refleksi.docx

7
Tugasan B : Tugasan Individu. 1. Tuliskan satu esei 600 – 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut. Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai seorang guru matematik di sekolah anda. Matematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada konkrit atau abstrak. Selain itu matematik memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita. Seperti membeli barang makanan di kantin sekolah, membeli alat tulis di koperasi sekolah dan sebagainya, kesemua aktiviti itu melibatkan kemahiran asas matemetik. Manakala guru boleh diertikan sebagai orang yang menyebar ilmu pengetahuan di desebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menegah dan tinggi. Justeru itu, sebagai seorang guru matematik kita memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dan memastikan ilmu matematik yang hendak disampai kepada murid. Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklah terlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak dijalankan untuk sepanjang tahun, menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan memilih buku-buku kerja yang bersesuaian. Hal ini akan memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran dan

Upload: sathis-menagah

Post on 24-Sep-2015

224 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Tugasan B : Tugasan Individu.1. Tuliskan satu esei 600 800 patah perkataan bagi tajuk yang berikut. Bincangkan sejauh mana anda telah memainkan peranan sebagai seorang guru matematik di sekolah anda.

Matematik menjadi suatu ilmu pengetahuan yang mengajar manusia berfikir secara logik mengikut bilangan dan jenisnya terhadap sesuatu masalah, sama ada konkrit atau abstrak. Selain itu matematik memainkan peranan yang sangat penting dalam kehidupan dan aktiviti seharian kita. Seperti membeli barang makanan di kantin sekolah, membeli alat tulis di koperasi sekolah dan sebagainya, kesemua aktiviti itu melibatkan kemahiran asas matemetik. Manakala guru boleh diertikan sebagai orang yang menyebar ilmu pengetahuan di desebuah institusi pendidikan peringkat rendah, menegah dan tinggi. Justeru itu, sebagai seorang guru matematik kita memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan dan memastikan ilmu matematik yang hendak disampai kepada murid.

Pertama, sebelum bermulanya sesi persekolahan, seorang guru hendaklah terlebih dahulu merancang apakah aktiviti yang hendak dijalankan untuk sepanjang tahun, menyediakan rancangan pengajaran tahunan dan memilih buku-buku kerja yang bersesuaian. Hal ini akan memudahkan kita menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran pada hari persekolahan. Selain daripada itu, saya juga akan memastikan murid-murid saya mempunyai alat persekolahan yang mencukupi seperti pensil, buku dan sebagainya untuk memudahkan murid mengikut sesi pembelajaran seperti dapat menyalin nota dan latihan yang diberikan.

Selain daripada itu saya juga telah merancang dan melaksanakan satu aktiviti pembacaan sifir secara beramai-ramai. Ia diadakan sebelum kelas bermula dan di awasi oleh guru matematik. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memastikan murid dapat menguasai fakta sifir dan darab dengan baik. Untuk memastikan keberkesanan program ini, setiap waktu rehat saya akan memanggil beberapa orang murid untuk membaca sifir.

Selain daripada itu, sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran matematik bermula, saya akan memanggil beberapa orang murid tampil di hadapan kelas untuk menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi matematik. Murid yang dapat menyelesaikannya akan diberi ganjaran seperti tepukan tangan dan yang tidak dapat menyelesaikannya akan dibimbing untuk mencari jawapan. Semasa mengajar pula saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk menyampaikan tajuk yang hendak diajar supaya murid memahami tajuk yang diajar. Kaedah yang telah saya gunakan adalah kaedah pembelajaran yang berpusatkan guru kepada kaedah pembelajaran berpusatkan pelajar seperti dengan menggunakan pendekatan secara kumpulan. Pendekatan ini mempunyai kelebihan kerana mereka berpeluang berinteraksi antara satu sama lain dan boleh belajar melalui pengalaman sendiri. Dengan adanya kaedah ini murid mudah untuk memahami apa yang diajar.

Selain daripada itu saya juga mengajar dengan menggunakan bahan yang konkrit dan maujud. seperti mengajar tajuk masa dan waktu iaitu saya akan menggunakan jam dinding yang betul , tajuk ukuran panjang saya akan mengajar menggunakan pembaris dan pita ukur dan sebagai. Jika kita menggunakan benda yang konkrit atau wujud, murid akan lebih mudah untuk memahami dan menguasai tajuk pelajaran. selain daripada kaedah kumpulan dan pengajaran yang melibat benda konkrit, saya juga menggunakan kaedah lakonan dan simulasi. Kaedah ini bersesuaian dengan tajuk wang. Untuk mengajar tajuk wang, saya akan membawa murid ke kantin atau koperasi sekolah untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan kaedah lakonan dan simulasi.

Selain daripada itu, saya akan memastikan kemahiran atau topik yang akan diajar berdasarkan pengalaman sedia ada murid. Sebagai contohnya, topik dan kemahiran yang berkaitan dengan timbangan berat. Saya akan memberikan beberapa contoh yang sering dilakukan oleh murid itu sendiri. Dengan kaedah dan cara inilah yang dapat memastikan setiap murid saya memahami bagaimana menyelesaikan soalan yang berbentuk penyelesaian masalah. Bukan itu sahaja, saya juga memastikan agar murid saya dapat menukar unit dari kilogram ke gram dan sebaliknya hanya melalui pengaplikasian pengalaman sedia ada mereka dalam kehidupan seharian di dalam topik dan kemahiran yang saya ajari.Saya juga sentiasa memastikan perkembangan kognitif, psikomotor, emosi dan sosial seimbang semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan didalam kelas. Seandainya perkembangan kognitif dan psikomotor murid berjalan seiring, maka ia akan memudahkan proses pembelajaran berjalan. Dengan ini, untuk memainkan peranan sebagai seorang guru matematik yang berkesan, sesorang guru hendaklah menggunakan semua kaedah pembelajaran yang telah diperkenalkan didalam kelas supaya murid dapat memahami dan menguasai kemahiran matematik.Untuk latihan murid pula, saya juga telah menyediakan soalan dan latihan mengikut aras dan kebolehan murid. Untuk murid yang arasnya tinggi saya akan memberi mereka soalan yang beraras tinggi dan murid yang aras sederhana akan diberi mengikut kebolehan mereka dan saya akan membimbing mereka untuk menyelesaikan soalan dan latihan yang diberikan. Ini bertujuan untuk menguji sejauh mana kefahaman dan penguasaan murid terhadap proses pengajaran yang telah saya jalankan di dalam kelas. Selain daripada mengikut aras dan kebolehan murid, saya juga telah menyediakan latihan dan tugasan yang menggunakan intelektual dan pemikiran yang mendalam dalam menjawab sesuatu soalan berbentuk masalah, terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan seharian mereka. Kebiasaannya, soalan berbentuk ini saya berikan kepada murid yang telah menguasai dan mahir dalam sesuatu topik atau kemahiran. Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan soalan berbentuk ini juga saya gunakan untuk mengajar murid daripada kumpulan sederhana dan kumpulan lemah.

Sebagai seorang guru yang berkhidmat di bawah kementerian pelajaran Malaysia, kita hendaklah memastikan semua sukatan pelajaran yang disediakan oleh pihak kementerian disampaikan kepada murid mengikut aras-aras yang tertentu. Sebagai contohnya, bagi murid yang lemah penekanan diberikan kepada kemahiran yang masih belum dikuasai sepenuhnya agar murid tersebut tidak ketinggalan daripada murid yang lain. Salah satu daripada langkahnya ialah dengan memberikan aktiviti pemulihan dan pengayaan yang bersesuaian dengan topik dan kemahiran yang dipelajari.Disamping itu juga, semua markah ujian yang telah di jalankan akan saya direkodkan untuk tujuan untuk mengenalpasti kelemahan murid dalam sesuatu topik yang dipelajari dan sekaligus mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah.Sebagai seorang ahli panitia matematik, saya juga akan memastikan saya berserta ahli panitia yang lain hadir semasa mesyuarat panitia yang diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun. Tujuannya untukmenyelaraskan semua aktiviti dan sekaligus menetapkan sasaran tahunan bagi mata pelajaran ini. Selain daripada itu saya juga akan berkongsi maklumat dan info-infi terbaru yang diperolehi sama ada dari kursus atau media massa dengan guru matematik yang lain.Berdasarkan penerangan dan penjelasan yang telah saya tuliskan , maka peranan saya sebagai seorang guru matematik telah berfungsi dengan baik.

RUJUKAN.

Burton, L. & Jaworski, B. (1995) Mathematics Teaching, Chartwell-Bratt Ltd., Sweden.

R.K.J Singh (2012).Panduan Ilmu Pendidikan Untuk DPLI Pedagogi. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman.