rancangan pengajaran kata sendi nama 'di' dan imbuhan awalan 'di

3
Rancangan Pengajaran Topik Kekeliruan di antara penggunaan 1a) Kata Sendi Nama ‘di’ & 1b) Imbuhan awalan ‘di’ Masa 1 jam Langkah-langkah Aktiviti 1 Guru akan memberikan beberapa contoh (sebaik- baiknya daripada hasil kerja pelajar yang lalu) mengenai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar. 2 Pelajar diminta mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang ada 3 (slaid 1-2) Guru memperkenalkan topik pengajarannya 4 (slaid 3-4) Guru menerangkan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’. Para pelajar diminta memberikan beberapa contoh sebagai pengukuhan. 5 (slaid 5) Guru akan menerangkan kesalahan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’ 6 (slaid 6) Dengan memberikan beberapa contoh, guru akan menerangkan penggunaan Imbuhan awalan ‘di’. Pelajar diminta memberikan contoh untuk mengukuhkan pemahaman mereka. 7 (slaid 7) Penutup :- Guru akan mengingatkan lagi pengajarannya sebagai pengukuhan. 8 (slaid 8) Latihan diberikan kepada para pelajar. (Sekiranya perlu, guru boleh menyiap latihann tambahan)

Upload: noorizamdz

Post on 18-Jul-2015

2.574 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan pengajaran kata Sendi Nama 'di' dan imbuhan awalan 'di

Rancangan Pengajaran

Topik Kekeliruan di antara penggunaan 1a) Kata Sendi Nama ‘di’& 1b) Imbuhan awalan ‘di’

Masa 1 jam

Langkah-langkah Aktiviti

1 Guru akan memberikan beberapa contoh (sebaik-baiknya daripada hasil kerja pelajar yang lalu) mengenai kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelajar.

2 Pelajar diminta mengenal pasti kesilapan-kesilapan yang ada

3(slaid 1-2)

Guru memperkenalkan topik pengajarannya

4(slaid 3-4)

Guru menerangkan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’. Para pelajar diminta memberikan beberapa contoh sebagai pengukuhan.

5(slaid 5)

Guru akan menerangkan kesalahan penggunaan Kata Sendi Nama ‘di’

6(slaid 6)

Dengan memberikan beberapa contoh, guru akan menerangkan penggunaan Imbuhan awalan ‘di’. Pelajar diminta memberikan contoh untuk mengukuhkan pemahaman mereka.

7(slaid 7)

Penutup :- Guru akan mengingatkan lagi pengajarannya sebagai pengukuhan.

8(slaid 8)

Latihan diberikan kepada para pelajar.(Sekiranya perlu, guru boleh menyiap latihann tambahan)

Page 2: Rancangan pengajaran kata Sendi Nama 'di' dan imbuhan awalan 'di

*Saranan : Guru boleh membuat salinan bagi slaid yang ke 7 untuk setiap pelajar. Pelajar digalakkan menggunakan nota tersebut setiap kali mereka diberi tugasan penulisan.

Page 3: Rancangan pengajaran kata Sendi Nama 'di' dan imbuhan awalan 'di

Latihan Tambahan : Pelajar diberikan beberapa kad kecil yang mengandungi kata dasar atau frasa nama. Mereka juga diberi sekeping kad yang mempunyai kata ‘di’. Secara berpasangan, pelajar perlu pilih sama ada perkataan ‘di’ itu harus dirapatkan atau diasingkan daripada perkataan yang diberi.

____buat daripada kayu jati

___sebat ___ tapak tangannya

____temani oleh rakan sedarjahnya

____ imbas kembali

____ penghujung hayatnya Borang pemohonannya ______ tarik balik

______ ibaratkan bagai aur dengan tebing Buih-buih ____ lautan

di