refleksi2-111024113603-phpapp01

2
Refleksi Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus MTE 3106 Resos Dalam Matematik. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan kawan kawan telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk mencari bahan rujukan . Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi dalam kerja kursus individu saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap isi yang terdapat dalam petikan dan menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh En.Ariston telah saya gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya. Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara yang saya dan kawan- kawan saya pelajari ialah untuk mencipta resos untuk digunakan dalam sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah dilakukan. Saya dan kawan – kawan telah berjumpa dengan En Ariston untuk meminta buah fikiran selain meminta bantuan rakan sekerja untuk memberikan idea untuk mencipta resos. Akhirnya setelah beberapa ketika berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk membuat Bentuk Tiga Dimensi. En.Ariston telah sarankan kami untuk membuat bentuk Tiga Dimensi dan penggunaannya untuk guru dan murid. Saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji bahan bercetak iaitu buku . Pada mulanya saya berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh En. Ariston, saya berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini. Semasa menyiapkan tugasan kumpulan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama. Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak akan berjaya disiapkan.Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang dibuat. Perpustakaan

Upload: pari-mala

Post on 23-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: refleksi2-111024113603-phpapp01

Refleksi

Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan projek kerja kursus MTE

3106 Resos Dalam Matematik. Saya sangat berbesar hati kerana tugasan yang diberikan telah

berjaya saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu

bapa saya tidak memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Refleksi selepas menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa

kami telah melakukannya dengan baik. Saya dan kawan – kawan telah berjaya menyiapkan

tugasan yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Namun terdapat juga beberapa

masalah yang kami hadapi semasa melakukan tugasan. Antara masalahnya ialah untuk

mencari bahan rujukan .

Saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber rujukan untuk diisi

dalam kerja kursus individu saya. Tambahan pula saya sebelum ini tidak ada asas dalam

matapelajaran ini. Saya terpaksa meneliti setiap isi yang terdapat dalam petikan dan

menghuraikannya dengan gramatis. Nota-nota yang telah diberikan oleh En.Ariston telah saya

gunakan untuk dimasukkan di dalam kerja kursus saya.

Banyak perkara yang telah saya pelajari semasa melakukan tugasan ini. Antara perkara

yang saya dan kawan- kawan saya pelajari ialah untuk mencipta resos untuk digunakan dalam

sesi pembelajaran dan pengajaran berdasarkan RPH yang telah dilakukan. Saya dan kawan –

kawan telah berjumpa dengan En Ariston untuk meminta buah fikiran selain meminta bantuan

rakan sekerja untuk memberikan idea untuk mencipta resos. Akhirnya setelah beberapa ketika

berbincang akhirnya, kami mendapat pakatan untuk membuat Bentuk Tiga Dimensi. En.Ariston

telah sarankan kami untuk membuat bentuk Tiga Dimensi dan penggunaannya untuk guru dan

murid.  Saya juga dapat mempelajari bagaimana untuk mengkaji bahan bercetak iaitu buku .

Pada mulanya saya berasa susah untuk membuatnya tetapi selepas diberikan tunjuk ajar oleh

En. Ariston, saya berasa yakin untuk menyiapkan tugasan ini.

Semasa menyiapkan tugasan kumpulan ini juga, kami telah belajar untuk bekerjasama.

Tugasan ini telah kami pecahkan untuk diberikan sama rata. Komitmen atau rasa

tanggungjawab sangat perlu semasa melakukan kerja berkumpulan jika tidak, tugasan itu tidak

akan berjaya disiapkan.Kami saling berkomunikasi untuk bertanyakan tentang tugasan yang

dibuat. Perpustakaan menjadi tempat untuk kami memperoleh bahan untuk dimasukkan di

Page 2: refleksi2-111024113603-phpapp01

dalam tugasan kumpulan yang diberikan. Internet merupakan rujukan yang lengkap dan

menjadi panduan utama kami dalam melakukan tugasan ini. Namun kami juga tetap

menggunakan buku-buku agar isi-isi di dalam tugasan kami menjadi mantap. Selain itu, kami

juga melayari internet untuk memperoleh maklumat, kami menggunakan internet kerana tidak

mahu ketinggalan untuk mengunakan teknologi masa kini yang telah maju dan canggih.

En. Ariston juga telah memberikan bimbingan semasa di dalam kelas Matematik 3106

agar kami tidak berlengah dan menangguhkan kerja Kerja Kursus ini. Jika beliau tidak

melakukan perkara ini, nescaya kami tidak dapat menyiapkan tugasan itu dan akan

melakukannya pada masa-masa akhir. Hal ini akan menyebabkan tugasan yang dihantar

kurang berkualiti dan markah yang akan kami peroleh tidak memuaskan. Oleh itu, kami telah

menggunakan segala peluang yang di beri untuk menyiapkan tugasan ini secepat mungkin.

Pada mulanya ia nampak seperti susah untuk di siapkan. Namun berkat doa dan

pertolongan pensyarah kami telah berjaya melakukannya. Tugasan yang telah diberikan telah

berjaya kami siapkan tanpa berlengah. Akhirnya tugasan projek kerja kursus kumpulan dan

individu yang diberikan telah berjaya kami siapkan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima

kasih kepada mereka yang telah membantu kami untuk menyiapkan tugasan ini terutamanya

pensyarah kami iaitu En.Ariston Shah.

PARIMALA NATHAN SANJI

810804-01-5924