refleks12

Upload: kuqman

Post on 03-Mar-2016

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Refleksi

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani. Alhamdulillah setelah bertungkus lumus akhirnya berjaya juga saya menyiapkan tugasan yang diberi ini dengan jayanya ,Melalui tugasan ini pelbagai perkara atau ilmu yang saya dapat untuk menjadi bekalan ketika sudah bertugas sebagai guru sepenuh masa satu hari nanti.

Sebelum melakukan kerja kursus ini , apa yang saya tahu atau apa yang bermain difikiran ini ialah bahawa tahap perkembangan pemikiran dan pertumbuhan fizikal kanak-kanak ini semuanya sama , tetapi selepas melakukan kerja kursus ini saya dapati ianya berbeza dari apa yang saya jangka yang mana untuk mengetahui tahap perbezaan perkembangan pemikiran dan pertumbuhan fizikal ini saya telah melakukan beberapa ujian dan penyelidikan ke atas kanak-kanak pada tahap umur yang di tentukan.

Setelah melakukan kerja kursus ini , saya lebih mengenali tentang perihal kanak-kanak yang mana sebelum saya melakukan tugas saya sebagai guru satu hari nanti, saya perlu tahu siapa atau apa sifat-sifat yang ada pada sesorang murid yang saya akan hadapi itu. Dari situ barulah akan mudah proses pengajaran dan pembelajaran yang akan dilakukan bila saya mula berkhidmat sebagai guru .

Selain itu , selepas saya melakukan kerja kursus ini , saya rasa lebih bersedia untuk menghadapi murid-murid dalam apa jua umur sekalipun kerana melalui tugasan ini saya dapat banyak belajar mengenai teori-teori perkembangan fizikal dan kognetif murid-murid seterusnya dapat mengenal pasti perangai murid-murid mengikut peringkat umur dan ini akan lebih mudah untuk saya berinteraksi dengan mereka samada didalam atau pun di luar bilik darjah.

Perkara lain yang saya dapat sebagai bakal guru ialah dapat mengatahui amalan atau apa yang dilkukan seorang guru didalam bilik darjah ketika proses pembelajaran berlansung. Perkara ini saya lakukan ketika berada di sekolah semasa melakukan tugasan pengalaman berasaskan sekolah ( PBS) . Secara tidak lansung , ianya dapat memberikan pendedahan kepada seorang bakal guru seperti saya tentang proses pengajaran dan pembelajaran berlansung di bilik darjah yang mana merangkumi aspek-aspek bagaimana hendak berinteraksi denagan murid , bagaimana caranya mengawal kelas dan bagaimana cara yang berkesan untuk memastikan murid-murid sentiasa fokus pada kelas yang sedang berlansung.

Akhir kata dengan melakukan tugasan yang diberikan ini . saya rasa banyak perkara yang saya pelajari untuk menjadi seorang bakal guru yang berjaya. Melalui tugasan ini juga saya dapat membina sahsiah guru dalam diri ini secara tidak lansung ianya adalah satu perkembangan yang positif sebagai seorang bakal guru.