) Apakah bahan yang sesuai untuk membuatnya?

(c) Bagaimana dengan saiz dan ukurannya?

(d) Bagaimana dengan tahap kesukaran untuk membina projek?

(e) Berapa Iamakah masa yang akan diambil untuk membina projek?

(f) Adakah projek ini selamat digunakan?

(g) Apakah bahan kemasan yang sesuai digunakan?

(h) Berapakah kos untuk membina dan menyiapkan projek?

7Antara kriteria tempat penyimpanan dan penyusunan alat tulis dan buku yang dicadangkan adalah seperti berikut:

(a) Boleh menyimpan dan menyusun sekurangkurangnya sepuluh buah buku

(b) Selamat digunakan

(c) Kukuh dan stabil

(d) Mudah dibinas

(e) Kos yang berpatutan

(f) Bahan yang digunakan sesuai dan mudah diperoleh

(g) Kemasan yang sesuai dengan bahan

(h) Menarik dan mempunyai nilai komersialMengumpulkan Maklumat dan Data

1 Pengumpulan maklumat dan data boleh dibuat dengan kaedah yang berikut:

(a) Pengalaman sendiri - Membuat kajian dan perbandingan produk yang sedia ada di pasaran

(b) Pemerhatian - Memerhati penggunaan alatan seperti di kilang dan pusat penyelidikan untuk mendapatkan maklumat tentang teknologi, reka bentuk, dan proses pembuatan

(c) Lawatan - Mengadakan lawatan ke bengkel atau kilang untuk mengetahui tentang proses pembuatan, teknologi pembuatan dan sumber bahan

(d) Pembacaan dan rujukan - Maklumat berkaitan dengan kesesuaian penggunaan produk kepada pengguna akan diperoleh melalui pembacaan

(e) Soal selidik - Maklumat tentang penggunaan bahan, keperluan, masalah, dan fungsi boleh didapati daripada pihak tertentu

(f) Melayari Internet - Mendapatkan maklumat terkini tentang reka bentuk dan teknologi

(g) Sumbang saran - Mengadakan perbincangan dengan rakan-rakan, guru, dan orang ramai atau pengguna

2 Maklumat dan data yang ada kaitan dengan projek yang bakal dibina hendaklah direkodkan untuk semakan dan rujukan.Menyenaraikan Pelbagai Alternatif Penyelesaian dalam Bentuk Lakaran

1 Maklumat dan data yang telah dikumpulkan akan dapat membantu kita menjana idea-idea reka bentuk projek yang akan dibina.

2 Segala idea yang tercetus perlu diterjemahkan ke dalam bentuk lakaran bebas.

3 Lakaran yang dibuat dapat menggambarkan rupa bentuk projek yang hendak dibina.

4 Berikut adalah contoh lakaran daripada pelbagai idea alternatif projek bekas alat tulis dan buku. Semua lakaran dibuat dalam bentuk 3D.

5 Hasil daripada pelbagai lakaran idea alternatif yang dibuat, hanya satu idea pilihan akan ditentukan.

6 Bagi mendapatkan satu idea pilihan yang terbaik, aktiviti sumbangsaran atau perbincangan dalam kumpulan boleh dilakukan.

7 Lakaran idea yang dipilih perlu dilengkapkan dengan ukuran.

Perancangan, Pembinaan, dan Pengubahsuaian Projek

Perancangan Projek

1 Idea yang telah dipilih perlu dirancang dengan sistematik untuk pembinaan reka bentuk projek.

2 Beberapa Iangkah perlu diikuti secara sistematik dalam proses merancang dan membina projek. Antaranya adalah seperti berikut:

(a) Menyediakan jadual kerja

(b) Menyenaraikan bahan dan alatan/mesin yang diperlukan

(c) Membina projek berdasarkan lukisan kerja atau lukisan projek yang dipilih

(d) Menguji dan menilai projek

(e) Mengubah suai projekjika perlu

Menyediakan Jadual Kerja

1 Jadual kerja penting bagi memastikan projek yang dirancang dapat disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan.

2Jadual ini juga bertujuan untuk memantau kemajuan kerja dan membuat perubahan jika perlu.

3 Penyediaan jadual kerja dapat menjimatkan masa, wang, dan tenaga.Menyenaraikan Bohan dan Alatan Tangan1 Senarai bahan dan alatan tangan atau mesin yang akan digunakan perlu disediakan.

2 Hal ini bertujuan untuk menjimatkan masa dan mengelakkan sebarang gangguan ketika projek sedang dibina.

3 Senarai bahan dan alatan tangan atau mesin yang disediakan bergantung kepada jenis dan kesesuaian dengan projek yang direka bentuk.

4 Berikut adalah contoh bahan, alat, dan kuantiti bahan yang akan digunakan untuk membina bekas alat tulis dan buku.

5 Alatan tangan yang diperlukan untuk menyiapkan projek:

(a) Pembaris keluli

(b) Sesiku L

(c) Pahat tepi serong

(d) Gandin kayu dan gandin getah

(e) Pisau pemotong perspek

(f) Tukul warrington

(g) Berus syelek

(h) Pisau penanda

(i) Hot glue gun

6 Mesin yang diperlukan pula adalah seperti:

(a) Mesin gergaji jig

(b)Cordless screw driverMembina Projek

1 Projek yang dibina hendaklah berdasarkan lukisan kerja yang dipilih.

2Kaedah pembinaan projek dijelaskan secara sistematik yang merangkumi segala aspek dalam lukisan kerja seperti rupa bentuk projek, jenis bahan, saiz, dan sebagainya.

3Langkah-langkah pembinaan boleh dibuat menggunakan ayat yang pendek atau menggunakan gambar rajah.

4Berikut adalah contoh langkah-langkah menghasilkan bekas alat tulis dan buku:

(a)Rancang tanda pada kayu, perspek, dan kepingan aluminium.(b)Potong kayu menggunakan gergaji atau mesin gergaji jig.

(c)Tandakan bentuk lengkung pada kayu dan potong menggunakan mesin gergaji jig.

(d) Potong dan sediakan perspek mengikut bentuk yang dikehendaki.

(e) Sediakan PVC.

(f)Potong dan sediakan kepingan aluminium mengikut bentk yang diperlukan.

(g)Pasangkan bahagian-bahagian projek seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

(h)Buat kemasan.

(i)Tampalkan pelekat atau stiker jika perlu.

Menguji dan menilai projek

1 Projek yang telah siap perlu diuji dan dinilai. 2 Tujuan pengujian dan penilaian projek:

(a) Mengetahui setakat mana produk yang dibuat dapat menyelesaikan masalah

(b) Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan projek yang dibina

(c) Membantu membuat pengubahsuaian jika perlu

3Berikut adalah beberapa soalan yang boleh digunakan semasa membuat pengujian atau penilaian:

(a) Adakah projek yang dibuat berfungsi dengan baik?

(b) Adakah projek itu mudah digunakan?

(c) Adakah projek tersebut selamat digunakan?

(d) Adakah bahan yang digunakan untuk membina projek tersebut sesuai?

(e) Bolehkah projek itu ditambah nilai?Pengubahsuaian Projek

1 Pengujian dan penilaian projek dapat membantu mengesan kelemahan atau kecacatan yang telah dibuat semasa pembinaan projek.

2 Jika terdapat kelemahan atau kekurangan pada projek, pengubahsuaian perlu dilakukan.

3 Hal ini bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dan mempertingkatkan mutu projek.

Pendokumentasian

Mengumpulkan dan Merekod Maklumat Projek

1Semua makiumat yang telah dikumpulkan berkaitan dengan penghasilan projek hendaklah disimpan atau dibukukan.

2 Maklumat yang dikumpulkan termasuklah:

(a) Pernyataan masalah atau keperluan

(b) Lakaran-lakaran projek

(c) Lakaran projek yang dipilih

(d) Senarai bahan, alatan, dan mesin

(e) Jadual kerja

(f) Data-data tentang pengujian

(g) Maklumat pengubahsuaian jika adaKos penghasilan projek

Mengira Kos Penghasilan Projek

1Pengiraan kos perlu dibuat untuk mengetahui jumlah perbelanjaan bagi menghasilkan projek dan seterusnya menentukan harga jualan.

2 Kos-kos yang terlibat dalam penghasilan projek termasuklah kos bahan, kos upah, dan kos overhed.

3Kos pengeluaran ialah jumlah wang yang dibelanjakan untuk menghasilkan sesuatu projek.

4 Kos bahan ialah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membeli bahan-bahan untuk membuat projek.

5Kos upah ialah perbelanjaan yang dikeluarkan untuk membayar tenaga kerja bagi menyiapkan projek.

6Kos overhed ialah kos sampingan yang ditanggung ketika menyiapkan projek seperti perbelanjaan penggunaan air, elektrik, dan telefon.Membuat Persembahan Projek

1 Tujuan membuat persembahan projek adalah untuk:

(a) Memperkenalkan idea

(b) Mendapatkan komen dan idea orang lain

(c) Memperbaiki kualiti projek

2 Semasa membuat persembahan, perkara yang perlu dinyatakan adalah seperti:

(a) Nama projek

(c) Lakaran reka bentuk

(c) Fungsi projek

(d) Bahan dan alatan yang digunakan

(e) Anggaran kos projek

(f) Masa untuk menyiapkan projek

(g) Teknologi dan rujukan yang digunakan

BAB 1: REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

Kos pengeluaran = Kos bahan + Kos upah +

Kos overhed

Kos upah = Jumlah pekerja x Masa (jam) x

Kadar upah sejam

2