refleks! ujian koam

5
REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM) LIYANA BINTI MOHD DIAH (900908-14-6530) Pada tahun pengajian ini, pihak institut pendidikan guru telah menawarkan mata pelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi olahraga kepada semua guru pelatih semester 5. Maka kami dikehendaki menganjurkan serta menduduki kursus serta ujian Kejurulatihan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Antara objektif pelaksanaan kursus serta ujian ini ialah untuk melahirkan bakal- bakal guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai olahraga supaya dapat diaplikasikan ketika di sekolah kelak. Semasa menjalani kursus KOAM ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat dikenalpasti. Antaranya ialah sebagai seorang guru pelatih yang menjalani kursus ini, saya dapat meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa mengikuti kursus olahraga ini, saya mempelajari ukuran serta peraturan yang betul bagi setiap acara balapan dan juga padang. Di samping itu, saya juga mengetahui bilangan serta peranan setiap pegawai dalam setiap acara yang berbeza. Sesungguhnya pengetahuan ini begitu memberi makna kepada saya khususnya, kerana dapat membantu saya ketika di sekolah kelak. Sebagai contoh, setelah mempunyai pengetahuan-pengetahuan baru ini, saya dengan mudahnya dapat mengukur dan membina balapan di padang rumput, dan dapat mengajar dan melatih murid untuk sebarang acara balapan mahupun trek memandangkan segala peraturan mengenai acara-acara ini telah saya ketahui. Di samping itu, saya juga telah mengetahui cara

Upload: liyana

Post on 06-Feb-2016

236 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mj

TRANSCRIPT

Page 1: refleks! ujian koam

REFLEKSI KURSUS KEJURULATIHAN OLAHRAGA AMATUR MALAYSIA (KOAM)

LIYANA BINTI MOHD DIAH (900908-14-6530)

Pada tahun pengajian ini, pihak institut pendidikan guru telah menawarkan mata

pelajaran gerak kerja kokurikulum yang merangkumi olahraga kepada semua guru

pelatih semester 5. Maka kami dikehendaki menganjurkan serta menduduki kursus

serta ujian Kejurulatihan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM). Antara objektif

pelaksanaan kursus serta ujian ini ialah untuk melahirkan bakal-bakal guru yang

mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai olahraga supaya dapat

diaplikasikan ketika di sekolah kelak.

Semasa menjalani kursus KOAM ini, terdapat beberapa kekuatan yang dapat

dikenalpasti. Antaranya ialah sebagai seorang guru pelatih yang menjalani kursus ini,

saya dapat meningkatkan pengetahuan saya berkaitan dengan olahraga. Semasa

mengikuti kursus olahraga ini, saya mempelajari ukuran serta peraturan yang betul bagi

setiap acara balapan dan juga padang. Di samping itu, saya juga mengetahui bilangan

serta peranan setiap pegawai dalam setiap acara yang berbeza. Sesungguhnya

pengetahuan ini begitu memberi makna kepada saya khususnya, kerana dapat

membantu saya ketika di sekolah kelak. Sebagai contoh, setelah mempunyai

pengetahuan-pengetahuan baru ini, saya dengan mudahnya dapat mengukur dan

membina balapan di padang rumput, dan dapat mengajar dan melatih murid untuk

sebarang acara balapan mahupun trek memandangkan segala peraturan mengenai

acara-acara ini telah saya ketahui. Di samping itu, saya juga telah mengetahui cara

pengelolaan acara sukan termasuk acara merentas desa dengan mengikut prosedur

yang betul dan selamat. Ilmu ini penting memandangkan aktiviti merentas desa ini

merupakan acara tahuan sekolah dan ini akan memudahkan lagi saya selaku bakal

guru pendidikan jasmani untuk mengelolakan aktiviti-aktiviti ini.

Di samping itu, saya juga dapat menambahkan pengetahuan saya mengenai

cara pengelolaan sesuatu program di mana saya dapat mengukuhkan lagi pengetahuan

dan kefahaman saya tentang bagaimana menjalankan proses penganjuran yang

Page 2: refleks! ujian koam

bersistematik. Pengetahuan ini sudah tentu akan membantu saya untuk mengelola

sesuatu projek pada masa akan datang.

Melalui penganjuran kursus ini, secara tidak langsung dapat merapatkan

hubungan silaturrahim sama ada dengan rakan sekelas mahupun daripada rakan-rakan

daripada kelas yang lain. Tidak dapat dinafikan, walaupun kami telah bersama selama

4 tahun, namun, terdapat segelintir daripada kami yang masih kurang berkomunikasi

dan kurang rapat. Oleh itu, melalui aktiviti ini, kami dapat mengurangkan jurang tersebut

dan boleh berkomunikasi dan bergaul rapat dengan rakan-rakan yang lain.

Sikap kerjasama juga dapat dipupuk di mana kami selaku pihak penganjur telah

bekerjasama untuk memastikan perjalanan program ini berjalan dengan lancar. Setiap

ahli mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Sebagai contoh, saya sebagai ketua

ajk dokumentasi bertanggungjawab bagi memastikan perjalanan program sama ada

sebelum dan semasa pelaksanaan direkod dan didokumentasikan. Selain itu, saya juga

bertanggungjawab untuk berhubung dengan jurugambar IPG KPM untuk turut

membantu kami merekodkan perjalanan majlis, Seperti saya juga, rakan-rakan yang

lain turut menjalankan tugas masing-masing seperti yang diamanahkan bak kata

pepatah, ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’. Segala kerja yang dilakukan

bersama akan menjadi mudah dan perjalanan aktiviti juga berjalan dengan lancar.

Tambahan pula, saya juga dapat mempelajari kemahiran berkomunikasi dengan

pihak lain seperti jurugambar IPGKPM. Walaupun tugas ini nampak mudah, namun,

ianya tidaklah semudah yang disangka. Saya terpaksa bertanya dengan pelbagai pihak

cara untuk menghubungi beliau memandangkan beliau agak sibuk pada waktu tersebut

dengan pelbagai aktiviti yang lain. Dengan berkat kesabaran, saya akhirnya berjaya

menghubungi beliau dan beliau bersetuju untuk membantu kami merekodkan peristiwa

yang berlaku sepanjang program ini berlangsung. Namun, pada hari sabtu, kami

terpaksa mendokumentasikannya sendiri memandangkan hari sabtu bukanlah hari

bekerja. Masalah ini dapat diatasi dengan adanya beberapa biji kamera daripada AJK

dokumentasi sendiri untuk merekodkan peristiwa yang berlaku.

Page 3: refleks! ujian koam

Namun, terdapat juga beberapa kelemahan yang dapat dikenal pasti. Antaranya

ialah kesukaran untuk memahami sesetengah input yang disampaikan memandangkan

penceramah membincangkan perkara tersebut dengan agak pantas. Hal ini telah

menyebabkan saya ketinggalan dalam banyak peringkat. Namun, antara cara

penambahbaikan yang telah saya ambil ialah saya mengambil peluang untuk bertanya

sebarang perkara yang tidak saya fahami. Selain itu, saya juga mengambil pendekatan

untuk berjumpa dengan penceramah itu sendiri semasa di akhir sesi kursus untuk

mendapatkan penerangan lebih lanjut daripada penceramah. Melalui pendekatan ini,

saya lebih memahami mengenai input-input yang telah disampaikan oleh penceramah.

Di samping itu, saya juga mempunyai beberapa kelemahan lain seperti tidak

dapat menumpukan sepenuh perhatian kerana mengantuk memandangkan saya tidak

mendapat rehat yang cukup kebelakangan ini kerana jadual yang padat dengan

pelbagai aktiviti. Namun begitu, walaupun dalam keadaan yang mengantuk, saya tetap

berusaha sedaya upaya saya untuk mendengar isi yang disampaikan oleh penceramah

memandangkan isi yang disampaikan begitu menarik dan begitu berkait rapat dengan

kehidupan saya sebagai seorang guru kelak. Di samping itu, antara cara

penambahbaikan yang diambil ialah dengan menyuruh rakan-rakan lain mengurut-urut

bahagian-bahagian badan yang tertentu bagi menghilangkan rasa mengantuk tersebut.

Tambahan pula, terdapat juga peluang yang timbul semasa menjalani kursus ini.

Antaranya ialah mendapat pengalaman serta pengetahuan baru mengenai cara-cara

untuk berkomunikasi dengan orang yang lebih berpengalaman serta cara mengelolakan

sesuatu program di samping menambahkan pengetahuan mengenai bidang olahraga.

Pengetahuan-pengetahuan ini secara tidak langsung memberi saya pengalaman baru

yang dapat saya aplikasikan ketika di sekolah kelak.

Terdapat juga ancaman yang timbul semasa pelaksanaan aktiviti ini. Antaranya

ialah, masalah teknikal yang berlaku di mana skrin yang dipaparkan begitu kecil dan

menyukarkan guru pelatih untuk melihat paparan tersebut. Hal ini menyebabkan proses

pembelajaran menjadi kurang berkesan. Antara cara penyelesaian yang telah diambil

ialah dengan mengubah tempat duduk di hadapan supaya pandangan menjadi lebih

jelas dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.

Page 4: refleks! ujian koam

Kesimpulannya, program seperti ini amat bagus terutamanya kepada bakal guru

seperti saya yang memberi ilmu mengenai pengurusan dan penradbiran dalam

menguruskan sesuatu kejohanan olahraga. Ilmu yang telah saya dapat akan cuba

dipraktikkan di sekolah kelak.