rancangan mengajar-cpr lanjutan (kapa 2.2.4/10)

4
RANCANGAN MENGAJAR Tajuk Pelajaran : CPR ( CARDIO PULMONARY RESUSCITATION ) - LANJUTAN Jumlah Anggota Dalam Kelas : 20 -30 orang Bahan-bahan Rujukan : Nota First Responder Alat Bantuan mengajar : Lap Top / LCD / Dummy Masa Isi Catatan 2 Minit 1. PENGENALAN Sesi memperkenalkan diri Membuka sesi dengan perbincangan ringkas dan mengetahui tahap pemahaman peserta mengenai topik. 2. Ulangkaji – Mengulangkji silibus CPR bagi mangsa kanak-kanak dan dewasa. 3. Pendahuluan ► Tujuan – Memberi maklumat lebih teperinci sebab-sebab berlaku, tanda-tanda dan langkah mengenai kepentingan CPR. ►Sebab – CPR adalah salah satu fasa dalam pemberian Bantuan Hidup Asas (Basic Life Support). Ianya dipelajari kerana matlamat Bantuan Hidup Asas adalah mencegah dari berlakunya kegagalan fungsi jantung dan paru-paru melalui pencegahan dan mengenal pasti tanda-tanda awal. ►Perangsang – Dengan memiliki kemahiran CPR, individu dapat menyelamat nyawa mangsa. Tempat Latihan : Dewan Sekolah

Upload: abadie

Post on 11-Jun-2015

923 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Rancangan Mengajar untuk guru penyelaras kadet pertahanan awam

TRANSCRIPT

Page 1: Rancangan Mengajar-CPR Lanjutan (KAPA 2.2.4/10)

RANCANGAN MENGAJAR

Tajuk Pelajaran : CPR ( CARDIO PULMONARY RESUSCITATION ) - LANJUTAN

Jumlah Anggota Dalam Kelas : 20 -30 orang

Bahan-bahan Rujukan : Nota First Responder

Alat Bantuan mengajar : Lap Top / LCD / Dummy

Masa Isi Catatan

2 Minit 1. PENGENALAN

Sesi memperkenalkan diri Membuka sesi dengan perbincangan ringkas

dan mengetahui tahap pemahaman peserta mengenai topik.

2. Ulangkaji – Mengulangkji silibus CPR bagi mangsa kanak-kanak dan dewasa.

3. Pendahuluan ► Tujuan – Memberi maklumat lebih teperinci

sebab-sebab berlaku, tanda-tanda dan langkah mengenai kepentingan CPR.

►Sebab – CPR adalah salah satu fasa dalam pemberian Bantuan Hidup Asas (Basic Life Support). Ianya dipelajari kerana matlamat Bantuan Hidup Asas adalah mencegah dari berlakunya kegagalan fungsi jantung dan paru-paru melalui pencegahan dan mengenal pasti tanda-tanda awal.

►Perangsang – Dengan memiliki kemahiran CPR, individu dapat menyelamat nyawa mangsa.

Tempat Latihan : Dewan Sekolah

Masa Latihan : 1 jam

PERMULAAN

Page 2: Rancangan Mengajar-CPR Lanjutan (KAPA 2.2.4/10)

PERTENGAHAN

Masa Peringkat CatatanAlat

Bantuan Mengajar

5 minit

40 minit

1

2

1. Pengenalan kepada CPR?- Definasi:-

Satu tindakan bantuan awalan bagi memulihkan mangsa yang terhenti pernafasan dengan menggunakan - teknik tekanan di atas dada ( tekanan dari luar ) dan bantuan hembusan pernafasan.

- Sejarah CPR

- Anatomi Jantung

- Peringkat Kematian

- Indikasi CPR

2. PROTOKOL CPR

D ♠ Danger ( Bahaya )R ♠ Response ( Tindakbalas ) A ♠ Airways ( Saluran Pernafasan )B ♠ Breathing ( Pernafasan )C ♠ Circulation ( Peredaran Darah )

Danger Periksa kawasan persekitaran sama ada

selamat dan anda boleh menyelamat, gunakan peralatan keselamatan diri dan pastikan tiada sebarang bahaya yang boleh mencederakan diri anda ataupun mangsa tersebut. Alihkan mangsa ke tempat rata dan keras ( stabil )

Response Tepuk bahu mangsa untuk mengenal

pasti tahap kesedaran mangsa, panggil nama ( jika tahu ) atau “ Encik.. encik kenapa ni” ? Jika tiada reaksi aktifkan “EMS” untuk mangsa dewasa dan kanak-kanak.

Lap Top /

LCDPatung CPR

Bayi

Teori dan Praktikal

Page 3: Rancangan Mengajar-CPR Lanjutan (KAPA 2.2.4/10)

5 minit

5 minit

3

4

Airways Guna Kaedah “ HEAD TILT CHIN LIFT”

Angkat dagu dongakkan kepala bagi membuka saluran pernafasan.

Gunakan kaedah “ JAW TRUST”Bagi mangsa yang kemalangan yang teruk.

L : Look ( Melihat ) Pergerakan turun naik dadaL : Listen (Mendengar) Dengusan mangsaF : Feel ( Merasa ) Merasa hembusan dari mulut

Breathing Jika mangsa tidak bernafas, berikan 2

hembusan pernafasan dari mulut ke mulat ( 2 Rescue Blow ) jika dada tak naik posisikan semula kepala mangsa. Pastikan hidung dipicit semasa membuat hembusan dan lepaskan picitan ketika selang hembusan.Periksa nadi mangsa dengan meletakkan 2 jari pada nadi karotid selama 5 saat.

Circulation Jika tiada nadi mulakan tekanan di atas

dada dengan menggunakan kedua-dua tangan. Kekuatan tekanan adalah melalui bahu.

Recovery Position Jika mangsa tersedar atau menunjukkan

tanda—tanda pernafasan telah pulih, alihkan mangsa pada posisi pemulihan.

Bantuan pernafasan (bayi) 20 kali dalam seminit 1 hembusan setiap 3 saat

Kadar Tekanan Dada. (bayi) 30 Tekanan 2 Hembusan ( 1 pusingan ) 5 pusingan 1 kitaran 150 Tekanan 10 Hembusan 1/3 inci hingga ½ inci kedalaman tekanan Kaedah 2 jari.

3. Kegagalan CPR

4. Komplikasi CPR

Page 4: Rancangan Mengajar-CPR Lanjutan (KAPA 2.2.4/10)

AKHIR

Masa Catatan

3 minit Penutup dan Kesimpulan

Dengan mempelajari CPR, individu akan dapat:-

Mengetahui prinsip-prinsip fisiologi yang terlibat dalam CPR

Mengetahui bila CPR dilakukan. Mengetahui urutan melakukan CPR dengan

efektif dan berkesan. Memahami komplikasi yang mungkin

berlaku jika CPR tidak dijalankan dengan betul.

SOALAN DARI KELAS:

1. .....................................2. .....................................3. .....................................

SOALAN KEPADA KELAS:

1. Berapa kadar tekanan yang patut dilakukan pada mangsa bayi.

2. Berapakah kedalaman tekanan ke atas dada bagi mangsa bayi

3. Dimanakah kesesuaian pemeriksaan nadi bayi dilakukan?

KESIMPULAN

Teknik CPR yang betul boleh menyelamatkan nyawa mangsa dan dapat mengurangkan kadar kematian yang disebabkan oleh kelewatan bantuan pernafasan. Pastikan diri kita selamat sebelum menyelamatkan mangsa.