refleksikendiri (1)

4
REFLEKSI AKTIVITI Sebelum BIG Sebelum berlangsungnya program Bina Insan Guru, pelbagai persiapan telah dibuat supaya segala kelengkapan dan keperluan semasa program tersebut berjala

Upload: cva-raj

Post on 04-Oct-2015

228 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

JB

TRANSCRIPT

REFLEKSIAKTIVITI

Sebelum BIGSebelum berlangsungnya program Bina Insan Guru, pelbagai persiapan telah dibuat supaya segala kelengkapan dan keperluan semasa program tersebut berjalan lancar. Beberapa perjumpaan di antara kelas yang terlibat telah diadakan bagi bermesyuarat dan membincangkan hala tuju program ini serta membahagikan tugasan kepada setiap peserta. Berikut ialah butiran perjumpaan atau taklimat yang telah diadakan sebelum program Bina Insan Guru:

Perjumpaan PertamaSebelum program Bina Insan Guru bermula, semua pelajar PISMP Semester 4 dikehendaki berkumpul di Dewan Kuliah B bagi perjumpaan pertama bersama dengan Tuan Haji Saharom bin Idris. Perjumpaan tersebut diadakan pada pukul 5.00 petang. Semasa perjumpaan tersebut, beliau telah memberi penerangan tentang program BIG yang bakal melibatkan pelajar semester 4. Kami akan terlibat dengan program BIG yang berunsurkan aktiviti kemasyarakatan iaitu program pasca banjir Sebanyak dua buah tempat telah dipilih untuk melaksanakan program ini iaitu di sekitar Kuala Lipis, Pahang iaitu SK Chegar Perah dan SK Wan Ibrahim. Kami dimaklumkan bahawa program tersebut akan berlangsung selama 2 hari 1 malam di SK Chegar Perah dan sehari di SK Wan Ibrahim. Perjumpaan ini bertujuan untuk perlantikan ahli jawatankuasa program bagi menguruskan perjalanan program BIG ini. Setelah perbincangan dibuat, satu AJK baru telah ditubuhkan yang melibatkan AJK tertinggi dan AJK Biro. Setiap ajk dipilih mempunyai tugas masing-masing yang perlu dilaksanakan dalam masa 2 minggu sebelum BIG bermula. Saudara Lua chee wei telah menjadi pengerusi Bina insan Guru Fasa 4 ini. Perjumpaan ini ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.

Perjumpaan KeduaTujuan perjumpaan ini diadakan ialah bagi membuat semakan terakhir persiapan sebelum tibanya hari BIG bersama-sama dengan semua AJK yang terlibat.Kami dimaklumkan bahawa bina insan guru kali ini akan disertai oleh buah IPG lain pada hari terakhir. Kami juga dimaklumkan tentang tentatif program, pakaian, dan sebagainya oleh pengerusi dan ketua kumpulan.

HARI PERTAMA ( SELASA, 10 FEBRUARI 2015 )

Pada hari pertama tepat pukul 7.20 pagi kami diarahkan berkumpul di Astaka Khalid al Walid untuk menaikan semua bahan keperluan dan juga peralatan dapur, peralatan untuk mengecat untuk membuat kerja di sana.Kami mengambil sarapan pagi di kantin Aida sebelum bertolak.Dua buah bas telah disediakan untuk kami pergi ke sana.Setelah 40 minit perjalanan kami tiba di FELDA Chegar Perah dan kami memindahkan barang yang dibawa ke lori.Kami juga telah naiki lori untuk pergi ke Sekolah Chegar Perah.Pengalaman naik lori bersama rakan-rakan merupakan satu pengalaman yang luar biasa bagi saya serta kawan-kawan saya.Setelah tiba di sana satu majlis perasmian telah diadakan.Dalam ucapan daripada guru besar kami didapati bahawa Sekolah Chegar Perah ini telah dilanda banjir yang teruk. Setelah ucapan perasmian kami telah dihidangkan dengan makanan tengah hari yang disediakan oleh pihak sekolah.Setelah makan makanan tengahari kami memulakan tugas kami.Pengerusi telah mengagihkan tugas untuk kami dibuat.saya serta rakan sekelas saya telah diberi tugas untuk melukis mural di ruang sebelah kelas tahun 3.Rakan sekelas yang lain juga telah melukis mural serta mengecat tempat yang melanda banjibr.Sekitar pukul 4.30 petang kami dihidangkan dengan minuman petang.Setelah minum petang kami teruskan kerja kami sehingga habis.

Pada waktu malam,kami telah mengadakan satu program bersama ibu bapa dan murid -murid SK Chegah Perah.Slot yang diadakan ialah slot motivasi ,ibubapa serta murid-muri telah memberi kerjasama yang amat menggalakan.Saya juga telah diberi tanggunjawab untuk mengendalikan aktiviti.Pada pukul 11.30 malam LDK kami telah habis dengan jayanya.Kami juga diberi tugas kawalan malam bersama rakan-rakan.Saya serta beberapa orang rakan saya mua bertugas pada pukul 2 hingga 4 pagi.

HARI KEDUA ( RABU , 11 FEBRUARI 2015 )

Pada hari kedua kami telah berkumpul di kantin pada pukul 8.00 pagi untuk sarapan padi dan meyambung kerjanya. Lebih Kurang 12.00 tengah hari kami telah menyiapkan kerja dengan sempurna dan mengemaskan segala peralatan Satu majlis penutup telah diadakan.Cenderahati diberikan kepada semua pensyarah jabatan kokuriklum,staff tutor, pihak sekolah tidak terlupa pihak kantin.Dalam ucapan perasmian penutup tuan guru besar mengucapkan terima kasih dan syabas atas tugasan yang kami jalankan.Majlis diakkhir dengan sesi pengambaran.Pada pukul 6.00 petang kami tiba di IPGKTAA.Setelah pulang ,sedikit taklimat diberikan oleh Pengerusi kepada kami mengenai program keesokan harinya.Sebanyak 4 buah IPG akan turut bersama kami untuk menyertai Program Pasca Banjir.

HARI KETIGA (KHAMIS,12 FEBRUARI 2015)

Pada pukul 8.00 pagi Semua siswa pelatih dari 5 IPG telah berkumpul di dataran bestari selepas saparapan pagi. Program kami hari ini adalah di SK Wan Ibrahim,Kuala Lipis. Pada pukul 8.30 pagi,kami menaiki bas IPGKTAA menuju SK Wan Ibrahim,Kuala Lipis.Kehadiran kami dialu- alukan dengan tarian serta senaman aerobic oleh murid-murid SK Wan Ibrahim..Seterusnya kami telah diagihkan tugas mengikut IPG masing-masing. pengerusi dan naib pengerusi mengagihkan alatan yang secukupnya seperti berus warna, cat dan sebagainya kepada setiap kumpulan. Tanpa melengahkan masa, setiap kumpulan memulakan tugasan.Kumpulan kami diberi amanah untuk mengecat dan membersihkan tahun 1.Kami menghabikan tugasnya dalam ukul 12.30 tengah hari dan berkumpul balik di dewan SK Wan Ibrahim. Majlis penutupan telh dirasmikan oleh Rektor IPGM.Dalam ucapan perasmian penutup.Rektor IPGM mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua pengarah ,ketua jabatan kokurikulum,pensyarah serta guru pelatih yang menjayakan BIG pasca banjir ini tanpa sebarang masalah.Kami sungguh gembira serta megah atas ucapan beliau.Pada pukul 1.30 tengahari kami pulang ke IPGKTAA dengan gembira.

Selepas Program Bina Insan Guru

Selepas program BIG berlangsung, setiap peserta dikehendaki menyiapkan laporan program khidmat masyarakat untuk dinilai. Segala aktiviti yang telah dilakukan sempena program ini telah memberi impak yang mendalam kepada diri setiap peserta.