rawatan kepada penagih dadah

Upload: nazifi-shamsudin

Post on 21-Feb-2018

240 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/24/2019 Rawatan Kepada Penagih Dadah

    1/3

    NAZIFI BIN SHAMSUDIN

    D2011109236

    SEMINAR: KEMPEN KESEDARAN PENYALAHGUNAAN DADAH

    TEKS UCAPAN PANEL

    Kesan kepada penagih dadah.

    Assalamualaikum dan Salam Sejahtera saya tujukan kepada tuan

    pengerusi majlis, yang say hormati dif-dif kehormat yang sudi hadir ke forum

    ini, barisan rakan-rakan panel yang saya sanjungi serta hadirin- hadirat

    sekalian.Antara 8 kesan dadah terhadap kesihatan adalah seperti berikut.

    Pertama iailah, dari segi mental dan emosi.Penagih akan mengalamimasalah atau gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh

    diri , gelisah , cepat marah , gementar , kebingungan , kiran terganggu dan

    boleh bersifat ganas . Pada dos yang tinggi / berlebihan mampu menaikkan

    suhu badan ke tahap membahayakan dan boleh mengakibatkan saan dan

    akhirnya maut .Selain itu, terdapat juga kesan dadah terhadap kepala iaitu

    penagih akan mulut kering , berpeluh berlebihan , anak mata menjadi besar ,

    menggeletar dan sakit kepala , dopamine pada otak kurang aktif , urat saraf

    pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh . !ari segi "ikal

    pula, penagih boleh tidak tidur # sehingga $% hari , hilang selera makan dan

    berat badan menurun , berpeluh , pucat , pengabaian kesihatan diri , badan

    berbau , gigi kekuningan , berparut dan luka di badan . &udis jelas kelihatan

    akibat penggunaan syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan

    serangga yang disangka berada pada kulitnya . &urang daya tahan melaan

    penyakit akibat pengabaian kesihatan . 'umpuh .

    !isamping itu juga,sistem saraf juga akan mengahdapi kerosakan dan

    otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakit Parkinson ( dengan

    gangguan pergerakan anggota badan ) dan penyakit Al"heimer ( dengan

    fungsi otak menjadi lemah dan nyanyuk ) . &esan dadah terhadap jantungdan salur darah pula seperti kerosakan pada jantung akibat degupan jantung

    kencang , tidak menentu dan tekanan darah meningkat hingga

    mengakibatkan sakit jantung dan maut . Saluran darah pecah akibat bahan

    kimia syabu menghakis dinding salur darah . &esan dadah terhadap perut

    dan sistem penghadaman pula adalah penagih akan mengalami gangguan

    saluran pemakanan dan kebuluran berlanjutan kerana tidak makan ketika

  • 7/24/2019 Rawatan Kepada Penagih Dadah

    2/3

    pengambilan syabu . *ahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan

    bahan lain menyebabkan gangguan pada perut dan sistem penghadaman .

    Rawatan kepada penagih dadah.

    Berkaitan rawatan kepada masalah dadah, isu penyalahgunaan dadah ini sudah menjadisemakin meruncingkan dan semakin hari semakin tinggi. Rawatan pertama yang patut dilihat dan

    di titikberatkan adalah aspek atau elemen pencegahan pada semua peringkat kerana jika tidak

    pasti lebih banyak kerugian yang akan dialami tidak kira dalam segi kewangan malah dari segi

    akhlak. Melihat perkara ini, dadah- dadah yang sintetik akan datang dalam bentuk yang pelbagai

    dan kegunaannya juga pelbagai bukan sahaja pada golongan yang tidak berpelajaran malah turut

    kepada golongan yang profesional. Aspek pemulihan dan rawatan juga sangat penting, cuma

    yang perlu difahami pemulihan dan rawatan ini memerlukan kemahiran, ilmu dan maklumat

    yang tinggi serta khusus. idak semua indi!idu yang boleh melakukan pencegahan dapat

    melakukan pemulihan dan sebaliknya "ni kerana dadah yang ada bukannya sedikit tetapi pelbagai

    dan kesan yang dialami oleh penagih adalah pelbagai.

    Kesan dadah bukan hanya pada fi#ikal malah turut mempengaruhi aspek rohani dan

    kerjaya yang mana semua aspek ini melibatkan semua jaringan yang ada seperti keluarga,

    komuniti dan bukan tertumpu kepada indi!idu sahaja. $emulihan dan rawatan ini lebih rumit .

    Manusia sememangnya unik, dan apabila kita melihat setiap penagih itu mestilah berbe#a antara

    satu sama lain. %ebagai contoh, katakan terdapat &' orang pesakit atau klien yang terlibat dengan

    heroin, maka tidak boleh kita klasifikasikan setiap penagih itu melalui kesan yang sama

    bersadarkan beberapa kriteria yang ketara seperti cara pengambilan, tujuan dan alasan

    pengambilan yang pasti berbe#a. ambahan pula, walaupun amaun dadah yang sama dan diambil

    oleh indi!idu yang berbe#a sudah tentu kesan juga akan berbe#a.

    Rawatan yang digunakan adalah (cold turkey) iaitu sejenis rawatan membersihkan dadah

    daripada tubuh badan penagih tanpa menggunakan sebarang dadah gantian atau ubat.*engan

    cara ini,penagih ditahan daripada menggunakan dadah dan terpaksa mengalami gejala

    tarikan.Kesakitan atau kehebatan gejala tarikan ini bergantung kepada tahap ketagihan sebelum

    rawatan.+alau bagaimanapun,langkah-langkah tertentu diambil untuk menentukan bahawa

    kesihatan dan nyawa penagih tidak terancam kerana rawatan ini.$enagih terpaksa menjalani

    pemeriksaan doktor terlebih dahulu untuk menentukan ia tidak menghidap penyakit tertentu dan

    tidak ketagih kepada barbiturat.Rawatan old urkey dijalankan di negara ini bertujuan untukmenyedarkan para penagih betapa pahit,sengsara dan seriknya hidup apabila ketagih.*engan

    keinsafan ini,adalah diharapkan bahawa mereka tidak mengulangi perbuatan terkutuk itu.

    Rawatan yang lain adalah menggunakan gantian dadah iaitu Metadon. Metadon,adalah

    sejenis bahan kimia dalam kumpulan dadah opiat sintetik merupakan salah satu dadah gantian

    yang digunakan sebagai rawatan ditoksifikasi secara saraan maintenance."a mempunyai kesan

  • 7/24/2019 Rawatan Kepada Penagih Dadah

    3/3

    yang serupa dengan heroin /morfin untuk mencegah daripada berlakunya gejala tarikan kerana

    ketiadaan heroin,serta memenuhi keinginan fi#ikal seseorang penagih dadah untuk mengambil

    heroin.+alau bagaimanapun,metadon mempunyai kesan jangkamasa bertindak yang lebih lama

    daripada heroin01 jam apabila ditelan/diminum.2amun walaupun kesan nya libih kurang

    heroin tetapi kesan ketagihan adalah sedikit dan metadon diambil sehinggalah ketagihan kepada

    dadah hilang. namun rawatan ini dihentikan kerana penyalahgunaan metadon telah berlaku

    . Rawatan seterusnya adalah 3pioid antagonists contohnya naltr4one dan nelo4one,adalah

    bahan-bahan yang mempunyai struktur kimia yang menyerupai morfin tetapi tidak

    mengakibatkan kesan-kesan yang menagihkan seperti morfindan heroin.Malh jika digunakan

    dengan sendiri ia tidak mempunyai apa-apa kesan yang ketara. 2altre4one berguna untuk

    mencegah penagihan semula kerana heroin yang diambil tidak menimbulkan apa-apa

    kesan.Akan tetapi penagih-penagih yang dirawat menggunakan naltre4one perlulah mereka yang

    terdiri daripada moti!asi yang kuat untuk sembuh kerana mereka masih perlu menggunakan

    naltre4one walaupun kesan-kesan subjektif tidak dapat dirasakan.$enggunaan naltre4one diMalaysia masih dalam peringkat ujian dan satu kajian sedang dijalankan di seluruh negara

    sekarang.Adalah didapati bahawa sokongan dalam bentuk kaunseling atau lain-lain adalah perlu

    untuk menjayakan rawatan menggunakan naltre4one.

    %elain itu, rawatan bercorak kaunseling juga penting dalam membantu pemulihan dan

    rawatan penagih. Beberapa pendekatan lain telah dilakukan untuk membantu pemulihan penagih

    dadah seperti menggunakan pendekatan keagamaan, rawatan tradisional dan herba, pendekatan

    perubatan, terapi tingkahlaku serta sokongan sosial.%okongan moral ahli keluarga juga penting

    dalam membantu memulihkan penagih dadah dari kembali menagih dadah setelah keluar

    daripada pusat pemulihan.