refleksi.docx

4
REFLEKSI ZAINAB AFINA BT. SUHARTO 3 PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012 Bagi tempoh hampir sebulan ini, saya dan pasangan kerja kursus saya telah diberi satu tugasan mengenai masalah disiplin pelajar. Kami juga diberi tugasan mengenai program intervensi. Tugasan tersebut hendaklah terdiri tidak lebih daripada lima belas mukasurat sahaja. Setelah membaca dan menganalisis tugasan yang diberikan, saya dapati bahawa tugasan ini amat sesuai dengan kami yang ingin mendapatkan Ijazah Pendidikan dan bakal bergelar guru. Wajarlah bagi kami untuk mengetahui mengenai selok belok masalah disiplin pelajar supaya boleh digunakan pada masa hadapan. Jika diimbau pada zaman persediaan ijazah, kami telah diberikan tugasan mengenai masalah pembelajaran yang terdapat pada pelajar tetapi hanya pada asasnya dan pastinya bukan mengenai masalah disiplin. Jadi, ini adalah peluang bagi kami untuk lebih mendalami mengenai perkara ini. Setelah membaca sedikit sebanyak mengenai maslah disiplin di dalam akhbar, majalah dan internet, saya memahami bahawa statistik ini terdiri masalah disiplin berkategori ringan, sederhana dan berat. Masalah-masalah disiplin ini sebenarnya bermula daripada masalah kecil yang kemudiannya berkembang dan menjadi semakin parah. Berpandukan nota-nota serta artikel yang

Upload: zainab-afina

Post on 26-Jan-2016

9 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: REFLEKSI.docx

REFLEKSI

ZAINAB AFINA BT. SUHARTO

3 PISMP MATEMATIK AMBILAN JANUARI 2012

Bagi tempoh hampir sebulan ini, saya dan pasangan kerja kursus saya telah

diberi satu tugasan mengenai masalah disiplin pelajar. Kami juga diberi tugasan

mengenai program intervensi. Tugasan tersebut hendaklah terdiri tidak lebih daripada

lima belas mukasurat sahaja. Setelah membaca dan menganalisis tugasan yang

diberikan, saya dapati bahawa tugasan ini amat sesuai dengan kami yang ingin

mendapatkan Ijazah Pendidikan dan bakal bergelar guru. Wajarlah bagi kami untuk

mengetahui mengenai selok belok masalah disiplin pelajar supaya boleh digunakan

pada masa hadapan. Jika diimbau pada zaman persediaan ijazah, kami telah diberikan

tugasan mengenai masalah pembelajaran yang terdapat pada pelajar tetapi hanya

pada asasnya dan pastinya bukan mengenai masalah disiplin. Jadi, ini adalah peluang

bagi kami untuk lebih mendalami mengenai perkara ini.

Setelah membaca sedikit sebanyak mengenai maslah disiplin di dalam akhbar,

majalah dan internet, saya memahami bahawa statistik ini terdiri masalah disiplin

berkategori ringan, sederhana dan berat. Masalah-masalah disiplin ini sebenarnya

bermula daripada masalah kecil yang kemudiannya berkembang dan menjadi semakin

parah. Berpandukan nota-nota serta artikel yang kami jumpai, akhirnya saya faham

mengenai betapa pentingnya setiap guru mengetahui mengenai perkara ini. Lebih-lebih

lagi mengenai faktor-faktor berlakunya masalah disiplin ini memandangkan perkara ini

selalu terjadi di sekolah dan dalam kalangan pelajar. Sebelum ini, saya selalu tertanya-

tanya mengenai maksud sebenar masalah disiplin dan penyebab-penyebabnya secara

terperinci. Sekarang setelah menonton video mengenai masalah disiplin yang berlaku

dan mengkaji serba sedikit mengenainya, saya berasa lebih seronok dan teruja untuk

mendidik anak-anak bangsa. Cabaran itu mematangkan dan tidak akan terlepas

daripada insan yang bergelar guru.

Page 2: REFLEKSI.docx

Pada kali ini, saya dan pasangan, Hasliza Julaihi membahagikan tugasan kami

ini kepada dua. Soalan A iaitu mengenai kategori dan faktor masalah disiplin

dilaksanakan oleh saya tetapi berdasarkan perbincangan di aatara kami, manakala

pasangan saya pula melaksanakan tugasan mengenai program intervensi dengan

perbincangan bersama saya. Kami dapat merumuskan bahawa pembelajaran mengenai

isu-isu semasa di dalam bidang pendidikan adalah amat penting dan patut dikaji

dengan lebih mendalam. Hasil pemerhatian adalah sama dengan hasil jangkaan yang

kami buat. Kami berasa sangat gembira dengan hasil tugasan kami. Rakan-rakan kami

turut memberi kerjasama yang padu dalam berkongsi maklumat bersama kami. Mereka

juga berasa teruja sama seperti terujanya kami sewaktu pertama sekali meenerima

tugasan ini.

Selain itu, saya dan pasangan telah diperkenalkan dengan pengetahuan-

pengetahuan baru. Setelah mendapat pendedahan mengenai sumber rujukan yang

patut kami gunakan, kami dapati banyak lagi perkara yang perlu kami pelajari. Betullah

kata orang-orang tua, semakin tinggi ilmu di dada, semakin tidak tahu. Kami perlu

mencari dan terus mencari ilmu supaya tidak luput di ingatan. Tugasan ini menepati

kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam melahirkan generasi bermoral dan

berakhlak mulia. Setelah menjalankan kerja kursus ini barulah saya tahu bahawa

generasi yang baik datangnya daripada didikan sejak dari kecil yang bagus. Bak kata

orang-orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika salah didikannya, maka

buruklah hasilnya. Begitu juga dengan anak bangsa kita. Setelah mendapatkan

maklumat penting ini, saya menanam azam dan tekad bahawa saya akan mencuba

untuk menjadi guru yang terbaik dan faham mengenai masalah yang dihadapi para

pelajar saya. Dalam pada masa yang sama, saya dan pasangan berbincang mengenai

cara yang setepatnya untuk mempamerkan proses dan hasil tugasan kami dalam

bentuk lembaran yang akan dihantar.

Akhir sekali, kami hanya mampu berharap dan bertawakkal agar usaha kami ini

tidak disia-siakan. Secara keseluruhannya, pelbagai ilmu baru saya peroleh semasa

kuliah yang diberikan. Ilmu dan pengalaman baru sedemikian sudah tentunya dapat

membantu saya untuk mengajar kelak. Semoga semua ilmu tersebut dapat saya

Page 3: REFLEKSI.docx

manfaatkan dengan baik untuk mendidik pelajar sekaligus menghasilkan modal insan

yang berkualiti kelak.