rancangan pengajaran harian kssr tahun 4 tema: sentiasa selamat tajuk: kelab keselamatan jalan...

4
Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 4 Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun : 4 Jaya Bil Murid : / orang Tarikh /Hari : 05.03.2014 (Rabu) Masa : 11.00 pagi 12.00 tengah hari Tema : Sentiasa Selamat Tajuk : Kelab Keselamatan Jalan Raya STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN 4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur. 4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur. Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat: 1.Menyanyikan lagu mengenai keselamatan jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang betul 2.Menyenaraikan 3 nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul. 3.Membina 4 ayat mudah berdasarkan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu. Sistem Bahasa Tatabahasa : kata ganda Kosa kata : boncung, toleh. Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Nilai Murni : kerjasama, keberanian Pendidikan Alam Sekitar : - Sains dan teknologi : Pengetahuan tentang kemudahan yang terdapat atas jalan raya. EMK :Kreativiti dan inovasi : Menghasilkan ayat yang mudah berdasarkan lirik lagu Kepelbagaian Kaedah dan Teknik KB : Penyoalan, menghubung kait KP : Verbal linguistik, kinestatik. BCB : Memproses maklumat Pembelajaran kontekstual: Mengenal pasti nilai yang terdapat dalam lirik. Pembelajaran konstruktivisme : Membina ayat mudah berdasarkan nilai yang diperoleh Bahan Bantu Mengajar Bi l. Jenis Bilangan 1. Kain misteri 1 2. Mikrofon 1 3. Lirik lagu Hati-hati di Jalan Raya 40 4. Papan putih 1 5. Buku latihan 40 Pengetahuan Sedia Ada : Murid selalu menggunakan jalan raya untuk ke mana-mana sahaja.

Upload: haris-hambali

Post on 25-Nov-2015

135 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.

TRANSCRIPT

Rancangan Pengajaran Harian KSSR Tahun 4

Mata Pelajaran: Bahasa MalaysiaTahun : 4 JayaBil Murid: / orangTarikh /Hari: 05.03.2014 (Rabu)Masa: 11.00 pagi 12.00 tengah hariTema: Sentiasa Selamat Tajuk: Kelab Keselamatan Jalan Raya

STANDARD KANDUNGANSTANDARD PEMBELAJARAN

4.1 Menyebut dan memahami unsur seni dalam lagu melalui nyanyian secara didik hibur.

4.1.1 Menyebut dan memahami lirik lagu yang mengandungi nilai dan pengajaran yang dipersembahkan melalui nyanyian secara didik hibur.

Objektif: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, murid dapat:1. Menyanyikan lagu mengenai keselamatan jalan raya dengan sebutan dan intonasi yang betul2. Menyenaraikan 3 nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu dengan betul.3. Membina 4 ayat mudah berdasarkan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu.

Sistem Bahasa Tatabahasa : kata ganda Kosa kata : boncung, toleh.

Pengisian Kurikulum Ilmu : Pendidikan Moral Nilai Murni : kerjasama, keberanian Pendidikan Alam Sekitar : - Sains dan teknologi : Pengetahuan tentang kemudahan yang terdapat atas jalan raya. EMK :Kreativiti dan inovasi : Menghasilkan ayat yang mudah berdasarkan lirik lagu

Kepelbagaian Kaedah dan Teknik KB : Penyoalan, menghubung kait KP : Verbal linguistik, kinestatik. BCB : Memproses maklumat Pembelajaran kontekstual: Mengenal pasti nilai yang terdapat dalam lirik. Pembelajaran konstruktivisme : Membina ayat mudah berdasarkan nilai yang diperoleh

Bahan Bantu Mengajar

Bil.JenisBilangan

1.Kain misteri1

2.Mikrofon1

3.Lirik lagu Hati-hati di Jalan Raya40

4.Papan putih1

5.Buku latihan40

Pengetahuan Sedia Ada : Murid selalu menggunakan jalan raya untuk ke mana-mana sahaja.

Langkah dan MasaIsi pelajaranAktiviti pengajaran dan pembelajaranCatatan

Set Induksi(5 minit)

Alatan yang digunakan untuk menyanyi.

1. Murid diminta untuk bersedia untuk sesi pelajaran.

2. Guru mengeluarkan kain misteri.

3. Beberapa orang murid dipilih untuk meneka apakah barang yang terdapat dalam kain misteri.

4. Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk dan isi pelajaran iaitu makan lebih buah dan sayur.

BBM Kain misteri Mikrofon

KB Menghubung kait

BCB Memproses maklumat

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman dalam kehidupan

Langkah 1( 15 Minit)

Menyanyikan lirik lagu Hati-hati di Jalan Raya secara didik hibur(Lampiran Lagu)

Aktiviti 1

1. Murid dibekalkan dengan lirik lagu.

2. Murid diminta mendengar dengan teliti lagu hati-hati di jalan raya yang dinyanyikan oleh guru sambil mengikut secara perlahan-lahan.

3. Murid diminta menyebut dan menyanyikan lagu secara kuat dengan bimbingan guru.

4. Murid diminta untuk menyanyikan lagu sambil membuat pergerakan yang kreatif.

5. Guru membahagikan murid kepada 3 kumpulan.

6. Setiap kumpulan diminta untuk menyanyikan lagu beserta pergerakan kreatif.

7. Kumpulan yang menyanyi dengan sebutan, intosi dan pergerakan dengan betul dikira sebagai pemenang.

BBM Lirik lagu

KB Hubung kait

Teknik Pemerhatian Tunjuk cara Pergerakan kreatif

KP Verbal linguistik Kinestatik

Nilai Murni kerjasama

Pembelajaran Kontekstual Menghubungkaitkan dengan pengalaman harian

Langkah 2 ( 20 minit)

Tindakan yang perlu dilakukan sebelum melintas jalan.

Simulasi tindakan yang perlu dilakukan ketika hendak melintas jalan.

Mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu.

1. Murid diminta untuk mengenal pasti apakah tindakan yang perlu dilakukan ketika berada di jalan raya berdasarkan lirik yang diberikan.

2. Beberapa orang murid diminta untuk melakonkan cara bagaimana untuk melintas jalan.

3. Murid diminta untuk mencari nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu yang diberikan.

4. Murid boleh mencari nilai dan pengajaran tersebut secara berpasangan.

5. Beberapa orang murid dipilih bagi menyatakan apakah nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik lagu tersebut.

6. Guru bersama-sama murid menyemak dan memberi pengukuhan terhadap jawapan yang diberikan oleh murid.BBM Lirik lagu Papan putih

Pendekatan koperatif

Teknik Penyoalan kumpulan

KB mengenal pasti KP Verbal linguistik kinestatik

Nilai Murni saling bekerjasama berani untuk mencuba

PAS-

Penilaian objektif Pemerhatianlembaran kerja : menyenaraikan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam lirik dengan betul.

Langkah 3 ( 15 minit)

Membina ayat mudah berdasarkan nilai dan pengajaran yang telah disenaraikan.

Aktiviti 1

1. Murid diminta untuk mengedarkan buku latihan.

2. Guru menunjukkan contoh ayat mudah yang perlu dihasilkan oleh murid pada papan putih.

3. Setiap perkataan yang di cari murid hendaklah membina 2 ayat.

4. Semasa murid sedang membina ayat tersebut guru berjalan mengelilingi kelas bagi memastikan murid melakukan tugasan yang diberikan.

5. Beberapa murid dipilih bagi membaca ayat mudah yang telah dibina.

6. Guru memberikan maklum balas terhadap hasil kerja murid.

BBM buku teks dialog

Teknik: penyoalan

KP: interpersonal

Penutup(5 minit)

Kognitif menyanyi dengan betul dan seronok.

Sosial pujian kepada murid sebab bekerjasama dan kreatif semasa menyanyi, berlakon dan menjawb soalan dengan betul.

Murid diminta menyanyikan lirik lagu dengan sebutan yang betul melalui nyanyian.

Guru memberi pujian atas sikap murid menyanyi dengan gembira dan seronok. Pengukuhan:

Murid diminta untuk mengaplikasikan apa yang telah dibelajar pada hari ini dalam kehidupan seharian.

Lampiran: Lagu : Hati-hati di Jalan RayaBila lintas jalan jangan main-main,Lihat kiri kanan toleh ke belakang,Lima langkah melintas perlu dipatuhi,Jika tiada kereta barulah melintas.

Bila lintas jalan ikutlah laluan,Lintasan belang ada dihadapan,Bonceng motorsikal pakai topi keledar,Ikat ketat-ketat pastikan selamat.

Jalan raya kita tempat berbahaya,Ikut peraturan pasti kita selamat,Berhati-hati bila di jalan raya,Jaga keselamatan tanggungjawab,Bersama!