refleksi.docx

3
REFLEKSI KENDIRI Nama : Saiyidatul ‘Adidah Binti Kamaruzzaman No.I.C.: 910716-10-6154 Opsyen: PISMP 1110 Pengajian Sosial Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada Encik Mazlan selaku pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Pengenalan Pengajian Sosial ini. Tugasan yang diberikan pada kali ini menjurus kepada huraian tentang elemen- elemen tematik yang terkandung dalam pengajian sosial. Menerusi elemen-elemen tematik ini, perkaitan haruslah dibuat antara Sembilan elemen tematik dan kurikulum kajian tempatan dan pendidikan sivik kewarganegaraan di sekolah rendah. Pertamanya, kami telah melalui kekakangan yang amat berat pada kami, iaitu apabila tugasan yang diberikan tiada sumber rujukan bercetak atau buku. Ia memberikan sedikit kekangan apabila kekurangan sumber rujukan, dan rujukan yang sedia ada hanya di dalam bahasa inggeris dan Indonesia. Namun kami mengamalkan konsep, “hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, kami mengambil inisiatif untuk merujuk kepada bahan-bahan yang terdapat di internet. Manakala rujukan yang menggunakan bahasa inggeris dan Indonesia pula telah kami terjemahkannya di dalam bahasa melayu.

Upload: dieda-kamaruzzaman

Post on 16-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI KENDIRINama : Saiyidatul Adidah Binti KamaruzzamanNo.I.C.: 910716-10-6154Opsyen: PISMP 1110 Pengajian Sosial

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada Encik Mazlan selaku pensyarah pembimbing bagi mata pelajaran Pengenalan Pengajian Sosial ini. Tugasan yang diberikan pada kali ini menjurus kepada huraian tentang elemen-elemen tematik yang terkandung dalam pengajian sosial. Menerusi elemen-elemen tematik ini, perkaitan haruslah dibuat antara Sembilan elemen tematik dan kurikulum kajian tempatan dan pendidikan sivik kewarganegaraan di sekolah rendah. Pertamanya, kami telah melalui kekakangan yang amat berat pada kami, iaitu apabila tugasan yang diberikan tiada sumber rujukan bercetak atau buku. Ia memberikan sedikit kekangan apabila kekurangan sumber rujukan, dan rujukan yang sedia ada hanya di dalam bahasa inggeris dan Indonesia. Namun kami mengamalkan konsep, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih, kami mengambil inisiatif untuk merujuk kepada bahan-bahan yang terdapat di internet. Manakala rujukan yang menggunakan bahasa inggeris dan Indonesia pula telah kami terjemahkannya di dalam bahasa melayu.Melalui tugasan yang diberikan ini, saya mendapati bahawa, elemen-elemen tematik, setiap satunya mempunyai kepentingan yang tersendiri dalam bidang pengajian sosial ini. Analisis yang telah dilakukan terhadap sukatan pelajaran sekolah rendah bagi mata pelajaran kajian tempatan dan sivik kewarganegaran membuatkan saya lebih memahami tentang elemen-elemen tematik dalam pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, kerjasama yang diberikan oleh pasangan saya amat baik. Komunikasi antara dua orang individu adalah sangat penting terutama untuk mengendalikan sebuah tugasan yang mencabar. Sikap tolak ansur antara kami menyebabkan tugasan yang dilaksanakan berjalan dengan lancarnya. Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan jutaan terima kasih kepada kedua orang ibu bapa saya yang banyak memberikan kata-kata semangat dorongan dan sokongan untuk menjadi seorang guru pelatih yang berdedikasi. Seterusnya ucapan terima kasih juga diucapkan kepada encik Mazlan yang banyak membantu dan member penerangan serta garis panduan untuk tugasan elemen tematik ini. Sekalung penghargaan juga diberikan kepada rakan pasangan saya iaitu Nur Syafiqa Binti Ahmad Supa yang memberikan kerjasama yang dan menolong untuk menyiapkan tugasan ini. Tidak dilupakan juga kepada rakan seperjuangan yang banyak member tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini.Melalui tugasan ini, banyak pengajaran dan pembelajaran yang saya dapat. Elemen-elemen tematik banyak mempengaruhi kehidupan seorang individu, dan tidak dinafikan bahawa melalui tugasan ini, kefahaman lebih mendalam tentang pengajian sosial dan kurikulum sekolah rendah dapat dicapai.