rampanau

Upload: shahida-ahmad

Post on 19-Jul-2015

254 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

RampanauSukan Rampanau merupakan salah satu Sukan Rakyat yang popular dikalangan masyarakat Dusun terutama di Daerah Tambunan, Keningau, Ranau dan beberapa lagi daerah di Sabah.Sukan Rampanau atau berjalandengan menggunakan cangkungan merupakansejenis sukan tradisi yang sering dilakukan semasa lapang dan juga satu kaedah untuk menyeberang sungai atau parit atau berjalan pada kawasan yang becak pada zaman dahulu.Namun Sukan Rampanau ini juga berbeza panggilannya mengikut sesuatu daerah ,ada dikalangan beberapa daerah menyebutnya Rampanau dan ada juga yang menyebutnya Minsurukud (KG.Sunsuron,Tambunan). Sukan Rampanau ini kini hanya dapat kita saksikan pada keramaian Pesta Kaamatan dan jarang sekali dimainkan oleh masyarakat zaman ini akibat pengaruh arus pemodenan zaman. Pemain Rampanau ini akan menaiki batang buluh yang direka khas sebagai kasut tinggi dan direka dengan berbagai - bagai ketinggian mengikut selera pemainnya.Permainan ini memerlukan keseimbangan badan. Rampanau ini selalunya diperbuat daripada dahan sagu,kayu keras dan 2 batang bambu. Namun ia berbeza di setiap daerah, contohnya, di daerah Tambunan keseluruhan Rampanau ini diperbuat dari buluh.Bambu berkenaan

berukuran kira-kira 3M hingga 10M.Dahan sagu dan kayu keras pula digunakan untuk meletakkan kaki semasa sukan dalam lubang yang ditebuk pada bambu yang berukuran kira kira 8cm dan 5cm.