refleksi ikan hiasan

Upload: noor-azliana-hanim

Post on 16-Oct-2015

119 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

RBT3120

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Dalam pengajian saya pada semester 6 PPG Reka Bentuk Dan Teknologi RBT 3120, saya dikehendaki mempelajari mata pelajaran Pemeliharaan Ikan Hiasan dengan bimbingan pensyarah iaitu En. Mohd Yusoff Bin Hj. Mohd Shariff. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya yang banyak membantu dalam menjalankan projek ikan hiasan ini disamping sokongan rakan-rakan.

Sebelum saya memulakan aktiviti memelihara ikan di dalam akuarium, saya telah didedahkan dengan ilmu pengetahuan asas mengenai pemeliharaan ikan hiasan. Pendedahan terhadap ilmu pengetahuan baru ini telah memberi saya sesuatu yang berharga dimasa akan datang. Saya dapat menimba ilmu baru mengenai penjagaan ikan hiasan.Tugasan yang diterima kali ini juga amat mencabar kerana saya dan pasangan saya terpaksa memelihara ikan di dalam akuarium. Sebelum ini saya tidak terlintas untuk memelihara ikan hiasan di rumah kerana kurang ilmu untuk menyediakan tempat dan bekas ikan, malah terpaksa menjaganya setiap hari, namun setelah membuat tugasan ini timbul minat untuk memelihara ikan hiasan di rumah saya.

Ketika menjalankan tugas ini berbagai dugaan seperti ikan yang kami beli agak tidak sesuai dan serasi untuk tinggal di dalam satu bekas. Jadi, kami terpaksa mengeluarkan sejenis ikan sepat yang agak garang dan menggantikannya dengan ikan jenis lain. Dengan dibimbing dan diberikan tunjuk ajar oleh pensyarah, saya dan pasangan saya berjaya menghasilkan sebuah akuarium ikan hiasan pada masa yang ditetapkan. Saya juga dapat merasa dan menjadikan ini pengalaman yang amat penting bagi saya untuk menjadikan salah satu panduan pada masa akan datang.

Setelah selesai menyediakan akuarium ikan hiasan, saya diminta untuk menyediakan satu folio pelaporan. Dalam menyediakan folio ini saya dapat mengimbas kembali ilmu yang telah saya pelajari. Ilmu ini amat penting bagi diri saya untuk masa akan datang. Dalam menyediakan pelaporan ini juga dapat memupuk diri saya untuk bersabar dan belajar cara untuk menguruskan maklumat dan penyusunan ilmu pengetahuan. Saya juga dapat merapatkan hubungan sesama rakan. Sikap tolong menolong, kerjasama dan sebagainya. Saya juga berasa bangga dengan hasil kerja saya sendiri dan pada masa ini, Insyaallah saya mampu untuk memelihara ikan hiasan dan dapat menguasai kemahiran-kemahiran asas yang telah saya pelajari dalam matapelajaran ini.