rebana ubi: pantuan jual/ berbalas...

Download Rebana Ubi: PANTUAN JUAL/ BERBALAS PANTUNduniapuisiku.blogspot.com/2008/03/pantuan-jual-berbalas...2018-02-20apa guna memasang pagar kalau padi berbuah hampa ... Sejadah imam tunggal

If you can't read please download the document

Upload: ngokhue

Post on 04-Mar-2018

239 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Rebana Ubi: PANTUAN JUAL/ BERBALAS PANTUN

skip to main | skip to sidebar

Rebana Ubi

Semoga bloger ini boleh memberi manfaat sesama kita. Sama-sama kita bertukar pandangan untuk mencari sesuatu yang lebih baik.BUANG YANGKERUH AMBIL YANG JERNIH

Wednesday, March 19, 2008

PANTUAN JUAL/ BERBALAS PANTUN

BUDI

Bila todak melanda Singapura,Habis dikerat dicincang lumat;Bila khianat pada manusia,Dunia akhirat adakah selamat?

Pantun Budi

Payah kami menabur padiNenas juga ditanam orangPayah kami menabur budiApakah sebenarnya dipandang orang?

Jentayu burung jentayuHinggap dibalik pokok mayangBunga kembang akan layuBudi baik bilakan hilang?

Biarlah orang bertanam buluhMari kita bertanam padiBiarlah orang bertanam musuhBilakah kita bertanam budi?

Tenanglah tenang air di lautSampan kolek mudik ke tanjungHati terkenang mulut menyebutBudi yang baik siapa nak junjung?

Cindai bercorak penuh berpitaPakaian anak Panglima GarangEmas dan perak pengaruh duniaBudi apa dijunjung orang?

MERDEKA SUBSIDI

harum baunya kuntum cempakapenghias batas di sawah padiapakah makna hidup merdekakalau semuanya disalut subsidi ?

apa guna memasang pagarkalau padi berbuah hampatidakkah malu mengaku saudagarsemua projek dialibaba?

SIFAT MALASanyam raga anyamlah bakuluntuk dijual di pasar atapbukankah sifatnya malas serta baculkalau semua minta disuap?

BERANI

pakai dasar berwarna merahturun bersilat di balai rayamengaku diri perwira gagahsanggupkah bertarung di medan jaya?

pasang api di Tanjung Panjidi lubuk dalam dipasang rawaiberanikah tuan menabur janjijasad terancam maruah tergadai?

RAJIN

Titisan embun berkilau sinarWaktu pagi berembun basahPelbagai usaha pelbagai ikhtiarBilakah agaknya kejayaan menjengah?

Susun sejadah ikut kiblatnyaSejadah imam tunggal di depanSambutan meriah apa gunanyaTanpa matlamat terisi sasaran?

Semarak kenanga bila dipetik,Harum semerbak si bunga sena,Rancangan elok skema cantik,Kenapa tak lancar bila dilaksana?

Kangkung subur tumbuh melingkar,Sedap ditumis dibuat sayur,Beras dan pasir disukat takar,Budi dan jasa bagaimana diukur?

ALAM SEKITARditebang punggur yang robek pohonrebah lulus di atas pematangkucari bintang di balik daun awan menghilang, mengapa jerebu mendatang?ALAM SEKITAR/ PENCEMARANtumbuh kabung di tanah ratadicelah-celah si rumpun tepus togel gunung bukit pun ratamusnah alam apakan pupus?

PRINSIP HIDUPMalam jumaat orang berzikirBergema merdu di tengah kotabicara hati bertunjangkan fikirbawaan hidup berlandaskan apa?

KESYUKURANNantilah kawan mencari periaMencari peria terpijak si anak terkukurNegara mewah hidup bahagiaMengapa bangsaku tidak bersyukur?

BESTARI

Kembang harum bunga cempakaPohon cemara perumpun rotanSekolah Bestari menjana mindaLahairkah pelajar gilang-gemilang?

NILAI

Bunga melor hiasan di tamanMekar sekuntum di pagi hariBayi dibuang tanpa kasihanMengapa demikian jadi begini?

Sudah berbuah si pohon tamarMakannya enak sambil bersembangSembang mahram makin menularMengapa sekarang sibuk dibincang?

IT

Indah sungguh pohon gaharuBaunya wangi sewangi kasturiInternet penghancur generasi baruBagaimana mungkin jadi begini?

EKONOMI

Anak teratai di tepi kaliAnak ikan di makan haruanKalau tuan arif bijaksanaAFTA dirangka apa tujuan?

AKHLAK

Abdul Muis pengarang terbilangNovel ditulis zaman 20-anBlack metal ajaran songsangMengapa sekarang baru dikesan?

KITAR SEMULA

Kampung Melayu di IndrapuraMekar indah si bunga rumputKitar semula agenda NegaraMengapa sukar di sahut?

REMAJA WAWASAN

Pagi dan petang mengutip niraSedap dimakan bersama santanRemaja wawasan harapan NegaraApakah prinsip yang diinginkan?

Salam diberi senyuman diukirMencari teman tidak kesepianKalau anda bijak berfikirApakah maksud remaja berewawasan?

HIDUP BERJASA

Tangkap ikan berumpan cacaingMenjadi tradisi zaman berzamanTolong menolong agenda pentingMengapa sukar dilaksanakan?

SEKOLAH BESTARI

Budak-budak naik perahuNaik perahu menuju ke pecanSekolah wawasan tempat bersatuSekolah bestari apa tujuan?

TEKNOLOGI MAKLUMAT

ikan ditangkap si anak taniKeli ditangkap bersama puyuInternet pembawa revolusi terkiniRevolusi apa di alaf baru?

KEPENGGUNAAN

Anak serindit di pohon cemaraAra berjuntai tempat bersantaiInflasi sifar agenda NegaraHarga melambung bagaimana dicapai?

PERPADUAN

Terbang sekawan anak jentayuSinggah bermalam di balik pohonanRakyat Malaysia teguh bersatuApa resipi menjadi adunan?

SAINS DAN TEKNOGI

Indah berkedip bintang kejoraCahaya tampak menjadi hiasanTeknologi pemangkin kemajuan negaraMengapa alam menjadi taruhan?

SEMANGAT KEMERDEKAAN

Cantik menawan p[uteri bergajahManik bersulam pada mahkotaCukup tersiksa hidup terjajahMengapa merdeka tidak dijaga?

Burung selasih burung tempuaHinggap berdendang di pohon gajusSemangat merdeka kian membaraMengapa hanya di bulan ogos?

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

Merdu suara burung belatukTerbang bersama si camar lautPerangai pemimpin laksana telunjukMengapa kelingking masih berkait?

KEBUDAYAAN NASIONAL

Bunga di taman bunga melatiTumbuhnya subur tidak berbajaBudaya sendiri dibiar matiTradisi orang mengapa dipuja?

SAINS DAN TEKNOGI

Indah berkedip bintang kejoraCahayanya tampak menjadi hiasanTeknologi pemangkin kemajuan negaraMengapa alam menjadi taruhan?

GLOBALISASI

Langguni pahit tumbuh di tamanAngsana pula tumbuh di kotaLangit terbuka tiada sempadanApa kesannya pada negara?

KESIHATAN

Nyaman buana di pagi nan indahMari berdendang si burung nasarNegara di jaga bersih dan indahMengapa wabak masih menular?

KEBEBASAN

Kumbang terbang di taman laranganDitemani mentari indah menyinarDunia kini ambang peperanganApakah erti kebebasan sebenar?

PATRIOTIK

Enak rasanya si buah anggurSedapa dimakan bersama kelapaAmanat pemimpin semakin melunturSiapa pengkhianat musuh Negara?

DADAH

Jenatayu terbang menuju ke desaAra di hutan tempat bersinggahNajis dadah perosak bangsaApa musibah akan menyanggah?

HIDUP BERJASA

Jenatayu terbang menuju ke desaAra di hutan tempat bersinggahJika hidup tidak berjasaApa musibah akan menyanggah?

JATI DIRI

Terbang tinggi si burung jentayuBerehat sebenatar di tepi perigiBahasa kita kian bercelaruMengapa ia jadi begini?

BERILMU

Jalinan indah tenunan batikBatik dijemur di atas atapJasmani, emosi, rohani, intelekBagaimana mungkin dapat diserap?

BERMASYARAKAT

Putera ayahanada berkain pelikatDuduk bersantai berteduh di pokokHidup sepakat membawa berkatBagaimana ia dapat dipupuk?

JIRAN SEPAKAT

Putera ayahanda berkain pelikatBerkain pelikat menabur pupukJiran sepakat membawa berkatBagaiamana ia dapat dipupuk?

BAIK HATI

Tangkap ikan berumpan cacingMenjadi tradisi zaman berzamanTolong menolong agenda pentingMengapa ia sukar diamalkan.

BERDIKARI

Tasik Bera belum dicemariMengail toman waktu senjaTongkat dihulur kuota diberiMengapa bangsaku masih bermanja?

HEMAH TINGGI

Antan menyanyi lesung menariBunga cengkih penyedap rasaAkal budi cerminan peribadiBerhemah tinggi apa untungnya?

HORMAT MENGHORMATI

Berenang beriring si anak sepatDapat ditangkap si naak cinaOrang berharta dipuja dihormatiSi miskin daif mengapa dihina?

RASIONAL

Kalau tuan mudik ke huluJangan lupakan orang di siniInternet penghancur generasi baruMengapa boleh jadi begini?

BEKERJASAMA/ KERJASAMA KAUM

Pergi ke hutan memburu rusaHasil tangkapan seekor kijangPerpecahan kaum makin berleluasaApakah cara untuk dihalang?

KESEDERHANAAN/ PEMBAZIRAN

Riang berdendang anak ketitirTerbang sekawan menuju ke hutanInflasai sifar agenda mutakhirMengapa membazir menjadi pilihan?

KESYUKURAN

Anak petani bermain dibendangMeniup seruling memujuk hatiAnugerah tuhan saujana terbentangMengapa nikmat tidak disyukuri?

KEBERANIAN

Nyaman sungguh alam buanaPawana bertiup di pagi hariGagah setia pertahan negaraApa tersirat dibalik berani?

KEBERSIHAN/ PENCEMARAN ALAM

Bunga seroja hiasan di tamanDipetik sekuntum dik gadis jelitaKebersihana menjadi tunggak keimananMengapa pencemaran masih berleluasa

KEJUJURAN/ RASUAH

Katak teriak memanggil hujanBimbang dirinya dimakan ularKejujuran penting dalam kehidupanMengapa rasuah masih menular?

KETRAMPILAN

Cantik mengambang bulan purnamaMenjadi perhatian igauan sang punggukSopan santun peribadi muliaBagaimana ia dapat dipupuk?

KASIH SAYANG

Mekar harum bunga kembojaMenjadi hiasan taman laranganSayang menyayang peribadi muliaMengapa sukar dipertahan?

KEADILAN

Rama-rama hinggap di dahanAnak kucing datang menerkamRamai orang pertikai keadilanApa gunanya ada SUHAKAM?

MERITOKRASI/ KEADILAN

Mari bersama menjamu juadahBersama kita sama merasaMeritokrasi dicanang sudahBagaimana pula nasib bangsa?

BAHASA INGGERIS

Bawa kitab pergi madrasahAyuhlah mengaji bersama sayaBahasa Inggeris dimartabat sudahApakah kaedah dapat dibudaya?

MASYARAKAT PRIHATIN/ PEMBUANGAN BAYI

Bunga melur hiasan di tamanMekar sekuntum di pagi hariBayi dibuang tanpa kasihanMengapa demikiuan jadi begini?

KEGANASAN

Indah sungguh taman laranganMari menyusun si bunga serojaIsu keganasan menjadi sebutanMengapa kanak-kanak menjadi mangsa?

SUMBANG MAHRAM/ GEJALA SOSIAL

Sudah berbuah si pohon tamarMakannya enak sambil bersembangSumbang mahram makin menularMengapa sekarang sibuk dibincang?

ISU KEPENGGUNAAN/ INFLASI

Harum mewangi si bunga tanjungAnak raja di taman laranganHarga barang kian melambungApa punca jadi demikian?

RASIONAL

Indah sungguh pohon gaharuBaunya wangi sewangi kasturiInternet penghancur generasi baruBagaimana mungkin jadi begini?

KEBERSIHAN

Sampan di dayung ke sungai lipisGembiranya harti tak terperiSungai tercemar tanah terhakisGerangan apa jadi begini?

KEADILAN

Merpati putih terbang di awanDatang menerpa si burung helangMembazir masa amalan harianBagaiamana ia dapat dibuang?

Posted by

Dunia Puisiku

at11:40 PM

26 comments:

Anonymoussaid...

Pantun2 yang amat berguna kpd kami...mmaaaassseeeehhhhh!!!!!!!

April 4, 2010 at 7:30 PM

Anonymoussaid...

pantun yang agk brguna....tnksss a lot,,

April 3, 2011 at 10:08 PM

Anonymoussaid...

terima kasih yer..

January 24, 2012 at 9:28 PM

cerita saiasaid...

thanks you la yee , pantun ni berguna sangat ,

March 18, 2012 at 1:30 AM

nur_aien.blogspot.comsaid...

boleh x bg koleksi berbalas pantun bertajuk....pendidikan di rumah,,,intergrasi nasional dan masyarakat terbilang,,,

March 26, 2012 at 4:25 AM

alya_bat27said...

Boleh tak bagi pantun yg brtajuk ttg isu semasa?? please :)

April 10, 2012 at 5:52 AM

Sayidah Napisah Mar Ramlisaid...

terima kasih :)

January 9, 2013 at 7:55 AM

Tazihan Hakimisaid...

terima kasih pantun ini sgt berguna bgi saya untuk membuat persedian untuk bertandin perntandingan pantun ...hari sabtu ini

March 5, 2013 at 7:48 AM

Aliana Shahimisaid...

Thanks a lot... Sbab pantun niyh saya jdi Pemantun Terbaik Sek. 2 kali berturut-turut. Nak masuk final ni.. Bleh bagi bgi pantun bertemakan gaya hidup sihat dan warisan sejarah?

March 8, 2013 at 2:03 AM

Anonymoussaid...

Thanks...boleh x perbanyakkan pantun alam sekitar?

April 4, 2013 at 6:09 AM

Anonymoussaid...

Ini pantun jual..pantun beli nya mana?

March 14, 2014 at 5:02 AM

Anonymoussaid...

Tq

March 24, 2014 at 7:56 AM

Amir Huzersaid...

Thnx.... baynkkan pantun alam sekitar ye~~~

April 22, 2014 at 2:05 AM

nurul athirahsaid...

boleh tak berikan pantun negara bermaruah dan rumah terbuka..tq..pantun ini amat berguna kpd sye dan rakan2 yng lain..thankss rebana ubi..huhu..

April 24, 2014 at 7:27 PM

Mohd Faqzlansaid...

Sangat membantu

April 28, 2014 at 1:06 AM

Anonymoussaid...

Terima kasih.. sy jadikan rujukan ya..

June 1, 2014 at 2:33 AM

Anonymoussaid...

pantun yang baik, cuma tidak berapa matang.... perbaiki lagi

February 12, 2015 at 5:14 AM

syazwani khairuddinsaid...

Tq...pantunnye amat b'guna

March 19, 2015 at 4:01 AM

syazwani khairuddinsaid...

Tq...pantunnye amat b'guna

March 19, 2015 at 4:01 AM

Anonymoussaid...

veryyy usefulll.. cume nk tnye ade tak pantu beli?

March 25, 2015 at 5:18 AM

rosnani baharomsaid...

mohon share

April 21, 2015 at 6:33 PM

Nurin Irdina M. Nazimsaid...

Thanks, i use some of this poem tomorrow for green technology's day. If i won 1st,2nd or 3rd place, im very proud of you. Thanks again.- nurin irdinaKL Malaysian

April 27, 2016 at 7:08 AM

Nurin Irdina M. Nazimsaid...

Thanks, i use some of this poem tomorrow for green technology's day. If i won 1st,2nd or 3rd place, im very proud of you. Thanks again.- nurin irdinaKL Malaysian

April 27, 2016 at 7:12 AM

Kiyai kanjeng dimas taat pribadisaid...

SAYA MAS JOKO WIDODO DI SURABAYA.DEMI ALLAH INI CERITA YANG BENAR BENAR TERJADI(ASLI)BUKAN REKAYASA!!!HANYA DENGAN MENPROMOSIKAN WETSITE KIYAI KANJENG DIMAS DI INTERNET SAYA BARU MERASA LEGAH KARNA BERKAT BANTUAN BELIU HUTANG PIUTAN SAYA YANG RATUSAN JUTA SUDAH LUNAS SEMUA PADAHAL DULUHNYA SAYA SUDAH KE TIPU 5 KALI OLEH DUKUN YANG TIDAK BERTANGUNG JAWAB HUTANG SAYA DI MANA MANA KARNA HARUS MENBAYAR MAHAR YANG TIADA HENTINGNYA YANG INILAH YANG ITULAH'TAPI AKU TIDAK PUTUS ASA DALAM HATI KECILKU TIDAK MUNKIN SEMUA DUKUN DI INTERNET PALSU AHIRNYA KU TEMUKAN NOMOR KIYAI KANJENG DI INTERNET AKU MENDAFTAR JADI SANTRI DENGAN MENBAYAR SHAKAT YANG DI MINTA ALHASIL CUMA DENGAN WAKTU 2 HARI SAJA AKU SUDAH MENDAPATKAN APA YANG KU HARAPKAN SERIUS INI KISAH NYATA DARI SAYA.....

TERIMA KASIH ATAS BANTUANNYA AKI KANJENG

**** BELIAU MELAYANI SEPERTI: ***1.PESUGIHAN INSTANT 10 MILYAR2.UANG KEMBALI PECAHAN 100rb DAN 50rb3.JUAL TUYUL MEMEK / JUAL MUSUH4.ANGKA TOGEL GHOIB.DLL..

=>AKI KANJENG>>085-320-279-333