rang undang-undang perbadanan (syarikat · pdf filesyer yang diperbadankan di bawah akta...

13
D.R. 29/95 Naskhah Sahih—Bahasa Kebangsaan RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR (SYARIKAT PENGGANTI) 1995 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. BAHAGIAN II PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI 3. Peruntukan peletakhakan. 4. Pemegangan permulaan Kerajaan datam syarikat pengganti. 5. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti. 6. Perjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama. 7. Struktur kewangan syarikat pengganti. BAHAGIAN III PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN 8. Kakitangan.

Upload: dodang

Post on 06-Feb-2018

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

D.R. 29/95

Naskhah Sahih—Bahasa Kebangsaan

RANG UNDANG-UNDANG PERBADANANPEMBANGUNAN BANDAR

(SYARIKAT PENGGANTI) 1995

SUSUNAN FASAL

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Fasal

1. Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.2. Tafsiran.

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB., PADA SYARIKAT PENGGANTI

3. Peruntukan peletakhakan.

4. Pemegangan permulaan Kerajaan datam syarikat pengganti.5. Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti.6. Perjalanan fungsi Menteri Kewangan melalui penama.7. Struktur kewangan syarikat pengganti.

BAHAGIAN III

PERUNTUKAN-PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN

8. Kakitangan.

Page 2: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana
Page 3: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

3

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagipeletakhakan harta, hak dan liabiliti PerbadananPembangunan Bandar dalam suatu syarikat, untukmembuat pengaturan kewangan bagi syarikat itu, untukmemperuntukkan perkara yang berhubungan dengankakitangan dan bagi perkara lain yang berkaitandengannya.

[ ]

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengannasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyatyang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasadaripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta PerbadananPembangunan Bandar (Syarikat Pengganti) 1995 danhendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkanoleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

"hak" ertinya segala hak, keistimewaan dan kekebalan,sama ada sebenar, kontigen atau prospektif, melainkanhak Perbadanan Pembangunan Bandar di bawah seksyen18 Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971;

Tajukringkas danmula berkuat-kuasa.

Tafsiran.

Akta 46.

Page 4: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

4 RANG UNDANG-UNDANG

"harta" termasuklah segala harta, sama ada alih atautak alih, dan segala estet, kepentingan, isemen dan hak,ekuiti atau undang-undang sama ada dalam, pada ataudari satu harta, hak dalam tindakan, wang dan nama baik;

"liabiliti" ertinya liabiliti, hutang, tanggungan,kewajipan dan obligasi daripada tiap-tiap perihalan (samaada pada masa sekarang atau pada masa hadapan, sebenaratau kontigen, dan sama ada kena dibayar atau hendakdipatuhi atau dilaksanakan di Malaysia atau di tempatlain);

"Menteri" ertinya Menteri yang sedangdipertanggungkan dengan tanggungjawab untukpembangunan bandar;

"Perbadanan" ertinya Menteri Kewangan yangdiperbadankan melalui Akta Menteri Kewangan(Perbadanan) 1957;

"Perbadanan Pembangunan Bandar" ertinyaPerbadanan Pembangunan Bandar yang ditubuhkan dibawah Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971;

"syarikat pengganti" ertinya syarikat berhad menurutsyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawahsubseksyen 3(1), di mana harta, hak dan liabilitiPerbadanan Pembangunan Bandar dipindahkan dandiletakhakkan di bawah seksyen 3;

"tarikh yang ditetapkan" ertinya tarikh yang Akta iniberkuatkuasa;

"tarikh peletakhakan" ertinya tarikh segala harta, hakdan liabiliti Perbadanan Pembangunan Bandar dipindahkankepada dan terletakhak dalam syarikat penggantisebagaimana dinyatakan oleh Menteri dalam perintah dibawah subseksyen 3(1);

"terletakhak", berhubungan dengan harta, termasukhak mengenai harta yang masa hadapan atau kontigendan hak perkembalian dan lebihan.

Akta 375.

Akta 46

Akta 125.

Page 5: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR 5(SYARIKAT PENGGANTl)

BAHAGIAN II

PELETAKHAKAN HARTA, DSB. PADA SYARIKATPENGGANTl

3. (1) Merited boleh melalui perintah yang disiarkandalam Warta, menetapkan tarikh peletakhakan dan padatarikh itu, segala harta, hak atau liabiliti PerbadananPembangunan Bandar hendaklah menurut kuasa Akta ini,dipindahkan kepada dan terletakhak pada syarikatpengganti tanpa apa jua pemindahhakan, penyerahhakanatau pemindahmilikan.

(2) Tiap-tiap harta yang terletakhak menurut kuasasubseksyen (1) pada syarikat pengganti hendaklahterletakhak sedemikian pada syarikat itu dengan hakmilikatau kepentingan serupa dan pemegangan yangsebagaimana ia telah terletakhak atau dipegang sebelumsahaja tarikh peletakhakan.

(3) Tiap-tiap hak dalam tindakan yang terletakhakmenurut kuasa subseksyen (1) pada syarikat penggantiboleh, selepas tarikh peletakhakan, dituntut melaluiguaman, didapatkan atau dikuatkuasakan oleh syarikatitu atas namanya sendiri dan tidaklah perlu bagi syarikatitu atau bagi Perbadanan Pembangunan Bandar memberinotis kepada orang yang terikat dengan hak dalam tindakanitu mengenai peletakhakan yang dilaksanakan melaluisubseksyen (1).

(4) Tiap-tiap hak dan liabiliti yang terletakhak menurutkuasa subseksyen (1) pada syarikat pengganti boleh, padadan selepas tarikh peletakhakan, dituntut melalui guaman,didapatkan atau dikuatkuasakan oleh atau terhadap syarikatpengganti itu atas namanya sendiri dan tidaklah perlubagi syarikat pengganti itu atau bagi PerbadananPembangunan Bandar memberikan notis kepada orangyang hak atau liabilitinya tersentuh oleh peletakhakan dibawah subseksyen (1).

Peruntukanpeletak-hakan.

Page 6: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

6 RANG UNDANG-UNDANG

(5) Apa-apa presiding undang-undang yang belumselesai oleh atau terhadap Perbadanan PembangunanBandar yang berhubungan dengan apa-apa harta, hak atauliabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhak padasyarikat pengganti menurut kuasa subseksyen (1) boleh,pada dan selepas tarikh peletakhakan, diteruskan olehatau terhadap syarikat pengganti.

(6) Dalam hal hak dan liabiliti yang berbangkit dibawah mana-mana pinjaman yang terletakhak pada syarikatpengganti pada tarikh peletakhakan, syarikat itu bolehmembuat apa-apa perkiraan atau perjanjian mengenai hakdan liabiliti sedemikian dengan Kerajaan atau mana-manapihak ketiga.

(7) Pada dan selepas tarikh peletakhakan, apa-apaperjanjian yang berhubungan dengan mana-mana harta,hak dan liabiliti yang dipindahkan kepada dan terletakhakpada syarikat pengganti di bawah subseksyen (1) yangkepadanya Perbadanan Pembangunan Bandar adalah suatupihak sebelum sahaja tarikh peletakhakan, sama ada secarabertulis atau tidak, dan sama ada atau tidak sedemikiansifatnya sehingga hak dan liabiliti di bawahnya bolehdiserahhakkan oleh Perbadanan Pembangunan Bandar,hendaklah mempunyai kesan seolah-olah syarikat itu telahmenjadi suatu pihak kepada perjanjian itu.

(8) Bagi mengelakkan keraguan, pemindahan kepadadan peletakhakan hak pada syarikat pengganti di bawahsubseksyen 3(1) tidaklah boleh termasuk pemindahan danpeletakhakan hak Perbadanan Pembangunan Bandar dibawah seksyen 18 Akta Perbadanan Pembangunan Bandar1971.

4. (1) Sebagai akibat peletakhakan harta, hak dan liabilitipada syarikat pengganti di bawah seksyen 3, syarikatpengganti itu hendaklah menerbitkan apa-apa sekuritisyarikat pengganti itu sebagaimana yang diarahkan olehMenteri Kewangan, selepas berunding dengan Menteri,dari semasa ke semasa, kepada Perbadanan.

Akta 46.

PemeganganpermulaanKerajaandalamsyarikatpengganti.

Page 7: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR 7(SYARIKAT PENGGANTl)

(2) Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurutseksyen ini hendaklah—

(a) diterbitkan atau diuntukkan pada bila-bila masadan atas apa-apa terma, tentang penguntukan,sebagaimana yang diarahkan oleh MenteriKewangan, selepas berunding dengan Menteri;

(b) mempunyai nilai nominal sebagaimana yangdiarahkan oleh Menteri Kewangan; dan

(c) diterbitkan sebagai berbayar penuh dan dikirabagi maksud-maksud Akta Syarikat 1965 seolah-olah ia berbayar menurut kuasa pembayaran nilainominalnya kepada syarikat pengganti.

(3) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding denganMenteri, melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkanatau apa-apa hak kepada sekuriti yang diuntukkan padamulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.

(4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yangditerima oleh Perbadanan sebagai hak pada, atas pelupusanatau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atauhak yang diperolehi menurut kuasa seksyen ini hendaklahdibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

5. (1) Menteri Kewangan boleh, selepas berundingdengan Menteri, pada bila-bila masa, memperolehi—

(a) sekuriti syarikat pengganti atau mana-manasubsidiari syarikat pengganti; atau

(b) hak untuk memohon beli mana-mana sekuritisedemikian.

(2) Menteri Kewangan boleh, selepas berunding denganMenteri, melupuskan mana-mana sekuriti atau hak yangdiperolehi di bawah seksyen ini.

PelaburanKerajaandalamsekuritisyarikatpengganti.

Akta 125.

Page 8: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

8 RANG UNDANG-UNDANG

(3) Apa-apa perbelanjaan yang dilakukan olehPerbadanan berikutan dengan peruntukan seksyen inihendaklah dikira sebagai pelaburan dan dibenarkandi bawah subperenggan 8(3)(a)(iv) Akta ProsedurKewangan 1957.

(4) Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yangditerima oleh Perbadanan sebagai hak, atas pelupusanatau selainnya berkaitan dengan, apa-apa sekuriti atauhak yang diperolehi di bawah seksyen ini hendaklahdibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

(5) Duti setem tidaklah boleh dikenakan berkenaandengan apa-apa pertambahan modal syarikat penggantiyang—

(a) dilaksanakan dengan penerbitan syer yangdiuntukkan pada masa syarikat penggantidipunyai pada keseluruhannya oleh Kerajaan;dan

(b) diperakui oleh Perbendaharaan sebagai telahdilaksanakan dengan penerbitan syer yangdimohon beli oleh Menteri Kewangan di bawahperenggan (1)(a).

6. (1) Menteri Kewangan boleh, selepas berundingdengan Menteri, melantik mana-mana orang yangdifikirkannya layak untuk bertindak sebagai penamanyabagi maksud-maksud seksyen 4 atau 5 dan—

(a) sekuriti syarikat pengganti boleh diserahhak dibawah penama Menteri Kewangan yang dilantikbagi maksud-maksud seksyen itu atau kepadamana-mana orang yang berhak menghendakipenerbitan sekuriti itu berikutan denganpenguntukan permulaannya kepada mana-manapenama itu; dan

Akta 61.

Perjalananfungsi MenteriKewanganmelaluipenama

Page 9: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR 9(SYARIKAT PENGGANTl)

(b) mana-mana penama itu yang dilantik bagimaksud seksyen 5 boleh memperolehi sekuritiatau hak mengikut seksyen itu.

(2) Mana-mana orang yang memegang mana-manasekuriti atau hak sebagai penama Menteri Kewanganmenurut kuasa subseksyen (1) hendaklah memegang danmenguruskannya atas apa-apa terma dan mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diarahkan oleh MenteriKewangan.

7. (1) Jika Menteri Kewangan, selepas berunding denganMenteri, mengarahkan sedemikian, pada bila-bila masasebelum syarikat pengganti terhenti daripada dipunyaipada keseluruhannya oleh Kerajaan, apa-apa jumlah wangsebagaimana yang dinyatakan dalam arahan itu tetapitidak melebihi hasil keuntungan terkumpul PerbadananPembangunan Bandar, hendaklah dibawa oleh syarikatitu kepada suatu rizab, yang dalam seksyen ini disebut"rizab statutori".

(2) Rizab statutori itu hanya boleh digunakan olehsyarikat pengganti untuk membayar syer tak terbit syarikatitu yang hendak diuntukkan kepada anggota-anggotasyarikat itu sebagai syer bonus berbayar penuh.

(3) Bagi maksud-maksud mana-mana akaun statutorisyarikat pengganti, nilai mana-mana aset atau hak atauamaun mana-mana liabiliti Perbadanan PembangunanBandar, yang dikira sebagai telah terletakhak dalamsyarikat pengganti itu menurut kuasa seksyen 3 hendaklahdikira sebagai nilai atau, mengikut mana-mana yangberkenaan, amaun yang diberikan kepada aset, hak atauliabiliti itu dalam penyata akaun yang disediakan olehPerbadanan Pembangunan Bandar, berkenaan dengan tahunperakaunan genap terakhir Perbadanan PembangunanBandar, yang berakhir sebelum tarikh peletakhakan.

Strukturkewangansyarikatpengganti.

Page 10: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

10 RANG UNDANG-UNDANG

(4) Bagi maksud-maksud mana-mana akaun statutorisyarikat pengganti, amaun yang hendak dimasukkanberkenaan dengan mana-mana butiran hendaklahditentukan seolah-olah apa-apa jua yang dilakukan olehPerbadanan Pembangunan Bandar, sama ada secaramemperolehi, menilai semula atau melupuskan mana-mana aset atau menanggung, menilai semula ataumelepaskan mana-mana liabiliti, atau dengan membawaapa-apa amaun kepada mana-mana peruntukan rizab, atauselainnya, telah dilakukan oleh syarikat pengganti.

(5) Tanpa menjejaskan keluasan peruntukansubseksyen (4), amaun yang hendak dimasukkan darisemasa ke semasa dalam mana-mana rizab syarikatpengganti sebagai merupakan hasil keuntungan terkumpulhendaklah ditentukan seolah-olah apa-apa keuntungan yangdihasilkan dan disimpan oleh Perbadanan PembangunanBandar, telah dihasilkan dan disimpan oleh syarikatpengganti.

(6) Sebutan dalam seksyen ini mengenai akaun statutorisyarikat pengganti adalah sebutan mengenai apa-apa akaunyang disediakan oleh syarikat pengganti bagi maksud-maksud mana-mana peruntukan Akta Syarikat 1965.

(7) Bagi maksud-maksud seksyen ini, "tahunperakaunan genap" ertinya sesuatu tahun perakaunan yangberakhir pada 31 Disember atau suatu tempoh yangditentukan oleh Menteri Kewangan.

BAHAGIAN III

PERUNTUKAN BERHUBUNGAN DENGAN KAKITANGAN

8. (1) Syarikat pengganti hendaklah menerima sebagaipekerjanya pada suatu tarikh yang akan ditetapkan olehMenteri melalui pemberitahuan dalam Warta tiap-tiaporang yang sebelum sahaja tarikh itu ialah anggotakakitangan Perbadanan Pembangunan Bandar dan yangtelah diberikan pilihan oleh Perbadanan PembangunanBandar dan telah membuat pilihan untuk berkhidmatsebagai pekerja syarikat pengganti itu.

Akta 125.

Kakitangan.

Page 11: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR 11(SYARIKAT PENGGANTl)

(2) Tiap-tiap orang sedemikian yang telah membuatpilihan di bawah subseksyen (1) untuk berkhidmat sebagaipekerja syarikat pengganti hendaklah diambil kerja olehsyarikat pengganti itu atas terma dan syarat perkhidmatanyang tidak kurang baiknya daripada terma dan syaratperkhidmatan yang kepadanya dia berhak sebelum sahajatarikh yang ditetapkan.

HURAIAN

1. Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk mengadakan peruntukanbagi peletakhakan harta, hak dan liabiliti Perbadanan PembangunanBandar kepada suatu syarikat pengganti, untuk membuat peraturankewangan bagi syarikat itu dan untuk mengadakan peruntukan bagiperkara-perkara yang berhubungan dengan kakitangan.

2. Fasal 1 bertujuan untuk membuat peruntukan mengenai tajukringkas dan tarikh mula berkuatkuasa.

3. Fasal 2 memberi tafsiran perkataan tertentu dan ungkapan yangdigunakan dalam Akta yang dicadangkan.

4. Fasal 3 bertujuan untuk membuat peruntukan bahawa pada tarikhpeletakhakan yang ditetapkan oleh Menteri melalui perintah yangdisiarkan dalam Warta, segala harta, hak, liabiliti serta presidingperundangan Perbadanan Pembangunan Bandar yang dinyatakan dalamperintah itu, hendaklah berpindah kepada, diteruskan dan terletakhakpada syarikat pengganti seolah-olah ia adalah harta, hak dan liabilitisyarikat pengganti.

Subfasal 3(8) bertujuan untuk membuat peruntukan bahawapemindahan dan peletakhakan hak kepada syarikat pengganti tidaklahtermasuk Perbadanan Pembangunan Bandar di bawah seksyen 18Akta Perbadanan Pembangunan Bandar 1971.

5. Fasal 4 bertujuan untuk membuat peruntukan bagi sekuriti syarikatpengganti yang diterbitkan atau yang diperuntukkan kepadaPerbadanan oleh Menteri Kewangan dari semasa ke semasa setelahdirujuk kepada Menteri.

Subfasal 4(2) memperuntukkan supaya sekuriti yang diterbitkanhendaklah pada nilai nominal yang ditentukan oleh Menteri Kewangandan diterbitkan sebagai bayaran sepenuhnya dan dianggap telah dibayardengan pembayaran nilai nominal kepada syarikat pengganti.

Page 12: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

12 RANG UNDANG-UNDANG

Subfasal 4(3) memberi kuasa kepada Menteri Kewangan selepasberunding dengan Menteri untuk melupuskan sekuriti yang telahditerbitkan atau apa-apa hak di bawahnya kepada Perbadanan.

Subfasal 4(4) bertujuan untuk membuat peruntukan bahawadividen yang diterima oleh Perbadanan melalui sekuriti dan haksekuriti yang diperolehi melaluinya akan dimasukkan ke dalamKumpulan Wang Disatukan.

6. Subfasal 5(1) dan (2) bertujuan untuk memberi kuasa kepadaPerbadanan setelah berunding dengan Menteri pada bila-bila masauntuk memperolehi sekuriti syarikat pengganti atau anak syarikatnyaatau berhak untuk memohon beli sekuriti berkenaan dan jugamelupuskan mana-mana sekuriti yang diperolehi.

Subfasal 5(3) bertujuan membuat peruntukan bahawa perbelanjaanyang ditanggung oleh Perbadanan bagi tujuan fasal ini hendaklahdianggap sebagai pelaburan yang dibenarkan oleh subperenggan8(3)(a)(iv) Akta Prosedur Kewangan 1957.

Subfasal 5(4) bertujuan untuk membuat peruntukan bahawadividen atau apa-apa bayaran yang diterima oleh Perbadanan diperolehidaripada pelupusan sekuriti akan dimasukkan ke dalam KumpulanWang Disatukan.

Subfasal 5(5) bertujuan untuk membuat peruntukan bahawa dutisetem tidak dikenakan ke atas apa-apa pertambahan modal syarikatpengganti sekiranya syarikat pengganti masih dipunyai sepenuhnyaoleh Kerajaan dan pengesahan diberi oleh Perbendaharaan bahawasyer syarikat pengganti dipegang sepenuhnya oleh Menteri Kewangan.

7. Fasal 6 memperuntukkan bahawa Menteri Kewangan setelahberunding dengan Menteri boleh melantik penama untuk bertindakbagi pihaknya bagi maksud fasal 4 dan 5.

8. Subfasal 7(1) dan (2) memperuntukkan bahawa sekiranya syarikatpengganti tidak lagi dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan, MenteriKewangan setelah berunding dengan Menteri, mengarahkansedemikian, sejumlah wang yang tidak melebihi keuntungan terkumpulPerbadanan hendaklah dimasukkan ke dalam rizab berkanun bagimaksud-maksud pembayaran penuh syer bonus.

Fasal 7(3) dan (4) bertujuan untuk membuat peruntukan bahawaakaun berkanun bagi syarikat pengganti hendaklah berdasarkan kepadapenyata akaun Perbadanan Pembangunan Bandar bagi tahun berakhirsebelum tarikh peletakhakan dan apa-apa perkara lain yang berkaitanakan diterimapakai oleh syarikat pengganti.

Page 13: RANG UNDANG-UNDANG PERBADANAN (SYARIKAT · PDF filesyer yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dan yang dinamakan oleh Menteri dalam perintah di bawah subseksyen 3(1), di mana

PERBADANAN PEMBANGUNAN BANDAR J 3(SYARIKAT PENGGANTl)

Subfasal 7(6) memperuntukkan bahawa akaun berkanun syarikatpengganti di seksyen ini ialah apa-apa akaun yang disediakan olehsyarikat pengganti bagi maksud mana-mana peruntukan di dalamAkta Syarikat 1965,

Subfasal 7(7) memperuntukkan bahawa suatu "akaun tahunanberakhir" bererti akaun tahunan yang berakhir pada 31 Disemberatau bagi tempoh yang ditentukan oleh Menteri Kewangan.

9. Fasal 8 membuat peruntukan berkaitan perkara-perkara yangberhubungan dengan kakitangan Perbadanan Pembanguiian Bandar.Tiap-tiap kakitangan itu yang telah diberi pilihan oleh PerbadananPenbangunan Bandar dan yang memilih untuk berkhidmat sebagaikakitangan di dalam syarikat pengganti hendaklah diambil kerjaoleh syarikat itu atas terma dan syarat perkhidmatan yang tidakboleh kurang baiknya daripada yang dia berhak sebelum tarikhkuatkuasa.

IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalamapa-apa perbelanjaan wang tambahan. [PN. (U2) 1890. ]